6,405 PELANGGARAN GENCATAN SENJATA, 1,690 RAKYAT PALESTIN DIBUNUH REGIM ZIONIS Pejabat Media Kerajaan Gaza mendedahkan bahawa regim zionis telah melakukan 6,405 pelanggaran gencatan senjata sepanjang 410 hari, mengakibatkan 1,690 rakyat Palestin dibunuh, 6,120 cedera dan 223 lagi ditahan. Sekatan bantuan kemanusiaan turut berterusan. Daripada 246,000 lori bantuan yang dipersetujui, hanya 80,937 dibenarkan memasuki Gaza. Sementara itu, hanya 15,794 orang dibenarkan menyeberangi Rafah daripada 43,200 yang sepatutnya, manakala 91 individu dihalang daripada keluar. Pejabat tersebut menggesa masyarakat antarabangsa dan PBB meningkatkan tekanan terhadap regim zionis agar menghentikan pelanggaran, membuka pintu sempadan secara berkala dan memenuhi komitmen penghantaran bantuan kemanusiaan. Sumber: The Peninsula ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
Open in Telegram
MAPIM MALAYSIA
Channel rasmi telegram MAPIM Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini dan update semasa isu dan kerja peduli Ummah dalam dan luar negara www.tabunggaza.com #365HariAkuUntukUmmah #MAPIMMalaysia
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Oct 30, 2026 | 580 |
| Nov 4, 2026 | 595 |
| Nov 9, 2026 | 467 |
| Nov 20, 2026 | 262 |
| Nov 25, 2026 | 150 |
Most viewed this month
- 01Views595Forwards—Reactions2Comments—
- 02Views580Forwards—Reactions—Comments—
- 03Views467Forwards—Reactions4Comments—
- 04Views269Forwards—Reactions1Comments—
Latest posts
SALAM TAKZIAH MAPIM Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Datuk Seri Dr. A. Samad Said, Sasterawan Negara yang banyak berjasa dalam mengangkat martabat bahasa dan kesusasteraan Melayu. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat dunia kesusasteraan tanah air. Segala karya, sumbangan dan legasi beliau akan terus dikenang. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Open in Telegram80 HARI MENUJU RAMADAN 1448H Ya Allah, panjangkanlah usia kami, kurniakan kesihatan dan kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadan. Semoga Ramadan yang bakal tiba membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua. #MAPIMMalaysia #MenujuRamadan #Ramadan1448H
Open in TelegramSELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA Setiap anak berhak menikmati zaman kanak-kanak yang penuh kasih sayang, keselamatan dan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik. Namun, masih ramai anak-anak di seluruh dunia, khususnya di bumi Palestin, membesar dalam suasana konflik, kehilangan tempat tinggal dan kekurangan keperluan asas. Anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan tidak seharusnya dilupakan. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menyantuni, melindungi dan memastikan hak serta kebajikan mereka terbela. Kerana setiap anak berhak untuk tersenyum, bermimpi dan menikmati masa depan yang lebih baik. #MAPIMMalaysia #HariKanakKanakSedunia
Open in TelegramBANJIR DI GAZA, 350,000 RAKYAT PALESTIN HILANG TEMPAT BERLINDUNG Hujan lebat dan banjir yang melanda Gaza menyebabkan kira-kira 350,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa bermalam dalam keadaan terbuka tanpa perlindungan mencukupi. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Munir al-Bursh, mendedahkan ribuan khemah masih terkandas di pintu sempadan akibat sekatan regim zionis. Selain itu, kira-kira 70,000 khemah dilaporkan ditenggelami banjir, manakala beberapa bangunan yang rosak akibat serangan terdahulu runtuh dipukul ribut. Sekatan berterusan regim zionis terhadap bekalan perlindungan dan bahan pembinaan terus memburukkan penderitaan rakyat Gaza. Kanak-kanak dan keluarga yang kehilangan rumah kini terpaksa berdepan ancaman banjir, kesejukan dan ketiadaan tempat berlindung. Sumber: Anadolu ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
