السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ْ Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini, Kemenangannya, Pertolongannya, Cahayanya, Keberkatannya, dan Petunjuknya. Dan kami memohon PerlindunganMu dari Kejahatan yang ada didalamnya dan Kejahatan yang ada sesudahnya. آمـــــــــــــــــــــــــــين, يارب العَـــالَمِ
Открыть в Telegram
TASAWWUR ISLAM SPM
Himpunan Bahan Tasawwur Islam SPM @TasawwurIslam99 Untuk pertanyaan serta perkongsian bahan , sila PM @TASAWWUR_ISLAMbot
Средние просмотры поста по дням
По дню публикации
Показать таблицей
| Дата | Просмотров на пост |
|---|---|
| 18 нояб. 2026 г. | 580 |
| 19 нояб. 2026 г. | 564 |
| 20 нояб. 2026 г. | 614 |
| 21 нояб. 2026 г. | 560 |
| 22 нояб. 2026 г. | 580 |
| 23 нояб. 2026 г. | 572 |
| 24 нояб. 2026 г. | 609 |
| 25 нояб. 2026 г. | 671 |
| 26 нояб. 2026 г. | 502 |
| 27 нояб. 2026 г. | 484 |
| 28 нояб. 2026 г. | 38 |
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры738Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 02Просмотры656Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 03Просмотры643Пересылки—Реакции—Комментарии—
- 04Просмотры643Пересылки—Реакции—Комментарии—
Новые посты
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Zikir Ketika Menghadapi Kesusahan عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو عِنْدَ الْكَرْبِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمُ Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Allah SAW apabila menghadapi kesusahan atau kesedihan yang berat, Baginda membaca: “LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL HAKIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUL ‘ARSYIL ‘AZHIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA RABBUL ‘ARSYIL KARIIM” (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Lembut, Maha Bijaksana. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan Pemilik ‘Arsy yang agung. Tidak ada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Tuhan Pemilik ‘Arsy yang mulia). (HR Bukhari No: 6345) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Sebagai manusia kita akan melalui kehidupan dengan pelbagai ujian termasuk kesusahan dan kesedihan. 2. Rasulullah SAW mengajar kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap situasi yang dihadapi sama ada kesusahan mahupun kesenangan. 3. Apabila menghadapi masalah, seorang Muslim hendaklah mengukuhkan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa menjadi tempat pergantungan dan permohonan pertolongan. Rasulullah SAW mengajar kita membaca: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمُ 4. Ketika menghadapi tekanan atau kesusahan, seseorang hendaklah bersabar, mengawal emosi dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Hadapilah kesusahan dengan memperbanyakan zikir dan doa. 5. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa bacaan zikir diatas mengandungi pengagungan dan pujian kepada Allah, yang merupakan sebahagian daripada adab berdoa. 6. Ketika menghadapi masalah, seorang Muslim perlu menggabungkan doa, usaha, kesabaran dan tawakal. Doa memberikan kekuatan rohani, manakala usaha merupakan sebahagian daripada tanggungjawab manusia. 7. Jangan biarkan masalah menguasai hati sehingga melupakan Allah. Sebaliknya, jadikan kesusahan sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan dengan Allah melalui zikir dan doa. 17hb Jamadil Akhir 1448H 27hb November 2026
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 5 ч | 207 |
| 25 ч | 507 |
- Через 6 часов207
- Через 24 часа507
- Всего сейчас507
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ْ Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini, Kemenangannya, Pertolongannya, Cahayanya, Keberkatannya, dan Petunjuknya. Dan kami memohon PerlindunganMu dari Kejahatan yang ada didalamnya dan Kejahatan yang ada sesudahnya. آمـــــــــــــــــــــــــــين, يارب العَـــالَمِ
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 6 ч | 204 |
| 26 ч | 460 |
- Через 6 часов204
- Через 24 часа460
- Всего сейчас460

