Ukur diri sendiri. Kewarakan salafussoleh tidak sama dengan orang yang hidup di zaman ini. Mereka takut untuk mengeluarkan fatwa kerana bagi mereka perkara tersebut besar di sisi Allah. Menjauhi perkara yang syubhah. Mendatangi dan mencari pewaris para Nabi seramai-ramainya dan melazimi majlis mereka. Tidur kurang kerana banyak amal soleh, tahajud, tidak banyak bercakap perkara yang lagha, berhati-hati dalam percakapan, makan sekadarnya. Amat menjaga hati dan perbuatan juga. Memiliki disiplin ilmu yang sistematik. Tidak mengkafir, mensyirik, membid'ah sesatkan amalan ulamak dan umat Islam tanpa hak. Keilmuan mereka diiktiraf oleh ulamak baharulah digelar dan dikenali sebagai ulamak. Bukan seperti zaman ini, yang popular dalam tv, fb itu yang terus digelar ulamak. Lebih menyedihkan yang iktiraf itu orang awam yang kurang ilmu atau ada yang jahil. Dan banyak lagi sifat-sifat, keilmuan mereka yang sangat asing dan tiada pada manusia di zaman ini.
Открыть в TelegramПосты канала Tolak WAHABI
Al-Filfilani. Dari situ, aku perlahan-lahan belajar dan memahami. Aku terhutang budi dunia wal akhirat kepada ulama' dan asatizah seperti al Fadhil Ustaz Sahul Hamid Al-Filfilani, al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Habib Ali Zaenal Abidin, Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki, dan ramai lagi yang menjadi asbab kepada kefahaman aku yang lebih jelas mengenai jalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Antara buku-buku terawal dan paling utama dalam yang memberikan aku kefahaman bahaya fahaman Wahabisme ini, ialah buku yang aku beli ini terbitan tahun 2012 oleh Inteam Publishing. Bila aku baca, ianya memberikan aku satu dimensi baharu yang mengubah kefahaman aku terhadap pemikiran yang aku kira sebelumnya adalah Islam yang sebenar. Selain daripada buku ini, Majalah Q&A juga meninggalkan kesan yang sangat besar kepada aku dalam meluruskan pemahaman aku mengenai seputar pemikiran, teologi, dan aqidah dalam Islam yang sebelumnya aku sangat jumud, keras, dan syadid yang sebenarnya aku tak sedar langsung. Makanya, setelah hampir 6 tahun aku berfikrah Wahabi dan Salaf yang dipanggil hari ini, aku berubah kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, aku hanya mampu senyum sahaja melihatkan keletah dan sikap abang-abang Salafi dan Wahabi kita, yang berperang dan bergaduh dengan keras dan tegas mengenai isu-isu yang aku dahulu memang akan lawan seperti istighosah, tawassul, pengajian Sifat 20, perbuatan mengunjungi kuburan dalam media sosial kerana ia sangat mengingatkan kepada diri aku sendiri. Oleh itu, tak perlu nak terang dan cerita panjang dengan aku sebab aku sendiri dah terlebih maklum dah, bang dengan apa yang kau cuba nak perjuang dan marahkan sangat tu. Sebab apa yang kau marah dan semangat hari ini, adalah perkara yang sama juga pernah aku lakukan sebelum ini. Namun, aku doa' kan sahabat-sahabat yang masih berfikrah dengan pemikiran ini diberikan kefahaman dan cahaya kepada jalan yang lurus mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Aminn Yaa Robb. 🌹 Kredit : Amirull Jaafar
