Posts of Generasi Pembebas Al-Aqsa (GenPAQ)
Kaitan Imam Mahdi & Nabi Isa dalam Pembebasan al-Quds, Hadis Akhir Zaman | PODCAST AQSA SYARIF S2E38 Bagaimanakah hubungan antara Imam al-Mahdi, Nabi Isa AS, Dajjal dan pembebasan Baitul Maqdis menurut hadis-hadis akhir zaman? Apakah pula peranan ulama dalam membimbing umat Islam menghadapi kezaliman, penjajahan dan cabaran akhir zaman? Episod kali ini akan mengupas persoalan-persoalan penting berdasarkan perspektif ajaran Islam, antaranya: ✅Wajarkah umat Islam terlalu menumpukan perhatian kepada isu akhir zaman, sedangkan banyak perinciannya tidak disebut secara jelas dalam al-Quran mahupun hadis mutawatir? ✅Sejauh manakah kekuatan Dajjal sehingga manusia begitu mudah terpedaya dan terpengaruh dengan fitnahnya? ✅Adakah Imam al-Mahdi akan menyelamatkan umat Islam secara bersendirian, atau pembebasan itu menuntut penglibatan dan perjuangan seluruh umat? ✅Benarkah Nabi Isa AS yang akan membebaskan Baitul Maqdis? Di manakah kedudukan dan peranan umat Islam ketika peristiwa tersebut berlaku? Sama-sama kita memahami hadis akhir zaman dengan ilmu, menghindari salah faham dan mempersiapkan diri sebagai umat yang berilmu, berprinsip serta tidak tunduk kepada kebatilan. 📺 JANGAN LUPA! Saksikan di sini: https://youtu.be/3ygCN0pSo9U?si=uyXKYxVCG0RfbkMF Jangan lupa LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE saluran kami untuk mengikuti perkongsian dan perbincangan seterusnya. Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa #AqsaSyarif #PodcastAqsaSyarif #AlQuds #BaitulMaqdis #ImamMahdi #NabiIsa #HadisAkhirZaman
Open in TelegramOrang Yahudi sendiri tidak yakin dengan masa depan Israel Dalam keadaan rakyat Palestin sedang melakukan segala usaha untuk kembali ke tanah air mereka, laporan pada tahun 2023 oleh The Jewish People Policy Institute menunjukkan bahawa satu pertiga daripada rakyat Israel pernah memikirkan untuk meninggalkan negara tersebut atau mencadangkan kepada anak-anak mereka supaya berhijrah ke luar negara. Daripada jumlah tersebut, 6% telah mengambil tindakan ke arah merealisasikan hasrat berkenaan. Laporan tersebut turut menunjukkan bukti peningkatan jumlah permohonan rakyat Israel untuk mendapatkan pasport asing. Selain itu, pilihan untuk memperoleh kewarganegaraan negara asing juga semakin bertambah, termasuk kewarganegaraan Jerman dan Austria. Malah, data tinjauan menunjukkan bahawa ramai rakyat Israel sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk meninggalkan negara tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa sokongan dan keyakinan masyarakat Yahudi yang berada di Israel sendiri terhadap masa depan serta kestabilan negara mereka tidaklah sekukuh yang digambarkan. Sekiranya dilihat dari sudut penerimaan masyarakat antarabangsa, kekuatan ekonomi dan sebagainya, negara haram ini sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh dan organik untuk bertahan lama, melainkan bergantung kepada bantuan serta sokongan daripada Amerika Syarikat, sebahagian negara Eropah dan negara-negara Arab. Tonton ulasan penuh. Jangan lupa kongsi dan like sekiranya bermanfaat.
