Кабинет

Посты канала Budak Tarbiah

сначала новые

#2858Текст

Art? Ya, Art of Iblis! Ramai yang pandang remeh tentang isu kemunculan patung emas gergasi dan simbol menyerupai ritual pemujaan dalam concert yang viral baru-baru ni. Ramai juga yang back up dengan alasan yang sama: “Ala, itu cuma konsep seni...” “Kita datang nak dengar lagu je, bukan nak sembah patung tu...” “Iman kami takkan goyah setakat tengok persembahan macam tu...” Cara fikir ini sebiji dengan cara syaitan memerangkap manusia dalam bab maksiat. Dalam Al-Qur’an, Allah tidak berfirman “Jangan berzina”, tetapi Allah berfirman “وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰى”. “Jangan kamu mendekati zina.” (Al-Isra’: 32) Mendekati sahaja Allah dah larang, apatah lagi melakukannya! Prinsip yang sama terpakai dalam menjaga akidah. Dalam Islam, perkara yang merosakkan iman bukan hanya bila kita tunduk sujud menyembah berhala. Duduk di dalam majlis yang menormalisasikan simbol pemujaan, bersorak di hadapan sesuatu yang menyerupai berhala, dan mempertahankan kemungkaran atas nama “hiburan”… itu semua adalah langkah mendekat ke arah kerosakan akidah. Syaitan tak pernah suruh umat Islam terus murtad dalam satu malam. Dia bermula dengan melunturkan rasa sensitif dalam hati. Hari ini kita rasa biasa tengok simbol pemujaan sebagai “seni”. Esok kita tak rasa apa-apa bila syiar agama dipermainkan dan dicaci. Lama-kelamaan, rasa benci terhadap syirik hilang dari jiwa dan diri. Jangan terlalu yakin dengan kekuatan iman sendiri sehingga sanggup melangkah masuk ke zon bahaya, kemudian berfikir “Nanti balik rumah aku istighfarlah.” Orang yang benar-benar menjaga agamanya tidak akan bertanya, “Adakah perbuatan ini sudah cukup untuk membatalkan iman aku?” Dia akan bertanya, “Adakah tempat ini mengundang murka Allah dan melukakan kesucian akidah aku?” Jika mendekatinya pun sudah menjadi fitnah kepada hati, maka jauhilah. Jangan gadaikan sensitiviti akidah demi hiburan yang sementara. #muhasabahiman #isusemasa @budaktarbiah

Открыть в Telegram
Просмотры234−17%к среднему
Пересылки—
Реакции5
Комментарии—
#2857Текст
Просмотры267−5%к среднему
Пересылки—
Реакции2
Комментарии—
#2856Текст
Просмотры279−1%к среднему
Пересылки—
Реакции4
Комментарии—
#2855Текст
Просмотры278−1%к среднему
Пересылки—
Реакции6
Комментарии—
#2854Текст
Просмотры283+1%к среднему
Пересылки—
Реакции8
Комментарии—
#2853Текст

LAMA HILANG, TAPI TAK PERNAH PERGI Assalamualaikum geng! 👋 Hah, ada lagi tak yang stay dalam channel ni? Kalau ada, angkat tangan sikit 🙋‍♀️ Jujurnya, channel ni dah lama senyap. Bukan sebab dah tak sayang. Tapi sebab sibuk. Sibuk kerja, sibuk urus rumah, sibuk kejar dunia… sampai lupa nak isi semula bekalan hati sendiri. Haishh. Malu jugak nak mengaku. Tapi itulah hakikatnya. Pernah tak rasa macam tu? Dulu semangat gila pergi halaqah, baca Quran tiap malam, share benda baik kat story. Sekarang? Buka Quran pun tunggu mood. Halaqah pun dah berhabuk. Eh 😅 Tapi tak apa. Jatuh tu biasa. Futur tu manusia. Yang tak boleh, kita terus duduk diam dan rasa selesa kat situ. "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." (Al-'Ankabut: 69) Allah tak minta kita terus sempurna. Allah cuma minta kita terus berusaha. Langkah kecil pun Dia kira. Satu ayat pun Dia nilai. So, inshaAllah lepas ni Budak Tarbiah nak bangun semula. Nak sambung kongsi tazkirah santai, puisi tarbiah, kisah sirah, dan benda-benda yang boleh topup iman kita sama-sama. Bukan sebab kita dah baik sangat. Tapi sebab kita nak jadi baik sama-sama. Korang tolong satu je. Share channel ni kat bestie, adik-beradik, atau sesiapa yang korang nak ajak pulang bersama. Nama pun ukhuwah till jannah kan :p Jom, mulakan semula. Slowly, yet surely. 🤍 #HijrahItuProses #SlowIsStillProgress #TarbiahHati @budaktarbiah