Open in TelegramBEKAS JURUCAKAP TENTERA ISRAEL DEDAH MANIPULASI FAKTA MENGENAI PALESTIN Bekas jurucakap tentera regim zionis, Ayelet Kroizer, mendedahkan bahawa maklumat berkaitan serangan di Gaza dan Tebing Barat sengaja dimanipulasi bagi membentuk persepsi masyarakat serta meraih sokongan terhadap operasi ketenteraan. Beliau mengakui rakyat Palestin yang tidak bersalah sering dilabel sebagai “pengganas”, manakala kenyataan rasmi disesuaikan mengikut sasaran untuk mendapatkan sokongan rakyat dan legitimasi antarabangsa. Kroizer turut menyifatkan unit jurucakap tentera sebagai sebuah jentera perhubungan awam yang mengutamakan pembentukan imej tentera berbanding hak masyarakat mengetahui kebenaran. Pendedahan ini mengangkat persoalan penting tentang ketelusan maklumat dan bagaimana naratif peperangan dibentuk ketika rakyat Palestin terus menanggung kesan serangan dan kemusnahan. Sumber: Utusan ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
Open in Telegram15 ORGANISASI MEDIA DESAK EU DEDAH DOKUMEN KEMUSNAHAN INFRASTRUKTUR GAZA Sebanyak 15 organisasi media, persatuan wartawan dan badan kebebasan akhbar menggesa Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan dokumen berkaitan projek infrastruktur yang dibiayainya di Gaza. Desakan itu menyusuli siasatan Ombudsman EU terhadap keengganan Suruhanjaya Eropah mendedahkan 17 dokumen yang dimohon portal berita EUobserver sejak Februari lalu. Dokumen berkenaan penting bagi meneliti sejauh mana serangan regim zionis telah memusnahkan infrastruktur Palestin yang dibangunkan menggunakan dana EU. Mereka memberi amaran bahawa kerahsiaan dokumen menghalang wartawan dan masyarakat daripada meneliti penggunaan dana awam serta menuntut ketelusan dan akauntabiliti terhadap kemusnahan di Gaza. Sumber: Utusan ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
Open in TelegramEMPAT KANAK-KANAK PALESTIN MENINGGAL DUNIA AKIBAT MENINGITIS, SEKATAN REGIM ZIONIS BURUKKAN KRISIS KESIHATAN Empat kanak-kanak Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat meningitis bakteria di Kompleks Perubatan Nasser, Khan Younis, dalam tempoh sebulan, ketika hospital berdepan kekurangan antibiotik dan bekalan perubatan penting. Ketua Jabatan Pediatrik hospital, Dr. Ahmed Al-Farra, mengesahkan enam kes meningitis direkodkan dalam tempoh sebulan, berbanding hanya satu hingga dua kes setahun sebelum perang. Krisis ini semakin memburuk akibat sekatan regim zionis yang mengehadkan kemasukan bekalan perubatan ke Gaza, sekali gus menyukarkan petugas kesihatan mendapatkan ubat dan rawatan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Bekalan ubat dan bantuan perubatan perlu dibenarkan masuk segera bagi mengelakkan lebih banyak nyawa kanak-kanak Palestin terkorban akibat krisis yang semakin meruncing. Sumber: QNN ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
Open in TelegramMerafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya. Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat negeri Selangor dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
Open in Telegram60,000 KANAK-KANAK GAZA KEHILANGAN IBU BAPA AKIBAT GENOSID REGIM ZIONIS Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan lebih 60,000 kanak-kanak di Gaza kehilangan seorang atau kedua-dua ibu bapa akibat serangan dan pembunuhan berterusan oleh regim zionis, termasuk selepas gencatan senjata diumumkan. Menurut UNICEF, lebih 340 kanak-kanak turut dibunuh dan ratusan lagi cedera dalam tempoh selepas gencatan senjata, berdasarkan data yang tersedia. Kira-kira 800,000 kanak-kanak masih kehilangan tempat tinggal, dengan kebanyakannya berlindung di dalam khemah atau bangunan rosak yang membahayakan keselamatan mereka. Di sebalik angka ini, puluhan ribu anak Palestin terpaksa membesar dalam kehilangan, trauma dan ketidakpastian. Mereka berhak mendapat perlindungan, rawatan, pendidikan dan masa depan yang selamat. Sumber: The Malaysian Reserve ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
Open in TelegramConnections
Similar channels
Kementerian Dalam Negeri@kementeriandalamnegeriNews and media4.06K
🇲🇾 Berita Terkini Malaysia@ereadingmalayNews and media5.28K
Bantuan Kerajaan Madani 🇲🇾✨@kerajaanterkiniNews and media3.44K
Kuantan@kuantanNews and media3.07K
Portal Dunia Palestin 🇵🇸@duniapalestinnetNews and media6.22K
光明日报@guangmingdailyNews and media6.36K
Harian Metro@hmetroNews and media7.94K
Oh! Media@ohmediaNews and media8.85K