Кабинет

Посты канала Kun Anta

сначала новые

#4269Фото
Просмотры1 700+128%к среднему
Пересылки—
Реакции15
Комментарии—
#4268Текст

Kejayaan anak bergantung pada siapa sebenarnya? Ibu di rumah atau guru di sekolah? Jawapannya terletak pada ekosistem pendidikan itu sendiri, di mana keduanya memainkan peranan penting. Namun asasnya tidak boleh dinafikan bahawa ia mesti bermula dari seorang ibu di rumah. Cuba kita tengok lipatan sejarah. Siapa yang bersengkang mata menyiapkan Imam Malik seawal subuh sebelum dihantar menuntut ilmu daripada gurunya? Siapa yang membimbing Imam Syafi’i sehingga mampu menghafal keseluruhan al-Quran seawal usia 7 tahun? Siapa yang mengejut anak seawal sebelum Subuh dan memandikan Imam Ahmad dan membawa ke masjid? Jawapannya ialah para ibu yang dari tangan mereka, lahir tokoh-tokoh yang memandu ummah sehingga ke hari ini. Rumah adalah madrasah pertama dan ibu adalah mudirnya. Peranan ibu sangat penting kerana mereka ialah pengasas & pembentuk jiwa anak. Allah SWT mengingatkan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 33: ‎وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ... "Dan hendaklah kamu (para wanita) tetap tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu..." Dalam keluarga, tugas ini tersusun indah. Ibu mengemudi pendidikan anak-anak di rumah, manakala ayah bertindak sebagai pemantau, pelindung, dan penyedia sokongan utama. Kedua-duanya memegang watak kepimpinan yang akan dipersoalkan kelak. Kesimpulannya, kejayaan anak adalah sebuah kombinasi. Ibu sebagai pereka acuan (the builder), sekolah sebagai pengasah bakat (the refiner). Namun tanpa acuan yang kukuh daripada seorang ibu di rumah, sekolah terbaik di dunia sekalipun sukar untuk melahirkan insan yang seimbang dunia dan akhirat. Wallahua'lam.

Открыть в Telegram
Просмотры1 990+166%к среднему
Пересылки—
Реакции24
Комментарии—
#4266Текст
Просмотры1 830+145%к среднему
Пересылки—
Реакции14
Комментарии—
#4257Фото
Просмотры4 150+456%к среднему
Пересылки—
Реакции34
Комментарии—
#4252Фото
Просмотры2 640+253%к среднему
Пересылки—
Реакции29
Комментарии—