Открыть в Telegram
Просмотры348+24%к среднему
Пересылки—
Реакции26
Комментарии—
#2852Фото
Просмотры955+239%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2851Текст
Просмотры1 520+440%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2850Текст

Allahu… Zaman makin pelik. Yang nak buat baik, dituduh-tuduh. Yang nak buat maksiat, dihalalkan dengan 'takpelah, remaja lagi tuh!'. RAIKANLAH KEBAIKAN, BUKAN MEMADAMKAN! Ada satu kisah jenaka, Di sebuah universiti terkemuka, Seorang pelajar nak buat solat hajat. Bukan ajak orang bermaksiat, Cuma nak sujud, mengadu harap pada Tuhan. Tapi malangnya, Yang datang bukan sambutan, Tapi persoalan demi persoalan. Ada ustazah datang dan bertanya, “Kenapa buat tiba-tiba?” “Kenapa tak minta izin saya?” “Kenapa takde surat rasmi dan tak lalu badar saje?” “You guys ni, suspiciousnya..." "Korang ni mesti nak ajak masuk usrah dan beragenda…” Eh ustazah, Apa salahnya kalau adik tu nak bawa orang dekat dengan Tuhan? Apa ruginya kalau ada yang nak hidupkan ruh iman? Ke ustazah lebih redha dan lega, Kalau adik-adik kita tu pergi dating senyap-senyap dalam library, Selfie dekat tasik pegang tangan sambil couple goal di IG story? ... Kadang kita lupa, Bahawa kerja dakwah ini bukan milik mana-mana badan, Tapi amanah dan kewajipan buat semua insan. Allah juga telah berfirman, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya" (Surah al-Ma’idah, 5: 2) Cuba tanya diri kita... Bila nampak orang buat kebaikan, Kita sambut dengan rasa bahagia atau syak wasangka? Kita hulur bantuan, atau kita hantar surat siasatan? Buat adik-adik yang diuji ketika nak berdakwah, Tetap tersenyumlah. Jalan tarbiah ni tak ditabur dengan bunga, Tapi memang jalannya penuh luka. Persetankan mereka yang pendengki, Asal Allah tahu apa niat dalam hati. Teruskan melangkah, teruskan menyeru manusia. Kita buat kerana Allah, dan tak mengharapkan imbalan dari sesiapa Kita bukan nak jadi popular, Kita cuma nak selamatkan diri dan orang lain daripada azab yang membakar. 💬 "Jika kebaikan tak lagi diraikan, Maka kerosakan akan merata tanpa sempadan." - Aimi Suhaimi Jom, jadi agen penyebar kebaikan. Jangan kerana hari ini kita mematikan satu usaha dakwah, Esok-esok kita pula menyesal sebab anak cucu kita sendiri tiada siapa nak ajak ke jalan Tuhan. Time tu baru sedar dan baru nak terngadah. #muhasabahiman #HijrahItuProses #DakwahItuCinta @budaktarbiah

Открыть в Telegram
Просмотры1 850+557%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2849Текст
Просмотры937+233%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2848Текст
Просмотры723+157%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2847Текст
Просмотры719+155%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2846Текст
Просмотры685+143%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2845Текст
Просмотры1 180+319%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2844Текст
Просмотры841+199%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2841Текст

