Agama Baha'i dan Israel, Baha'i merupakan di antara 'agama' yang termuda dan mempunyai sekitar 7 juta pengikut di seluruh dunia. Ramai di India, USA, Uganda, Iran dan dianggarkan lebih 100,000 penganut di Malaysia terutamanya di Sarawak. Baha'ism diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad atau dikenali sebagai Bahaullah di Iran pada 1860. Rujukan kepada kitab suci, Kitab al-Aqdas. Ia merupakan gabungan ajaran kebatinan yang merangkumi Syiah, Yahudi, Kristian, Hindusm dll. Ajaran utama Baha'i mengajak kepada kedamaian sejagat dan kesatuan umat manusia. Pengikut Bahai seluruh dunia diwajibkan untuk mengerjakan haji sekali seumur hidup di dua lokasi, iaitu di Bahai World Centre di Haifa dan Acre, Israel (Palestine-1948). Mereka dibenarkan keluar masuk. Ada yang mendakwa bahawa Baha'i digunakan sebagai alat pengintip Israel tetapi dinafikan. Mereka menyatakan bahawa pengikut Bahai di seluruh dunia adalah non-political. Masih banyak rahsia yang belum dirungkai. Zainur Rashid Z https://t.me/zainurrashid
Open in TelegramProf Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Nov 13, 2026 | 1,840 |
| Nov 15, 2026 | 1,790 |
| Nov 17, 2026 | 1,320 |
| Nov 18, 2026 | 1,410 |
| Nov 19, 2026 | 1,220 |
| Nov 20, 2026 | 1,155 |
| Nov 21, 2026 | 1,430 |
| Nov 23, 2026 | 1,030 |
| Nov 24, 2026 | 764 |
| Nov 25, 2026 | 776 |
| Nov 26, 2026 | 388 |
Most viewed this month
- 01Views1.84KForwards—Reactions24Comments—
- 02Views1.79KForwards—Reactions75Comments—
- 03Views1.44KForwards—Reactions46Comments—
- 04Views1.42KForwards—Reactions10Comments—
Latest posts
Forwarded from Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Agama Baha'i dan Israel, Baha'i merupakan di antara 'agama' yang termuda dan mempunyai sekitar 7 juta pengikut di seluruh dunia. Ramai di India, USA, Uganda, Iran dan dianggarkan lebih 100,000 penganut di Malaysia terutamanya di Sarawak. Baha'ism diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad atau dikenali sebagai Bahaullah di Iran pada 1860. Rujukan kepada kitab suci, Kitab al-Aqdas. Ia merupakan gabungan ajaran kebatinan yang merangkumi Syiah, Yahudi, Kristian, Hindusm dll. Ajaran utama Baha'i mengajak kepada kedamaian sejagat dan kesatuan umat manusia. Pengikut Bahai seluruh dunia diwajibkan untuk mengerjakan haji sekali seumur hidup di dua lokasi, iaitu di Bahai World Centre di Haifa dan Acre, Israel (Palestine-1948). Mereka dibenarkan keluar masuk. Ada yang mendakwa bahawa Baha'i digunakan sebagai alat pengintip Israel tetapi dinafikan. Mereka menyatakan bahawa pengikut Bahai di seluruh dunia adalah non-politikal. Masih banyak rahsia yang belum dirungkai. Zainur Rashid Z https://t.me/zainurrashid
Open in TelegramLalu senyuman itu ditambah dengan senyuman, cahaya ditambah atasnya cahaya, dan ia mengetahui secara sebenar-benarnya, bahawa dirinya hanyalah satu ciptaan Tuhan, dibawa sepenuh perjalanan ini dengan penjagaan Tuhan, diuji dan digilap oleh Tuhan, ditahan darinya nikmat dunia dan seisinya oleh Tuhan, dan disempurnakan hingga ke pertemuan agung ini, dengan perkenan Tuhan. Lalu, jika inilah hakikatnya, apakah lagi bentuk penipuan dunia yang boleh mencarik hati hamba ini daripada menjalani orbit perhambaannya, dengan hati yang sejahtera? Wallahua'lam bissawaab. Ustaz Ahmad Syamil Esa al-Hafiz https://t.me/ustazsyamilesa
