Kenapa Solat Duha Dikatakan Bid’ah? ===== 1. Dalam kelas semalam, seorang pelajar bertanya mengenai hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Pernah suatu ketika, apabila Ibn Umar ditanya mengenai solat duha, beliau mengatakan itu adalah bid’ah. al-Bukhari meriwayatkan: عَنْ مُجَاهِدٍ، قَالَ: دَخَلْتُ أَنَا وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ المَسْجِدَ، فَإِذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، جَالِسٌ إِلَى حُجْرَةِ عَائِشَةَ، وَإِذَا نَاسٌ يُصَلُّونَ فِي المَسْجِدِ صَلاَةَ الضُّحَى، قَالَ: فَسَأَلْنَاهُ عَنْ صَلاَتِهِمْ، فَقَالَ: بِدْعَةٌ “Daripada Mujahid, beliau berkata: “Aku dan ‘Urwah bin al-Zubayr memasuki masjid. Tiba-tiba kami mendapati ‘Abd Allah bin ‘Umar RA sedang duduk berhampiran bilik ‘Aisyah, sementara terdapat sekumpulan manusia sedang menunaikan solat Duha di dalam masjid. Mujahid berkata: Lalu kami bertanya kepadanya mengenai solat yang mereka lakukan itu, maka beliau menjawab: ‘Bid‘ah.’” (HR al-Bukhari) 2. Timbul persoalan di sini, mengapa Ibn Umar mengatakan Solat Duha adalah bid’ah? Para ulama memberikan jawapan yang berbeza dalam memahami kata-kata Ibn Umar ini. Menurut Ibn Hajar, bantahan Ibn Umar itu adalah merujuk kepada sekumpulan lelaki yang sedang menunaikan Solat Duha secara berjemaah. Kata Qadi Iyad: إِنَّمَا أَنْكَرَ ابْنُ عُمَرَ مُلَازَمَتَهَا وَإِظْهَارَهَا فِي الْمَسَاجِدِ وَصَلَاتَهَا جَمَاعَةً، لَا أَنَّهَا مُخَالِفَةٌ لِلسُّنَّةِ. “Sesungguhnya yang dipertikaikan oleh Ibn ‘Umar ialah melaziminya, menzahirkan pelaksanaannya di masjid-masjid dan menunaikannya secara berjemaah, bukan kerana solat tersebut bercanggah dengan sunnah.” (Fath al-Bari) 3. Malah terdapat juga kebarangkalian Ibn Umar tidak pernah mendengar hadis Solat Duha secara langsung dari Baginda Nabi. Muwarriq berkata: قُلْتُ لِابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَتُصَلِّي الضُّحَى؟ قَالَ: لَا، قُلْتُ: فَعُمَرُ؟ قَالَ: لَا، قُلْتُ: فَأَبُو بَكْرٍ؟ قَالَ: لَا، قُلْتُ: فَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: لَا إِخَالُهُ. “Aku bertanya kepada Ibn ‘Umar: Adakah engkau menunaikan solat Duha? Beliau menjawab: Tidak. Aku bertanya: Bagaimana dengan ‘Umar? Beliau menjawab: Tidak. Aku bertanya: Bagaimana dengan Abu Bakar? Beliau menjawab: Tidak. Aku bertanya: Bagaimana dengan Nabi SAW? Beliau menjawab: Aku tidak menyangka Baginda melakukannya. (HR al-Bukhari) 4. Begitu juga jerdapat juga kebarangkalian bahawa Ibn Umar cuba mendidik mereka agar tidak melihat Solat Duha sebagai sesuatu yang diwajibkan. Kenyataan sebegini turut pernah disuarakan oleh Ibn Mas’ud. Masruq berkata: كُنَّا نَقْرَأُ فِي الْمَسْجِدِ فَيَثْبُتُ النَّاسُ فِي الْقِرَاءَةِ بَعْدَ قِيَامِ ابْنِ مَسْعُودٍ، ثُمَّ نَقُومُ فَنُصَلِّي لِلضُّحَى فَبَلَغَ ذَلِكَ ابْنَ مَسْعُودٍ فَقَالَ: «عِبَادَ اللَّهِ، لِمَ تُحَمِّلُوا عِبَادَ اللَّهِ مَا لَمْ يُحَمِّلْهُمُ اللَّهُ، إِنْ كُنْتُمْ لَا بُدَّ فَاعِلِينَ فَفِي بُيُوتِكُمْ» “Kami membaca al-Quran di dalam masjid. Setelah Ibn Mas‘ud beredar, orang ramai terus membaca al-Quran. Kemudian kami bangun untuk menunaikan solat Duha. Apabila perkara tersebut sampai kepada Ibn Mas‘ud, beliau berkata: ‘Wahai hamba-hamba Allah! Mengapakah kamu membebankan hamba-hamba Allah dengan sesuatu yang tidak dibebankan oleh Allah kepada mereka? Sekiranya kamu tetap mahu melakukannya, maka lakukanlah di rumah-rumah kamu.’” (Musannaf Ibn Abi Syaibah) 5. Secara zahirnya, hadis mengenai Solat Duha ini adalah jelas wujud dan ia diriwayatkan oleh ramai sahabat termasuklah Saidatina Aisyah, Abu Hurairah, Abu Zar, Ummu Hani, Abu Darda dan Zaid bin al-Arqam. 6. Hadis Ibn Umar ini juga menunjukkan bahawa kefahaman seseorang terhadap sesuatu hadis perlulah dinilai dalam bacaan yang luas, meneliti konteks penyampaian malah membandingkan jalur periwayatan yang berbeza. Ia tidak semudah membacanya sekali lalu. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://40hadithsanusi.wordpress.com/2026/11/26/kenapa-solat-duha-dikatakan-bidah/