Open in TelegramBaru-baru ini, Mishary Rashid Alafasy telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak kontroversi berkaitan sumbangan yang diberikan kepada penduduk Gaza. Kenyataan tersebut dibuat ketika Gaza sedang berhadapan dengan bencana banjir, selain sekatan pihak penjajah yang menghalang usaha membina semula sistem perparitan dan infrastruktur yang telah musnah. Menurut beliau: "Tragedi yang berterusan di Gaza menimbulkan satu persoalan yang wajar: Ke manakah perginya wang sumbangan? Para penderma dan mangsa berhak mendapat jawapan yang jelas." Tidak lama kemudian, beliau turut menuduh Jemaah Ikhwan Muslimin (IM) menggunakan sumbangan yang dikutip atas nama Palestin untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Menurut dakwaannya, sejak zaman Hasan al-Banna lagi, IM telah menggunakan dana sumbangan untuk Palestin bagi tujuan kempen pilihan raya, kepentingan organisasi sendiri, menentang individu tertentu, mengkafirkan pihak lain dan sebagainya. Kenyataan tersebut mengundang kecaman daripada ramai pempengaruh Arab, termasuk mereka yang berasal dari Gaza sendiri, selain para pendakwah dan ulama yang aktif dalam media Arab. Mereka mengecam kenyataan Misyari kerana dianggap menggambarkan seolah-olah... Baca penuh: https://www.7oktober.net/blog/kenyataan-kontroversi-imam-misyari-yang-mendapat-kecaman-dunia-arab-dan-islam
Open in TelegramDi sebalik legenda seorang panglima perang Muhd al-Daif, Kontroversi Misyari yang menyindir keberadaan bantuan kemanusiaan ke G4_za, Kemenangan P4lestin di Amerika Syarikat, Serta perkembangan terkini Perang Yaman. Apakah perkembangan sebenar di sebalik isu-isu ini? Tonton podcast terbaru Aqsa Syarif yang membawakan perbincangan dan analisis isu-isu terkini di Palestin serta dunia Islam, ditinjau daripada perspektif ajaran Islam, geopolitik, kemanusiaan dan sejarah. Ikuti perbincangan untuk memahami isu-isu semasa dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Tonton di YouTube Akademi Aqsa Syarif 👉 https://www.youtube.com/watch?v=tGG_vP7044o Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Open in TelegramBenarkah Baitul Maqdis Akan Dibebaskan pada Tahun 2027? Sebulan lagi, kita akan melangkah ke tahun 2027. Menurut Syeikh Ahmad Yasin, kerajaan penjajah Zionis ini dijangka akan tumbang pada tahun tersebut. Bukan beliau sahaja yang pernah menyuarakan pandangan sedemikian. Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, juga pernah menyebut kebimbangannya bahawa Israel mungkin tidak sempat menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-80 yakni tahun 2028. Hanya beza setahun sahaja dengan pendapat Syeikh Ahmad Yasin. Beliau mengemukakan pemerhatian sejarah bahawa kerajaan-kerajaan Yahudi terdahulu jarang bertahan melebihi 80 tahun, kecuali kerajaan Nabi Daud dan kerajaan Hasmonean. Sehubungan itu, sekiranya negara penjajah ini benar-benar merasakan kedudukannya selamat, mengapakah ia masih terus berperang dengan negara-negara jirannya? Bukan itu sahaja, Israel turut berusaha mengukuhkan pengaruhnya melalui pembiayaan politik dan sumbangan kepada ahli-ahli politik di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat, sama ada daripada parti pemerintah mahupun pembangkang. Begitu juga dengan usaha membawa masuk pendatang dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia bagi memperkukuh kedudukan demografi Yahudi di wilayah yang dijajahnya. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa rejim ini begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukannya di rantau ini? Adakah semua ini petanda bahawa negara haram tersebut sedang berhadapan dengan krisis kelangsungan? Semua persoalan ini dan banyak lagi akan dikupas sebentar nanti. Jangan lupa bersama kami pada jam 2.30 petang ini di IKIM FM, bersama Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin. Jangan lupa untuk kongsikan, supaya lebih ramai mendapat faedah dan manfaat. #AqsaSyarif #Ikimfm
