Ukur diri sendiri. Kewarakan salafussoleh tidak sama dengan orang yang hidup di zaman ini. Mereka takut untuk mengeluarkan fatwa kerana bagi mereka perkara tersebut besar di sisi Allah. Menjauhi perkara yang syubhah. Mendatangi dan mencari pewaris para Nabi seramai-ramainya dan melazimi majlis mereka. Tidur kurang kerana banyak amal soleh, tahajud, tidak banyak bercakap perkara yang lagha, berhati-hati dalam percakapan, makan sekadarnya. Amat menjaga hati dan perbuatan juga. Memiliki disiplin ilmu yang sistematik. Tidak mengkafir, mensyirik, membid'ah sesatkan amalan ulamak dan umat Islam tanpa hak. Keilmuan mereka diiktiraf oleh ulamak baharulah digelar dan dikenali sebagai ulamak. Bukan seperti zaman ini, yang popular dalam tv, fb itu yang terus digelar ulamak. Lebih menyedihkan yang iktiraf itu orang awam yang kurang ilmu atau ada yang jahil. Dan banyak lagi sifat-sifat, keilmuan mereka yang sangat asing dan tiada pada manusia di zaman ini.
Открыть в TelegramTolak WAHABI
Membongkar penyelewengan fahaman Wahabi bagi mempertahankan ASWJ.
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры215Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 02Просмотры178Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 03Просмотры174Пересылки—Реакции—Комментарии—
Новые посты
Al-Filfilani. Dari situ, aku perlahan-lahan belajar dan memahami. Aku terhutang budi dunia wal akhirat kepada ulama' dan asatizah seperti al Fadhil Ustaz Sahul Hamid Al-Filfilani, al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Habib Ali Zaenal Abidin, Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki, dan ramai lagi yang menjadi asbab kepada kefahaman aku yang lebih jelas mengenai jalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Antara buku-buku terawal dan paling utama dalam yang memberikan aku kefahaman bahaya fahaman Wahabisme ini, ialah buku yang aku beli ini terbitan tahun 2012 oleh Inteam Publishing. Bila aku baca, ianya memberikan aku satu dimensi baharu yang mengubah kefahaman aku terhadap pemikiran yang aku kira sebelumnya adalah Islam yang sebenar. Selain daripada buku ini, Majalah Q&A juga meninggalkan kesan yang sangat besar kepada aku dalam meluruskan pemahaman aku mengenai seputar pemikiran, teologi, dan aqidah dalam Islam yang sebelumnya aku sangat jumud, keras, dan syadid yang sebenarnya aku tak sedar langsung. Makanya, setelah hampir 6 tahun aku berfikrah Wahabi dan Salaf yang dipanggil hari ini, aku berubah kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, aku hanya mampu senyum sahaja melihatkan keletah dan sikap abang-abang Salafi dan Wahabi kita, yang berperang dan bergaduh dengan keras dan tegas mengenai isu-isu yang aku dahulu memang akan lawan seperti istighosah, tawassul, pengajian Sifat 20, perbuatan mengunjungi kuburan dalam media sosial kerana ia sangat mengingatkan kepada diri aku sendiri. Oleh itu, tak perlu nak terang dan cerita panjang dengan aku sebab aku sendiri dah terlebih maklum dah, bang dengan apa yang kau cuba nak perjuang dan marahkan sangat tu. Sebab apa yang kau marah dan semangat hari ini, adalah perkara yang sama juga pernah aku lakukan sebelum ini. Namun, aku doa' kan sahabat-sahabat yang masih berfikrah dengan pemikiran ini diberikan kefahaman dan cahaya kepada jalan yang lurus mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Aminn Yaa Robb. 🌹 Kredit : Amirull Jaafar
Открыть в TelegramAntara Aku, Wahabisme dan Kuburiyyun ------------------------------------------ Sedang aku mengemas buku-buku aku dalam kotak di dalam bilik buku aku tadi, aku terpandang kembali buku ini yang terlalu banyak memberikan aku pelbagai kenangan dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri aku. Aku sangat ingat dan jelas. Sekitar tahun 2009, aku baru mula bekerja. Konon zaman tu, aku yang mula menginjak dewasa teringin nak mula belajar kembali mengenai agama Islam dengan lebih mendalam. Aku sendiri kurang pasti bagaimana boleh datang kesedaran dan rasa diri sendiri nak 'berhijrah' menjadi lebih baik ketika itu. Mungkin asbab doa' mak aku juga aku rasa. Namun demikian, ketika itu aku sebenarnya sangat terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda, pemikiran progresif, pemikiran utama yang ada dalam usrah-usrah, tak lain tak bukan apa yang kita panggil Wahabi atau lebih mesra hari ini dipanggil Salafi. Tapi ketika itu, sudah pasti aku sebenarnya tak faham dan tidak jelas dengan apa itu Wahabi, juga apa fikrah dan teologi pemikiran mereka yang sebenarnya. Bagi aku ini adalah Islam yang sebenar yang paling asli. Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, terutama hadith-hadith sahih semata sahaja. Hadith-hadith lain, aku jadi alergik dan tak mahu dengar. Islam yang mudah, senang, anti kepada perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang bagi mata aku ketika itu nampak jumud dan ketinggalan zaman. Bagi mudah cerita; amalan-amalan tradisi Melayu seperti amalan membaca Yaasin malam Jumaat, melawat kubur, membina binaan atas kuburan, bacaan Qunut ketika solat Subuh dan banyak lagi yang pada pandangan aku yang jahil ketika itu aku dapat merasakan betapa bodoh dan dungu-nya kebanyakan orang Melayu-Islam yang tidak ada kefahaman Islam sebenar seperti mana aku ketika itu. Bukan nak mendabik dada dengan diri sendiri ketika zaman itu, tapi hakikatnya itulah diri aku. Mungkin sebab itu, aku sebenarnya sangat faham dengan mereka-mereka yang kini berfikrah dan mempunyai kecenderungan seperti aku yang aku lihat bersepah-sepah sana-sini. Zaman kita semangat nak bantah kata-kata ulama' Tanah Jawi kerana kita rasa ulama' Melayu ni jumud, tak moden, hanya pandai baca kita kuning lama, sesat, dan banyak lagi mentaliti perasan yang diri sendiri terlebih tahu dan faham agama berbanding alim ulama'. Aku faham sangat. Kefahaman yang disebabkan oleh kerana aku akui yang aku sendiri pernah menjadi dan berfikrah begitu untuk hampir 6 tahun. Masih segar dalam ingatan aku. Aku ketika itu sangat-sangat mengagumi Dr. MAZA kerana tulisan-tulisan beliau yang bagi aku sangat tegas dan menongkah arus dalam majalah-majalah seperti Al Islam dan tembual bersama beliau di majalah KLUE, tak silap aku dahulu. Zaman beliau ditahan jabatan agama Islam negeri kerana tak ada tauliah, beliau nampak rebel dan berada di jalan yang benar. Juga sudah pastinya momen-momen ketika beliau mengkritik pemikiran dan amalan orang Melayu di rancangan Al-Kulliyyah di Youtube dan ketika itu turut ada dalam rancangan itu, ialah Almarhum Dr. Uthman El Muhammady al-Kalantani. Aku tak tahu kenapa. Aku rasa sayu melihatkan cara dan adab yang ditunjukkan oleh Almarhum Dr. Uthman El Muhammady al-Kalantani walaupun beliau diasak hebat oleh Dr. MAZA dan seorang lagi panel yang aku tak ingat siapa orangnya. Beliau nampak tegas, namun juga lemah lembut dan ikhlas dalam masa yang sama ketika menjawab persoalan-persoalan juga kritikan keatas amalan masyarakat Melayu ketika itu. Untuk beberapa lama, aku ada buat pertama kali terdengar juga perkataan Ahlul Sunnah Wal Jamaah pembacaan dari buku-buku dan majalah-majalah pembacaan aku ketika itu. Aku jadi ingin tahu. Apa benda pula Ahlul Sunnah Wal Jamaah ini? Bukan kita semua orang Islam ke? Aku masa tu ternampak sebuah blogspot yang jika tak salah blog Al-Fanshuri dan kemudian aku lihat-lihat blog-blog pautan lain dan akhirnya aku dapat nampak beberapa pautan yang ada menampilkan MP3 yang boleh dimuat turun dan seingat aku, aku dapat muat turun ceramah mengenai Ahlul Sunnah Wal Jamaah daripada Al-Fadhil Ustaz Sahul Hamid
Открыть в TelegramKitab Aqidah Tauhid Wahhabi berisikan Hadis Palsu Dan Dhoif Hadith dhaif dan maudu' (palsu) di dalam kitab at-Tauhid Muhammad Bin Abdul Wahhab (MIAW), pengasas gerakan wahhabiyyah. Hadith dhaif tidak boleh dijadikan dalil di dalam aqidah adapun hadith palsu haram meriwayatkannya melainkan untuk menyatakan ia palsu. Pengikut wahhabi yang mendakwa mengikut hadith sahih di dalam ibadah tetapi mengikut hadith dhaif dan palsu di dalam aqidah. Berikut perincian hadith yang terdapat di dalam kitab tersebut ; ⛔️ 26 Hadith dhaif yang dijadikan sumber di dalam perbahasan aqidah. ⛔️ 4 hadith munkar dan palsu. ⛔️ 10 hadith daripada hadith mursal, munqati', mauquf, mu'dhal, mu'al dan syaz. ⛔️ 13 athar dhaif dan dhaif jiddan. ⛔️ 3 athar mauquf dan munqati'. Kitab ini ada diajarkan di Malaysia oleh ustaz yang mengikuti aliran wahhabi. Kitab ini sepatutnya diharamkan dan tidak layak menjadi sumber aqidah umat Islam lebih bahaya lagi kitab ini menjadi sumber pegangan kelompok ekstremis dan pengganas. Ayuh tinggalkan aqidah salaf yang palsu dan kembali kepada aqidah salaf yang sebenar sepertimana terkandung di dalam kitab-kitab para ulama Ahl as-Sunnah Wal Jama’ah Al-'Al-‘Ashaa’irah Wal Maaturidiyyah. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari Aqidah dan Falsafah Universiti Al-Azhar As-Syarif
