Art? Ya, Art of Iblis! Ramai yang pandang remeh tentang isu kemunculan patung emas gergasi dan simbol menyerupai ritual pemujaan dalam concert yang viral baru-baru ni. Ramai juga yang back up dengan alasan yang sama: “Ala, itu cuma konsep seni...” “Kita datang nak dengar lagu je, bukan nak sembah patung tu...” “Iman kami takkan goyah setakat tengok persembahan macam tu...” Cara fikir ini sebiji dengan cara syaitan memerangkap manusia dalam bab maksiat. Dalam Al-Qur’an, Allah tidak berfirman “Jangan berzina”, tetapi Allah berfirman “وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰى”. “Jangan kamu mendekati zina.” (Al-Isra’: 32) Mendekati sahaja Allah dah larang, apatah lagi melakukannya! Prinsip yang sama terpakai dalam menjaga akidah. Dalam Islam, perkara yang merosakkan iman bukan hanya bila kita tunduk sujud menyembah berhala. Duduk di dalam majlis yang menormalisasikan simbol pemujaan, bersorak di hadapan sesuatu yang menyerupai berhala, dan mempertahankan kemungkaran atas nama “hiburan”… itu semua adalah langkah mendekat ke arah kerosakan akidah. Syaitan tak pernah suruh umat Islam terus murtad dalam satu malam. Dia bermula dengan melunturkan rasa sensitif dalam hati. Hari ini kita rasa biasa tengok simbol pemujaan sebagai “seni”. Esok kita tak rasa apa-apa bila syiar agama dipermainkan dan dicaci. Lama-kelamaan, rasa benci terhadap syirik hilang dari jiwa dan diri. Jangan terlalu yakin dengan kekuatan iman sendiri sehingga sanggup melangkah masuk ke zon bahaya, kemudian berfikir “Nanti balik rumah aku istighfarlah.” Orang yang benar-benar menjaga agamanya tidak akan bertanya, “Adakah perbuatan ini sudah cukup untuk membatalkan iman aku?” Dia akan bertanya, “Adakah tempat ini mengundang murka Allah dan melukakan kesucian akidah aku?” Jika mendekatinya pun sudah menjadi fitnah kepada hati, maka jauhilah. Jangan gadaikan sensitiviti akidah demi hiburan yang sementara. #muhasabahiman #isusemasa @budaktarbiah
Open in TelegramPosts of Budak Tarbiah
APA KHABAR GAZA? Petang 30 Oktober lalu, sebuah khemah di kem pelarian al-Mawasi, Khan Younis, terbakar. Keesokan harinya, dua anak perempuan meninggal dunia. Mereka bukan tidur di rumah. Mereka tidur dalam khemah. Selepas tiga tahun. Dan "gencatan senjata" sudah setahun berlalu. Berita ini tak trending. Tak masuk FYP kita. Dan kita pun perlahan-lahan berhenti bertanya. Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda: "Perumpamaan orang-orang beriman dalam berkasih sayang, saling mengasihi dan saling mencintai adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasainya dengan tidak dapat tidur dan demam." (HR Bukhari dan Muslim) Satu anggota sakit, seluruh tubuh tak boleh tidur. Tapi kita masih mampu tidur lena. Masih sempat nak rancang malam ni nak dinner di restoran mana. Masih boleh bergelak ketawa. Boleh tak boleh berbahagia, Cuma mengingatkan agar kita tidaklah sampai terlupa. Sebab risau, Mungkin yang sakit bukan hanya Gaza. Tapi hati kita yang sudah mula tak rasa apa. Malam ini, sebelum tidur, sebut mereka dalam doa. Itu yang paling kurang kita mampu. Jangan biar Gaza hilang dari doa, hanya kerana ia hilang dari feed. #muhasabahiman #DakwahItuCinta @budaktarbiah