Открыть в TelegramAntara Aku, Wahabisme dan Kuburiyyun ------------------------------------------ Sedang aku mengemas buku-buku aku dalam kotak di dalam bilik buku aku tadi, aku terpandang kembali buku ini yang terlalu banyak memberikan aku pelbagai kenangan dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri aku. Aku sangat ingat dan jelas. Sekitar tahun 2009, aku baru mula bekerja. Konon zaman tu, aku yang mula menginjak dewasa teringin nak mula belajar kembali mengenai agama Islam dengan lebih mendalam. Aku sendiri kurang pasti bagaimana boleh datang kesedaran dan rasa diri sendiri nak 'berhijrah' menjadi lebih baik ketika itu. Mungkin asbab doa' mak aku juga aku rasa. Namun demikian, ketika itu aku sebenarnya sangat terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda, pemikiran progresif, pemikiran utama yang ada dalam usrah-usrah, tak lain tak bukan apa yang kita panggil Wahabi atau lebih mesra hari ini dipanggil Salafi. Tapi ketika itu, sudah pasti aku sebenarnya tak faham dan tidak jelas dengan apa itu Wahabi, juga apa fikrah dan teologi pemikiran mereka yang sebenarnya. Bagi aku ini adalah Islam yang sebenar yang paling asli. Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, terutama hadith-hadith sahih semata sahaja. Hadith-hadith lain, aku jadi alergik dan tak mahu dengar. Islam yang mudah, senang, anti kepada perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang bagi mata aku ketika itu nampak jumud dan ketinggalan zaman. Bagi mudah cerita; amalan-amalan tradisi Melayu seperti amalan membaca Yaasin malam Jumaat, melawat kubur, membina binaan atas kuburan, bacaan Qunut ketika solat Subuh dan banyak lagi yang pada pandangan aku yang jahil ketika itu aku dapat merasakan betapa bodoh dan dungu-nya kebanyakan orang Melayu-Islam yang tidak ada kefahaman Islam sebenar seperti mana aku ketika itu. Bukan nak mendabik dada dengan diri sendiri ketika zaman itu, tapi hakikatnya itulah diri aku. Mungkin sebab itu, aku sebenarnya sangat faham dengan mereka-mereka yang kini berfikrah dan mempunyai kecenderungan seperti aku yang aku lihat bersepah-sepah sana-sini. Zaman kita semangat nak bantah kata-kata ulama' Tanah Jawi kerana kita rasa ulama' Melayu ni jumud, tak moden, hanya pandai baca kita kuning lama, sesat, dan banyak lagi mentaliti perasan yang diri sendiri terlebih tahu dan faham agama berbanding alim ulama'. Aku faham sangat. Kefahaman yang disebabkan oleh kerana aku akui yang aku sendiri pernah menjadi dan berfikrah begitu untuk hampir 6 tahun. Masih segar dalam ingatan aku. Aku ketika itu sangat-sangat mengagumi Dr. MAZA kerana tulisan-tulisan beliau yang bagi aku sangat tegas dan menongkah arus dalam majalah-majalah seperti Al Islam dan tembual bersama beliau di majalah KLUE, tak silap aku dahulu. Zaman beliau ditahan jabatan agama Islam negeri kerana tak ada tauliah, beliau nampak rebel dan berada di jalan yang benar. Juga sudah pastinya momen-momen ketika beliau mengkritik pemikiran dan amalan orang Melayu di rancangan Al-Kulliyyah di Youtube dan ketika itu turut ada dalam rancangan itu, ialah Almarhum Dr. Uthman El Muhammady al-Kalantani. Aku tak tahu kenapa. Aku rasa sayu melihatkan cara dan adab yang ditunjukkan oleh Almarhum Dr. Uthman El Muhammady al-Kalantani walaupun beliau diasak hebat oleh Dr. MAZA dan seorang lagi panel yang aku tak ingat siapa orangnya. Beliau nampak tegas, namun juga lemah lembut dan ikhlas dalam masa yang sama ketika menjawab persoalan-persoalan juga kritikan keatas amalan masyarakat Melayu ketika itu. Untuk beberapa lama, aku ada buat pertama kali terdengar juga perkataan Ahlul Sunnah Wal Jamaah pembacaan dari buku-buku dan majalah-majalah pembacaan aku ketika itu. Aku jadi ingin tahu. Apa benda pula Ahlul Sunnah Wal Jamaah ini? Bukan kita semua orang Islam ke? Aku masa tu ternampak sebuah blogspot yang jika tak salah blog Al-Fanshuri dan kemudian aku lihat-lihat blog-blog pautan lain dan akhirnya aku dapat nampak beberapa pautan yang ada menampilkan MP3 yang boleh dimuat turun dan seingat aku, aku dapat muat turun ceramah mengenai Ahlul Sunnah Wal Jamaah daripada Al-Fadhil Ustaz Sahul Hamid