Open in Telegram
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Nov 14, 2026 | 4,710 |
| Nov 15, 2026 | 4,275 |
| Nov 16, 2026 | 4,070 |
| Nov 17, 2026 | 4,520 |
| Nov 19, 2026 | 3,705 |
| Nov 22, 2026 | 2,730 |
| Nov 23, 2026 | 2,420 |
| Nov 25, 2026 | 2,655 |
| Nov 26, 2026 | 1,430 |
Most viewed this month
- 01Views5.09KForwards—Reactions—Comments—
- 02Views4.71KForwards—Reactions—Comments—
- 03Views4.65KForwards—Reactions—Comments—
- 04Views4.42KForwards—Reactions—Comments—
Latest posts
Jangan Doa Keburukan Pada Anak ===== 1. Rasulullah melarang kita mendoakan perkara yang tidak baik buat diri kita, anak kita dan harta kita. Sabda Rasulullah: لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ، وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ، لَا تُوَافِقُوا مِنَ اللَّهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيهَا عَطَاءٌ، فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ. “Janganlah kamu mendoakan keburukan terhadap diri kamu, anak-anak kamu dan harta kamu. Jangan sampai doa kamu bertepatan dengan suatu waktu ketika Allah dimohon pemberian, lalu Dia memperkenankan doa kamu.” (HR Muslim) 2. Marah macam mana pun kita kepada anak, jangan doakan keburukan bagi dirinya. Mulla Ali al-Qari menjelaskan: «وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ»: أَيْ: بِالْعَمَى وَنَحْوِهِ. “‘Jangan kamu mendoakan keburukan terhadap anak-anak kamu’ bermaksud seperti mendoakan dia menjadi buta atau seumpamanya.” 3. Kita boleh menegur dan memaraht anak, tetapi jangan sampai terpacul perkataan doa agar mereka menjadi bodoh, celaka atau gagal. Anak yang sedang melakukan kesalahan masih memerlukan doa agar Allah membimbingnya. 4. Ini kerana dibimbangi takut-takut perkataan atau doa kita itu dimakbulkan. Oleh yang demikian, jangan sekali-kali menganggap doa itu hanyalah sebagai kata-kata semata. Al-Azimabadi menjelaskan: أَيْ: لِئَلَّا تُصَادِفُوا سَاعَةَ إِجَابَةٍ وَنَيْلٍ، فَتُسْتَجَابَ دَعْوَتُكُمُ السُّوءُ. “Iaitu supaya kamu tidak bertepatan dengan waktu diperkenankan doa dan dikurniakan pemberian, lalu doa keburukan kamu diperkenankan.” Semoga Allah membimbing kita Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Open in TelegramPengabdian Sebelum Doa ======= 1. Sheikh Sayyid al-Tantawi menjelaskan mengenai keindahan struktur susunan ayat dalam Surah al-Fatihah ini. Allah mendahulukan sebutan mengenai ibadah (pengabdian diri kepada Allah) sebelum menyebut tentang memohon bantuan daripadaNya. Kata al-Tantawi: وقدمت العبادة على الاستعانة، لكون الأولى وسيلة إلى الثانية “Dan didahulukan sebutan mengenai ibadah sebelum disebutkan mengenai memohon pertolongan kerana pengabdian diri kepada Allah itu adalah jalan untuk kita memohon pertolongan kepadanya.” (Tafsir al-Wasit) 2. Ini adalah teras utama ikrar yang kita ulangi setiap hari. Bagaimana mungkin seseorang itu tegar untuk melanggar perintah Allah dan dalam masa yang sama dia tidak merasa malu untuk memohon kepada Allah. Seorang hamba itu seharusnya membulatkan pengadian kepada Allah dahulu sebelum memohon kepadaNya. 