Bersolidariti Bersama Palestin: Mengangkat Suara Gaza Sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang disambut pada 29 November, Dr. Fauziah Mohd Hasan telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi Forum on the Inalienable Rights of the Palestinian People anjuran Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) untuk mengupas realiti sebenar yang sedang berlaku di Gaza. Mewakili Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta Asia Pacific Women Coalition for al-Quds and Palestine (ApWCQP) Malaysia, Dr. Fauziah berkongsi pandangan mendalam mengenai perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut kebebasan dan keadilan. Intipati Utama Perkongsian Dr. Fauziah: Realiti di Lapangan: Mendedahkan penderitaan sebenar yang ditanggung oleh rakyat Gaza, khususnya kesan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Impak Misi Kemanusiaan: Berkongsi inisiatif berterusan yang digerakkan oleh MyCARE serta impaknya dalam membantu komuniti yang terjejas. Memecahkan Kepungan: Mengimbas peranan beliau dalam MyCARE dan ApWCQP, serta penglibatan beliau dalam misi Freedom Flotilla Coalition yang amat signifikan dalam usaha membebaskan Gaza daripada sekatan. Selari dengan objektif forum untuk memastikan isu Palestin kekal menjadi agenda utama antarabangsa dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap cabaran semasa serta konteks sejarahnya, Dr. Fauziah menyeru untuk bersama-sama memberi apa sahaja yang kita mampu kerana setiap pemberian amat bermakna bagi saudara saudari kita. Marilah kita terus cakna, menyebarkan kesedaran, dan teguh berdiri demi menegakkan hak asasi manusia, keadilan, serta keamanan buat bumi Palestin. #MyCARE#ApWCQP#IDFR
Открыть в TelegramДинамика просмотровСкрыть динамику
Рост просмотров
Часов после публикации
Показать таблицей
| Часов после публикации | Просмотры |
|---|---|
| 0 ч | 0 |
| 6 ч | 89 |
| 8 ч | 102 |
- Через 6 часов89
- Всего сейчас102