Открыть в TelegramKitab Aqidah Tauhid Wahhabi berisikan Hadis Palsu Dan Dhoif Hadith dhaif dan maudu' (palsu) di dalam kitab at-Tauhid Muhammad Bin Abdul Wahhab (MIAW), pengasas gerakan wahhabiyyah. Hadith dhaif tidak boleh dijadikan dalil di dalam aqidah adapun hadith palsu haram meriwayatkannya melainkan untuk menyatakan ia palsu. Pengikut wahhabi yang mendakwa mengikut hadith sahih di dalam ibadah tetapi mengikut hadith dhaif dan palsu di dalam aqidah. Berikut perincian hadith yang terdapat di dalam kitab tersebut ; ⛔️ 26 Hadith dhaif yang dijadikan sumber di dalam perbahasan aqidah. ⛔️ 4 hadith munkar dan palsu. ⛔️ 10 hadith daripada hadith mursal, munqati', mauquf, mu'dhal, mu'al dan syaz. ⛔️ 13 athar dhaif dan dhaif jiddan. ⛔️ 3 athar mauquf dan munqati'. Kitab ini ada diajarkan di Malaysia oleh ustaz yang mengikuti aliran wahhabi. Kitab ini sepatutnya diharamkan dan tidak layak menjadi sumber aqidah umat Islam lebih bahaya lagi kitab ini menjadi sumber pegangan kelompok ekstremis dan pengganas. Ayuh tinggalkan aqidah salaf yang palsu dan kembali kepada aqidah salaf yang sebenar sepertimana terkandung di dalam kitab-kitab para ulama Ahl as-Sunnah Wal Jama’ah Al-'Al-‘Ashaa’irah Wal Maaturidiyyah. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari Aqidah dan Falsafah Universiti Al-Azhar As-Syarif
Открыть в TelegramAlhamdulillah. WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 19 Oktober 2026 P.U. (B) 429 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. JADUAL FATWA BERKENAAN DEFINISI AHLI SUNAH WALJAMAAH BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-149 yang bersidang pada 23 hingga 25 April 2025 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Definisi Ahli Sunah Waljamaah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Fatwanya adalah seperti yang berikut: 1. Ahli Sunah Waljamaah ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah— (a) berkenaan dengan akidah, yang mengikut pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah; (b) berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak; dan (c) berkenaan dengan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Bertarikh 12 Oktober 2026 [PMWP/100/20 Klt. 6; PN(PU2)530/JLD.19] AHMAD FAUWAZ BIN ALI @ FADZIL Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan Disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Открыть в Telegramhttps://www.facebook.com/share/p/1KWU1oJDdH/ 𝐌𝐔𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝟕.𝟎: 𝐀𝐊𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐋 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐀𝐇 Tarikh : 19 Oktober 2026 (Isnin) Masa : 8.00 pagi - 5.00 Petang Aplikasi Online : Zoom ‼️𝑃𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑎𝑛 ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑝𝑎𝑑𝑎 16 𝑂𝑘𝑡𝑜𝑏𝑒𝑟 2026 Sila klik link di bawah untuk pendaftaran peserta atau QR Code yang tertera 📢📢𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧: https://forms.gle/ZV1Pnr4GXidsFnvw8 Aturcara: 8.15 pagi - Taklimat Moderator oleh Ustaz Azfarizam Mohd Anuar (Unit Buhuth, Bahagian Fatwa, JMNP) 8.30 pagi - Ucapan Perasmian Oleh YH SS Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim (Mufti Negeri Pahang) 8.45 pagi - Sesi 1: Fatwa Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Negeri