Открыть в Telegramالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya ALLAH , Ya TUHAN kami, Pada hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-MU, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya ALLAH kepada kami ilmu, iman dan amal Kami memohon kepada-MU ya ALLAH , berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Открыть в TelegramPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Memohon Pertolongan dan Bersyukur عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ: يَا مُعَاذُ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ. فَقَالَ: أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ، لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya lalu bersabda: "Wahai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu. Demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu." Kemudian Baginda bersabda: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu'az, janganlah engkau meninggalkan bacaan ini pada penghujung setiap solat: Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu." (HR Abu Dawud no: 1522) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1. Kasih sayang merupakan asas tarbiah. Rasulullah SAW menunjukkan bahawa nasihat yang baik boleh dimulakan dengan ungkapan kasih sayang dan hubungan yang rapat, mesra dan penuh perhatian. 2. Nasihat merupakan tanda kasih sayang. Orang yang benar-benar mencintai saudaranya akan membimbingnya ke arah kebaikan. 3. Manusia sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Kemampuan untuk melakukan ketaatan merupakan nikmat dan taufik daripada Allah SWT. 4. Rasulullah SAW mengajar bacaan doa di penghujung solat agar sentiasa mengingati juga mensyukuri nikmat Allah: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu 5. Seseorang mungkin mampu melaksanakan ibadah pada hari ini, tetapi belum tentu mampu mengekalkannya pada masa hadapan tanpa taufik dan pertolongan Allah SWT. 6. Kualiti ibadah perlu sentiasa diperbaiki. Ibadah bukan sekadar memenuhi tuntutan zahir, tetapi perlu disertai keikhlasan dan penghayatan. 7. Kita tidak boleh berbangga dengan ibadah yang dilaksanakan. Sebaliknya, kita perlu menyedari bahawa segala kemampuan beribadah merupakan kurniaan Allah. 8. Doa merupakan sebahagian daripada usaha memperbaiki diri. Selain berusaha meningkatkan ibadah, kita perlu memohon pertolongan Allah agar usaha kita diberkati. 9. Doa ini menghimpunkan tiga asas pendidikan rohani, iaitu zikir, syukur dan ihsan dalam ibadah. 16hb Jamadil Akhir 1448H 26hb November 2026
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 53 ч | 634 |
| 67 ч | 738 |
- Всего сейчас738
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ْ Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini, Kemenangannya, Pertolongannya, Cahayanya, Keberkatannya, dan Petunjuknya. Dan kami memohon PerlindunganMu dari Kejahatan yang ada didalamnya dan Kejahatan yang ada sesudahnya. آمـــــــــــــــــــــــــــين, يارب العَـــالَمِ
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 55 ч | 525 |
| 69 ч | 604 |
- Всего сейчас604
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Selepas Solat Dan Hindari Amalan Buruk عَنْ وَرَّادٍ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، قَالَ: كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى الْمُغِيرَةِ: اكْتُبْ إِلَيَّ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ. وَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّهُ كَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةِ الْمَالِ، وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقُوقِ الْأُمَّهَاتِ، وَوَأْدِ الْبَنَاتِ، وَمَنْعٍ وَهَاتِ Daripada Warrad, penulis kepada al-Mughirah bin Syu’bah RA, beliau berkata: “Muawiyah telah menulis surat kepada al-Mughirah dengan meminta: ‘Tuliskan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW.’ Lalu al-Mughirah menulis kepadanya: Sesungguhnya Nabi Allah SAW apabila selesai menunaikan setiap solat, Baginda membaca: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu. Al-Mughirah juga menulis kepada Muawiyah bahawa Rasulullah SAW melarang perbuatan suka menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah, terlalu banyak bertanya perkara yang tidak perlu, membazirkan harta, menderhakai ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, serta enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta.” (HR Bukhari no: 7292) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1. Rasulullah SAW mengajar kita membaca wirid ini selepas setiap solat: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ. (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu). 