Open in Telegram"Akhir sekali, antara operasi paling cemerlang yang dilaksanakan oleh para pejuang ialah penangkapan seorang tentera IDF bernama Gilad Shalit daripada sebuah kereta kebal pada Jun 2006. Operasi ini dilakukan oleh al-Qassam bersama beberapa badan ketenteraan lain. Para anggotanya menggali terowong sepanjang 300 meter untuk menembusi sempadan negara haram sehingga memasuki Karem Abu Salim. Pada permulaan operasi serangan dan penangkapan tersebut, para pejuang menyerang hendap pusat kawalan dan sebuah kenderaan pengangkut berperisai. Antara anggota tentera yang terbunuh dalam operasi tersebut ialah Leftenan Hanan Barak dan Sarjan Pavel Slutsker. Operasi itu turut menyebabkan empat orang anggota tentera IDF mengalami kecederaan. Para pejuang kemudiannya kembali ke Rafah dengan membawa tebusan, Gilad Shalit, yang ditangkap daripada sebuah kereta kebal. Tebusan ini disimpan selama lima tahun di Gaza bagi mendapatkan tuntutan yang dikemukakan oleh para pejuang. Al-Daif, selaku ketua turus al-Qassam ketika itu, turut terlibat dalam operasi tersebut. Dokumentari Mā Khafiya A‘ẓam turut menyiarkan wajah beliau ketika menyemak nama-nama tahanan Palestin yang akan dibebaskan, seramai 1,027 orang, termasuk al-Syahid Yahya al-Sinwar." Baca penuh: https://www.7oktober.net/blog/m%C4%81-khafiya-a%E2%80%98%E1%BA%93am-tiga-isyarat-penting-daripada-dokumentari-mohammed-al-daif
Open in TelegramPODCAST AQSA SYARIF S2EP37: BANJIR DI GAZA, PAKATAN MEKAH DI TEHRAN & KEKALAHAN TRUMP DI US Podcast Aqsa Syarif kembali lagi membincangkan isu-isu terkini di Palestin dan dunia Islam. Episod kali ini membincangkan tentang: 🆘 Krisis banjir di Gaza; 📺 Pendedahan terbaru Al Jazeera tentang peranan Muhammad Deif, Komander Briged al-Qassam dalam siri-siri penentangan ke atas rejim Zionis; 📊 Perkembangan terkini pasca pilihan raya Israel; 📝 Nota penting dari pertemuan dengan Duta Yaman tentang krisis di Yaman; 💵 Tawaran Arab Saudi kepada Houthi untuk tamatkan peperangan; 🤝 Pertemuan Pakatan Mekah (Arab Saudi, Turkiye, Pakistan) dengan Iran di Tehran; 📉 Analisis keputusan pilihan raya pertengahan penggal US - kekalahan parti Republikan, kemenangan Abdul El-Sayed dan kemerosotan pengaruh AIPAC Tonton di YouTube Akademi Aqsa Syarif 👉 https://www.youtube.com/watch?v=tGG_vP7044o Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa #Podcast #AqsaSyarif
Open in TelegramForwarded from #TerkiniPalestin 🇵🇸🇲🇾
🎤🎙🎤PODCAST AQSA SYARIF S2EP36 | WANITA DALAM SIRI PERJUANGAN PALESTIN Di sebalik runtuhan batu-bata, berdiri utuh sebuah benteng yang tidak pernah mampu dirobohkan iaitu kaum wanita Palestin. Kental menghadapi krisis, mereka rela mewakafkan jiwa dan raga demi menjadi simbol sumud tanah air. Dari realiti pahit membotakkan rambut kerana kesukaran penjagaan serta menyiat kain khemah dijadikan tuala wanita, sehinggalah kisah ibu melahirkan anak dalam rantai besi tahanan rejim penjajah, cabaran dan ketabahan mereka benar-benar meruntun jiwa. Di tengah krisis kesihatan Gaza, ribuan wanita terus bertahan berbekalkan sokongan padu masyarakat dunia, termasuk Malaysia. Manakala golongan Murabitat di Al-Aqsa terus mempertahankan kesucian masjid yang penuh barakah tersebut. Dengar kupasan penuh dan ikuti perbincangan khas bersama Puan Hjh Zuraidah Kornain, Pengerusi Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP). 