Кабинет

Посты канала Generasi Pembebas Al-Aqsa (GenPAQ)

сначала новые

#1109Превью ссылки

Kaitan Imam Mahdi & Nabi Isa dalam Pembebasan al-Quds, Hadis Akhir Zaman | PODCAST AQSA SYARIF S2E38 Bagaimanakah hubungan antara Imam al-Mahdi, Nabi Isa AS, Dajjal dan pembebasan Baitul Maqdis menurut hadis-hadis akhir zaman? Apakah pula peranan ulama dalam membimbing umat Islam menghadapi kezaliman, penjajahan dan cabaran akhir zaman? Episod kali ini akan mengupas persoalan-persoalan penting berdasarkan perspektif ajaran Islam, antaranya: ✅Wajarkah umat Islam terlalu menumpukan perhatian kepada isu akhir zaman, sedangkan banyak perinciannya tidak disebut secara jelas dalam al-Quran mahupun hadis mutawatir? ✅Sejauh manakah kekuatan Dajjal sehingga manusia begitu mudah terpedaya dan terpengaruh dengan fitnahnya? ✅Adakah Imam al-Mahdi akan menyelamatkan umat Islam secara bersendirian, atau pembebasan itu menuntut penglibatan dan perjuangan seluruh umat? ✅Benarkah Nabi Isa AS yang akan membebaskan Baitul Maqdis? Di manakah kedudukan dan peranan umat Islam ketika peristiwa tersebut berlaku? Sama-sama kita memahami hadis akhir zaman dengan ilmu, menghindari salah faham dan mempersiapkan diri sebagai umat yang berilmu, berprinsip serta tidak tunduk kepada kebatilan. 📺 JANGAN LUPA! Saksikan di sini: https://youtu.be/3ygCN0pSo9U?si=uyXKYxVCG0RfbkMF Jangan lupa LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE saluran kami untuk mengikuti perkongsian dan perbincangan seterusnya. Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa #AqsaSyarif #PodcastAqsaSyarif #AlQuds #BaitulMaqdis #ImamMahdi #NabiIsa #HadisAkhirZaman

Открыть в Telegram
Просмотры1 150+40%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1108Видео
Просмотры957+16%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1107Фото
Просмотры698−15%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1106Видео
Просмотры1 130+37%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1105Фото

Benarkah Baitul Maqdis Akan Dibebaskan pada Tahun 2027? Sebulan lagi, kita akan melangkah ke tahun 2027. Menurut Syeikh Ahmad Yasin, kerajaan penjajah Zionis ini dijangka akan tumbang pada tahun tersebut. Bukan beliau sahaja yang pernah menyuarakan pandangan sedemikian. Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, juga pernah menyebut kebimbangannya bahawa Israel mungkin tidak sempat menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-80 yakni tahun 2028. Hanya beza setahun sahaja dengan pendapat Syeikh Ahmad Yasin. Beliau mengemukakan pemerhatian sejarah bahawa kerajaan-kerajaan Yahudi terdahulu jarang bertahan melebihi 80 tahun, kecuali kerajaan Nabi Daud dan kerajaan Hasmonean. Sehubungan itu, sekiranya negara penjajah ini benar-benar merasakan kedudukannya selamat, mengapakah ia masih terus berperang dengan negara-negara jirannya? Bukan itu sahaja, Israel turut berusaha mengukuhkan pengaruhnya melalui pembiayaan politik dan sumbangan kepada ahli-ahli politik di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat, sama ada daripada parti pemerintah mahupun pembangkang. Begitu juga dengan usaha membawa masuk pendatang dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia bagi memperkukuh kedudukan demografi Yahudi di wilayah yang dijajahnya. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa rejim ini begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukannya di rantau ini? Adakah semua ini petanda bahawa negara haram tersebut sedang berhadapan dengan krisis kelangsungan? Semua persoalan ini dan banyak lagi akan dikupas sebentar nanti. Jangan lupa bersama kami pada jam 2.30 petang ini di IKIM FM, bersama Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin. Jangan lupa untuk kongsikan, supaya lebih ramai mendapat faedah dan manfaat. #AqsaSyarif #Ikimfm

Открыть в Telegram
Просмотры637−22%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1104Фото
Просмотры619−25%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1103Превью ссылки
Просмотры1 640+100%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1102Видео
Просмотры197−76%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1101Видео
Просмотры251−69%к среднему
Пересылки—
Реакции2
Комментарии—
#1100Видео
Просмотры802−2%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1099Превью ссылки
Просмотры1 500+83%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1098Видео
Просмотры193−77%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1096Видео
Просмотры758−8%к среднему
Пересылки—
Реакции3
Комментарии—
#1095Видео
Просмотры767−7%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1094Фото
Просмотры691−16%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1093Видео
Просмотры945+15%к среднему
Пересылки—
Реакции3
Комментарии—
#1092Текст