Open in TelegramRuginya siapa yang suka bertangguh! Ka'b bin Malik bukan tertinggal Perang Tabuk sebab dia miskin. Bukan juga sebab sakit. Apatah lagi sebab tak mampu. Beliau sendiri mengaku, tak pernah beliau sesenang itu. Dua ekor tunggangan. Tubuh yang sihat. Yang menewaskan beliau hanya satu perkataan. "Nanti." Setiap pagi beliau berkata, "Sempat lagi ni. Esok lah aku bersiap." Sehingga tentera Islam sudah jauh, dan beliau akhirnya tertinggal. Bila Rasulullah ﷺ pulang, ramai yang datang dengan pelbagai alasan. Ka'b memilih jujur. "Demi Allah, aku tiada sebarang uzur." Harganya, 50 malam tiada siapa yang dibenarkan menegurnya. Sehingga Allah menggambarkan keadaan mereka: "...hingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pula terasa sempit, serta mereka yakin bahawa tiada tempat berlindung daripada (murka) Allah melainkan kepada-Nya..." (Surah At-Taubah, 9:118) Lalu Allah menerima taubat mereka. Kita pun ada "Tabuk" kita sendiri. Taubat yang ditangguh. Solat yang dilewatkan. Hijrah yang asyik "lepas ni". Bezanya, Ka'b masih sempat kembali. Kita tak pernah tahu, "nanti" kita masih ada atau tidak. Kebaikan yang ditangguh, selalunya tak pernah jadi. Rujukan: Riyadhus Solihin, Imam An-Nawawi #HijrahItuProses #muhasabahiman @budaktarbiah
Open in TelegramBILA HATI PENAT, PULANGLAH Bila assignment bertimbun, Pulanglah, walau dua rakaat cuma. Bila kerja tak pernah habis, Pulanglah, walau sebaris zikir sahaja. Bila manusia tak faham, Pulanglah, Dia lebih tahu apa yang kau rasa. Bila doa macam tak berjawab, Pulanglah, mungkin Dia rindu suara kita. Bila dosa rasa terlalu berat, Pulanglah, pintu taubat belum ditutup-Nya. Kita ni selalu cari tenang Kat tempat yang salah. Kat notification. Kat validation. Kat manusia yang hatinya pun berbolak-balik juga. Padahal tenang tu Dah lama tunggu kita Atas sejadah. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Ra'd, 13:28) Penat tu tanda kita manusia. Pulang tu tanda kita hamba. 🤍 #puisitarbiah #spiritualtreatment #TarbiahHati @budaktarbiah
Open in TelegramJARI YANG MENJADI SAKSI? Pernah terbayang tak? Sejam scroll, tak terasa apa. Lima minit baca Quran, terasa betul lamanya. Pelik kan jari kita… Bila scroll video demi video, Tak penat pulak dia. Aib orang, gosip, content yang kita sendiri tahu tak berkualiti dan bahkan mengundang dosa. Kita rasa dan kita kata, "Alah, tengok je. Bukan buat apa..” Tapi bayangkan satu hari nanti. Mulut kita dikunci. Dan jari yang sama inilah yang bongkar segala sisi. "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan tangan mereka akan berkata kepada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Surah Yasin, 36:65) Apa agaknya yang jari kita akan luah nanti? Tentang ayat yang kita kongsi? Atau segala yang mungkin kita pernah padam dari history? Harapnya yang diluah nanti, segala yang baik baik dari hati. Jari yang membelek Quran setiap hari, Jari yang berinfak walaupun kepada orang yang tak dikenali, Jari yang menuliskan kebaikan agar lebih ramai yang dapat contohi. Ibadah jari itu, Kalau lebih banyak aibnya dari ibadahnya, Ketahuilah, Kita mungkin mampu sorok daripada manusia. Tapi tak kan pernah mampu sorok daripada Dia. #muhasabahiman #TarbiahHati @budaktarbiah
Open in TelegramLAMA HILANG, TAPI TAK PERNAH PERGI Assalamualaikum geng! 