2. Kandungan zikir ini menegaskan keesaan Allah, kekuasaan-Nya dan pergantungan manusia kepada-Nya. Seorang Muslim hendaklah menjadikan tauhid sebagai asas kehidupan. Tidak boleh meletakkan pergantungan mutlak kepada manusia. 3. Rasulullah SAW melarang amalan buruk yang mendatangkan dosa: a. Menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah juga berita yang belum dipastikan kesahihannya. b. Banyak bertanya dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan pahala c. Boros serta membazir dalam membelanjakan harta d. Menderhakai ibu e. Menanam anak perempuan hidup-hidup f. Enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta 4. Zikir selepas solat mengingatkan manusia bahawa segala kekuasaan, nikmat dan ketentuan dibawah kekuasaan Allah SWT. 5. Seseorang yang benar-benar menghayati tauhid sepatutnya memperlihatkan kesannya dalam kehidupan. Dia bukan sahaja menjaga solat dan zikir, tetapi juga menjaga lidah, mengurus harta dengan amanah, menghormati ibu bapa, melindungi golongan lemah dan menunaikan hak orang lain. 15hb Jamadil Akhir 1448H 25hb November 2026
Открыть в Telegramالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ْ Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini, Kemenangannya, Pertolongannya, Cahayanya, Keberkatannya, dan Petunjuknya. Dan kami memohon PerlindunganMu dari Kejahatan yang ada didalamnya dan Kejahatan yang ada sesudahnya. آمـــــــــــــــــــــــــــين, يارب العَـــالَمِ
Открыть в TelegramPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Istighfar dan Zikir Selepas Solat Waktu عَنْ ثَوْبَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ Daripada Tsauban RA, bahawa Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, baginda akan beristighfar sebanyak tiga kali, kemudian membaca: “ALLAHUMMA ANTAS SALAAM WA MINKAS SALAAM TABAARAKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAM (Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya segala kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan).” (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Selepas solat waktu, digalakkan beristighfar, berzikir dan berdoa. 2. Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya beristighfar memohon keampunan Allah sebanyak tiga kali selepas selesai menunaikan solat. 3. Istighfar selepas solat mendidik manusia supaya tidak berbangga dengan ibadah atau menganggap dirinya telah mencapai kesempurnaan. 4. Semakin banyak seseorang beribadah, semakin besar keperluannya untuk memiliki sifat tawaduk dengan beristighfar, bukan semakin berasa dirinya lebih baik daripada orang lain. 5. Seorang Muslim hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam mencari ketenangan jiwa, keselamatan hidup dan kesejahteraan dunia serta akhirat. 6. Rasulullah mengajar zikir yang meyakini bahawa Allah ialah sumber keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan yang turut dibaca selepas solat: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ 7. Zikir selepas solat bukan sekadar bacaan yang diulang, tetapi merupakan pendidikan akidah yang mengukuhkan pengenalan manusia terhadap sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT. 8. Seorang Muslim hendaklah berusaha mengamalkan istighfar dan zikir yang diajarkan oleh Baginda secara berterusan. 14hb Jamadil Akhir 1448H 24hb November 2026
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
Tasawwur Islam's Spmnetic!™ 📚@tasawwurspmnotesОбразование4,8 тыс.
CHANNEL PENDIDIK4U@channelpendidik4uОбразование4,83 тыс.
STPM 中文资讯站@stpmchineseliangОбразование4,35 тыс.
SPM Sumberpendidikan@spmbahandansoalanОбразование4,2 тыс.
Hebahan MPP UniSZA@mppuniszaОбразование5,13 тыс.
Economy Spmnetic!™ 📈📊@economynotesspmОбразование5,14 тыс.
🇲🇾Perkongsian Cikgu Che Ainie🇵🇸@cikgucheainieОбразование5,52 тыс.
Channel Share & Teach Me 💻Cikgu Emkay🖱 Follow Channel https://t.me/shareteachme Info? DM : @Emkay_Idzwan@shareteachmeОбразование5,71 тыс.