Pahang (Dr. Hj. Muhamad Mizi Azam Bin Yahya, Setiausaha JK Fatwa Negeri Pahang) 9.15 pagi - Sesi 2: Asas-Asas Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Dr. Mohd Shahid, AJK Fatwa Negeri Sembilan) 9.45 pagi - Sesi 3: Konsep Tanzih Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah: Sifat Khabariyah (Dr. Abdullaah Jalil, AJK Fatwa Negeri Pahang) 10.25 pagi - Rehat 10 minit 10.35 pagi - Sesi 4: Tauhid 3 dari Perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah (YM Ustaz Engku Ahmad Fadzil, Institut Ilmu Darul Makmur, Pahang) 11.15 pagi - Sesi 5: Para pemimpin Ulama Pelbagai Cabang Ilmu Adalah Dari Mazhab Asyairah Maturidiah (Dr. Ato'a Mokhtar, Pensyarah UIS) 11.45 pagi - Sesi 6: Akidah Ahli Hadith (Dr. Mohd Khafidz Soroni, AJK Fatwa Negeri Selangor) 12.15 Tengahari Sesi 7: Hanabilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah: Merungkai Kekeliruan (Ustaz Muhammad Adam Iman, Felo Penyelidik Pahang) 12.45 Tengahari - 2.15 petang: Rehat 2.15 Petang - Sesi 8: Mazhab Akidah Di Kalangan Ahli Tasawuf (Dr. Izham Hakimi, Pensyarah IIUM) 2.55 Petang - Sesi 9: Ilmu Kalam Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Dr. Mohd Saiful Aqil Naim, Phd Akidah & Pemikiran Islam) 3.30 Petang - Sesi 10: Sejarah Mazhab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang (Dr. Hasanuddin Yusuf, Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam) 4.10 Petang - Sesi 11: Soal Jawab Bertulis 4.30 Petang - Ucapan Penutupan Oleh SF Dato' Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin (Timbalan Mufti Negeri Pahang) 4.45 Petang - Majlis Ditangguhkan #JabatanMuftiPahang #KerajaanNegeriPahang #Pahang1st #MajuTerusPahang
Открыть в TelegramMaknanya adalah ‘selain-Nya’, dan Dia menyebut ‘selain-Nya’ selepas ‘tiada tuhan’. Ini menunjukkan bahawa matlamat utama tauhid adalah kalimah tersebut.’ (Mafatih al-Ghaib 1/130-149) Oleh itu, tiada kesalahan dalam berzikir dengan lafaz al-Jalalah (Allah Allah) kerana ia merupakan mufrad ‘alam, disebut untuk merujuk kepada Zat yang wajib wujud-Nya, yang disifatkan dengan segala kesempurnaan, suci dari segala kekurangan. Begitu juga (Ya Hu) kerana ia merupakan matlamat utama tauhid, dan ia bukanlah bid’ah. Adapun yang penting dalam zikir, ialah menghadirkan hati bersama Allah ‘azza wa jalla. Wallahu ta’ala a’lam. 𝗧𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻: Ustaz Faiz al-Naqshabandi 𝗣𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗮𝗹 𝗙𝗮𝘁𝘄𝗮: https://www.aliftaa.jo/research-fatwas/3888?fbclid=IwY2xjawFkRztleHRuA2FlbQIxMQABHZG12kzcTvyxraX9X9hGhFpOIhWRTMKWzXGK71n_SiEV3Pjdq78JG5vH_w_aem_awCu1In2MjxEUHBo1oD3tg#:~:text=%D9%88%D9%85%D9%86%20%D8%B0%D9%8E%D9%83%D9%8E%D8%B1%D9%8E%20%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87%20%D8%A8%D9%84%D9%81%D8%B8%20 #jmknns #muftin9 #zikir #fatwa
Открыть в TelegramKata nama khas yang dimaksudkan mereka merujuk kepada sekalian makhluk, oleh itu ia tidak meliputi nama Allah ta’ala, kerana Dia adalah Maha Khas secara mutlak, dan nama al-Jalalah“Allah” adalah mufrad ‘alam yang merujuk kepada Zat yang wajib wujud-Nya, yang disifatkan dengan segala kesempurnaan, suci dari segala kekurangan, yang tiada sekutu bagi-Nya dari kalangan makhluk. ‘Alam adalah untuk merujuk kepada sesuatu yang tertentu. Oleh itu, seseorang yang berdoa dengannya, menghendaki dari ‘alam mufrad itu makna tersebut, dan kata ganti nama diri tersebut sekadar isyarat, dengan syarat tidak lalu dalam benak fikiran orang yang berzikir tersebut