EKSPORT CHIP AI NVIDIA KE MALAYSIA DIHENTIKAN Ikut laporan Financial Times, Nvidia dah suruh partner dia (Dell, Supermicro dan lain-lain) berhenti hantar server AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Apa jadi sebenarnya? 4 negara ni dilabelkan sebagai "unacceptable risk of diversion". Maksudnya, US tuduh cip AI masuk sini, lepas tu sampai ke China secara senyap. Ada 2 cara benda ni berlaku: 1. Cip diseludup terus ke China 2. Syarikat China sewa GPU dari data centre di Asia Tenggara, jadi cip tu masih di Malaysia tetapi digunakan oleh China. Benda ni akan affect seluruh rantaian AI dan data center di Malaysia. Jangan terkejut kalau ada projek data center terbengkalai kalau benda ni berterusan. Bayangkan nak guna gaming center tetapi PC takda. Tiada guna. Aku kongsi senarai saham yang terlibat AI/DC dalam gambar. Mungkin ada lagi yang lain tetapi kalau tutup merah pekat hari ni, maksudnya terlibat la tu. Susah jadi Malaysia ni. Nak baik dengan US, ada China. Nak baik dengan China, ada US.
Open in TelegramPosts of Maahad Bursa
MACAM MANA NAK TAHU MARKET DAH BOTTOM ATAU BELUM? Aku kongsi sikit tips macam mana nak tengok sama ada market dah murah atau masih mahal guna S&P 500 sebagai benchmark. Kenapa S&P500? S&P 500 ni jejak 500 syarikat besar di Amerika Syarikat. Antara syarikat yang tersenarai ialah Meta (Facebook), Amazon dan Alphabet (Google). Kalau pakai KLCI, market bull pun dia steady ja dekat 1600 mata tu. Bila nak pecah 2000 ni? 😅 -- Tips: 1. Tengok P/E Ratio Salah satu cara nak nilai sama ada pasaran saham mahal atau murah ialah dengan melihat Price-to-Earnings Ratio (P/E). Secara mudah, P/E ialah nisbah antara harga saham dengan keuntungan yang dijana oleh syarikat. 2. Bandingkan dengan purata sejarah Setakat data yang dirujuk: - P/E ratio sekarang: 23.55 - Purata sejarah: sekitar 16 - Median sejarah: sekitar 15 Maksudnya, pelabur sekarang sanggup bayar kira-kira 47% lebih mahal berbanding purata sejarah. 3. Tengok P/E ketika bear market Kalau kita tengok sejarah: - Bear market 1974 dan 1982: P/E pernah jatuh bawah 10. - Bear market moden 2018, 2020 dan 2022: P/E berada sekitar 18–20 waktu market bottom. Boleh dijadikan salah satu rujukan untuk nilai keadaan pasaran. 4. Tapi ada satu kelemahan P/E Ratio P/E ratio sangat sensitif kepada keuntungan syarikat. Kalau keuntungan syarikat jatuh mendadak, P/E boleh meningkat walaupun harga saham jatuh. Contohnya tahun 2009, P/E S&P 500 pernah mencecah sekitar 123 akibat kejatuhan keuntungan syarikat ketika krisis kewangan. Conclusion, jangan panic jangan kelam kabut kata market dah bottom ka apa. Tenang, kita follow ja dulu biar market 'correction' secara natural. @maahadbursa
Open in Telegram[MAKLUMAN] Terima kasih yang daftar kelas Analisa Teknikal: Entry & Exit Using Fibonacci - Sabtu 21/11/2026 Kami telah hantar emel pengesahan dan juga butiran kelas ke emel yang didaftarkan. Sebarang masalah, boleh hubungi admin di 0137071801 Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa esok! @maahadbursa
Open in TelegramBERITA BAIK ‼️‼️ Tuan @amirfcpo_rvp taja 10 orang untuk join kelas Technical Analysis: Entry & Exit using Fibonacci Sabtu 21/11/2026. Kami akan pilih 10 orang. Dengan syarat: 1. Follow @amirfcpo_rvp dan @maahadbursa.my di Threads. 2. Tulis kenapa nak belajar dekat bahagian reply. Nanti kami akan pilih 10 orang reply yang paling banyak like untuk join kelas. https://www.threads.com/share/BBttb16OI9 @maahadbursa
Open in TelegramLAST CALL! 📢‼️ Technical Analysis Class: Entry & Exit Using Fibonacci Sabtu ni Maahad Bursa ada anjurkan kelas cara gunakan Fibonacci untuk cari entry dan exit dalam trading. Benda yang kita akan belajar: Macam mana nak lukis Fibonacci? Mana kawasan pullback yang boleh diperhatikan terutama bila pasaran menjunam? 📅 21 November 2026 (Sabtu) ⏰ 9.00 – 11.00 pagi 💻 Google Meet (Live) Yuran RM19 sahaja sebagai commitment fee. Rakaman disediakan. Link pendaftaran: https://maahadbursa.onpay.my/order/form/fibonov
