Account
TASAWWUR ISLAM SPM

TASAWWUR ISLAM SPM

Himpunan Bahan Tasawwur Islam SPM @TasawwurIslam99 Untuk pertanyaan serta perkongsian bahan , sila PM @TASAWWUR_ISLAMbot

Username
@tasawwurislam99
Category
Education
Country
MalaysiaMalaysia
Subscribers4,635
Avg views per post, 7d527−10.4% vs prev 7d
ERR11.37%last 7 days

Average views per post by day

By publication day

Show as table
DateAvg views per post
Nov 18, 2026580
Nov 19, 2026564
Nov 20, 2026614
Nov 21, 2026560
Nov 22, 2026580
Nov 23, 2026572
Nov 24, 2026609
Nov 25, 2026671
Nov 26, 2026502
Nov 27, 2026484
Nov 28, 202638

Most viewed this month

  1. 01

    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Doa Memohon Pertolongan dan Bersyukur   عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ: يَا مُعَاذُ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ. فَقَالَ: أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ، لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.   Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya lalu bersabda: "Wahai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu. Demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu." Kemudian Baginda bersabda: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu'az, janganlah engkau meninggalkan bacaan ini pada penghujung setiap solat: Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu." (HR Abu Dawud no: 1522) Status Hadis Sahih   Pengajaran:   1.      Kasih sayang merupakan asas tarbiah. Rasulullah SAW menunjukkan bahawa nasihat yang baik boleh dimulakan dengan ungkapan kasih sayang dan hubungan yang rapat, mesra dan penuh perhatian.   2.      Nasihat merupakan tanda kasih sayang. Orang yang benar-benar mencintai saudaranya akan membimbingnya ke arah kebaikan.   3.      Manusia sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Kemampuan untuk melakukan ketaatan merupakan nikmat dan taufik daripada Allah SWT.   4.      Rasulullah SAW mengajar bacaan doa di penghujung solat agar sentiasa mengingati juga mensyukuri nikmat Allah:   اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ   Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu   5.      Seseorang mungkin mampu melaksanakan ibadah pada hari ini, tetapi belum tentu mampu mengekalkannya pada masa hadapan tanpa taufik dan pertolongan Allah SWT.   6.      Kualiti ibadah perlu sentiasa diperbaiki. Ibadah bukan sekadar memenuhi tuntutan zahir, tetapi perlu disertai keikhlasan dan penghayatan.   7.      Kita tidak boleh berbangga dengan ibadah yang dilaksanakan. Sebaliknya, kita perlu menyedari bahawa segala kemampuan beribadah merupakan kurniaan Allah.   8.      Doa merupakan sebahagian daripada usaha memperbaiki diri. Selain berusaha meningkatkan ibadah, kita perlu memohon pertolongan Allah agar usaha kita diberkati.   9.      Doa ini menghimpunkan tiga asas pendidikan rohani, iaitu zikir, syukur dan ihsan dalam ibadah.     16hb Jamadil Akhir 1448H 26hb November 2026

    Text
    Views738
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—
  2. 02

    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Reda Allah Dari Reda Ibu Bapa عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ Daripada Abdullah bin Amr RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (HR Tirmizi No:1821) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.    Berbakti kepada ibu bapa adalah jalan untuk mendapat redha Allah dan syurga. Redha ibu bapa menjadi syarat utama bagi kehidupan yang diberkati dan diterima amalnya.   2.    Keredaan ibu bapa yang dimaksudkan ialah keredaan dalam perkara yang baik dan dibenarkan oleh syarak, bukan ketaatan mutlak terhadap semua kehendak mereka.   3.    Adab seorang anak ialah berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Menurut Imam Al Ghazali antara adab anak kepada orang tuanya; mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya (selagi tidak bertentangan syarak), tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya.   4.    Menderhakai ibu bapa mengundang kemurkaan Allah dan menghapuskan keberkatan hidup antaranya si anak meninggikan suara, menyakitkan hatinya, mengabaikan nafkah serta kesihatannya juga memalukan ibu bapa.   5.    Keredaan Allah berkait langsung dengan keredaan ibu bapa. Apabila seseorang berbuat baik kepada ibu bapanya, memuliakan mereka dan mengelakkan daripada menyakiti hati mereka, maka Allah meredainya. Sebaliknya, apabila seseorang derhaka atau mengguris hati ibu bapanya, maka ia menjemput kemurkaan Allah.   6.    Ketaatan kepada ibu bapa mesti dilakukan dengan penuh ihsan, kasih sayang dan adab serta sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka.   7.    Ketaatan kepada ibu bapa tidak boleh mengatasi ketaatan kepada Allah. Jika ibu bapa menyuruh kepada perkara yang bertentangan dengan Syarak, maka tidak boleh ditaati namun tetap wajib berbuat baik dan bercakap dengan lemah lembut kepada mereka.   8.    Derhaka kepada ibu bapa adalah antara dosa besar yang menutup pintu rahmat dan menjadi penghalang kepada kejayaan di dunia dan akhirat.   9.    Maka, berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka hidup, dan doakan mereka setelah meninggal dunia agar Allah mengekalkan redha dan rahmat-Nya kepada kita.   Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara. Bulan Keluarga Kebangsaan 2026.   10hb Jamadil Akhir 1448H 20hb November 2026  

