#NotaSyarahHadisBSS | Nabi ﷺ tak berdendam untuk diri, tapi marah untuk Allah ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawa, وما انتقَمَ رسولُ الله ﷺ لِنفْسِه، إلا أن تُنتَهَك حُرْمَةُ اللهِ فينتَقِمَ لله بها “Rasulullah ﷺ tidak pernah berdendam untuk dirinya sendiri, melainkan apabila larangan Allah dicabuli, maka Baginda ﷺ akan menuntut bela kerana Allah.” [HR Abu Dawud] #BSS Faedah-faedah: 01 Kalau yang disakiti ialah diri Baginda ﷺ, Baginda memaafkan. Itu akhlak Nabi ﷺ yang sangat tinggi. 02 Kalau yang dicabul ialah hak Allah, Baginda tidak bermudah-mudah. Marah Baginda kerana Allah, bukan kerana ego. 03 Ini ukuran untuk kita. Kita mudah marah bila maruah diri dipijak. Tapi senyap bila agama Allah dihina. Nabi ﷺ tunjukkan sebaliknya. 04 Marah kerana Allah pun ada adabnya. Ia bukan lesen untuk melepaskan geram, berkata kasar atau bertindak melulu. 05 Syaikh Ahmad Hutaibah menjelaskan maksud larangan Allah dicabul: فإذا انتهكت حرمات الله، كأن يقع إنسان في الزنا، أو في الكفر، أو يفعل شيئاً نهى الله عنه… ‘Apabila batas-batas Allah dicabuli, seperti seseorang terjerumus dalam zina, kekufuran, atau melakukan sesuatu yang Allah larang…’ [Syarh Riyadh al-Salihin] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Открыть в Telegram
#BroSyariefShares
A brother that loves to share.. 🤓 << linktr.ee/brosyarief >>
Новые посты
#HikmahUlama | ‘Viral’, belum tentu betul. Imam Nawawi rhm (w.676H) berpesan: فَإِنَّهُ يَسْمَعُ فِي الْعَادَةِ الصِّدْقَ وَالْكَذِبَ، فَإِذَا حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ فَقَدْ كَذَبَ؛ لِإِخْبَارِهِ بِمَا لَمْ يَكُنْ. Seseorang biasanya mendengar perkara yang boleh jadi benar dan boleh jadi dusta. Apabila dia cerita semua yang didengar, dia sebenarnya berdusta kerana memberitakan sesuatu yang tidak pasti berlaku atau tidak. [Syarh Sahih Muslim] #BSS Faedah: Berita yang buat kita ‘triggered’ biasanya cepat ‘viral’. Berhenti & sabar sekejap untuk berfikir. Semak sumber, tarikh dan konteks. Jangan asalnya berniat baik beri kesedaran, tetapi jadi sebar pembohongan. <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئًا #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#PendekJe ”Manusia dicipta dengan sifat tergesa-gesa.” (21:37) Kita suka terburu-buru. Nak kejar supaya cepat dapat. Nak segera selesai. Tapi aturan masa bukan ikut kita. Itu hikmah ketetapan oleh Tuhan. #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#DoaZikirBSS | Doa minta ilmu, rezeki & amal Ummu Salamah rha menyebutkan bahawa Nabi saw membaca doa ini selepas memberi salam selesai solat Subuh. اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلا ALLAHUMMA INNI AS’ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN, WA RIZQAN TOYYIBAN, WA ‘AMALAN MUTAQOBBALAA Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu: Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (halal & berkat), serta amalan yang diterima! [HR Ahmad] <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#PesanTuhan | Syaitan tidak mampu menguasai kita إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ “Hakikatnya hamba-hamba-Ku itu, engkau (wahai syaitan) tiada kuasa untuk mempengaruhi mereka; melainkan mereka yang (memutuskan untuk) mengikutmu dalam kalangan orang yang terpesong.” [al-Hijr (15):42] #BSS Ibrah kalam-Nya: Mereka tiada kuasa apapun, hanya bisik & hasut. Selagi kita tulus sebagai hamba Tuhan, teguh dengan wahyu-Nya, tetap memohon perlindungan-Nya; tak perlu takut & risaukan syaitan. Takutlah hanya Tuhan. <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#DoaZikirBSS | Doa Minta Perlindungan Allah! Seorang lelaki disengat kala jengking, lalu Nabi saw pesan baca doa ini agar tidak ditimpa bahaya. أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ A’UDZU BIKALIMAATI-LLAAHIT-TAAMMAATI MIN SYARRI MA KHOLAQ Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan kalimah ketentuan Allah yang sempurna, dari keburukan segala apa yang Dia ciptakan! [HR Muslim] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#PendekJe “Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain!” (2:83). Faedah: Taatlah Allah dengan memilih kata dengan hikmah. Walau dibalas buruk oleh orang. Kita berkata baik kerana Allah. #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#DoaZikirBSS | Ya Allah, bantulah aku! Nabi saw ajarkan kepada Muaz supaya menyebut zikir ini selepas tahiyyah & sebelum beri salam. اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ALLAHUMMA A’INNIY ‘ALA ZIKRIKA, WA SYUKRIKA, WA HUSNI ‘IBADATIK Maksudnya: Ya Allah! Bantulah aku supaya mengingati-Mu, mensyukuri-Mu & sentiasa memperbaik ibadah kepada-Mu. [HR Abu Dawud] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Открыть в TelegramDia mengaku dia ikhlas, tapi Tuhan cakap dia tipu. Takutnya baca hadis ni.. Boleh dengar perkongsian BroSyarief ni tentang Riya. https://youtu.be/c_x3HuLN7_s?si=TKn3a6vpiAFAUZzK Maaf la ada gelak2 tak kena tempat.. 😅 #BroSyariefShares
Открыть в Telegram#DoaZikirBSS | Doa Nabi Bila Keluar Rumah. Ummu Salamah ra. menyebutkan: Apabila Nabi saw keluar dari rumah, Baginda akan membaca بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ BISMILLAAHI TAWAKKALTU ‘ALA-ALLAH Maksudnya: Dengan nama Allah (aku keluar)! Aku bertawakkal hanya kepada Allah. [HR at-Tirmizi. Hasan Sahih] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
- Budak Tarbiah@budaktarbiahРелигия2,74 тыс.
Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸🏳️🏴@ahmadharischannelРелигия2,26 тыс.
Bin Sahak Channel@binsahakРелигия2,19 тыс.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)@jawi_klРелигия2,96 тыс.- Tolak WAHABI@tolakwahabiРелигия3,13 тыс.
Dakwah Psychology@dakwahpsychologyРелигия3,19 тыс.
🕊PenaDakwah✒ツ@penadakwahРелигия3,28 тыс.
🌼 Ukhuwah Fillah 🌼@tarbiyahimanРелигия1,87 тыс.