Amerika Syarikat telah menyalurkan lebih AS$300 bilion bantuan ketenteraan dan ekonomi kepada rejim penjajah Israel sejak 1948, berdasarkan nilai semasa selepas pelarasan inflasi. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres AS (CRS), jumlah bantuan mencecah AS$175 bilion sehingga 2025, termasuk AS$124.5 bilion bantuan ketenteraan. Pada 2024 sahaja, bantuan meningkat kepada AS$12.5 bilion ketika perang genosid Israel di Gaza. Donald Trump turut mengumumkan persetujuan untuk menamatkan bantuan ketenteraan tahunan sekitar AS$4 bilion menjelang akhir 2026, namun AS akan terus menjual senjata kepada Israel. Sumber: Quds News Network π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in Telegram
Aman Palestin Berhad π΅πΈ
Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas! Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Nov 4, 2026 | 886 |
| Nov 5, 2026 | 1,255 |
Most viewed this month
- 01Views1.45KForwardsβReactions6Commentsβ
- 02Views1.09KForwardsβReactions22Commentsβ
- 03Views1.06KForwardsβReactions9Commentsβ
- 04Views870ForwardsβReactions16Commentsβ
Latest posts
Penjajah Israel laknatullah memusnahkan rumah-rumah warga Palestin menggunakan jentolak di bandar Bidu, Baitulmaqdis yang dijajah. Sumber: Quds News Network π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramTentera Israel laknatullah menceroboh gudang perniagaan telur di kem Dheisheh, Bethlehem Tebing Barat dan menghancurkan telur-telur yang bernilai ribuan shekel. Sumber: Days Of Palestine π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramDron Israel laknatullah telah menghentam khemah perlindungan rakyat Palestin di utara Gaza dan telah membunuh seorang wanita serta mencederakan beberapa yang lain, termasuk kanak-kanak wanita yang masih berada dalam keadaan kritikal. Sekurang-kurangnya 1,600 warga Palestin terkorban dalam serangan Israel laknatullah selepas gencatan senjata terbaru. Sumber: TRT World π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramKementerian Kesihatan Gaza memberi amaran bahawa 42 peratus ubat-ubatan penting dan 50 peratus bekalan perubatan telah kehabisan stok sepenuhnya, sekali gus mendorong perkhidmatan kesihatan kritikal ke ambang kelumpuhan sepenuhnya. Kekurangan ubat kemoterapi, rawatan hormon, ubat penekan sistem imun serta faktor pembekuan darah telah menjejaskan 55 peratus protokol rawatan bagi ribuan pesakit, menurut kementerian itu. Pesakit kini berdepan komplikasi yang boleh mengancam nyawa, manakala sekatan Israel terhadap pintu masuk sempadan turut menghalang mereka mendapatkan rawatan di luar Gaza. Sumber: Quds News Network π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramSayu melihat rakyat Gaza berhadapan dengan kematian setiap hari sehingga terdapat warga Gaza yang terpaksa membuat kubur di laman sekolah untuk menempatkan jenazah ahli keluarga mereka. Seorang lelaki tempatan memaklumkan keadaan mereka terkini, "Kami tidak mempunyai makanan mahupun air. Kami hanya minum air hujan". Sumber: Days of Palestine π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramAncaman keselamatan yang didakwa memaksa Benjamin Netanyahu membatalkan kemunculannya di sebuah stadium di Baitulmaqdis, ketika pasukan keselamatan dikerahkan di sekitar Stadium Teddy. Sumber: Roya News π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in Telegramπ¨ TERKINI | Dua rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Israel laknatullah yang menyasarkan bangunan kediaman apartment berhampiran Kompleks Perubatan Al-Shifa, Gaza City. Sumber: Quds News Network π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramMaryam Ghanem, anak yang hanya berusia 3 tahun selamat dalam serangan udara Israel laknatullah yang menyasarkan kediaman keluarganya. Maryam masih dalam rawatan di hospital dan masih tidak sedar yang dia telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam serangan itu. Sumber: Quds News Network π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramRutin warga Gaza. Kepenatan, kekecewaan, keperitan hidup setiap hari berhadapan kekejaman Israel laknatullah. Meskipun hidup mereka terhimpit keperitan, mereka perlu tetap hidup untuk mempertahankan tanah Palestin. Semoga Rakyat Gaza terus kuat! Sumber: AP Media News π΅πΈ Aman Palestin t.me/amanpalestinberhad
Open in TelegramConnections
Similar channels
MET Malaysia@metmalaysiaNews and media17.9K
εζ΄εζ₯ Nanyang Siang Pau@enanyangNews and media16.9K
Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang@paipberhadNews and media25.2K
SabahPost@sabahpostNews and media15.1K
MKN Sabah (Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah)@mknsabahNews and media32.1K
Oh! Media@ohmediaNews and media8.86K
Harian Metro@hmetroNews and media7.94K
Sinar Harian Official@sinarharianofficialNews and media57.6K