    Text
    Views656
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—
  3. 03

    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Doa Selepas Solat Dan Hindari Amalan Buruk   عَنْ وَرَّادٍ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، قَالَ: كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى الْمُغِيرَةِ: اكْتُبْ إِلَيَّ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ. وَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّهُ كَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةِ الْمَالِ، وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقُوقِ الْأُمَّهَاتِ، وَوَأْدِ الْبَنَاتِ، وَمَنْعٍ وَهَاتِ   Daripada Warrad, penulis kepada al-Mughirah bin Syu’bah RA, beliau berkata: “Muawiyah telah menulis surat kepada al-Mughirah dengan meminta: ‘Tuliskan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW.’ Lalu al-Mughirah menulis kepadanya: Sesungguhnya Nabi Allah SAW apabila selesai menunaikan setiap solat, Baginda membaca: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu. Al-Mughirah juga menulis kepada Muawiyah bahawa Rasulullah SAW melarang perbuatan suka menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah, terlalu banyak bertanya perkara yang tidak perlu, membazirkan harta, menderhakai ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, serta enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta.” (HR Bukhari no: 7292) Status Hadis Sahih   Pengajaran:   1.     Rasulullah SAW mengajar kita membaca wirid ini selepas setiap solat:   لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.   (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu).   2.    Kandungan zikir ini menegaskan keesaan Allah, kekuasaan-Nya dan pergantungan manusia kepada-Nya. Seorang Muslim hendaklah menjadikan tauhid sebagai asas kehidupan. Tidak boleh meletakkan pergantungan mutlak kepada manusia.   3.    Rasulullah SAW  melarang amalan buruk yang mendatangkan dosa:   a.     Menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah juga berita yang belum dipastikan kesahihannya. b.    Banyak bertanya  dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan pahala c.     Boros serta membazir dalam membelanjakan harta d.    Menderhakai ibu e.     Menanam anak perempuan hidup-hidup f.      Enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta   4.    Zikir selepas solat mengingatkan manusia bahawa segala kekuasaan, nikmat dan ketentuan dibawah kekuasaan Allah SWT.   5.    Seseorang yang benar-benar menghayati tauhid sepatutnya memperlihatkan kesannya dalam kehidupan. Dia bukan sahaja menjaga solat dan zikir, tetapi juga menjaga lidah, mengurus harta dengan amanah, menghormati ibu bapa, melindungi golongan lemah dan menunaikan hak orang lain.   15hb Jamadil Akhir 1448H 25hb November 2026  

    Text
    Views643
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—
  4. 04

    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Istighfar dan Zikir Selepas Solat Waktu   عَنْ ثَوْبَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ   Daripada Tsauban RA, bahawa Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, baginda akan beristighfar sebanyak tiga kali, kemudian membaca: “ALLAHUMMA ANTAS SALAAM WA MINKAS SALAAM TABAARAKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAM (Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya segala kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan).” (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Hadis  Sahih   Pengajaran:   1.    Selepas solat waktu, digalakkan beristighfar, berzikir dan berdoa.   2.    Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya beristighfar memohon keampunan Allah sebanyak tiga kali selepas selesai menunaikan solat.   3.    Istighfar selepas solat mendidik manusia supaya tidak berbangga dengan ibadah atau menganggap dirinya telah mencapai kesempurnaan.   4.    Semakin banyak seseorang beribadah, semakin besar keperluannya untuk memiliki sifat tawaduk dengan beristighfar, bukan semakin berasa dirinya lebih baik daripada orang lain.   5.    Seorang Muslim hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam mencari ketenangan jiwa, keselamatan hidup dan kesejahteraan dunia serta akhirat.   6.    Rasulullah mengajar zikir yang meyakini bahawa Allah ialah sumber keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan yang turut dibaca selepas solat: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ   7.    Zikir selepas solat bukan sekadar bacaan yang diulang, tetapi merupakan pendidikan akidah yang mengukuhkan pengenalan manusia terhadap sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT.   8.    Seorang Muslim hendaklah berusaha mengamalkan istighfar dan zikir yang diajarkan oleh Baginda secara berterusan.   14hb Jamadil Akhir 1448H 24hb November 2026  