Open in TelegramBreaking news ⚠️ NVIDIA umum result Q3. Revenue USD115.8 bilion. Naik 103% dari tahun lepas. Setahun lepas, quarter yang sama baru USD57 bilion. 1. Data Center USD107.6B, hampir 93% dari semua revenue 2. Untung bersih USD65.3B 3. Guidance Q4 USD130B @maahadbursa
Open in TelegramForwarded from Maahad Bursa
Market tengah drop, dekat mana nak semak kawasan yang low risk entry? Macam mana nak check reversal? Dalam kelas TECHNICAL ANALYSIS: ENTRY & EXIT USING FIBONACCI, aku akan cerita 3 benda: 1. Fibonacci Retracement untuk tentukan kawasan entry low risk. 2. Fibonacci Extension untuk tengok dekat mana best untuk exit. 3. Fibonacci + Chart Pattern untuk detect early bullish atau bearish reversal. Kelas ni intermediate, sesuai untuk yang dah kenal asas saham. Kalau newbie nak join sebagai discovery session pun boleh. 📅 21 November 2026 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi 💻 Live Google Meet RM19 sahaja sebagai yuran komitmen. Rakaman kelas disediakan untuk yang tak sempat hadir pada 21/11. Slot terhad: https://maahadbursa.onpay.my/order/form/fibonov @maahadbursa
Open in TelegramIPO turun hari pertama listing tu biasa. Kalau siapa dah biasa dengan pasaran IPO, memang tak semua akan naik waktu opening. Sebaliknya, ambil pengajaran. Buat checklist sendiri apa yang perlu kaji. Bukan semata-mata harapkan kajian broker, analyst atau sifu. Semak beberapa perkara, paling penting 3 benda: 1. Financial health 2. Sentimen 3. Kalau tak jadi, apa aku kena buat? Kalau nak stay lama dalam pasaran, kena usaha untuk jadi independent trader. Duit kita, tanggungjawab kita. @maahadbursa
Open in TelegramIPO KEB Berhad Syarikat terlibat property development disenaraikan di Bursa Malaysia hari ni. Harga tawaran 35 sen, sekarang harga 29 sen. Turun -17.1%. Kalau tengok dekat bahagian comment KLSE Screener, ada orang tulis: IPO = Idiot Public Offering 😅 @maahadbursa
Open in TelegramMarket tengah drop, dekat mana nak semak kawasan yang low risk entry? Macam mana nak check reversal? Dalam kelas TECHNICAL ANALYSIS: ENTRY & EXIT USING FIBONACCI, aku akan cerita 3 benda: 1. Fibonacci Retracement untuk tentukan kawasan entry low risk. 2. Fibonacci Extension untuk tengok dekat mana best untuk exit. 3. Fibonacci + Chart Pattern untuk detect early bullish atau bearish reversal. Kelas ni intermediate, sesuai untuk yang dah kenal asas saham. Kalau newbie nak join sebagai discovery session pun boleh. 📅 21 November 2026 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi 💻 Live Google Meet RM19 sahaja sebagai yuran komitmen. Rakaman kelas disediakan untuk yang tak sempat hadir pada 21/11. Slot terhad: https://maahadbursa.onpay.my/order/form/fibonov @maahadbursa
Open in TelegramBeli semula buku Chart Pattern Analysis tulisan Fred Tam, kebetulan sales 11.11. Edisi 10th Anniversary ni datang dengan printing baru - cantik! Suka buku ni sebab penerangan dia mudah faham, especially: 1. Support & resistance 2. Chart pattern seperti rounding bottom, triangle dan head & shoulders. Sesuai untuk yang baru nak belajar analisa teknikal. Harga pun tak sampai RM100. Tengok harga tu masih sama dengan aku beli semalam 11.11. Pagi ni terus sampai rumah https://s.shopee.com.my/6q2Ds7p7lr @maahadbursa
Open in TelegramIPO BURSA MALAYSIA 2026: REALITY CHECK Sepanjang lebih 10 tahun aku melabur di Bursa Malaysia, aku rasa tahun ni boleh dikatakan tahun paling 'hype IPO'. Yang stop trade sebab market sendu 2022-2025, masuk semula ke pasaran sebab IPO. Yang buka CDS account 2026 semata-mata nak beli IPO. Yang PM aku personal tanya "Najib, ada kelas IPO tak?" Yang tanya aku di media sosial atau personal "Najib, IPO XX boleh beli?" --- FAKTA 46 IPO tersenarai kat Bursa tahun ni. Apa yang berlaku dekat harga saham depa sekarang? Purata pulangan: +48% Tetapi median rugi -9.2% Angka purata tu nampak cantik, tapi dia ditarik naik oleh 5 saham ja: Kee Ming +634% Ambest +384% Bus Cap +333% Stratus +210% SkyeChip +207% Realitinya, 25 daripada 46 IPO sekarang dah bawah harga IPO. Beberapa fakta penting: 1. Prestasi hari pertama 22 IPO tutup hijau, 21 merah, 3 flat. Median pulangan hari pertama 0%. Paling padu hari pertama: EcoSys +196% Stratus +164% SkyeChip +151% Kee Ming +129% Paling teruk: Evocom −28% One Gasmaster −20% Gold Li −19% Enest −19% 2. Apa berlaku selepas hari pertama? 