Открыть в TelegramAlhamdulillah. WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 19 Oktober 2026 P.U. (B) 429 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. JADUAL FATWA BERKENAAN DEFINISI AHLI SUNAH WALJAMAAH BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-149 yang bersidang pada 23 hingga 25 April 2025 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Definisi Ahli Sunah Waljamaah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Fatwanya adalah seperti yang berikut: 1. Ahli Sunah Waljamaah ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah— (a) berkenaan dengan akidah, yang mengikut pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah; (b) berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak; dan (c) berkenaan dengan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Bertarikh 12 Oktober 2026 [PMWP/100/20 Klt. 6; PN(PU2)530/JLD.19] AHMAD FAUWAZ BIN ALI @ FADZIL Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan Disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Открыть в Telegramhttps://www.facebook.com/share/p/1KWU1oJDdH/ 𝐌𝐔𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝟕.𝟎: 𝐀𝐊𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐋 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐀𝐇 Tarikh : 19 Oktober 2026 (Isnin) Masa : 8.00 pagi - 5.00 Petang Aplikasi Online : Zoom ‼️𝑃𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑝𝑎𝑑𝑎 16 𝑂𝑘𝑡𝑜𝑏𝑒𝑟 2026 Sila klik link di bawah untuk pendaftaran peserta atau QR Code yang tertera 📢📢𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧: https://forms.gle/ZV1Pnr4GXidsFnvw8 Aturcara: 8.15 pagi - Taklimat Moderator oleh Ustaz Azfarizam Mohd Anuar (Unit Buhuth, Bahagian Fatwa, JMNP) 8.30 pagi - Ucapan Perasmian Oleh YH SS Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim (Mufti Negeri Pahang) 8.45 pagi - Sesi 1: Fatwa Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Negeri Pahang (Dr. Hj. Muhamad Mizi Azam Bin Yahya, Setiausaha JK Fatwa Negeri Pahang) 9.15 pagi - Sesi 2: Asas-Asas Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Dr. Mohd Shahid, AJK Fatwa Negeri Sembilan) 9.45 pagi - Sesi 3: Konsep Tanzih Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah: Sifat Khabariyah (Dr. Abdullaah Jalil, AJK Fatwa Negeri Pahang) 10.25 pagi - Rehat 10 minit 10.35 pagi - Sesi 4: Tauhid 3 dari Perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah (YM Ustaz Engku Ahmad Fadzil, Institut Ilmu Darul Makmur, Pahang) 11.15 pagi - Sesi 5: Para pemimpin Ulama Pelbagai Cabang Ilmu Adalah Dari Mazhab Asyairah Maturidiah (Dr. Ato'a Mokhtar, Pensyarah UIS) 11.45 pagi - Sesi 6: Akidah Ahli Hadith (Dr. Mohd Khafidz Soroni, AJK Fatwa Negeri Selangor) 12.15 Tengahari Sesi 7: Hanabilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah: Merungkai Kekeliruan (Ustaz Muhammad Adam Iman, Felo Penyelidik Pahang) 12.45 Tengahari - 2.15 petang: Rehat 2.15 Petang - Sesi 8: Mazhab Akidah Di Kalangan Ahli Tasawuf (Dr. Izham Hakimi, Pensyarah IIUM) 2.55 Petang - Sesi 9: Ilmu Kalam Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Dr. Mohd Saiful Aqil Naim, Phd Akidah & Pemikiran Islam) 3.30 Petang - Sesi 10: Sejarah Mazhab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang (Dr. Hasanuddin Yusuf, Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam) 4.10 Petang - Sesi 11: Soal Jawab Bertulis 4.30 Petang - Ucapan Penutupan Oleh SF Dato' Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin (Timbalan Mufti Negeri Pahang) 4.45 Petang - Majlis Ditangguhkan #JabatanMuftiPahang #KerajaanNegeriPahang #Pahang1st #MajuTerusPahang
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
Dakwah Psychology@dakwahpsychologyРелигия3,19 тыс.
🕊PenaDakwah✒ツ@penadakwahРелигия3,28 тыс.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)@jawi_klРелигия2,96 тыс.- Budak Tarbiah@budaktarbiahРелигия2,74 тыс.
Komuniti Dakwah Tarbiah@komunitidakwahtarbiahРелигия3,81 тыс.
#BroSyariefShares@brosyariefsharesРелигия2,51 тыс.
Bumi Mikraj - Berita Palestin@bumimikrajРелигия4,2 тыс.
Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸🏳️🏴@ahmadharischannelРелигия2,26 тыс.