3. Malangnya ada dikalangan manusia yang tidak memahami ikrar harian mereka ini. Ada yang melupakan Allah, meninggalkan pengabdian kepadaNya walaupun setelah sekian banyak kurniaan yang Allah beri kepada mereka. 4. Atas dasar itu al-Quran merekodkan sebahagian sikap buruk manusia ini. Ketika ditimpa kesusahan, mereka bersungguh berdoa agar Allah membantu mereka. Setelah diberikan kesenangan, mereka melupakan Allah, meninggalkan pengabdian kepadaNya, bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain. Firman Allah: وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ “Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.” (al-Zumar:8) 5. Oleh itu hayati ikrar harian kita dalam solat. Kita melafazkan setiap hari bahawa hanya kepada Allah tempat kita meletakkan segala keutamaan dan pengabdian. Begitu juga hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi telegram.me/drahmadsanusiazmi
Open in Telegram*BETUL KE SEMUA PERKARA KITA KENA IKUT CARA NABI? 🤔* Bagaimana sebenarnya Rasulullah SAW melihat urusan keduniaan? Kita dituntut mengikuti sunnah Baginda, tetapi bagaimana pula dalam urusan kehidupan seperti pekerjaan, kesihatan dan mengejar kejayaan dunia? Jom ikuti kupasan menarik bersama *Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi* dan *Ustaz Fazrul Ismail* dalam TikTok Live *Road to Konvensyen My #HadithTime 2026*. Antara persoalan yang akan dikupas: 🔹 Betul ke semua perkara kita kena ikut cara Nabi? 🔹 Kenapa orang baik pun diuji dengan sakit? 🔹 Rasulullah SAW ajar kita hidup untuk akhirat, jadi sejauh mana dunia patut dikejar? 📅 *Isnin, 23 November 2026* 🕤 *9.30 malam – 10.00 malam* 📱 *TikTok: @fazrul.ismail* Jangan lepaskan peluang untuk memahami bagaimana panduan Rasulullah SAW dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita hari ini. Jumpa anda di TikTok Live! #KonvensyenMyHadithTime2026 #BuatKeranaAllah #BacaFahamAmal #OperatingSystemAlQuran
Open in TelegramJangan Menipu Untuk Mencipta Naratif ===== 1. Ada dalam kalangan manusia yang sanggup berbohong untuk mencipta naratif yang palsu agar dia dilihat berada dalam keadaan yang baik. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah seorang wnita mengenai perkara ini. Wanita itu bertanya: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ لِي ضَرَّةً، فَهَلْ عَلَيَّ جُنَاحٌ إِنْ تَشَبَّعْتُ مِنْ زَوْجِي غَيْرَ الَّذِي يُعْطِينِي؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْمُتَشَبِّعُ بِمَا لَمْ يُعْطَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ». “Wahai Rasulullah, saya mempunyai madu. Adakah saya berdosa jika saya menampilkan seolah-olah suami memberikan kepada saya sesuatu yang sebenarnya tidak diberikannya?” Rasulullah ﷺ lantas bersabda: “Orang yang menampilkan seolah-olah dia memperoleh sesuatu yang tidak diberikan kepadanya adalah seperti orang yang memakai dua helai pakaian kepalsuan.” (HR al-Bukhari) 2. Rasulullah melarang seseorang melakukan penipuan untuk mencipta sesuatu naratif yang salah agar manusia terkeliru dengannya. Seolah-olah dia telah melakukan dua kali pembohongan. Kata Abu Ubaid, yang dimaksudkan dengan memakai dua pakaian palsu ialah: الْمُتَزَيِّنُ بِمَا لَيْسَ عِنْدَهُ يَتَكَثَّرُ بِذَلِكَ وَيَتَزَيَّنُ بِالْبَاطِلِ “Orang yang menghiasi dirinya dengan sesuatu yang tidak dimilikinya, cuba untuk memperlihatkan dirinya mempunyai kelebihan dengannya, dan berhias dengan kepalsuan.” 3. Dalam hadis ini, wanita tersebut seolah-olah cuba untuk mencipta naratif palsu yang boleh menimbulkan kecemburuan dari madunya yang lain. Abu Ubaid menjelaskan: فَتَدَّعِي مِنَ الْحَظْوَةِ عِنْدَ زَوْجِهَا أَكْثَرَ مِمَّا عِنْدَهُ تُرِيدُ بِذَلِكَ غَيْظَ ضَرَّتِهَا “Lalu dia mendakwa mendapat kedudukan istimewa di sisi suaminya melebihi keadaan sebenar, dengan tujuan membangkitkan kemarahan madunya.” 