📺 Saksikan sekarang di YouTube: 👉 https://youtu.be/a6LjbLHx9Ug?si=_Hq1kPZKQlkpl8aP 🇵🇸 Sumbang ke Palestin: 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa #PodcastAqsaSyarif #Episod36
Open in Telegram𝐘𝐚𝐡𝐲𝐚 𝐚𝐥-𝐒𝐢𝐧𝐰𝐚𝐫 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚. Pengorbanan para pejuang di bumi Gaza telah mendedahkan banyak kelemahan rejim Zionis, termasuk dari aspek ketenteraan, ekonomi, politik dan sebagainya. Namun, salah satu aspek paling jelas yang menunjukkan kegagalan rejim ini ialah aspek masyarakat. Perkara ini diakui oleh seorang panel akhbar Haaretz. Menurut beliau, al-Sinwar telah mengalahkan Israel, bukan untuk setahun dua, tetapi untuk bergenerasi lamanya. Analisis ini dibuat berdasarkan perspektif masyarakat dunia terhadap Israel serta perubahan ketara yang berlaku terhadap identiti masyarakat Yahudi itu sendiri. Tonton kupasan penuh di YouTube Aqsa Syarif. https://youtu.be/SslOdWmW0B0 Beli buku Legasi Yahya al-Sinwar dan Taufan al-Aqsa: https://shopee.com.my/Buku-Taufan-Al-Aqsa-dan-Legasi-Yahya-Sinwar-i.1002901631.27289577077
Open in TelegramUndang-undang lompat parti di Israel mempunyai sekatan tertentu, tetapi masih terdapat ruang yang boleh mempengaruhi keseimbangan kuasa dalam Knesset. Dalam keadaan politik yang sengit, perubahan sokongan ahli parlimen daripada blok pemerintah berpotensi melemahkan kedudukan Benjamin Netanyahu dan membuka peluang kepada pihak lawan untuk membentuk kerajaan alternatif. Walaupun ahli Knesset yang membelot boleh berdepan sekatan undang-undang, mereka tidak semestinya kehilangan kerusi parlimen atau dilarang menyokong kerajaan alternatif. Malah, perpecahan kumpulan ahli parlimen yang memenuhi syarat tertentu boleh dikecualikan daripada sebahagian sekatan tersebut. Keadaan ini membuka ruang kepada rundingan politik yang boleh mengubah sokongan terhadap kerajaan sedia ada. Persoalannya, sejauh manakah Gadi Eisenkot dan blok pembangkang mampu memanfaatkan keadaan ini untuk menamatkan pemerintahan Netanyahu? Apakah strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli Knesset, dan apakah halangan yang perlu diatasi bagi membentuk kerajaan baharu? Tonton kupasan penuh di YouTube Aqsa Syarif. 👉 https://youtu.be/Z3Nk0bZ9Vgs?si=3hCvI3vllyWJnb5K Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Open in TelegramPODCAST AQSA SYARIF S2EP35 | ANALISIS PILIHAN RAYA ISRAEL 2026 Episod kali ini membawakan khas kepada anda analisis pilihan raya Israel yang baru sahaja berlangsung pada 27 Oktober 2026. Culaan keluar (exit poll) menunjukkan Netanyahu hilang majoriti tapi parti pembangkang juga tidak mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. Jadi, apa yang akan berlaku? Parti Arab berjaya mencipta sejarah apabila menang kerusi terbanyak sejak mereka menyertai pilihan raya. Tapi bolehkah mereka jadi kingmaker? Apakah kita akan menyaksikan drama 2019-2022 berulang lagi apabila Israel terpaksa melalui 5 pilihan raya dalam tempoh 4 tahun kerana Netanyahu gagal membentuk kerajaan? Ikuti analisis kami di YouTube Akademi Aqsa Syarif 👉 https://youtu.be/Z3Nk0bZ9Vgs?si=3hCvI3vllyWJnb5K Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Open in TelegramForwarded from #TerkiniPalestin 🇵🇸🇲🇾