Takut Nak Ajak Orang Lain? Tapi Dunia Sedang Terbakar. Kita tahu di zaman ini, tarbiah diri & ajak orang lain kembali kepada Allah itu penting. Tapi hakikatnya masih ramai yg takut-takut. Takut orang judge. Takut dikatakan bajet baik. Takut kena reject. Takut diri sendiri tak cukup baik. Takut tak pandai bercakap. Tapi dalam masa yang sama Dunia sedang terbakar. Di TikTok, ribuan konten normalisasi hubungan sedarah, BDSM dan fetish pelik trending setiap minggu. Komik dan animasi LGBTQ makin dijajah dalam hiburan remaja. Budaya “OnlyFans” dan sugar baby makin diterima sebagai “cara mudah buat duit.” Budak sekolah rendah hatta budak tadika pun dah tahu namanya pornstar dan tengok porn dalam tandas. Ramai remaja Muslim percaya zina bukan dosa besar “asalkan consensual.” Bahkan ada yang kata: “Kenapa perlu kahwin, kalau boleh buat semua benda sebelum kahwin?” Haishh!!! Ikutkan emosi, aku rasa nak cincang-cincang mulut si jahil yg bercakap ni. Tapi kita hari ini masih takut nak bercakap? Hey come on! Realiti ini patut buat kita menangis. Kalau kita yang tahu kebenaran pun diam, Siapa lagi yang akan bersuara? “Dan janganlah kamu menyembunyikan apa yang telah Allah turunkan (dari kebenaran)…” (Ali ‘Imran: 187) Dan Nabi SAW pun sudah berpesan kpd kita melalui hadis baginda: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemah iman.” (HR Muslim) Tapi yes, aku faham, takut itu ada. Kita manusia biasa. Rasa takut itu fitrah. Tapi jangan biar takut menutup keberanian. Baca balik kisah Nabi Musa AS. Beliau seorang nabi, tapi masih merasa takut untuk berdakwah sebab dia manusia gak. “Ya Tuhanku, aku takut mereka mendustakanku.” (Asy-Syu’ara: 12) Allah tak marah. Sebab itu fitrah kejadian manusia. Sebaliknya Allah memberi kekuatan buat Nabi Musa. “Jangan takut! Sesungguhnya Aku bersama kamu.” (Taha: 46) Jadi, buat korang yang masih kecut nak berdakwah atau nak sampaikan kebenaran atau ajak orang lain kepada kebaikan, lebih-lebih lagi di saat kau sorang-sorang, boleh jadikan ni tips berguna: 1. Yakin, bukan kau yang beri hidayah. Allah yang beri. Tugas kau cuma sampaikan. Bukan ubah hati orang. So tak payah fikir banyak sampai akhirnya kau tak gerak pun. “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai…” (Al-Qasas: 56) 2. Jangan tunggu sempurna baru nak ajak orang. Kalaulah dakwah itu hanya untuk orang sempurna, takkan ada sesiapa yang berdakwah kat muka bumi ini. Dengan amar makruf nahi mungkar inilah yang akan menyucikan dan memperbaiki kita. 3. Sampaikan ikut kadar yang kau mampu. As starting, satu ayat pun cukup. Nak share artikel pun boleh. Itu dah cukup baik. Pastu ajak geng-geng sekepala korang sekali. "Eh awak, jom kita gi edar artikel tentang Palestin malam ni, kita nak share ayat qur'an kat member-member kita kat sekolah/kampus ni, nak sama-sama remind utk makin sedar diri." “Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” (HR. Bukhari) 4. Istiqomah dengan circle tarbiyah yang boleh tolong topup iman dan kekuatan kita. Dakwah tak boleh seorang. Kita perlukan orang yang sentiasa ingatkan dan tolong jaga bahu kita daripada rebah. Erk fikir jap, bahu ka kaki? Takpalah 😅 Maksud aku tu, kau nak ajak orang lain jadi baik, ingat Allah tapi paling utama diri kau dulu. Kau dulu kena ada kemahuan dan kesedaran nak berubah barulah ada kekuatan untuk mengubah. Akhir kata, Kalau bukan kita yang nak ajak orang lain kepada hal mengingat Allah, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jangan takut suara kamu terlalu kecil. Kerana kadang, satu story IG pun boleh ubah hati seseorang. Satu ajakan pergi halaqah/program tarbiah boleh selamatkan seorang jiwa dari neraka. Mungkin. Dunia sedang terbakar. Tapi kita ada air dari langit Yakni kebenaran, iman, dan Allah! 💪 Padamkan api itu. Mulakan dengan apa yang kalian mampu.

Открыть в Telegram
Просмотры816+190%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2840Текст
Просмотры698+148%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2839Текст
Просмотры748+166%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—