4. Begitu juga orang yang berlakon-lakon soleh dan baik sedangkan penampilan itu terkadang mengaburi mereka yang melihatnya. Ini termasuklah dalam makna dua pakaian palsu seperti kata Abu Ubaid: وَيُظْهِرُ مِنَ التَّخَشُّعِ وَالتَّقَشُّفِ أَكْثَرَ مِمَّا فِي قَلْبِهِ مِنْهُ “Dia menampilkan kekhusyukan dan kehidupan yang bersahaja melebihi apa yang sebenarnya ada dalam hatinya.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Open in TelegramJangan Puji Secara Berlebihan ===== 1. Seorang lelaki pernah memuji kawannya di hadapa Rasulullah, lantas Baginda Nabi menegur pujian itu. Ini kerana pujian yang berlebihan boleh merosakkan seseroang. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan: أَثْنَى رَجُلٌ عَلَى رَجُلٍ عِنْدَ النَّبِيِّ ﷺ، فَقَالَ: «وَيْلَكَ، قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ، قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ» مِرَارًا، “Seorang lelaki memuji seseorang di hadapan Nabi ﷺ. Baginda bersabda: ‘Celakalah engkau! Engkau telah memenggal leher sahabatmu! Engkau telah memenggal leher sahabatmu!’ Baginda mengulanginya beberapa kali. (HR al-Bukhari) 2. Menariknya di sini, Rasulullah bukan sekadar menghalang, tetapi mendidik sahabat untuk melakukan pujian yang betul. Baginda menjelaskan bahawa andai seseorang ingin memuji, dia hendaklah menyebutkan “tetapi Allah lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah: «مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَادِحًا أَخَاهُ لَا مَحَالَةَ، فَلْيَقُلْ: أَحْسِبُ فُلَانًا، وَاللَّهُ حَسِيبُهُ، وَلَا أُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا، أَحْسِبُهُ كَذَا وَكَذَا، إِنْ كَانَ يَعْلَمُ ذَلِكَ مِنْهُ». “Sesiapa antara kamu yang ingin memuji saudaranya, hendaklah dia mengatakan: Aku menyangka si fulan demikian, dan Allah yang menilainya. Aku tidak menetapkan kesucian sesiapa mendahului penilaian Allah.” 3. Menurut al-Imam al-Nawawi, pujian berlebihan terkadang boleh merosakkan seseorang sehingga beliau menyangka beliau melebihi dari apa yang tidak sepatutnya. Kata al-Nawawi: وَقَدْ يَكُونُ مِنْ جِهَةِ الدُّنْيَا لِمَا يُشْتَبَهُ عَلَيْهِ مِنْ حَالِهِ بِالْإِعْجَابِ. Ia juga boleh berlaku dalam urusan dunianya, kerana rasa kagum terhadap diri sendiri menyebabkan dia tersalah menilai keadaan dirinya.” 4. Oleh yang demikian, berhati-hati dalam pujian yang merosakkan seseorang. Terkadang ada dalam kalangan kita memuji seseorang sehingga menganggap seseorang itu seperti Nabi dan Rasul. Perihal sebenar hanyalah diserahkan kepada Allah. 5. Malah, sekiranya pujian itu dilihat boleh merosakkan seseorang al-Nawawi berpandangan, makruh kita memujinya. Kata al-Nawawi: وَإِنْ خِيفَ عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمُورِ كُرِهَ مَدْحُهُ كَرَاهَةً شَدِيدَةً “Jika dibimbangi dia terjebak dalam mana-mana perkara (yang merosakkan), maka sangat dimakruhkan memujinya.” Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre
Open in TelegramConnections
Similar channels
DrZaharuddin Group@drzaharuddingroupReligion34.7K
Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri@drzulalbakriReligion34.4K
Najmi Umar Bakkar@najmiumarReligion31.4K
Tazkirah Ringkas@dakwahtanpahentiReligion62.3K
Tarbiah Sentap@tarbiahsentapReligion28.9K
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.@zainurrashidReligion21.8K
JAKIM@myjakimReligion20.3K
Abbasy Official™@abbasy_malaysiaReligion19.1K