selain dari yang diisyaratkan. Ini adalah kerana kata ganti nama diri kembali kepada yang dimaksudkan pada permulaan. Berkata al-Zujaj rahimahullah: ‘la ilaha illallah’ bermakna ‘tiada tuhan bagi setiap makhluk selain Dia (Hu), dan ia berada dalam posisi ibtida’. (Ma’ani al-Qur’an 1/336) Barangsiapa yang berzikir kepada Allah dengan lafaz “Hu”maka sesungguhnya dia menghendaki dengan lafaz tersebut Allah ‘azza wa jalla, dan dia sedar bahawa Allah Maha Mengawasi dan Mengetahui ke atas dirinya. Berkata Imam al-Razi rahimahullah: ‘sesungguhnya akal tidak mungkin sibuk dengan apa-apa sekalipun ketika sedang tenggelam dalam ilmu tentang perkara lain. Oleh itu, apabila dia menumpukan fikirannya ke arah sesuatu, dia kekal ke arah tersebut dari selainnya. Seakan-akan seorang hamba berkata, “setiap kali aku menghadirkan dalam mindaku ilmu tentang sesuatu, pasti terlalu dalam benak fikiranku ketika itu perkara lain. Seandainya ini merupakan satu kelaziman, maka selayaknya aku menumpukan hati dan fikiranku dengan semulia-mulia maklumat, dan aku sibukkan lidahku dengan zikir kepada semulia-mulia Zat yang diingati.” Oleh itu, aku menggalakkan zikir “Ya Hu” kerana zikir ini semulia-mulia makam. Berkata baginda s.a.w. sebuah dalam hadis qudsi: إذا ذكرني عبدي في نفسه ذكرته في نفسي، وإذا ذكرني في ملأ ذكرتهفي ملأ خير من ملئه. ‘Sekiranya hamba-Ku mengingati-Ku (berzikir) dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam perkumpulan, Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik dari perkumpulannya.’ Oleh itu, kami berpendapat bahawa zikir yang paling afdhal adalah zikir kepada Allah dengan pujian, yang tidak disertakan dengan apa-apa permintaan. Ini adalah berdasarkan hadis qudsi: من شغله ذكري عن مسألتي أعطيته أفضل ما أعطي السائلين ‘Barangsiapa yang zikir kepada-Ku menyibukkannya daripada permintaan kepada-Ku, Aku akan kurniakan lebih daripada apa aku berikan kepada meminta.’ Hamba adalah fakir dan memerlukan, dan orang fakir dan memerlukan, apabila menyeru tuannya, pasti akan menggunakan seruan yang bersesuaian dengan permintaannya. Seandainya sang fakir menyeru Yang Maha Kaya, ‘wahai Yang Maha Mulia’ pasti maknanya adalah ‘muliakanlah aku’, seandainya dia menyeru ‘wahai Yang Maha Memberikan Manfaat’ pasti tujuannya adalah untuk memohon manfaat. Seandainya berkata ‘wahai Yang Maha Mengasihani’ maka maknanya ‘kasihanilah aku’. Adapun sekiranya dia berkata “Ya Hu” maka maknanya tidak mempunyai unsur permintaan. Oleh itu, wajib untuk kita katakan bahawa “Hu” adalah zikir yang paling mulia. Antara kelebihannya, adalah Syeikh al-Ghazzali rahmatullah ‘alaih pernah berkata: ‘la ilaha illallah’ adalah tauhid orang awam. Adapun ‘la ilaha illa hu’ adalah tauhid golongan khas. Aku menyetujui pendapat ini dan menyokongnya dengan al-Quran dan al-Burhan. Adapun al-Quran, firman-Nya: وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ ‘Dan janganlah kamu berdoa kepada Allah bersama selain-Nya, tiada tuhan melainkan Dia.’ Dan berfirman langsung selepas itu: كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ (القصص: 88) ‘Setiap perkara akan binasa selain zat-Nya.’ (al-Qasas: 88)