    Text
    Views643
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—

Latest posts

#9089Text
Views38−93%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#9088Text

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Zikir Ketika Menghadapi Kesusahan   عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو عِنْدَ الْكَرْبِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمُ   Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Allah SAW apabila menghadapi kesusahan atau kesedihan yang berat, Baginda membaca: “LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL HAKIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUL ‘ARSYIL ‘AZHIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA RABBUL ‘ARSYIL KARIIM” (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Lembut, Maha Bijaksana. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan Pemilik ‘Arsy yang agung. Tidak ada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Tuhan Pemilik ‘Arsy yang mulia).  (HR Bukhari No: 6345)  Status: Hadis  Sahih   Pengajaran:   1.    Sebagai manusia kita akan melalui kehidupan dengan pelbagai ujian termasuk kesusahan dan kesedihan.   2.    Rasulullah SAW mengajar kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap situasi yang dihadapi sama ada kesusahan mahupun kesenangan.   3.    Apabila menghadapi masalah, seorang Muslim hendaklah mengukuhkan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa menjadi tempat pergantungan dan permohonan pertolongan. Rasulullah SAW mengajar kita membaca:   لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمُ   4.    Ketika menghadapi tekanan atau kesusahan, seseorang hendaklah bersabar, mengawal emosi dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Hadapilah kesusahan dengan memperbanyakan zikir dan doa.   5.    Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa bacaan zikir diatas mengandungi pengagungan dan pujian kepada Allah, yang merupakan sebahagian daripada adab berdoa.   6.    Ketika menghadapi masalah, seorang Muslim perlu menggabungkan doa, usaha, kesabaran dan tawakal. Doa memberikan kekuatan rohani, manakala usaha merupakan sebahagian daripada tanggungjawab manusia.   7.    Jangan biarkan masalah menguasai hati sehingga melupakan Allah. Sebaliknya, jadikan kesusahan sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan dengan Allah melalui zikir dan doa.   17hb Jamadil Akhir 1448H 27hb November 2026  

Open in Telegram
Views507−8%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
5 h207
25 h507
  1. After 6 hours207
  2. After 24 hours507
  3. Total to date507
#9087Text
Views460−16%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
6 h204
26 h460
  1. After 6 hours204
  2. After 24 hours460
  3. Total to date460
#9086Text

Views530−4%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#9085Text

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya ALLAH , Ya TUHAN kami, Pada hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-MU, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya ALLAH kepada kami ilmu, iman dan amal Kami memohon kepada-MU ya ALLAH , berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Open in Telegram
Views474−14%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#9084Text

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Doa Memohon Pertolongan dan Bersyukur   عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ: يَا مُعَاذُ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ. فَقَالَ: أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ، لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.   Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya lalu bersabda: "Wahai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu. Demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu." Kemudian Baginda bersabda: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu'az, janganlah engkau meninggalkan bacaan ini pada penghujung setiap solat: Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu." (HR Abu Dawud no: 1522) Status Hadis Sahih   Pengajaran:   1.      Kasih sayang merupakan asas tarbiah. Rasulullah SAW menunjukkan bahawa nasihat yang baik boleh dimulakan dengan ungkapan kasih sayang dan hubungan yang rapat, mesra dan penuh perhatian.   2.      Nasihat merupakan tanda kasih sayang. Orang yang benar-benar mencintai saudaranya akan membimbingnya ke arah kebaikan.   3.      Manusia sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Kemampuan untuk melakukan ketaatan merupakan nikmat dan taufik daripada Allah SWT.   4.      Rasulullah SAW mengajar bacaan doa di penghujung solat agar sentiasa mengingati juga mensyukuri nikmat Allah:   اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ   Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu   5.      Seseorang mungkin mampu melaksanakan ibadah pada hari ini, tetapi belum tentu mampu mengekalkannya pada masa hadapan tanpa taufik dan pertolongan Allah SWT.   6.      Kualiti ibadah perlu sentiasa diperbaiki. Ibadah bukan sekadar memenuhi tuntutan zahir, tetapi perlu disertai keikhlasan dan penghayatan.   7.      Kita tidak boleh berbangga dengan ibadah yang dilaksanakan. Sebaliknya, kita perlu menyedari bahawa segala kemampuan beribadah merupakan kurniaan Allah.   8.      Doa merupakan sebahagian daripada usaha memperbaiki diri. Selain berusaha meningkatkan ibadah, kita perlu memohon pertolongan Allah agar usaha kita diberkati.   9.      Doa ini menghimpunkan tiga asas pendidikan rohani, iaitu zikir, syukur dan ihsan dalam ibadah.     16hb Jamadil Akhir 1448H 26hb November 2026

