Posts of Kun Anta
Tiada yang perlu dibanggakan apa yang dimiliki hari ini kerana suatu masa nanti semuanya akan pergi..
Open in TelegramSejauh mana kita cinta pada Allah, atau sejauh mana Allah cinta pada kita? Kadang-kadang kita rasa kita dah banyak beramal, dah banyak berkorban. Tapi pernah terfikir tak, adakah amalan kita itu benar-benar bernilai di sisi-Nya? Al-Imam Ibn Qayyim rahimahullah berpesan dalam kitab Madarij Al-Salikin: "Allah tidak akan mencintaimu melainkan jika kamu mengikuti Rasulullah ﷺ sepenuhnya zahir dan batin serta mengutamakannya melebihi segala yang lain. Tanpa mengikut baginda, segala lelah dan amalan kamu tidak akan bernilai apa-apa." Teguran yang mendalam untuk diri kita. Rupanya cinta kepada Allah bukan sekadar di lafaz, tapi diukur pada sejauh mana kita meneladani Sunnah Baginda ﷺ dalam setiap sudut kehidupan bukan sekadar ikut-ikutan. Jadi, mari kita semak semula adakah penat lelah kita selama ini berada pada landasan yang betul?
Open in TelegramKejayaan anak bergantung pada siapa sebenarnya? Ibu di rumah atau guru di sekolah? Jawapannya terletak pada ekosistem pendidikan itu sendiri, di mana keduanya memainkan peranan penting. Namun asasnya tidak boleh dinafikan bahawa ia mesti bermula dari seorang ibu di rumah. Cuba kita tengok lipatan sejarah. Siapa yang bersengkang mata menyiapkan Imam Malik seawal subuh sebelum dihantar menuntut ilmu daripada gurunya? Siapa yang membimbing Imam Syafi’i sehingga mampu menghafal keseluruhan al-Quran seawal usia 7 tahun? Siapa yang mengejut anak seawal sebelum Subuh dan memandikan Imam Ahmad dan membawa ke masjid? Jawapannya ialah para ibu yang dari tangan mereka, lahir tokoh-tokoh yang memandu ummah sehingga ke hari ini. Rumah adalah madrasah pertama dan ibu adalah mudirnya. Peranan ibu sangat penting kerana mereka ialah pengasas & pembentuk jiwa anak. Allah SWT mengingatkan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 33: وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ... "Dan hendaklah kamu (para wanita) tetap tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu..." Dalam keluarga, tugas ini tersusun indah. Ibu mengemudi pendidikan anak-anak di rumah, manakala ayah bertindak sebagai pemantau, pelindung, dan penyedia sokongan utama. Kedua-duanya memegang watak kepimpinan yang akan dipersoalkan kelak. Kesimpulannya, kejayaan anak adalah sebuah kombinasi. Ibu sebagai pereka acuan (the builder), sekolah sebagai pengasah bakat (the refiner). Namun tanpa acuan yang kukuh daripada seorang ibu di rumah, sekolah terbaik di dunia sekalipun sukar untuk melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat. Wallahua'lam.
Open in TelegramKadang-kadang kita cepat marah bila nampak sikap buruk atau kenakalan anak-anak. Tapi pernah tak kita terfikir, itu sebenarnya teguran terus dari Allah untuk diri kita sendiri? Imam Al-Hasan Al-Basri rahimahullah memberi peringatan yang cukup mendalam dalam perkara ini: إِذَا رَأَيْتَ فِي وَلَدِكَ مَا تَكْرَهُ فَاسْتَعْتِبْ رَبَّكَ، وَتُبْ إِلَيْهِ، فَإِنَّمَا ذَلِكَ شَيْءٌ أُرِدْتَ بِهِ أَنْتَ Maksudnya : "Apabila kamu melihat perkara yang tidak baik pada anakmu, mohonlah keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya atas dosa-dosamu kerana keburukan pada anakmu itu tidak ada tujuan lain melainkan ia merupakan teguran Allah untuk dirimu." Adab Al-Hasan Al-Basri wa Manaqibuh, hlm. 59 Apa yang boleh kita amalkan? 1. Istighfar dahulu sebelum marah. Apabila anak melalukan sesuatu yang melanggar Syarak, perbanyakkanlah Istighfar. 2. Tunjuk Qudwah (Teladan baik) di hadapan anak Anak-anak cepat menyerap perlakuan dan tingkahlaku kita samada baik ataupun buruk. 3. Doa agar Allah menetapkan jiwa Minta Allah lembutkan hati anak seiring dengan taubat kita. Mendidik anak bermula dengan mendidik hati sendiri.
Open in TelegramJika keadaan kesihatan begini pun beliau tidak mudah tinggal solat jemaah di masjid, kita yang kesihatan sempurna takkanlah tergamak abaikan masjid?
Open in TelegramNak share berita, teliti dulu. Nak komen orang, fikir dulu. "Kerosakan paling bahaya adalah bercakap tentang semua yang didengari" - Malik bin Dinar Semoga Allah jaga lidah kita..
Open in TelegramGambar ini nampak santai, tetapi hakikatnya membahayakan. Bila yang haram cuba ‘disolek’ jadi halal hanya kerana nama ditukar. Rasuah tetap rasuah. Babi tetap babi. Tiada istilah “halal” untuk maksiat. Allah ﷻ ingatkan kita dengan jelas: وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ Maksudnya : “Dan janganlah kamu makan harta sesamamu dengan jalan yang batil...”[Surah Al-Baqarah 2:188] Rasulullah ﷺ juga bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ Maksudnya: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [HR. Abu Daud 3580, Tirmizi 1337] Jangan gadaikan akhirat untuk dunia yang sementara. Rezeki yang haram, walaupun banyak, akhirnya kosong dan tak berkat. Na'uzubillah..
Open in TelegramSemoga orang yang membaca ini dikurniakan rezeki, ditambah keberkatan serta dipanjangkan umur. Amin..
Open in TelegramSubhanallah! Bagitu sensitifnya Nabi SAW terhadap isteri. Ya, mereka bukan untuk dikasari, tetapi untuk dikasihi dan dihargai. "Perlahankanlah kenderaan ketika kamu membawa botol-botol kaca." (HR. Bukhari). Allah menjadikan fitrah wanita itu memerlukan perhatian dan bimbingan yang tinggi. Jika perkara ini diabaikan, banyak keburukan bakal mendatang. Ingatlah, kata-kata yang kasar boleh 'meretakkan' hati mereka lebih dalam daripada luka fizikal. Semoga Allah mengurniakan taufiq kepada para suami untuk sentiasa menjaga dan menyantuni mereka.
Open in Telegram