Открыть в Telegram4. Dalam riwayat lain pula, dari Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ: اللهُ، اللهُ ‘Tidak akan berlaku Kiamat selagi terdapat orang yang menyebut: “Allah Allah”.’ (riwayat Muslim) Berkata al-’Allamah Ali al-Qari rahimahullah dalam syarah kepada hadis ini, ‘ketika tidak lagi disebut “Allah” maka tiada lagi hikmah dalam kekalnya manusia. Oleh itu, boleh difahami bahawa kekalnya alam ini adalah dengan berkat ulama yang beramal dengan ilmu mereka, ahli ibadah yang soleh, serta orang beriman umumnya. Inilah yang dimaksudkan dalam kata-kata al-Tibi rahimahullah, bahawa makna ‘sehingga tidak lagi disebut “Allah Allah”’ adalah sehingga tidak lagi disebut nama Allah dan tidak lagi Dia disembah.’ (Mirqah al-Mafatih 5/226) 5. Disebut dalam sebuah hadis, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyebut dalam doa baginda: اللَّهُ اللَّهُ رَبَّي لا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ‘Allah Allah, Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Mu dengan apa-apa sekalipun.’ Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, dan juga oleh al-Tabarani. Dalam hadis ini, baginda mengulang-ulang al-Ism al-Mufrad. 6. Demikian juga dalam peristiwa penyiksaan terhadap Bilal r.a.: فَجَعَلُوا يَطُوفُونَ بِهِ فِي شِعَابِ مَكَّةَ، وَهُوَ يَقُولُ: أَحَدٌ... أَحَدٌ ‘...mereka mengaraknya di sekitar Mekah, dan dia berkata: “Ahad… Ahad.”’ Antara pendapat ulama berkenaan keharusan berzikir dengan al-Ism al-Mufrad: 1. Al-’Allamah Ibn ‘Abidin: Diriwayatkan oleh Hisham, dari Muhammad dari Abu Hanifah, sesungguhnya ia (lafaz Allah) adalah nama Allah yang teragung, dan demikian dikatakan oleh al-Tahawi, serta ramai dari kalangan ulama dan juga para ‘arifin sehingga mereka melihat bahawa tiada zikir yang lebih utama bagi pemilik makam yang tinggi, berbanding dengan zikir tersebut. Demikian dikatakan dalam syarah kepada al-Tahrir oleh Ibn Amir Hajj. (Radd al-Muhtar 5/1) 2. Al-’Allamah al-Munawi rahimahullah: Mereka berkata: ‘tidak terdapat sesuatu pun, bagi para musafir menuju Allah, dalam suluk mereka, yang lebih bermanfaat berbanding zikir al-Mufrad semata-mata, iaitu “Allah”. Terdapat pengkhabaran berkenaan hakikat zikir tersebut serta tajalliyatnya yang tidak difahami oleh selain ahl al-zuq.’ (Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Shaghir 2/309) 3. Imam Ibn ‘Atha’illah al-Sakandari rahimahullah: ‘Antara kekhususannya -lafaz al-Jalalah Allah- bahawa ia pada dirinya sendiri merupakan nama yang lengkap pada hurufnya, sempurna pada maknanya, khas dengan rahsia-rahsianya, tunggal (mufrad) dengan sifatnya. Pada awalnya “Allah” (الله) lalu dibuang darinya alif, menjadi “lillah” (لله) (bagi Allah). Apabila dibuang lam, menjadi “lahu” (له) (bagi-Nya) dansekiranya dibuang lam kedua, menjadi “Hu” (هو) (Dia). Setiap huruf daripadanya sempurna makna, lengkap kekhususan, tidak lari dari makna, tidak bercanggah faedah hanya kerana pengalihan huruf-hurufnya, dan tidak juga berkurangan hikmahnya. Setiap lafaz darinya mempunyai makna yang menakjubkan dan tersendiri dalam Bahasa Arab.’ (al-Qasd al-Mujarrad fi Ma’rifah al-Ism al-Mufrad/ ms. 34) Tidak timbul persoalan dari hujah golongan yang tidak membenarkan zikir dengan al-Ism al-Mufrad kerana zikir sedemikian tidak berbentuk ayat yang lengkap (jumlah mufidah). Jawapan bagi pertikaian tersebut adalah, orang yang berzikir dengan al-Ism al-Mufrad tidak bertutur dengan makhluk. Oleh itu, tidak disyaratkan bagi ucapannya untuk berbentuk ayat yang lengkap. Ini adalah kerana dia sedang berzikir kepada Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui tentang dirinya, yang Maha Mengawasi hatinya. Berkenaan zikir dan doa menggunakan lafaz (Ya Hu) pula, maka ulama telah mengharuskannya. Mereka berdalilkan bahawa para ulama nahu memutlakkan kata ganti nama diri tersebut sebagai kata nama khas yang paling khas.
Открыть в Telegram