PODCAST AQSA SYARIF S2E34 | NAK SOKONG HOUTHI ATAU ARAB SAUDI? Episod kali ini membawakan kepada anda isu-isu terkini dunia Islam - dari Palestin ke Yaman, Arab Saudi, Iran, Azerbaijan dan tak dilupakan di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan adalah: 🔥 Ulangtahun kedua kematian Yahya Sinwar aka Abu Ibrahim dan legasi yang ditinggalkannya; ❤️‍🩹 Tragedi anak kecil Gaza, Maryam Ghanem, 3 tahun melihat ibunya terbakar; ⚙️ Kisah pemuda Palestin, Nuruddin Jamasi, 23 tahun, yang sanggup kembali ke Gaza untuk berjihad sehingga Allah menjemputnya sebagai syuhada; 🗳 Perkembangan Kempen Pilihan Raya Israel: Hayat politik Netanyahu di hujung tanduk? 📌 Perkembangan terkini di Yaman: Houthi serang Lapangan Terbang King Khalid; Muhammad Bin Salman (MBS) tersilap langkah? Kenapa banyak pihak sokong Houthi? Arab Saudi cuba aktifkan Perjanjian Mekah? Perkembangan Operasi Fajrul Yaman 💣 Perkembangan terkini Perang US-Iran: Trump mahu gunakan 'mother of all bombs' ke atas Iran; Pertemuan Pete Hegseth dengan Netanyahu dan wakil UAE 🧐 Kontroversi Syeikh Ali Jumu'ah 🎬 Dokumentari NAZA versi Israel: jangan sampai tertipu; 🤺 Pergolakan di Perancis: Apa kaitannya dengan Palestin? 🧕🏻 Azerbaijan haramkan tudung? Tonton di YouTube Akademi Aqsa Syarif: https://youtu.be/SslOdWmW0B0?si=URIkgYTulk0uKxPu 👍 Jangan lupa tekan LIKE, tinggalkan komen dan SUBSCRIBE saluran YouTube Aqsa Syarif. 🛎 Aktifkan butang loceng supaya anda tidak terlepas episod-episod terkini kami. 📢 Kongsikan episod ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai dapat mengikuti perbincangan dan memahami perkembangan semasa di Palestin serta rantau Asia Barat. 💵 Untuk menyumbang ke Palestin, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/gazabangkitaq #AqsaSyarif #PodcastAqsaSyarif #Palestin #Yaman #Iran

Открыть в Telegram
Просмотры1 700+107%к среднему
Пересылки—
Реакции2
Комментарии—
#1091Фото

SIRI 2.0 BEDAH BUKU & DISKUSI: APA YANG PALESTIN UBAH DALAM DIRI KITA? Genosid di Gaza bukan sekadar tragedi kemanusiaan yang kita saksikan dari jauh. Ia juga menjadi peringatan dan pengajaran yang sepatutnya mengubah cara kita berfikir, melihat dunia dan menjalani kehidupan. Namun, setelah segala penderitaan, pengorbanan dan perjuangan rakyat Palestin, satu persoalan perlu kita renungkan: Apakah yang telah Palestin ubah dalam diri kita? Adakah Palestin sekadar menjadi isu yang kita ikuti di media sosial, atau perjuangan mereka telah membentuk prinsip, kesedaran dan tindakan kita dalam kehidupan seharian? Jom sertai Siri 2.0 Bedah Buku & Diskusi bagi membincangkan buku Taufan Al-Aqsa dan Legasinya Yahya Sinwar, serta mengambil pengajaran daripada perjuangan rakyat Palestin untuk membina kesedaran dan komitmen yang lebih bermakna. 🎙 Panel: Ustaz Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin 🎤 Moderator: Hasan Al-Banna Mohd Husni 📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis) ⏰ Masa: 9.00 malam 💻 Platform: Dalam talian (Online) Terbuka kepada semua! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mendalami pengajaran daripada perjuangan Palestin dan merenung perubahan yang perlu bermula daripada diri kita sendiri. 🔗 Untuk sertai: https://us06web.zoom.us/j/83907643528?pwd=h50Q1AMGjB6D0jpG7VFXiiEwYioJ3k.1 Meeting ID: 839 0764 3528 Passcode: 157327 🇵🇸 Palestin bukan sekadar tentang apa yang berlaku di sana, tetapi juga tentang siapa kita dan apa yang kita lakukan di sini. #Palestin #Gaza #TaufanAlAqsa #BedahBuku #GenosidGaza #SolidaritiPalestin

Открыть в Telegram
Просмотры1 030+25%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—
#1090Видео
Просмотры1 110+35%к среднему
Пересылки—
Реакции—
Комментарии—