๐๐ข๐๐จ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ฌ๐ ๐โ๐ญ๐๐ข๐ : ๐ ๐จ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ (๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ) Tonton dokumentari khas Al Jazeera bertajuk Ma Khafiya Aโzhom: Muhammad Deif dengan sari kata Bahasa Melayu diterjemahkan oleh Dunia Palestin. Hayati kisah perjuangan Panglima Briged al-Qassam yang syahid, Muhammad Deif serta kisah sebalik tabir mengenai Operasi Taufan al-Aqsa yang didedahkan secara eksklusif buat pertama kali. Tonton di sini: https://duniapalestin.net/video/5843/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in Telegram
Portal Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Portal Informasi Palestin duniapalestin.net
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Oct 30, 2026 | 1,560 |
| Nov 2, 2026 | 1,365 |
| Nov 3, 2026 | 1,390 |
| Nov 5, 2026 | 1,340 |
| Nov 6, 2026 | 1,450 |
| Nov 7, 2026 | 1,500 |
| Nov 10, 2026 | 1,400 |
| Nov 13, 2026 | 1,270 |
| Nov 15, 2026 | 1,030 |
| Nov 18, 2026 | 798 |
Most viewed this month
- 01Views1.56KForwardsโReactions36Commentsโ
- 02Views1.5KForwardsโReactions48Commentsโ
- 03Views1.45KForwardsโReactions24Commentsโ
- 04Views1.43KForwardsโReactions31Commentsโ
Latest posts
Tentera penjajah Israel memuat naik 3.5 juta gambar ke platform awan Amazon bagi tujuan pengecaman wajah dan analisis imej rakyat Palestin, menurut laporan akhbar Britain, The Guardian yang dipetik Anadolu. Memetik dokumen yang dibocorkan serta sumber ketenteraan, akhbar itu melaporkan bahawa gambar berkenaan dipindahkan pada awal 2024 ke sebuah pusat data Amazon berhampiran Tel Aviv oleh sebuah unit tentera penjajah Israel yang dikenali sebagai Rolling Stone. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5839/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramKetua Biro Politik Hamas, Dr Khalil al-Hayya menggesa negara-negara Arab dan Islam mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza susulan sekatan berterusan dan kekurangan keperluan asas dengan ketibaan musim sejuk. Dalam satu kenyataan, beliau berkata keadaan di Gaza bukan lagi sekadar krisis bantuan kecemasan atau kesan peperangan, sebaliknya melibatkan dasar kebuluran, pemusnahan sistematik kemudahan kehidupan serta sekatan sengaja terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan dan bahan pemulihan. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5837/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramSeorang bayi Palestin meninggal dunia akibat kesejukan di dalam khemah yang menempatkan keluarganya di selatan Gaza, menurut bapanya dan seorang doktor, ketika Israel terus mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan bekalan musim sejuk ke wilayah itu, lapor Al Jazeera. Bayi berusia sembilan bulan, Kinan Ahmed Raqiq, meninggal dunia akibat hipotermia di Khan Younis, selatan Gaza, menurut seorang doktor yang enggan dikenali kepada agensi berita AFP pada Khamis. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5831/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramGerakan Hamas pada Isnin mendakwa Lembaga Keamanan memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai krisis banjir di Gaza serta mengabaikan peranan Israel dalam menghalang pelaksanaan pelan perdamaian yang disokong Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu. Mengulas kenyataan lembaga itu berhubung bencana banjir berkenaan, Hamas menolak dakwaan bahawa pihaknya bertanggungjawab terhadap kelewatan pelaksanaan pelan hala tuju tersebut, sambil menegaskan bahawa Hamas dan beberapa kumpulan Palestin lain telah pun menerima pelan berkenaan. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5828/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in Telegram๐๐๐ญ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐๐ Khemah-khemah perlindungan di Gaza sedang tenggelam akibat banjir dalam keadaan kemanusiaan yang amat teruk akibat sekatan berterusan Israel. Selamatkan mereka, teruskan bersuara. Ikuti perkembangan terkini di Telegram Dunia Palestin. Sebar-sebarkan. ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramTiga pilihan raya di luar negara dan satu pilihan raya domestik dalam tempoh 10 hari telah menjejaskan kedudukan diplomatik Israel, meningkatkan penelitian di Washington serta menyukarkan parti-parti politik Israel membentuk gabungan kerajaan, menurut TRT World memetik laporan The Jerusalem Post. Dalam perkembangan berkaitan, Trump memberitahu Fox News bahawa Washington akan menamatkan bantuan kewangan kepada Israel menjelang akhir tahun ini, dengan bantuan tahunan dikurangkan kepada kira-kira AS$4 bilion berdasarkan perjanjian yang dicapai sebelum ini bersama Netanyahu. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5824/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramGerakan Hamas mendakwa jalan-jalan di Semenanjung Gaza kini bertukar menjadi koridor kematian susulan peningkatan serangan dan pembunuhan oleh penjajah Israel terhadap penduduk Palestin. Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata pengeboman berterusan terhadap khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal, yang turut mengorbankan wanita dan kanak-kanak, membuktikan bahawa jenayah genosid di Gaza masih berterusan meskipun gencatan senjata telah dipersetujui. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5820/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramTiga tahun Sumud dalam dunia yang menggadaikan peraturan Oleh: Dr. Muslim Imran Pengarah Asia Middle East Center (AMEC) Gaza telah membuktikan sesuatu yang jauh lebih berkekalan: sebuah bangsa yang enggan lenyap, yang mengebumikan jenazah mereka dan terus melangkah ke hadapan, mampu mengubah perjalanan sejarah. Selepas tiga tahun, perjuangan ini masih berterusan; bukan kerana kemenangan sudah hampir dicapai, tetapi kerana pilihan selain meneruskan perjuangan tidak dapat diterima. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/kolumnis/5811 ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in Telegram๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ข๐จ๐ฅ 2 NOVEMBER 1917 Pada 2 November 1917, Arthur Balfour, Setiausaha Luar Negeri Britain ketika itu, menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour, merupakan satu surat yang menyatakan sokongan Britain terhadap usaha penubuhan โtanah air nasional kaum Yahudiโ di Palestin, yang menjadi titik permulaan kepada penubuhan Israel. ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramConnections
Similar channels
ๅ
ๆๆฅๆฅ@guangmingdailyNews and media6.36K
๐ฒ๐พ Berita Terkini Malaysia@ereadingmalayNews and media5.28K
Harian Metro@hmetroNews and media7.94K
Oh! Media@ohmediaNews and media8.85K
The Rakyat Post@trpmsiaNews and media8.92K
MAPIM MALAYSIA@mapimmalaysiaNews and media4.3K
Kementerian Dalam Negeri@kementeriandalamnegeriNews and media4.06K
MajalahLabur@majalahlaburNews and media9.98K