Open in TelegramAgar hatiku sejahtera bertemu Tuhan Melalui pasang surut kehidupan, dengan umur yang makin meningkat, ada satu kepastian yang tidak mampu dinafikan sesiapa pun. Iaitu semua yang datang akan pergi, semua yang berlaku akan berlalu, dan semua yang hadir akan meninggalkan kita. Keseorangan dan kesepian. Titik keseorangan ini hakikatnya adalah satu refleksi yang Tuhan hadirkan bagi memahami satu perkara yang pasti, kekal dan tetap dalam hidup ini. Iaitu kewujudan, kehadiran dan kesedaran hati. Tuhan hadirkan keseluruhan kejadian dalam hidup kita bagi menggilap dan melenturnya agar sentiasa menanggapi kepentingan untuk berpegang kepada yang pasti, yang kekal dan akan dibawa hingga mati. Atas naratif itu, manusia yang berjaya akan sentiasa memberi perhatian kepada kondisi hatinya, dalam apa jua keadaan yang menimpanya. Atas naratif itu jua, hati yang sejahtera tidak akan berpaut pada perkara yang perubahannya bersilih ganti. Juga perkara yang mempunyai tempoh masa sebelum ia luput dan tidak boleh digunakan lagi. Atas naratif itu jua, Tuhan menghadirkan beberapa ketetapan dan kewajipan, agar hati mampu melakukan refleksi diri sendiri, secara sedar dan tanpa sedar untuk sentiasa berpaut pada orbit perhambaan yang menjaganya daripada tergelincir dan tersangkut pada mata kail iblis dan syaitan. Tuhan hadirkan kewajipan syariat untuk hati itu dilatih dan dilentur, memahami bagaimana sewajarnya ia berputar pada paksinya, berenang pada orbitnya, dan melengkapkan pusingan orbitnya itu dengan 'kehendak' dan 'usaha'nya sendiri. Bukan kerana hamba itu memang berkemampuan, tetapi kelembutan dan kehalusan Tuhan sengaja mahu berikan 'kredit' dan 'penghargaan' agar hamba itu terdorong dan tertarik untuk melengkapkan orbit itu dengan 'sangkaannya' sendiri. Tuhan mahu hamba itu 'dihargai' lalu diberikan peluang untuk 'merasai' erti cinta yang dipilih oleh dirinya sendiri' Walau hakikatnya setiap yang dilakukan adalah dengan taufiq-Nya jua. Dalam meletakkan tuntutan syariat, Tuhan pula dengan sepenuh ilmu, hikmah, kasih sayang dan ketinggian kehalusan-Nya, menyusun satu lagi garisan takdir, yang menyempurnakan 'sangkaan' hamba itu tadi, bagi melengkapkan orbit perhambaan dan perjalanannya menuju Tuhan. Lalu Tuhan hadirkan kesusahan, kesakitan, kelelahan, keresahan, keadaan-keadaan tertentu menimpanya, yang apabila difikirkan dengan akal manusia yang cetek, seolah-olah tidak masuk akal jika nak dibandingkan dengan kebaikan, kesolehan, kewarakan seorang hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Namun Tuhan tetap dengan kesempurnaan ilmu-Nya, ihsan-Nya, memperjalankan hamba dan kekasih-Nya itu, satu laluan yang sukar, demi melengkapkan putaran perhambaannya, memenuhi syarat pemilihan-Nya, dan mencapai ketinggian redha-Nya. Manusia yang dikasihi Tuhan, tidak melihat sesuatu melainkan dengan pandangan Tuhannya. Apa yang Tuhan tetapkan, ia redha. Apa yang Tuhan jalankan, ia terima. Sabar dan syukur adalah latihannya. Zikir dan selawat adalah makanannya. Pasrah dan tawakkal adalah senjatanya. Kebersamaan Tuhan adalah teman sejatinya. Adapun pergolakan dunia, pertelingkahan manusia, pertukaran siang dan malam, pagi dan petang, cerah dan hujan, semuanya itu di sisinya tidak lebih daripada sebuah medan untuk ia berpencak dan berperanan, menzahirkan kepahlawanan dan keperwiraan, dan membuktikan ketulusan, untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan sahaja. Setelah ia berlalu, ia akan pulang ke 'rumahnya', membawa hatinya yang sejahtera dan tenang bersama Tuhannya. Hanya satu sahaja ketenangannya, satu sahaja kegembiraannya, iaitu apabila ia menghadap 'wajah Tuhan'nya, dengan keredhaan terhadap susunan-Nya, dan kepasrahan terhadap hikmah-Nya. Ketika itu ia akan tersenyum, melihat segala perkara telah tersusun sejak azali, segala aturan telah siap diatur sebelum ia dilahirkan lagi.