👋 Hah, ada lagi tak yang stay dalam channel ni? Kalau ada, angkat tangan sikit 🙋♀️ Jujurnya, channel ni dah lama senyap. Bukan sebab dah tak sayang. Tapi sebab sibuk. Sibuk kerja, sibuk urus rumah, sibuk kejar dunia… sampai lupa nak isi semula bekalan hati sendiri. Haishh. Malu jugak nak mengaku. Tapi itulah hakikatnya. Pernah tak rasa macam tu? Dulu semangat gila pergi halaqah, baca Quran tiap malam, share benda baik kat story. Sekarang? Buka Quran pun tunggu mood. Halaqah pun dah berhabuk. Eh 😅 Tapi tak apa. Jatuh tu biasa. Futur tu manusia. Yang tak boleh, kita terus duduk diam dan rasa selesa kat situ. "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." (Al-'Ankabut: 69) Allah tak minta kita terus sempurna. Allah cuma minta kita terus berusaha. Langkah kecil pun Dia kira. Satu ayat pun Dia nilai. So, inshaAllah lepas ni Budak Tarbiah nak bangun semula. Nak sambung kongsi tazkirah santai, puisi tarbiah, kisah sirah, dan benda-benda yang boleh topup iman kita sama-sama. Bukan sebab kita dah baik sangat. Tapi sebab kita nak jadi baik sama-sama. Korang tolong satu je. Share channel ni kat bestie, adik-beradik, atau sesiapa yang korang nak ajak pulang bersama. Nama pun ukhuwah till jannah kan :p Jom, mulakan semula. Slowly, yet surely. 🤍 #HijrahItuProses #SlowIsStillProgress #TarbiahHati @budaktarbiah
Open in Telegram🌸 Siri Sembang Sirah Kadang kita penat jadi kuat kan… Tapi dalam masa yang sama, kita pun sebenarnya tengah cari arah. Rasa nak jadi muslimah yang lebih baik, tapi tak jelas… nak mula dari mana. Teringat satu sosok wanita, yang hidupnya sangat dekat dengan Rasulullah ﷺ, tapi dalam masa yang sama, kuat, cerdas, dan sangat berperanan dalam ummah. ✨ Saidatina Aisyah R.A Bila kita kenal perjalanan hidup beliau, kita akan mula nampak… rupa-rupanya menjadi wanita yang berilmu, yakin, dan ada identiti, itu sesuatu yang boleh dibina, bukan mustahil. InsyaAllah, kita akan sembang santai pasal ni dalam sesi ni 🤍 bukan kelas berat… tapi lebih kepada ruang untuk kita refleksi balik diri kita. 🗓 1 Mei 2026 (Jumaat) ⏰ 13:00 – 14:30 PM (AEST) 📍 Google Meet Kalau hati rasa terpanggil, mungkin ini tanda untuk kita berhenti sekejap… dan dengar sesuatu yang kita sebenarnya perlukan 💗 Link daftar: https://forms.gle/qHXd5SY6krguUDYS6 @budaktarbiah
Open in TelegramWake-up call! Kalau kita tak boleh solat pkai baju tu, jangan pakai. Kalau kita taknak meninggal di tempat macam tu, jangan pergi. Kalau kita taknak ayat tu jadi ayat terakhir kita dengan someone, jangan cakap. Kita selalu rasa kita ada masa. Kita selalu fikir masih ada masa. Dalam kubur penuh dengan orang yang ingat dia masih ada hari ‘esok’. @budaktarbiah
Open in TelegramAllahu… Zaman makin pelik. Yang nak buat baik, dituduh-tuduh. Yang nak buat maksiat, dihalalkan dengan 'takpelah, remaja lagi tuh!'. RAIKANLAH KEBAIKAN, BUKAN MEMADAMKAN! Ada satu kisah jenaka, Di sebuah universiti terkemuka, Seorang pelajar nak buat solat hajat. Bukan ajak orang bermaksiat, Cuma nak sujud, mengadu harap pada Tuhan. Tapi malangnya, Yang datang bukan sambutan, Tapi persoalan demi persoalan. Ada ustazah datang dan bertanya, “Kenapa buat tiba-tiba?” “Kenapa tak minta izin saya?” “Kenapa takde surat rasmi dan tak lalu badar saje?” “You guys ni, suspiciousnya..." "Korang ni mesti nak ajak masuk usrah dan beragenda…” Eh ustazah, Apa salahnya kalau adik tu nak bawa orang dekat dengan Tuhan? Apa ruginya kalau ada yang nak hidupkan ruh iman? Ke ustazah lebih redha dan lega, Kalau adik-adik kita tu pergi dating senyap-senyap dalam library, Selfie dekat tasik pegang tangan sambil couple goal di IG story? ... Kadang kita lupa, Bahawa kerja dakwah ini bukan milik mana-mana badan, Tapi amanah dan kewajipan buat semua insan. Allah juga telah berfirman, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya" (Surah al-Ma’idah, 5: 2) Cuba tanya diri kita... Bila nampak orang buat kebaikan, Kita sambut dengan rasa bahagia atau syak wasangka? Kita hulur bantuan, atau kita hantar surat siasatan? Buat adik-adik yang diuji ketika nak berdakwah, Tetap tersenyumlah. Jalan tarbiah ni tak ditabur dengan bunga, Tapi memang jalannya penuh luka. Persetankan mereka yang pendengki, Asal Allah tahu apa niat dalam hati. Teruskan melangkah, teruskan menyeru manusia. Kita buat kerana Allah, dan tak mengharapkan imbalan dari sesiapa Kita bukan nak jadi popular, Kita cuma nak selamatkan diri dan orang lain daripada azab yang membakar. 