๐๐ข๐๐จ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ฌ๐ ๐โ๐ญ๐๐ข๐ : ๐ ๐จ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ (๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ) Tonton dokumentari khas Al Jazeera bertajuk Ma Khafiya Aโzhom: Muhammad Deif dengan sari kata Bahasa Melayu diterjemahkan oleh Dunia Palestin. Hayati kisah perjuangan Panglima Briged al-Qassam yang syahid, Muhammad Deif serta kisah sebalik tabir mengenai Operasi Taufan al-Aqsa yang didedahkan secara eksklusif buat pertama kali. Tonton di sini: https://duniapalestin.net/video/5843/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramPosts of Portal Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Tentera penjajah Israel memuat naik 3.5 juta gambar ke platform awan Amazon bagi tujuan pengecaman wajah dan analisis imej rakyat Palestin, menurut laporan akhbar Britain, The Guardian yang dipetik Anadolu. Memetik dokumen yang dibocorkan serta sumber ketenteraan, akhbar itu melaporkan bahawa gambar berkenaan dipindahkan pada awal 2024 ke sebuah pusat data Amazon berhampiran Tel Aviv oleh sebuah unit tentera penjajah Israel yang dikenali sebagai Rolling Stone. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5839/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramKetua Biro Politik Hamas, Dr Khalil al-Hayya menggesa negara-negara Arab dan Islam mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza susulan sekatan berterusan dan kekurangan keperluan asas dengan ketibaan musim sejuk. Dalam satu kenyataan, beliau berkata keadaan di Gaza bukan lagi sekadar krisis bantuan kecemasan atau kesan peperangan, sebaliknya melibatkan dasar kebuluran, pemusnahan sistematik kemudahan kehidupan serta sekatan sengaja terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan dan bahan pemulihan. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5837/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramSeorang bayi Palestin meninggal dunia akibat kesejukan di dalam khemah yang menempatkan keluarganya di selatan Gaza, menurut bapanya dan seorang doktor, ketika Israel terus mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan bekalan musim sejuk ke wilayah itu, lapor Al Jazeera. Bayi berusia sembilan bulan, Kinan Ahmed Raqiq, meninggal dunia akibat hipotermia di Khan Younis, selatan Gaza, menurut seorang doktor yang enggan dikenali kepada agensi berita AFP pada Khamis. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5831/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramGerakan Hamas pada Isnin mendakwa Lembaga Keamanan memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai krisis banjir di Gaza serta mengabaikan peranan Israel dalam menghalang pelaksanaan pelan perdamaian yang disokong Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu. Mengulas kenyataan lembaga itu berhubung bencana banjir berkenaan, Hamas menolak dakwaan bahawa pihaknya bertanggungjawab terhadap kelewatan pelaksanaan pelan hala tuju tersebut, sambil menegaskan bahawa Hamas dan beberapa kumpulan Palestin lain telah pun menerima pelan berkenaan. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5828/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in Telegram๐๐๐ญ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐๐ Khemah-khemah perlindungan di Gaza sedang tenggelam akibat banjir dalam keadaan kemanusiaan yang amat teruk akibat sekatan berterusan Israel. Selamatkan mereka, teruskan bersuara. Ikuti perkembangan terkini di Telegram Dunia Palestin. Sebar-sebarkan. ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramTiga pilihan raya di luar negara dan satu pilihan raya domestik dalam tempoh 10 hari telah menjejaskan kedudukan diplomatik Israel, meningkatkan penelitian di Washington serta menyukarkan parti-parti politik Israel membentuk gabungan kerajaan, menurut TRT World memetik laporan The Jerusalem Post. Dalam perkembangan berkaitan, Trump memberitahu Fox News bahawa Washington akan menamatkan bantuan kewangan kepada Israel menjelang akhir tahun ini, dengan bantuan tahunan dikurangkan kepada kira-kira AS$4 bilion berdasarkan perjanjian yang dicapai sebelum ini bersama Netanyahu. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5824/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramGerakan Hamas mendakwa jalan-jalan di Semenanjung Gaza kini bertukar menjadi koridor kematian susulan peningkatan serangan dan pembunuhan oleh penjajah Israel terhadap penduduk Palestin. Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata pengeboman berterusan terhadap khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal, yang turut mengorbankan wanita dan kanak-kanak, membuktikan bahawa jenayah genosid di Gaza masih berterusan meskipun gencatan senjata telah dipersetujui. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5820/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramTiga tahun Sumud dalam dunia yang menggadaikan peraturan Oleh: Dr. Muslim Imran Pengarah Asia Middle East Center (AMEC) Gaza telah membuktikan sesuatu yang jauh lebih berkekalan: sebuah bangsa yang enggan lenyap, yang mengebumikan jenazah mereka dan terus melangkah ke hadapan, mampu mengubah perjalanan sejarah. Selepas tiga tahun, perjuangan ini masih berterusan; bukan kerana kemenangan sudah hampir dicapai, tetapi kerana pilihan selain meneruskan perjuangan tidak dapat diterima. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/kolumnis/5811 ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in Telegram๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ข๐จ๐ฅ 2 NOVEMBER 1917 Pada 2 November 1917, Arthur Balfour, Setiausaha Luar Negeri Britain ketika itu, menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour, merupakan satu surat yang menyatakan sokongan Britain terhadap usaha penubuhan โtanah air nasional kaum Yahudiโ di Palestin, yang menjadi titik permulaan kepada penubuhan Israel. ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramSayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam dilaporkan telah merancang Operasi Taufan al-Aqsa sekurang-kurangnya lapan bulan sebelum serangan 7 Oktober 2023, menurut dokumen sulit yang didedahkan menerusi dokumentari penyiasatan Al Jazeera. Dokumen tersebut menunjukkan arahan awal bagi persiapan logistik dan taktikal dikeluarkan susulan peningkatan pencabulan kesucian Masjid al-Aqsa oleh pelampau pendatang Israel serta kemerosotan keadaan kemanusiaan tahanan Palestin di penjara Israel. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5805/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramMenteri Keselamatan Israel ekstremis, Itamar Ben-Gvir pada Khamis menggesa agensi keselamatan dalam negeri Shin Bet supaya menahan pemimpin parti-parti politik Arab. โShin Bet mesti mengarahkan penahanan ketua-ketua parti Arab seawal pagi ini kerana disyaki terlibat dalam isu dana Qatar, selain semua suspek lain dalam kes berkenaan, termasuk tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan cabang-cabangnya, sekiranya terdapat asas perundangan untuk penahanan mereka,โ katanya. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5800/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramโRakyat Palestin telah menderita akibat daripada semua parti politik Israel sepanjang sejarah. Kami tidak akan menerima darah rakyat Palestin dijadikan bahan bakar untuk pilihan raya Israel.โ Dr Khalil al-Hayya Ketua Biro Politik Hamas ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramHamas menegaskan pihaknya mematuhi pelan hala tuju 15 perkara untuk Gaza yang dikemukakan oleh Nikolay Mladenov, manakala Israel menolak dan gagal melaksanakan komitmen di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Penasihat Media kepada Ketua Biro Politik Hamas, Taher al-Nunu berkata peralihan kepada fasa kedua memerlukan pelaksanaan semua komitmen yang dipersetujui mengikut urutan ditetapkan. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5796/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramAhli Biro Politik Hamas, Osama Hamdan berkata rakyat Palestin tidak akan pernah bersendirian menghadapi penjajahan kerana saudara mereka dari Malaysia sentiasa memberi sokongan sehingga rakyat Palestin mencapai kebebasan. โถ๏ธ Tonton video penuh di sini: https://duniapalestin.net/video/5771/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramSyeikh Raed Salah menggesa rakyat Palestin yang menetap di wilayah yang dijajah supaya terus menziarahi Masjid al-Aqsa dan menunaikan solat di sana susulan peningkatan pencerobohan pendatang Israel serta sekatan terhadap jemaah Islam. Dalam satu rakaman video, beliau menyeru penduduk di wilayah Galilee, Triangle, Negev dan bandar-bandar pesisir, termasuk Acre, Haifa, Jaffa, Lod dan Ramla, supaya hadir ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat, membaca al-Quran, berdoa dan melaksanakan iktikaf. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5791/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramRejim penjajah Israel telah melanjutkan larangan terhadap Syeikh Ikrimah Sabri, khatib Masjid al-Aqsa merangkap Ketua Majlis Tertinggi Islam di Baitulmaqdis, daripada memasuki masjid itu untuk tempoh enam bulan lagi. Menurut Quds Press, Israel menyerahkan perintah lanjutan itu kepada peguam Syeikh Ikrimah, yang melarang tokoh agama Palestin itu memasuki Masjid al-Aqsa sehingga 19 April 2027. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5788/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramBDS Malaysia menyambut baik arahan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, namun menggesa kerajaan mengambil langkah sama terhadap Amazon Web Services (AWS) dengan menamatkan semua kontrak dan hubungan dengan syarikat tersebut. Dalam kenyataan medianya, BDS Malaysia berkata tindakan kerajaan terhadap Waze atas faktor keselamatan dan kedaulatan negara perlu disusuli langkah konsisten terhadap AWS, yang didakwa mempunyai kaitan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza menerusi Projek Nimbus. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5784/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in TelegramMufti Besar Libya, Syeikh Sadiq al-Ghariani mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel berusaha menjadikan Saddam Haftar, anak kepada komander tentera Libya timur, Khalifa Haftar, sebagai pemimpin negara itu. Beliau memberi amaran bahawa langkah sedemikian boleh mencetuskan konflik bersenjata. Al-Ghariani mendakwa Saddam Haftar memiliki ciri-ciri yang dicari Washington dan Tel Aviv bagi seorang bakal pemimpin Libya. Beliau antaranya merujuk dakwaan bahawa Saddam Haftar memiliki kewarganegaraan AS serta kesediaannya untuk memperjuangkan kepentingan AS dan Israel. Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5781/ ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ t.me/duniapalestin
Open in Telegram๐ฉ๐๐๐๐ข ๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ข๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐ง ๐ก๐๐ข ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ง๐ข๐ก๐ง๐ข๐ก ๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ฃ๐๐๐๐ฆ๐ง๐๐ก.๐ก๐๐ง Video ucapan penghargaan Osama Hamdan buat NGO Malaysia atas sumbangan untuk Palestin yang telah dipadam oleh YouTube kini boleh ditonton di Portal Dunia Palestin: https://duniapalestin.net/video/5771/ ๐ต๐ธ Sebar-sebarkan kepada para aktivis NGO yang berjuang untuk Palestin.
Open in Telegram