Open in TelegramDursun Özbek, president of the Turkish club Galatasaray, stated that the government of Israeli war criminal Benjamin Netanyahu has filed a formal complaint with the Union of European Football Associations (UEFA) against the club, following the display of banners by its fans expressing support for the Palestinians and condemning the genocide in Gaza, during a match against Aston Villa in the Champions League. 🔗 Telegram: t.me/doamuslims 🔗 WhatsApp: shorturl.at/movz9
Open in TelegramMenteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, berkata Israel menghalang kemasukan ribuan unit rumah pasang siap yang diperuntukkan untuk menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza. Menurut Fidan, Presiden Recep Tayyip Erdoğan telah mengarahkan penghantaran unit kediaman tersebut yang sebelum ini digunakan untuk menempatkan mangsa gempa bumi dahsyat di Turkiye. Namun, sekatan Israel menyebabkan penghantaran itu tidak dapat dilaksanakan. Sekatan tersebut berlaku ketika ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa berlindung di khemah sementara dalam keadaan hujan lebat dan cuaca sejuk di tengah-tengah kemusnahan besar akibat perang genosid Israel di Gaza. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Open in TelegramDengan izinNya jua, saya berpeluang untuk sampai dan memberikan khidmat bakti di Gaza pada 2012 dan kemudian 2013. Bumi ini sangat istimewa dan dihuni oleh generasi manusia yang hebat dan terpilih. Semoga peluang yang sebegini istimewa akan didiberikan kembali olehNya, amin ya Rabb.
Open in TelegramA United Nations General Assembly committee on Thursday adopted a draft resolution affirming the Palestinian people’s right to self-determination and independence, with 162 countries voting in favour, eight against and eight abstaining. The eight countries voting against were the United States, Israel, Argentina, Paraguay, Micronesia, Nauru, Papua New Guinea and Palau. Eight other countries abstained - Cameroon, Colombia, Ecuador, Fiji, Marshall Islands, Panama, Samoa, and Togo. The vote was held by the General Assembly’s Third Committee, which deals with human rights and humanitarian affairs, on an annual draft resolution on the Palestinians’ right to self-determination. Read: https://www.middleeastmonitor.com/20261120-162-countries-back-palestinians-right-to-self-determination-at-un/
Open in TelegramDahulu merupakan kawasan penempatan yang meriah dan dipenuhi kehidupan, kini berubah menjadi tempat perlindungan bagi ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal. Rakaman perbandingan sebelum dan selepas dari Gaza, Palestin, memperlihatkan skala kemusnahan besar akibat perang berterusan Israel selama tiga tahun terhadap wilayah yang dikepung itu. Sumber: TRT World t.me/duniapalestin
Open in TelegramICJ atau Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memutuskan bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap etnik Rohingya beragama Islam pada 2017, menandakan kali pertama mahkamah itu memutuskan sesebuah negara bertanggungjawab melakukan genosid, lapor Anadolu Ajansi (AA). Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mendapati Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid semasa operasi ketenteraan di utara Negeri Rakhine menerusi keputusan undian 9-6. Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/mahkamah-pbb-putuskan-myanmar-lakukan-genosid-terhadap-rohingya #AWANInews
Open in TelegramConnections
Similar channels
JAKIM@myjakimReligion20.3K
Abbasy Official™@abbasy_malaysiaReligion19.1K
Tarbiah Sentap@tarbiahsentapReligion28.9K
Najmi Umar Bakkar@najmiumarReligion31.4K
Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri@drzulalbakriReligion34.4K
DrZaharuddin Group@drzaharuddingroupReligion34.7K- Ustaz Don Daniyal (official)@ustazdondaniyalReligion10.4K
﷽ KᎪᎢᎪ ᎷᏌᎢᏆᎪᎡᎪ ᏴᏆᎠᎪᎠᎪᎡᏆ@kata_mutiara_bidadariReligion10.3K