Account

Posts of MyCARE πŸ‡²πŸ‡Ύ

newest first

#18047Text

Bersolidariti Bersama Palestin: Mengangkat Suara Gaza Sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang disambut pada 29 November, Dr. Fauziah Mohd Hasan telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi Forum on the Inalienable Rights of the Palestinian People anjuran Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) untuk mengupas realiti sebenar yang sedang berlaku di Gaza. Mewakili Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta Asia Pacific Women Coalition for al-Quds and Palestine (ApWCQP) Malaysia, Dr. Fauziah berkongsi pandangan mendalam mengenai perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut kebebasan dan keadilan. Intipati Utama Perkongsian Dr. Fauziah: Realiti di Lapangan: Mendedahkan penderitaan sebenar yang ditanggung oleh rakyat Gaza, khususnya kesan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Impak Misi Kemanusiaan: Berkongsi inisiatif berterusan yang digerakkan oleh MyCARE serta impaknya dalam membantu komuniti yang terjejas. Memecahkan Kepungan: Mengimbas peranan beliau dalam MyCARE dan ApWCQP, serta penglibatan beliau dalam misi Freedom Flotilla Coalition yang amat signifikan dalam usaha membebaskan Gaza daripada sekatan. Selari dengan objektif forum untuk memastikan isu Palestin kekal menjadi agenda utama antarabangsa dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap cabaran semasa serta konteks sejarahnya, Dr. Fauziah menyeru untuk bersama-sama memberi apa sahaja yang kita mampu kerana setiap pemberian amat bermakna bagi saudara saudari kita.Β  Marilah kita terus cakna, menyebarkan kesedaran, dan teguh berdiri demi menegakkan hak asasi manusia, keadilan, serta keamanan buat bumi Palestin. #MyCARE#ApWCQP#IDFR

Open in Telegram
Views102βˆ’68%vs avg
Forwardsβ€”
Reactions1
Commentsβ€”
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
6 h89
8 h102
  1. After 6 hours89
  2. Total to date102
#18045Photo
Views97βˆ’70%vs avg
Forwardsβ€”
Reactionsβ€”
Commentsβ€”
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
6 h84
8 h97
  1. After 6 hours84
  2. Total to date97
#18035Photo
Views98βˆ’69%vs avg
Forwardsβ€”
Reactionsβ€”
Commentsβ€”
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
6 h84
8 h98
  1. After 6 hours84
  2. Total to date98
#18034Photo
Views251βˆ’21%vs avg
Forwardsβ€”
Reactionsβ€”
Commentsβ€”
#18032Video

πŸ™‚πŸ˜Šβ˜ΊοΈ Bayangkan.. anak-anak kecil terpaksa tidur berlantaikan tanah sejuk, hanya beralaskan kain nipis di dalam khemah yang koyak ditemani angin musim sejuk bertiup kencang.. Bagi jutaan pelarian di Syria dan Lubnan, ketibaan musim sejuk bukan sekadar perubahan cuaca. Ia adalah pertarungan untuk terus hidup. Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan kita, delegasi MyCARE dan Rose2Rose (R2R) yang diketuai oleh Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha akan menggerakkan misi kemanusiaan secara terus ke lapangan di Syria dan Lubnan bermula 1 hingga 10 Disember 2026 ini. Misi ini membawa amanah besar daripada anda bagi menyampaikan bantuan kecemasan musim sejuk serta menyantuni emosi anak-anak komuniti di sana. Pada masa yang sama, delegasi juga akan mengaudit dan menyemak keberkesanan projek jangka panjang seperti Projek Adopt a Hafiz, Projek rehabilitasi Sekolah Rendah Muhammad Nasser Kaboush dan Sekolah Rendah Lelaki Jisreen, Projek rehabilitasi pam air Daraya serta Pusat Wanita Rose2Rose bagi memastikan setiap usaha yang dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, pasukan kami juga akan meneroka prospek serta bentuk bantuan baharu yang mungkin diperlukan di kedua-dua negara ini. Kempen Winter Relief 2026 menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 demi melindungi lebih ramai keluarga pelarian daripada ancaman suhu beku tahun ini. Jangan pernah memandang kecil sumbangan anda, kerana setiap ringgit yang disalurkan mampu menjadi selimut yang menghangatkan dan makanan yang mengenyangkan mereka di sana. Jom bersama kita cukupkan sasaran RM500,000 ini sebelum mereka terus menggigil kesejukan. Hangatkan mereka di: http://mycare.qrd.by/winterrelief http://mycare.qrd.by/winterrelief Doakan agar misi ini selamat pergi dan pulang, serta berjaya mencapai segala objektif yang dirancang. Lagu: Faizal Tahir - Starfeather #MyCARE #Rose2Rose #WinterRelief2026 #MisiKemanusiaan #Syria #Lubnan

Open in Telegram
Views250βˆ’22%vs avg
Forwardsβ€”
Reactions2
Commentsβ€”
#18031Video

Kisah adik Adam di Gaza ini sebenarnya bermula sejak tahun 2022 lagi apabila sumbangan rakyat Malaysia melalui MyCARE pernah mengubah hidupnya buat kali pertama. Ketika berusia 7 bulan, mata Adam terkena serpihan bilah mesin pencanai ayahnya yang meletup akibat gangguan bekalan elektrik yang dikawal oleh rejim Zionis. Membesar dengan kekurangan itu membuatkan Adam sering berasa tidak sempurna dan malu berdepan rakan sebaya, sehinggalah pada September 2022, MyCARE berjaya menghadiahkan mata prostetik pertamanya melalui kerjasama dengan al Rezwan Medical Center di Gaza. Pada Julai 2026 lalu, ketika Pengurus MyCARE Gaza, Dr. Ziad, sedang menyalurkan bantuan di utara Gaza, beliau terserempak semula dengan Adam dan keluarganya yang kini terpaksa tinggal di khemah perlindungan sementara selepas rumah mereka musnah dibedil. Dengan wajah sugul, Adam mengadu mata palsu yang diterimanya pada 2022 itu sudah longgar dan kerap terjatuh kerana dia semakin membesar, membuatkan keyakinan dirinya kembali merosot. Alhamdulillah, berkat amanah dan sumbangan berterusan rakyat Malaysia, pada awal November 2026 pasukan MyCARE Gaza telah membawa Adam ke Delta Medical Center untuk memasang mata prostetik baharu yang lebih selesa dan sesuai dengan tumbesarannya (dengan kos tajaan berjumlah USD 3,000). Senyuman lebar dan sinar keyakinan kini kembali terpancar di wajahnya. Terima kasih rakyat Malaysia kerana bukan sekadar menghantar bantuan makanan dan perlindungan, tetapi turut mengembalikan harapan buat anak-anak di Gaza. Terima kasih kerana mengembalikan keyakinan Adam a-Daya! Teruskan menyokong usaha perubatan dan pembangunan semula kehidupan saudara kita di Palestin bersama MyCARE: https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin #MyCARE #DrZiad #MataUntukAdam #RebuildingPalestin

Open in Telegram
Views252βˆ’21%vs avg
Forwardsβ€”
Reactions1
Commentsβ€”
#18030Photo
Views476+49%vs avg
Forwardsβ€”
Reactionsβ€”
Commentsβ€”
#18027Video
Views987+209%vs avg
Forwardsβ€”
Reactionsβ€”
Commentsβ€”