Account

Budak Tarbiah

SHARE kan sebanyaknya VIBE DAKWAH ini kepada seluruh dunia. Moga moga ada yang tersentuh dan tergerak untuk kembali semula ke jalanNya :')

Username
@budaktarbiah
Category
Religion
Country
MalaysiaMalaysia
Subscribers2,744
Avg views per post, 7d—last 7 days
ERR10.26%30-day average

Average views per post by day

By publication day

Show as table
DateAvg views per post
Nov 1, 2026348
Nov 2, 2026283
Nov 3, 2026278
Nov 4, 2026279
Nov 5, 2026267
Nov 11, 2026234

Most viewed this month

  1. 01
    Views348
    Forwards—
    Reactions26
    Comments—
  2. 02
    Views283
    Forwards—
    Reactions8
    Comments—
  3. 03
    Views279
    Forwards—
    Reactions4
    Comments—
  4. 04
    Views278
    Forwards—
    Reactions6
    Comments—

Latest posts

#2858Text

Art? Ya, Art of Iblis! Ramai yang pandang remeh tentang isu kemunculan patung emas gergasi dan simbol menyerupai ritual pemujaan dalam concert yang viral baru-baru ni. Ramai juga yang back up dengan alasan yang sama: “Ala, itu cuma konsep seni...” “Kita datang nak dengar lagu je, bukan nak sembah patung tu...” “Iman kami takkan goyah setakat tengok persembahan macam tu...” Cara fikir ini sebiji dengan cara syaitan memerangkap manusia dalam bab maksiat. Dalam Al-Qur’an, Allah tidak berfirman “Jangan berzina”, tetapi Allah berfirman “وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰى”. “Jangan kamu mendekati zina.” (Al-Isra’: 32) Mendekati sahaja Allah dah larang, apatah lagi melakukannya! Prinsip yang sama terpakai dalam menjaga akidah. Dalam Islam, perkara yang merosakkan iman bukan hanya bila kita tunduk sujud menyembah berhala. Duduk di dalam majlis yang menormalisasikan simbol pemujaan, bersorak di hadapan sesuatu yang menyerupai berhala, dan mempertahankan kemungkaran atas nama “hiburan”… itu semua adalah langkah mendekat ke arah kerosakan akidah. Syaitan tak pernah suruh umat Islam terus murtad dalam satu malam. Dia bermula dengan melunturkan rasa sensitif dalam hati. Hari ini kita rasa biasa tengok simbol pemujaan sebagai “seni”. Esok kita tak rasa apa-apa bila syiar agama dipermainkan dan dicaci. Lama-kelamaan, rasa benci terhadap syirik hilang dari jiwa dan diri. Jangan terlalu yakin dengan kekuatan iman sendiri sehingga sanggup melangkah masuk ke zon bahaya, kemudian berfikir “Nanti balik rumah aku istighfarlah.” Orang yang benar-benar menjaga agamanya tidak akan bertanya, “Adakah perbuatan ini sudah cukup untuk membatalkan iman aku?” Dia akan bertanya, “Adakah tempat ini mengundang murka Allah dan melukakan kesucian akidah aku?” Jika mendekatinya pun sudah menjadi fitnah kepada hati, maka jauhilah. Jangan gadaikan sensitiviti akidah demi hiburan yang sementara. #muhasabahiman #isusemasa @budaktarbiah

Open in Telegram
Views234−17%vs avg
Forwards—
Reactions5
Comments—
#2857Text
Views267−5%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#2856Text
Views279−1%vs avg
Forwards—
Reactions4
Comments—
#2855Text
Views278−1%vs avg
Forwards—
Reactions6
Comments—
#2854Text
Views283+1%vs avg
Forwards—
Reactions8
Comments—
#2853Text
Views348+24%vs avg
Forwards—
Reactions26
Comments—
#2852Photo
Views955+239%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#2850Text

Allahu… Zaman makin pelik. Yang nak buat baik, dituduh-tuduh. Yang nak buat maksiat, dihalalkan dengan 'takpelah, remaja lagi tuh!'. RAIKANLAH KEBAIKAN, BUKAN MEMADAMKAN! Ada satu kisah jenaka, Di sebuah universiti terkemuka, Seorang pelajar nak buat solat hajat. Bukan ajak orang bermaksiat, Cuma nak sujud, mengadu harap pada Tuhan. Tapi malangnya, Yang datang bukan sambutan, Tapi persoalan demi persoalan. Ada ustazah datang dan bertanya, “Kenapa buat tiba-tiba?” “Kenapa tak minta izin saya?” “Kenapa takde surat rasmi dan tak lalu badar saje?” “You guys ni, suspiciousnya..." "Korang ni mesti nak ajak masuk usrah dan beragenda…” Eh ustazah, Apa salahnya kalau adik tu nak bawa orang dekat dengan Tuhan? Apa ruginya kalau ada yang nak hidupkan ruh iman? Ke ustazah lebih redha dan lega, Kalau adik-adik kita tu pergi dating senyap-senyap dalam library, Selfie dekat tasik pegang tangan sambil couple goal di IG story? ... Kadang kita lupa, Bahawa kerja dakwah ini bukan milik mana-mana badan, Tapi amanah dan kewajipan buat semua insan. Allah juga telah berfirman, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya" (Surah al-Ma’idah, 5: 2) Cuba tanya diri kita... Bila nampak orang buat kebaikan, Kita sambut dengan rasa bahagia atau syak wasangka? Kita hulur bantuan, atau kita hantar surat siasatan? Buat adik-adik yang diuji ketika nak berdakwah, Tetap tersenyumlah. Jalan tarbiah ni tak ditabur dengan bunga, Tapi memang jalannya penuh luka. Persetankan mereka yang pendengki, Asal Allah tahu apa niat dalam hati. Teruskan melangkah, teruskan menyeru manusia. Kita buat kerana Allah, dan tak mengharapkan imbalan dari sesiapa Kita bukan nak jadi popular, Kita cuma nak selamatkan diri dan orang lain daripada azab yang membakar. 💬 "Jika kebaikan tak lagi diraikan, Maka kerosakan akan merata tanpa sempadan." - Aimi Suhaimi Jom, jadi agen penyebar kebaikan. Jangan kerana hari ini kita mematikan satu usaha dakwah, Esok-esok kita pula menyesal sebab anak cucu kita sendiri tiada siapa nak ajak ke jalan Tuhan. Time tu baru sedar dan baru nak terngadah. #muhasabahiman #HijrahItuProses #DakwahItuCinta @budaktarbiah

Open in Telegram
Views1,850+557%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#2849Text
Views937+233%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—

All posts

Connections