PRU ISRAEL: PARLIMEN TERGANTUNG. APA JADI SELEPAS INI? Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Israel sedang giat mengira undi dan keputusan muktamad dijangka diketahui menjelang Khamis (waktu Palestin). Dengan hampir 90% undi selesai dikira, blok Netanyahu diunjurkan meraih 43.7% daripada 120 kerusi Knesset, blok Eisenkot 37.7%, dan parti berkecuali 17.7%. Agihan ini mungkin berubah seiring baki undi dikira. Mana-mana senarai calon yang melepasi ambang 3.25% undian akan diperuntukkan kerusi di Knesset mengikut kadar undi. Melihat kepada situasi ini, sepertinya tidak ada blok yang mendapat majoriti mudah. Apa yang akan berlaku seterusnya sekiranya Netanyahu atau Eisenkot gagal meraih sokongan? Adakah akan ada pusingan pilihan raya yang baharu atau akan ada rundingan untuk membentuk kerajaan? Tonton episod terbaharu Podcast Aqsa Syarif Jumaat ini, jam 10 malam. #PodcastAqsaSyarif #Pilihanraya
Open in TelegramKenapa kasut Yahya al-Sinwar dipamerkan di sebuah muzium Israel? Abu Ibrahim, atau Yahya al-Sinwar, merupakan individu yang akan terus dikaji oleh pihak penjajah. Selama 23 tahun berada dalam penjara, beliau mempelajari bahasa Hebrew sehingga fasih berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Keupayaan ini membolehkannya memahami masyarakat dan pemikiran pihak penjajah dengan lebih mendalam. Namun, selepas dibebaskan melalui pertukaran tahanan pada tahun 2011, beliau menjadi antara individu paling diburu oleh Israel. Selepas bermulanya peperangan di Gaza pada Oktober 2023, pihak penjajah dilaporkan menawarkan ganjaran sebanyak AS$400,000, bersamaan kira-kira RM1.8 juta, bagi mendapatkan maklumat tentang keberadaan beliau. Abu Ibrahim merupakan tokoh utama Hamas yang memainkan peranan penting dalam aspek ketenteraan dan politik. Pengaruh serta legasinya terus menjadi perhatian, bahkan selepas beliau gugur syahid pada Oktober 2024. Persoalannya, mengapa kasut dan barangan peribadi beliau dipamerkan di sebuah muzium Israel? Apakah yang menyebabkan sosok ini terus menjadi perhatian pihak penjajah? Tonton ulasan penuh di YouTube Aqsa Syarif. https://youtu.be/SslOdWmW0B0 Beli buku Legasi Yahya al-Sinwar dan Taufan al-Aqsa: https://shopee.com.my/Buku-Taufan-Al-Aqsa-dan-Legasi-Yahya-Sinwar-i.1002901631.27289577077
Open in TelegramKita Patut Sokong Siapa? Perang yang berlaku ketika ini bukanlah perang yang menguntungkan umat Islam. Sebaliknya, konflik antara Houthi di Yaman dengan Arab Saudi dilihat lebih menguntungkan Pentadbiran Amerika Syarikat dan Rejim Zionis. Hal ini kerana, antara strategi baharu Rejim Zionis selepas 7 Oktober 2023 adalah untuk memastikan negara-negara jirannya kekal lemah dari segi perpaduan, kekuatan ketenteraan dan penguasaan teknologi. Sekiranya Houthi tewas, Laut Merah berpotensi menjadi laluan alternatif yang lebih selamat demi kepentingan Arab Saudi, Rejim Zionis dan Amerika Syarikat. Keadaan ini sekali gus boleh mengurangkan kepentingan strategik Selat Hormuz yang kini disekat oleh Iran. Sebaliknya, jika Arab Saudi tewas, keadaan itu boleh membuka ruang kepada Houthi, yang berpegang kepada akidah Syiah Imam Dua Belas, untuk terus mengukuhkan penguasaan secara tidak sah di Yaman. Penganalisis seperti Sami Hamdi menyarankan agar umat Islam mengambil jalan tengah dalam menghadapi konflik ini. Perang ini merupakan satu fitnah bagi umat Islam kerana ia tidak membawa keuntungan yang jelas kepada umat Islam, khususnya dalam usaha melindungi dan menyelamatkan umat Islam yang sedang menghadapi pelbagai krisis. Tonton video penuh di YouTube Aqsa Syarif. https://youtu.be/SslOdWmW0B0