22 IPO yang tutup hijau hari pertama, 19 masih untung (median +71.5%). 24 IPO yang tutup rata atau merah, cuma 2 yang pulih (median −32.8%). Tapi beli masa hari pertama pun belum tentu selamat. 27 daripada 46 IPO sekarang dah bawah harga tutup hari pertama. 3. Main vs ACE, peluang lain-lain Main Market: 5 daripada 6 masih untung. Median hari pertama +38%. ACE Market: 24 daripada 40 bawah harga IPO. Median hari pertama 0%. IPO yang listing selepas Julai 2026 lagi teruk. Daripada 15 IPO ACE sejak Julai, cuma 4 tutup hijau hari pertama, dan 11 dah merah sekarang. 4. Saham kecil paling teruk Semua 14 IPO yang bernilai bawah RM100 juta dah bawah harga IPO. 5. Murah tak semestinya selamat 8 daripada 9 IPO yang harga bawah 20 sen sekarang merah. Kesimpulan apa yang aku nampak dekat IPO ni: 1. IPO bukan loteri. Apply membuta tuli, lagi-lagi kat ACE, lebih banyak rugi daripada untung tahun ni. Buat homework dulu sebelum apply. 2. IPO dah jadi more to short term play, beli kemudian hari listing dah jual. 3. IPO yang dijangka power, selalunya subscription rate tinggi. Dapat pun sikit. IPO yang sendu, subscription rate rendah. Dapat banyak. Reality check: Berapa % pulangan tuan-tuan dan puan-puan tahun 2026 untuk pasaran IPO sahaja? Aku tahu ada yang untung ribu-ribu, tetapi % daripada modal tu berapa? https://www.facebook.com/share/p/1FSMgU5ADp/ @maahadbursa
Open in TelegramANALISA TEKNIKAL: REVERSAL PATTERN Hari tu aku dah kongsi pasal moving averages, support & resistance, trend. Hari ni kita tengok pulak reversal pattern. Selalu kan dengar orang cakap: "Takpa, aku tunggu dia turun lagi" "Takpa, aku tunggu ada confirmation reversal" "Takpa, ni dead cat bounce ja" 3 Bullish Reversal Pattern yang selalu kita tengok: Sambung baca sini: https://www.facebook.com/share/p/1DWYg1Cwd4/
Open in Telegram6 TENETS OF DOW THEORY Jemput baca ulasan panjang di Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1AAuM7ktF4/ @maahadbursa
Open in Telegram[KELAS PELABURAN SAHAM] Nak mula labur saham tetapi masih tercari-cari cara yang terbaik? atau dah mula labur tetapi masih belum konsisten? Kelas ini mungkin untuk anda. Apa yang kami akan ajar: 1. Asas saham 2. Analisa teknikal - candlestick, moving averages, trend 3. Strategy melalui stage in trading 4. Sentiment analysis 📅 31 Okt & 1 Nov 2026 🗓️ Sabtu & Ahad 💻 Google Meet Masa: 31/10 9 pagi - 12 tengah hari 31/10 2 petang - 5 petang 01/11 9 pagi - 12 tengah hari Lebih kurang 9 jam pembelajaran dan disambung di group support. Bonus untuk yang join: ✅ Trading Journal ✅ Risk Management Template ✅ Support group ✅ Rakaman kelas kat elearningsaham.my (free access 3 bulan) Link pendaftaran & maklumat lanjut: https://maahadbursa.onpay.my/order/form/mcgmb20 @maahadbursa
Open in TelegramSaham dah jatuh 60%, diskaun ni. Beli! Tunggu dulu. Murah dengan diskaun tu dua benda berbeza. Hari tu aku kongsi pasal 52-week high. Hari ni kita tengok lawan dia: 52-week low. 52-week low ialah harga terendah sesuatu saham dalam tempoh 52 minggu terakhir. https://www.threads.com/share/BATe_LZL-8/ @maahadbursa
Open in TelegramPASARAN SAHAM INDONESIA JATUH TERGOLEK - APA YANG BERLAKU? 🇮🇩 Indeks pasaran saham Indonesia jatuh 11.4% hari ni 16/10/2026, kejatuhan sehari paling besar sejak Januari 1998. Morgan Stanley Capital International (MSCI) - firma yang bagi kategori untuk setiap pasaran di dunia. Dalam kes Malaysia dan Indonesia, kita masuk dalam kategori Emerging Market. Emerging Market ni merujuk kepada pasaran sedang membangun. Sambung baca sini: https://www.threads.com/share/BAsrbUQe3f/ @maahadbursa
Open in Telegram