💬 "Jika kebaikan tak lagi diraikan, Maka kerosakan akan merata tanpa sempadan." - Aimi Suhaimi Jom, jadi agen penyebar kebaikan. Jangan kerana hari ini kita mematikan satu usaha dakwah, Esok-esok kita pula menyesal sebab anak cucu kita sendiri tiada siapa nak ajak ke jalan Tuhan. Time tu baru sedar dan baru nak terngadah. #muhasabahiman #HijrahItuProses #DakwahItuCinta @budaktarbiah
Open in TelegramBanyak betul ustaz glamour. Bayaran upah bagi tazkirah setengah jam pun mahalnya dah macam apa.. Takpelah, Kita tetaplah buat kerja dakwah kita. Kerja kita bukan untuk viral, Bukan juga nak popular. Kerja kita adalah sambung legasi dakwah Baginda. Kadang-kadang, orang tak nampak pun apa yang kita buat. Orang tak tahu pun letihnya dakwah asyik ditolak masyarakat. Tak ada pujian, Tak ada tepukan, Cuma ada peluh, air mata, dan doa dalam kesunyian. Tapi kita? Tetaplah jalan. Sebab kita tahu, Kalau satu jiwa berubah sebab usaha kita, Itu lebih mahal daripada satu juta followers yang sekadar singgah seketika. Kita bukan nak impresskan manusia, Kita berusaha nak balas cinta Dia. Jangan tunggu sempurna baru nak menyeru. Kerana dakwah ini, Bukan hak milik ustaz dan ustazah saja. Tapi tugas semua yang percaya. Syurga itu untuk mereka yang berjuang ke arahnya. Ayuh, sabar dan tsabatlah. #DakwahItuCinta #SambungKerjaRasul #TarbiahHati @budaktarbiah
Open in TelegramSLOWLY, YET SURELY. Ada orang cepat berubah, Sekali hijrah, terus istiqamah. Ada juga yang perlahan-lahan, Langkah kecil, tapi tak pernah berhenti berjalan. Ada yang terus kuat, Ada yang jatuh berkali-kali, Tapi setiap kali rebah, Dia tetap cuba bangun sendiri. Tak sama jalan, Tak serupa ujian, Tapi tetap ada ruang di sisi Tuhan, Untuk semua yang sedang pulang. Jangan bandingkan diri, Jangan malu dengan proses sendiri. Kita mungkin sedikit lambat, Tapi kita tetap menuju tempat yang sama... Syurga, kan? #Puisitarbiah #HijrahItuProses @budaktarbiah
Open in TelegramSABAR ITU TAK MUDAH, TAPI INDAH Ada orang yang sabar bila dihina, Ada orang yang sabar bila rezeki tak menyebelahinya, Ada orang yang sabar bila jodoh tak kunjung tiba, Ada orang yang sabar bila doanya belum dimakbulkan Dia, Ada juga orang yang sabar bila kena bangun sorang-sorang waktu tahajjud / Subuh, saat orang lain masih terlena. Sabar itu bukan hanya bila kita diuji. Teruslah bersabar dalam istiqamah berbuat kebaikan, walaupun tak ada yang nampak dan tak ditabur dengan pujian. Ingat, Kalau kita buat atau tinggalkan sesuatu kerana manusia itu adalah RIAK. Kalau kita buat atau tinggalkan sesuatu kerana Allah itu adalah IKHLAS. Sabar dalam menghadapi ujian itu bukan hanya untuk orang yang merasa 'layak', Tapi percaya bahawa nikmat daripada bersabar itu hanya Allah yang mampu balas. Allah itu Maha Melihat. Dan setiap sabar yang kita tanam hari ini, adalah bunga syurga yang akan mekar di akhirat nanti. #TarbiahJiwa #Istiqamah #puisitarbiah @budaktarbiah