Open in TelegramDari Gaza ke Asia Barat: Wajah Baharu Strategi Keselamatan Israel "Pembahagian peta ini bertujuan memastikan keselamatan rejim Zionis terus terpelihara serta menyediakan persediaan bagi menghadapi sebarang ancaman dari luar. Peristiwa 7 Oktober 2023 telah mengubah identiti dan sikap rejim Zionis, menjadikannya semakin paranoid, cemas dan sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat. Kali ini, sasaran mereka bukan lagi Palestin semata-mata, tetapi seluruh Asia Barat, termasuk negara-negara Islam di rantau tersebut. Sekiranya sesebuah negara itu bukan sekutu rejim Zionis, tidak sanggup berjuang dan berkorban untuk kepentingannya, negara tersebut berisiko dilabel sebagai musuh. Persoalannya, apakah pula pelan dan peta strategik negara-negara Islam bermazhab Sunni untuk menyelamatkan diri daripada ancaman ini serta membebaskan Baitulmaqdis, Masra Rasulullah SAW?" Baca penuh: https://www.7oktober.net/blog/dari-gaza-ke-asia-barat-wajah-baharu-strategi-keselamatan-israel
Open in Telegram𝐏𝐑𝐔 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐮𝐟𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐀𝐪𝐬𝐚: 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐍𝐞𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡? Ketika ini, sedang berlangsung pengundian pilihan raya Israel yang pertama sejak 7 Oktober 2023. Seperti yang diketahui ramai, sejak tercetusnya Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober 2023, negara penjajahan ini melalui fasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Peperangan tanpa henti dari segenap penjuru, angka kematian dan kecederaan yang tinggi dalam kalangan tentera IDF, masalah ekonomi yang semakin meningkat, sokongan antarabangsa yang semakin berkurangan dan pelbagai lagi cabaran. Persoalannya, adakah Netanyahu masih mampu mengekalkan kedudukannya? Pelbagai hujah dikemukakan oleh pihak pembangkang bagi menjatuhkan perdana menteri Israel itu. Antara hujah yang paling utama ialah kegagalan pentadbiran Netanyahu untuk memenangi peperangan yang disertainya. Apa pandangan kalian? Komen di bawah. Tonton ulasan penuh di sini: https://youtu.be/SslOdWmW0B0
Open in TelegramPODCAST AQSA SYARIF S2E34 | NAK SOKONG HOUTHI ATAU ARAB SAUDI? Episod kali ini membawakan kepada anda isu-isu terkini dunia Islam - dari Palestin ke Yaman, Arab Saudi, Iran, Azerbaijan dan tak dilupakan di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan adalah: 🔥 Ulangtahun kedua kematian Yahya Sinwar aka Abu Ibrahim dan legasi yang ditinggalkannya; ❤️🩹 Tragedi anak kecil Gaza, Maryam Ghanem, 3 tahun melihat ibunya terbakar; ⚙️ Kisah pemuda Palestin, Nuruddin Jamasi, 23 tahun, yang sanggup kembali ke Gaza untuk berjihad sehingga Allah menjemputnya sebagai syuhada; 🗳 Perkembangan Kempen Pilihan Raya Israel: Hayat politik Netanyahu di hujung tanduk? 📌 Perkembangan terkini di Yaman: Houthi serang Lapangan Terbang King Khalid; Muhammad Bin Salman (MBS) tersilap langkah? Kenapa banyak pihak sokong Houthi? Arab Saudi cuba aktifkan Perjanjian Mekah? Perkembangan Operasi Fajrul Yaman 💣 Perkembangan terkini Perang US-Iran: Trump mahu gunakan 'mother of all bombs' ke atas Iran; Pertemuan Pete Hegseth dengan Netanyahu dan wakil UAE 🧐 Kontroversi Syeikh Ali Jumu'ah 🎬 Dokumentari NAZA versi Israel: jangan sampai tertipu; 🤺 Pergolakan di Perancis: Apa kaitannya dengan Palestin? 