Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Gerakan Hamas mengecam pembunuhan Dr. Khaled Mahmoud Abu Nada, anggota Biro Politik Hamas merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, bersama isterinya, Abeer Abu Nada, dalam serangan tentera penjajah Israel ke atas sebuah pangsapuri kediaman di barat Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza. Hamas menyifatkan serangan itu sebagai jenayah terhadap orang awam dan pelanggaran perjanjian gencatan senjata serta undang-undang antarabangsa. Hamas turut mempersoalkan kegagalan "Lembaga Keamanan" menghentikan serangan tersebut. Hamas merakamkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa dan menegaskan bahawa pembunuhan ini tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestin dalam mempertahankan hak. Sumber: Hamas t.me/duniapalestin
Open in Telegram






