Кабинет

Посты канала Maahad Bursa

сначала новые

#2453Фото
Просмотры452−64%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#2452Текст

MACAM MANA NAK TAHU MARKET DAH BOTTOM ATAU BELUM? Aku kongsi sikit tips macam mana nak tengok sama ada market dah murah atau masih mahal guna S&P 500 sebagai benchmark. Kenapa S&P500? S&P 500 ni jejak 500 syarikat besar di Amerika Syarikat. Antara syarikat yang tersenarai ialah Meta (Facebook), Amazon dan Alphabet (Google). Kalau pakai KLCI, market bull pun dia steady ja dekat 1600 mata tu. Bila nak pecah 2000 ni? 😅 -- Tips: 1. Tengok P/E Ratio Salah satu cara nak nilai sama ada pasaran saham mahal atau murah ialah dengan melihat Price-to-Earnings Ratio (P/E). Secara mudah, P/E ialah nisbah antara harga saham dengan keuntungan yang dijana oleh syarikat. 2. Bandingkan dengan purata sejarah Setakat data yang dirujuk: - P/E ratio sekarang: 23.55 - Purata sejarah: sekitar 16 - Median sejarah: sekitar 15 Maksudnya, pelabur sekarang sanggup bayar kira-kira 47% lebih mahal berbanding purata sejarah. 3. Tengok P/E ketika bear market Kalau kita tengok sejarah: - Bear market 1974 dan 1982: P/E pernah jatuh bawah 10. - Bear market moden 2018, 2020 dan 2022: P/E berada sekitar 18–20 waktu market bottom. Boleh dijadikan salah satu rujukan untuk nilai keadaan pasaran. 4. Tapi ada satu kelemahan P/E Ratio P/E ratio sangat sensitif kepada keuntungan syarikat. Kalau keuntungan syarikat jatuh mendadak, P/E boleh meningkat walaupun harga saham jatuh. Contohnya tahun 2009, P/E S&P 500 pernah mencecah sekitar 123 akibat kejatuhan keuntungan syarikat ketika krisis kewangan. Conclusion, jangan panic jangan kelam kabut kata market dah bottom ka apa. Tenang, kita follow ja dulu biar market 'correction' secara natural. @maahadbursa

Открыть в Telegram
Просмотры730−41%к среднему
Пересылки—
Реакции7
Комментарии—
#2450Превью ссылки
Просмотры1 560+25%к среднему
Пересылки—
Реакции1
Комментарии—
#2448Фото
Просмотры1 400+12%к среднему
Пересылки—
Реакции1
Комментарии—
#2446Фото
Просмотры625−50%к среднему
Пересылки—
Реакции2
Комментарии—
#2445Текст
Просмотры931−25%к среднему
Пересылки—
Реакции8
Комментарии—
#2442Фото
Просмотры2 040+64%к среднему
Пересылки—
Реакции3
Комментарии—
#2441Фото
Просмотры1 460+17%к среднему
Пересылки—
Реакции1
Комментарии—
#2440Текст

IPO BURSA MALAYSIA 2026: REALITY CHECK Sepanjang lebih 10 tahun aku melabur di Bursa Malaysia, aku rasa tahun ni boleh dikatakan tahun paling 'hype IPO'. Yang stop trade sebab market sendu 2022-2025, masuk semula ke pasaran sebab IPO. Yang buka CDS account 2026 semata-mata nak beli IPO. Yang PM aku personal tanya "Najib, ada kelas IPO tak?" Yang tanya aku di media sosial atau personal "Najib, IPO XX boleh beli?" --- FAKTA 46 IPO tersenarai kat Bursa tahun ni. Apa yang berlaku dekat harga saham depa sekarang? Purata pulangan: +48% Tetapi median rugi -9.2% Angka purata tu nampak cantik, tapi dia ditarik naik oleh 5 saham ja: Kee Ming +634% Ambest +384% Bus Cap +333% Stratus +210% SkyeChip +207% Realitinya, 25 daripada 46 IPO sekarang dah bawah harga IPO. Beberapa fakta penting: 1. Prestasi hari pertama 22 IPO tutup hijau, 21 merah, 3 flat. Median pulangan hari pertama 0%. Paling padu hari pertama: EcoSys +196% Stratus +164% SkyeChip +151% Kee Ming +129% Paling teruk: Evocom −28% One Gasmaster −20% Gold Li −19% Enest −19% 2. Apa berlaku selepas hari pertama? 22 IPO yang tutup hijau hari pertama, 19 masih untung (median +71.5%). 24 IPO yang tutup rata atau merah, cuma 2 yang pulih (median −32.8%). Tapi beli masa hari pertama pun belum tentu selamat. 27 daripada 46 IPO sekarang dah bawah harga tutup hari pertama. 3. Main vs ACE, peluang lain-lain Main Market: 5 daripada 6 masih untung. Median hari pertama +38%. ACE Market: 24 daripada 40 bawah harga IPO. Median hari pertama 0%. IPO yang listing selepas Julai 2026 lagi teruk. Daripada 15 IPO ACE sejak Julai, cuma 4 tutup hijau hari pertama, dan 11 dah merah sekarang. 4. Saham kecil paling teruk Semua 14 IPO yang bernilai bawah RM100 juta dah bawah harga IPO. 5. Murah tak semestinya selamat 8 daripada 9 IPO yang harga bawah 20 sen sekarang merah. Kesimpulan apa yang aku nampak dekat IPO ni: 1. IPO bukan loteri. Apply membuta tuli, lagi-lagi kat ACE, lebih banyak rugi daripada untung tahun ni. Buat homework dulu sebelum apply. 2. IPO dah jadi more to short term play, beli kemudian hari listing dah jual. 3. IPO yang dijangka power, selalunya subscription rate tinggi. Dapat pun sikit. IPO yang sendu, subscription rate rendah. Dapat banyak. Reality check: Berapa % pulangan tuan-tuan dan puan-puan tahun 2026 untuk pasaran IPO sahaja? Aku tahu ada yang untung ribu-ribu, tetapi % daripada modal tu berapa? https://www.facebook.com/share/p/1FSMgU5ADp/ @maahadbursa

Открыть в Telegram
Просмотры2 160+73%к среднему
Пересылки—
Реакции7
Комментарии—
#2439Превью ссылки
Просмотры1 610+29%к среднему
Пересылки—
Реакции1
Комментарии—
#2436Превью ссылки
Просмотры2 970+138%к среднему
Пересылки—
Реакции3
Комментарии—
#2435Превью ссылки
Просмотры2 030+63%к среднему
Пересылки—
Реакции3
Комментарии—
#2434Превью ссылки
Просмотры2 240+80%к среднему
Пересылки—
Реакции3
Комментарии—