🧕🏻 Azerbaijan haramkan tudung? Tonton di YouTube Akademi Aqsa Syarif: https://youtu.be/SslOdWmW0B0?si=URIkgYTulk0uKxPu 👍 Jangan lupa tekan LIKE, tinggalkan komen dan SUBSCRIBE saluran YouTube Aqsa Syarif. 🛎 Aktifkan butang loceng supaya anda tidak terlepas episod-episod terkini kami. 📢 Kongsikan episod ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai dapat mengikuti perbincangan dan memahami perkembangan semasa di Palestin serta rantau Asia Barat. 💵 Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/gazabangkitaq #AqsaSyarif #PodcastAqsaSyarif #Palestin #Yaman #Iran
Open in TelegramSIRI 2.0 BEDAH BUKU & DISKUSI: APA YANG PALESTIN UBAH DALAM DIRI KITA? Genosid di Gaza bukan sekadar tragedi kemanusiaan yang kita saksikan dari jauh. Ia juga menjadi peringatan dan pengajaran yang sepatutnya mengubah cara kita berfikir, melihat dunia dan menjalani kehidupan. Namun, setelah segala penderitaan, pengorbanan dan perjuangan rakyat Palestin, satu persoalan perlu kita renungkan: Apakah yang telah Palestin ubah dalam diri kita? Adakah Palestin sekadar menjadi isu yang kita ikuti di media sosial, atau perjuangan mereka telah membentuk prinsip, kesedaran dan tindakan kita dalam kehidupan seharian? Jom sertai Siri 2.0 Bedah Buku & Diskusi bagi membincangkan buku Taufan Al-Aqsa dan Legasinya Yahya Sinwar, serta mengambil pengajaran daripada perjuangan rakyat Palestin untuk membina kesedaran dan komitmen yang lebih bermakna. 🎙 Panel: Ustaz Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin 🎤 Moderator: Hasan Al-Banna Mohd Husni 📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis) ⏰ Masa: 9.00 malam 💻 Platform: Dalam talian (Online) Terbuka kepada semua! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mendalami pengajaran daripada perjuangan Palestin dan merenung perubahan yang perlu bermula daripada diri kita sendiri. 🔗 Untuk sertai: https://us06web.zoom.us/j/83907643528?pwd=h50Q1AMGjB6D0jpG7VFXiiEwYioJ3k.1 Meeting ID: 839 0764 3528 Passcode: 157327 🇵🇸 Palestin bukan sekadar tentang apa yang berlaku di sana, tetapi juga tentang siapa kita dan apa yang kita lakukan di sini. #Palestin #Gaza #TaufanAlAqsa #BedahBuku #GenosidGaza #SolidaritiPalestin
Open in TelegramTrump Dedahkan Bantuan Israel kepada Arab Saudi SEMALAM, Donald Trump mengakui bahawa Arab Saudi menerima bantuan daripada Israel. Walaupun episod podcast ini dirakam dua minggu lalu, hubungan Israel–Arab Saudi merupakan perkara yang sering disebut oleh ramai penganalisis dan pengkritik geopolitik. Bantuan ini termasuklah bantuan ketenteraan, perisikan dan serangan udara. Sudah tentu, perkara ini akan dinafikan oleh Muhammad bin Salman (MBS) kerana boleh mencalarkan imejnya sebagai pemerintah negara Islam dan penjaga Haramain, iaitu Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi. Namun, terdapat pelbagai isyarat yang menunjukkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini semakin jelas sejak kebelakangan ini. Tambahan pula, MBS sendiri pernah menyebut pada tahun 2023 bahawa Arab Saudi semakin hampir untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Tonton ulasan penuh di Youtube Aqsa Syarif. https://youtu.be/0pMXnA8BDrk Derma untuk Gaza: https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Open in Telegram