Saksikan temu bual bersama Datin Dr. Harishah Talib, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kecemasan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. Platform: BERNAMA TV Tarikh: 20 November 2026 (Jumaat) Masa: 4.00 petang Topik: Ebola: Ancaman Kesihatan Rentas Sempadan, Uji Kesiapsiagaan Negara #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в TelegramCPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Средние просмотры поста по дням
По дню публикации
Показать таблицей
| Дата | Просмотров на пост |
|---|---|
| 2 нояб. 2026 г. | 40 300 |
| 4 нояб. 2026 г. | 36 700 |
| 6 нояб. 2026 г. | 38 900 |
| 9 нояб. 2026 г. | 28 350 |
| 11 нояб. 2026 г. | 32 900 |
| 13 нояб. 2026 г. | 38 100 |
| 20 нояб. 2026 г. | 20 000 |
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры40,3 тыс.Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 02Просмотры38,9 тыс.Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 03Просмотры38,1 тыс.Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 04Просмотры36,7 тыс.Пересылки—Реакции—Комментарии—
Новые посты
BERSIAP SIAGA MENGHADAPI BANJIR Monsun Timur Laut membawa risiko hujan berterusan dan kejadian banjir di beberapa kawasan. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah persediaan awal bagi melindungi diri serta keluarga. Antara persediaan dan tindakan yang perlu dilakukan semasa banjir: Sentiasa peka dengan amaran hujan berterusan dan kejadian air pasang besar. Ikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Berpindah lebih awal ke tempat selamat sebelum laluan terputus sekiranya kawasan kediaman dinaiki air. Sediakan bekalan ubat-ubatan, dokumen penting dan keperluan asas. Utamakan keselamatan diri dan keluarga dan sentiasa peka dengan amaran serta arahan pihak berkuasa. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в Telegram𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 - 𝐊𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa hantaran tular berhubung arahan kuarantin di rumah selama seminggu bagi individu yang melawat Thailand, susulan dakwaan penularan varian baharu COVID-19 “PJ.2.1”, adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔. KKM tidak pernah mengeluarkan pengumuman berkenaan. Untuk makluman, perintah kuarantin semasa ketibaan bagi pengembara yang memasuki Malaysia telah dimansuhkan sejak 1 Ogos 2022, dan tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan berhubung perkara ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Sebarang makluman rasmi berhubung kesihatan awam hanya akan dikongsikan menerusi saluran rasmi KKM 🇲🇾 ✅ Semak sebelum kongsi: www.moh.gov.my | sebenarnya.my #KKMPrihatin #TolakBeritaPalsu #SihatBersama #MalaysiaMADANI
Открыть в TelegramKenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Kesiapsiagaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027
Открыть в TelegramJANGAN JADI MANGSA CENDAWAN BERACUN! Musim hujan dah tiba, cendawan pun mula tumbuh melata! Tapi tunggu dulu, jangan ghairah sangat nak mengutip. Ingat, bukan semua cendawan yang nampak cantik atau serupa dengan yang biasa kita makan itu selamat. Cendawan beracun sering kali 'menyamar' seperti cendawan boleh dimakan. Silap langkah, boleh bawa padah kepada nyawa! Jadikan prinsip ini sebagai panduan: "Kalau ragu-ragu, jangan kutip, jangan masak, dan jangan makan!" Sayangi nyawa anda dan keluarga. #PKKM #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Открыть в TelegramBersedia hadapi bencana banjir dengan menyediakan beg kecemasan ‼️⚠️ 📌 Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в Telegram⛈️ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 Musim Monsun Timur Laut kembali menjelang. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga, khususnya ketika berdepan risiko banjir. Elakkan berada atau melakukan aktiviti di kawasan berisiko seperti yang disenaraikan. Bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. ⚠️ Jangan ambil mudah risiko banjir. Sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan lakukan persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Jaga Keselamatan, Elak Sebelum Terlewat! ‼️ #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Открыть в Telegram🌫️ 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 Jerebu bukan sekadar menjejaskan kualiti udara, malah boleh mengancam kesihatan dan keselamatan kita, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung. 📊 KETAHUI TINDAKAN MENGIKUT BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 🟢 IPU 0–100 | BAIK–SEDERHANA Teruskan aktiviti harian seperti biasa. 🟠 IPU 101–200 | TIDAK SIHAT Kurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan, hentikan aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal luar bangunan di institusi berkaitan serta gunakan pelitup muka N95 apabila berada di luar bangunan. 🔴 IPU MELEBIHI 200 | SANGAT TIDAK SIHAT Hentikan aktiviti luar bangunan dan perhimpunan awam. Penutupan institusi pendidikan, taska dan sekolah dilaksanakan mengikut arahan pihak berkuasa. ⚠️ Jangan pandang ringan ancaman jerebu! Pantau bacaan IPU semasa, patuhi arahan pihak berkuasa dan ambil langkah pencegahan bagi melindungi diri serta orang tersayang.
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
سأكون طبيباً💉🩺👩⚕️@drzahoraaa9Медицина332 тыс.
DoctoraJovs@elconsultoriodeladoctoraМедицина303 тыс.
SHIFO UZ@tabobat_tibbiyot_dorilar_aptekaМедицина379 тыс.
الجراحة 💊| Surgery 🔪 - Crypto currency@no1_ooneМедицина295 тыс.
Доктор Зубарева / Doctor Zubareva@doctor_zubarevaМедицина398 тыс.
Эндокринолог Магеря@mageryaМедицина284 тыс.
Dr.Anshina@dranshinaМедицина409 тыс.
Farg'ona 24 | Расмий@fargona24Медицина410 тыс.