𝟒 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 Kesihatan rakyat merupakan tunjang kepada kesejahteraan negara. Klinik yang lebih selamat, giliran rawatan yang lebih singkat dan petugas kesihatan yang lebih dihargai bukan sekadar janji, malah bukti iltizam Kerajaan MADANI. Menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sepanjang empat tahun ini bagi memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, adil dan menyeluruh. Ikuti siri 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝟒 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐊𝐌 yang akan dikupas secara berperingkat di semua platform rasmi KKM. Nantikan! 🇲🇾❤️ #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #4TahunMADANI
Открыть в Telegram
OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾
Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.
Средние просмотры поста по дням
По дню публикации
Показать таблицей
| Дата | Просмотров на пост |
|---|---|
| 30 окт. 2026 г. | 3 660 |
| 3 нояб. 2026 г. | 2 960 |
| 4 нояб. 2026 г. | 2 970 |
| 5 нояб. 2026 г. | 3 600 |
| 6 нояб. 2026 г. | 4 030 |
| 10 нояб. 2026 г. | 3 090 |
| 12 нояб. 2026 г. | 2 800 |
| 13 нояб. 2026 г. | 3 000 |
| 16 нояб. 2026 г. | 2 780 |
| 18 нояб. 2026 г. | 2 640 |
| 19 нояб. 2026 г. | 2 890 |
| 23 нояб. 2026 г. | 2 440 |
| 24 нояб. 2026 г. | 1 510 |
| 25 нояб. 2026 г. | 1 450 |
| 26 нояб. 2026 г. | 924 |
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры4,03 тыс.Пересылки—Реакции3Комментарии—
- 02Просмотры3,66 тыс.Пересылки—Реакции1Комментарии—
- 03Просмотры3,6 тыс.Пересылки—Реакции3Комментарии—
- 04Просмотры3,09 тыс.Пересылки—Реакции5Комментарии—
Новые посты
🇲🇾 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 | 𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 Pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, sempena genap empat (4) tahun menerajui kepimpinan negara berteraskan gagasan Malaysia MADANI. Sepanjang tempoh ini, Kerajaan MADANI kekal komited memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan menerusi pendigitalan. Kerajaan juga terus memperjuangkan kebajikan petugas kesihatan, yang menjadi tunjang sistem kesihatan negara. Kedua-dua usaha ini kekal menjadi keutamaan dalam menjamin akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti bagi seluruh rakyat Malaysia. KKM akan terus menyokong aspirasi Kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih saksama, mampan, dan berpaksikan rakyat. Semoga YAB Perdana Menteri terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah kepimpinan. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Открыть в Telegram💧💧Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata. 🩺Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit. Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir. Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.💦💦 #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в Telegram👀🕵️♂️ Lakukan pemeriksaan mata secara berkala di fasiliti kerajaan atau swasta bagi mengelak kehilangan penglihatan atau kebutaan pada masa hadapan. Sayangi mata anda! #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в Telegram𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑, 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 Kebelakangan ini, kesedaran umum mengenai ikrar sebagai penderma organ semakin meraih perhatian. Dalam kasih terakhir, harapan insan yang memerlukan terpenuhi dengan keikhlasan dan kesudian individu mendermakan organ dan tisu. KKM menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendaftar dan mengemas kini status sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera sebagai langkah mudah dan bermakna dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang atau media sosial rasmi Derma Organ. p/s : Min juga salah seorang yang berikrar sebagai penderma organ 🫡 #JomIkrar #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat
Открыть в Telegram🌟 Selamat tengahari anak-anak watan yang min kasihi! 🫡 🌟 Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga. Pencegahan adalah langkah-langkah yang kita boleh ikhtiar untuk menjauhkan diri daripada penyakit. Termasuklah mencegah penyakit strok. Strok atau angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak. Strok berlaku melibatkan sama ada sumbatan dalam saluran darah atau pun salur darah otak pecah menyebabkan darah tidak boleh pergi ke bahagian otak yang seterusnya. Ikuti langkah pencegahan strok seperti dikongsikan. #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
Открыть в TelegramJangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar! Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf ‘B.E.F.A.S.T.’. Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk. #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
Открыть в Telegram🌟 Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Malaysia!! 🌟 Tahukah anda, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari mereka menghidap penyakit diabetes? Antara tanda dan gejala diabetes yang perlu diberikan perhatian termasuklah kerap membuang air kecil, sering berasa dahaga dan lapar serta mudah berasa letih. Selain itu, individu yang menghidap diabetes juga boleh mengalami penglihatan kabur dan rasa kebas atau mencucuk-cucuk pada bahagian hujung anggota badan seperti tangan dan kaki. Jangan abaikan tanda-tanda ini. Jom Saring! 🫡 Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui paras gula dalam darah dan mengambil langkah awal untuk mencegah serta mengawal diabetes. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в TelegramSalam Jumaat dan Salam Malaysia Madani 🫡 Adakah anda pernah mengalami kemalangan patah tulang atau jangkitan paru-paru? Pesakit akan dibawa ke bilik khas untuk pengimejan perubatan. 🩻 Mari ketahui kebaikan pemeriksaan menggunakan sinar X (X-ray) dan keselamatan yang perlu diawasi ketika menerima rawatan ini demi memastikan individu tidak terkena kesan radiasi dalam jangka masa panjang. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в Telegram🫁 Pneumonia adalah penyakit pernafasan yang menjejaskan paru-paru di mana jangkitan kuman menyebabkan kantung udara kecil di dalam paru-paru (alveoli) dipenuhi dengan nanah dan cecair, menyebabkan kesukaran bernafas kerana pengambilan oksigen yang terhad. ⚠️Pneumonia boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat, terutamanya bagi orang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit komorbid. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
Post Vaksin Fenomena Malaysia 🇲🇾🍁🍁@postvaksinfenomenamalaysiaМедицина29,8 тыс.
Dr Samhan (Official)@drsamhanМедицина148 тыс.
Derma Darah Kelantan@dermadarahkelantanМедицина1,92 тыс.
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia@cprckkmМедицина338 тыс.
大马新冠逆苗频道@covid_myМедицина1,45 тыс.
Поясни за мед@poyasni_za_medМедицина22,2 тыс.
Блог анестезиолога@anesthesiologists_blogМедицина22,2 тыс.
Ревматолог Елена Выставкина@dr_vystavkinaМедицина22,1 тыс.