Open in Telegram
Views738+34%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
53 h634
67 h738
  1. Total to date738
#9083Text
Views604+10%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
55 h525
69 h604
  1. Total to date604
#9082Text

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Doa Selepas Solat Dan Hindari Amalan Buruk   عَنْ وَرَّادٍ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، قَالَ: كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى الْمُغِيرَةِ: اكْتُبْ إِلَيَّ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ. وَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّهُ كَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةِ الْمَالِ، وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقُوقِ الْأُمَّهَاتِ، وَوَأْدِ الْبَنَاتِ، وَمَنْعٍ وَهَاتِ   Daripada Warrad, penulis kepada al-Mughirah bin Syu’bah RA, beliau berkata: “Muawiyah telah menulis surat kepada al-Mughirah dengan meminta: ‘Tuliskan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW.’ Lalu al-Mughirah menulis kepadanya: Sesungguhnya Nabi Allah SAW apabila selesai menunaikan setiap solat, Baginda membaca: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu. Al-Mughirah juga menulis kepada Muawiyah bahawa Rasulullah SAW melarang perbuatan suka menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah, terlalu banyak bertanya perkara yang tidak perlu, membazirkan harta, menderhakai ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, serta enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta.” (HR Bukhari no: 7292) Status Hadis Sahih   Pengajaran:   1.     Rasulullah SAW mengajar kita membaca wirid ini selepas setiap solat:   لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.   (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu).   2.    Kandungan zikir ini menegaskan keesaan Allah, kekuasaan-Nya dan pergantungan manusia kepada-Nya. Seorang Muslim hendaklah menjadikan tauhid sebagai asas kehidupan. Tidak boleh meletakkan pergantungan mutlak kepada manusia.   3.    Rasulullah SAW  melarang amalan buruk yang mendatangkan dosa:   a.     Menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah juga berita yang belum dipastikan kesahihannya. b.    Banyak bertanya  dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan pahala c.     Boros serta membazir dalam membelanjakan harta d.    Menderhakai ibu e.     Menanam anak perempuan hidup-hidup f.      Enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta   4.    Zikir selepas solat mengingatkan manusia bahawa segala kekuasaan, nikmat dan ketentuan dibawah kekuasaan Allah SWT.   5.    Seseorang yang benar-benar menghayati tauhid sepatutnya memperlihatkan kesannya dalam kehidupan. Dia bukan sahaja menjaga solat dan zikir, tetapi juga menjaga lidah, mengurus harta dengan amanah, menghormati ibu bapa, melindungi golongan lemah dan menunaikan hak orang lain.   15hb Jamadil Akhir 1448H 25hb November 2026  

Open in Telegram
Views643+17%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#9081Text
Views540−2%vs avg
Forwards—
Reactions1
Comments—
#9080Text

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Istighfar dan Zikir Selepas Solat Waktu   عَنْ ثَوْبَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ   Daripada Tsauban RA, bahawa Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, baginda akan beristighfar sebanyak tiga kali, kemudian membaca: “ALLAHUMMA ANTAS SALAAM WA MINKAS SALAAM TABAARAKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAM (Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya segala kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan).” (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Hadis  Sahih   Pengajaran:   1.    Selepas solat waktu, digalakkan beristighfar, berzikir dan berdoa.   2.    Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya beristighfar memohon keampunan Allah sebanyak tiga kali selepas selesai menunaikan solat.   3.    Istighfar selepas solat mendidik manusia supaya tidak berbangga dengan ibadah atau menganggap dirinya telah mencapai kesempurnaan.   4.    Semakin banyak seseorang beribadah, semakin besar keperluannya untuk memiliki sifat tawaduk dengan beristighfar, bukan semakin berasa dirinya lebih baik daripada orang lain.   5.    Seorang Muslim hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam mencari ketenangan jiwa, keselamatan hidup dan kesejahteraan dunia serta akhirat.   6.    Rasulullah mengajar zikir yang meyakini bahawa Allah ialah sumber keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan yang turut dibaca selepas solat: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ   7.    Zikir selepas solat bukan sekadar bacaan yang diulang, tetapi merupakan pendidikan akidah yang mengukuhkan pengenalan manusia terhadap sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT.   8.    Seorang Muslim hendaklah berusaha mengamalkan istighfar dan zikir yang diajarkan oleh Baginda secara berterusan.   14hb Jamadil Akhir 1448H 24hb November 2026  

Open in Telegram
Views643+17%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—

All posts

Connections