Open in Telegram"JANGAN MALU NAK MULA SEMULA" Pernah rasa macam dah terlalu jauh menyimpang? Rasa segan nak kembali 'pulang'? Rasa macam dah banyak sangat dosa, sampai rasa tak layak diberi another peluang…? Ingat ni satu benda, Tak kisahlah dah berapa kali rebah, Tak kisahlah dah berapa kali hilang arah, Tetaplah paksa diri untuk buka Quran dan tadabbur setiap baris kalimah, Sebab rasa tenang dan kuat untuk mujahadah tu selalu ada bagi yang mencari hikmah. Dan natijah bagi setiap rasa itu… adalah bukti dan tanda Dia masih sayang. #HijrahItuProses #SlowIsStillProgress @budaktarbiah
Open in TelegramJANGAN LUPA SOLAT! Apa pun berlaku, jangan lupa solat. Kalau tertinggal, usahakan untuk qadha semula. Sebab, sampai 1 masa nanti, kita dah tak perlu solat pun :') Cuma yang membezakan adalah, kita 'pulang' nanti bersama 'hutang', atau dengan rasa lapang. Come on. Cuba kita fikir dan kira, waktu kita bersama Dia. Let say kita peruntukkan 5 min untuk setiap waktu solat kita. Kita kira yang wajib je. Sunat sunat ni kira bonus. 5min x 5 waktu = 25min sehari 25min x 7 hari = 175min @ 2jam 55min seminggu 25min x 365 hari = 9,125min @ 152jam 5min @ 6 hari setahun! Kalau kita kumpul semua waktu solat wajib kita, umpama kita solat 6 hari non-stop. Kita ada baki lagi 359 hari lagi utk kita buat hal lain. Apa lagi alasan untuk kita lupa / tak sempat? 😔 #budaktarbiah #pilihcaramati @budaktarbiah
Open in TelegramCerita sos cili! Pernikahan ni bukan tentang Give and Take. Tapi ia adalah medan “i want to serve you the best”, dan medan berebut pahala sebanyaknya. “Aduh, kenapa awak sailang pahala sy harini?” “Jangan basuh pinggan! Tu task sy, pahala sy. Awak rehat je.” Nikmat menikah ni, semua benda jadi pahala. Sebab tu rugi kalau bercinta sebelum nikah. Sebab semua yg dibuat bersama menjadi dosa. :p Gitchu! Suami orang makan kt luar dengan perempuan yang takde ikatan dan tanpa sebarang keperluan? Bukan setakat tergoda, malah berdosa. Sos paket tu belakang kira. Tapi kalau suami makan dengan isteri, teguk botol cili tanpa lauk lain pun jadi pahala. Wkwkwwk 😆 Pilih ah nak yang mana! #sentapjap #soscili @budaktarbiah
Open in Telegram“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan mengerjakan amal soleh, serta berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)’?” (Fussilat: 33) @budaktarbiah
Open in TelegramTakut Nak Ajak Orang Lain? Tapi Dunia Sedang Terbakar. Kita tahu di zaman ini, tarbiah diri & ajak orang lain kembali kepada Allah itu penting. Tapi hakikatnya masih ramai yg takut-takut. Takut orang judge. Takut dikatakan bajet baik. Takut kena reject. Takut diri sendiri tak cukup baik. Takut tak pandai bercakap. Tapi dalam masa yang sama Dunia sedang terbakar. Di TikTok, ribuan konten normalisasi hubungan sedarah, BDSM dan fetish pelik trending setiap minggu. Komik dan animasi LGBTQ makin dijajah dalam hiburan remaja. Budaya “OnlyFans” dan sugar baby makin diterima sebagai “cara mudah buat duit.” Budak sekolah rendah hatta budak tadika pun dah tahu namanya pornstar dan tengok porn dalam tandas. Ramai remaja Muslim percaya zina bukan dosa besar “asalkan consensual.” Bahkan ada yang kata: “Kenapa perlu kahwin, kalau boleh buat semua benda sebelum kahwin?” Haishh!!! Ikutkan emosi, aku rasa nak cincang-cincang mulut si jahil yg bercakap ni. Tapi kita hari ini masih takut nak bercakap? Hey come on! Realiti ini patut buat kita menangis. Kalau kita yang tahu kebenaran pun diam, Siapa lagi yang akan bersuara? “Dan janganlah kamu menyembunyikan apa yang telah Allah turunkan (dari kebenaran)…” (Ali ‘Imran: 187) Dan Nabi SAW pun sudah berpesan kpd kita melalui hadis baginda: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemah iman.” (HR Muslim) Tapi yes, aku faham, takut itu ada. Kita manusia biasa. Rasa takut itu fitrah. Tapi jangan biar takut menutup keberanian. Baca balik kisah Nabi Musa AS. Beliau seorang nabi, tapi masih merasa takut untuk berdakwah sebab dia manusia gak. “Ya Tuhanku, aku takut mereka mendustakanku.” (Asy-Syu’ara: 12) Allah tak marah. Sebab itu fitrah kejadian manusia. Sebaliknya Allah memberi kekuatan buat Nabi Musa. “Jangan takut! Sesungguhnya Aku bersama kamu.” (Taha: 46) Jadi, buat korang yang masih kecut nak berdakwah atau nak sampaikan kebenaran atau ajak orang lain kepada kebaikan, lebih-lebih lagi di saat kau sorang-sorang, boleh jadikan ni tips berguna: 1. Yakin, bukan kau yang beri hidayah. Allah yang beri. Tugas kau cuma sampaikan. Bukan ubah hati orang. So tak payah fikir banyak sampai akhirnya kau tak gerak pun. “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai…” (Al-Qasas: 56) 2. Jangan tunggu sempurna baru nak ajak orang. Kalaulah dakwah itu hanya untuk orang sempurna, takkan ada sesiapa yang berdakwah kat muka bumi ini. Dengan amar makruf nahi mungkar inilah yang akan menyucikan dan memperbaiki kita. 3. Sampaikan ikut kadar yang kau mampu. As starting, satu ayat pun cukup. Nak share artikel pun boleh. Itu dah cukup baik. Pastu ajak geng-geng sekepala korang sekali. "Eh awak, jom kita gi edar artikel tentang Palestin malam ni, kita nak share ayat qur'an kat member-member kita kat sekolah/kampus ni, nak sama-sama remind utk makin sedar diri." “Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” (HR. Bukhari) 4. Istiqomah dengan circle tarbiyah yang boleh tolong topup iman dan kekuatan kita. Dakwah tak boleh seorang. Kita perlukan orang yang sentiasa ingatkan dan tolong jaga bahu kita daripada rebah. Erk fikir jap, bahu ka kaki? Takpalah 😅 Maksud aku tu, kau nak ajak orang lain jadi baik, ingat Allah tapi paling utama diri kau dulu. Kau dulu kena ada kemahuan dan kesedaran nak berubah barulah ada kekuatan untuk mengubah. Akhir kata, Kalau bukan kita yang nak ajak orang lain kepada hal mengingat Allah, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jangan takut suara kamu terlalu kecil. Kerana kadang, satu story IG pun boleh ubah hati seseorang. Satu ajakan pergi halaqah/program tarbiah boleh selamatkan seorang jiwa dari neraka. Mungkin. Dunia sedang terbakar. Tapi kita ada air dari langit Yakni kebenaran, iman, dan Allah! 💪 Padamkan api itu. Mulakan dengan apa yang kalian mampu.
Open in TelegramBila kita rasa kita tak layak atau tak cukup bagus untuk jadi orang baik, ingat satu benda ni. Sejahil apa pun kita dahulu, Atau seburuk apa pun background keluarga kita, Kita tak pernah mengharapkan keturunan kita memperbaiki akhlak dan sikap kita. Tapi bahkan kita yang akan berusaha untuk menjadi orang yang memperbaiki keturunan kita kedepannya. Dengan harapan, Allah izinkan kita berjaya membentuk generasi keturunan setelah kita yang juga mencintai Dia ❤️ #puisitarbiah #SpiritualTreatment #Chonteng #Taujihat @budaktarbiah
Open in Telegram{ وَٱصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ } [Surah Hūd: 115] "Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan." { فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ } [Surah Hūd: 112] "Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." Kredit penulisan daripada Ustaz Abdullah Azzam. @budaktarbiah
Open in Telegram