Account

Posts of Da'wah from➳♥to heArt

newest first

#24821Text

Saya perasan, wanita yang semakin dekat dengan Al-Quran perlahan-lahan semakin kurang melakukan benda ini. Mereka kurang mencari pengiktirafan manusia. Mereka memilih untuk menjadi begini bukan kerana mereka tidak suka dihargai. Tetapi mereka belajar bahawa tidak semua kebaikan perlu dilihat dan dipuji oleh manusia. Saya rasa ramai antara kita pernah berada di fasa ini. Melakukan sesuatu, tetapi berharap orang menyedarinya. Sudah berusaha sungguh-sungguh, tetapi terasa hati apabila usaha kita tidak dihargai. Membantu orang lain, tetapi diam-diam mengharapkan ucapan terima kasih. Sehinggakan kita mula tertanya-tanya, "Kenapa orang tak nampak apa yang aku dah buat eh?" "Kenapa pengorbanan aku seolah-olah tak dihargai?" Tanpa sedar, hati kita menjadi penat kerana terlalu mengharapkan manusia memahami dan menghargai setiap apa yang kita lakukan. Semasa saya tadabbur ayat ini, إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,"(Surah Al-Insan: 9) Saya berhenti seketika. Rupa-rupanya, orang yang ikhlas melakukan kebaikan tidak menjadikan penghargaan manusia sebagai tujuan utama mereka. Mereka melakukan sesuatu kerana Allah. Di situlah saya mula belajar, untuk melihat semula niat di sebalik tindakan-tindakan yang saya ambil. Saya sedar, tidak semua orang akan nampak pengorbanan kita. Tidak semua orang akan memahami usaha kita. Dan tidak semua kebaikan akan dibalas dengan penghargaan. Tetapi itu tidak bermakna kebaikan yang kita lakukan menjadi sia-sia. Saat kita mula meletakkan reda Allah sebagai tujuan, kita tidak lagi terikat dengan pujian manusia untuk merasakan diri kita berharga. Bukan bermakna juga kita tidak boleh berasa sedih apabila tidak dihargai. Kita tetap manusia yang ada perasaan. Tetapi perlahan-lahan, kita belajar untuk tidak membiarkan penghargaan manusia menentukan nilai diri dan kebaikan yang kita lakukan. Mudah-mudahan Allah membantu kita memperbaiki niat dalam setiap kerja buat kita. Boleh jadi, ada kebaikan kecil yang kita buat tetapi nilainya besar di sisi Allah. -Ustazah Nuraini Shahbuddin @DakwahMujahidah_SNH

Open in Telegram
Views138−62%vs avg
Forwards—
Reactions5
Comments—
#24820Photo
Views92−75%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#24818Text
Views112−69%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#24817Photo
Views237−35%vs avg
Forwards—
Reactions6
Comments—
#24816Text
Views417+15%vs avg
Forwards—
Reactions1
Comments—
#24815Text
Views586+62%vs avg
Forwards—
Reactions1
Comments—
#24814Text
Views522+44%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#24813Text
Views500+38%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#24812Text
Views411+13%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#24811Text
Views422+16%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#24810Text
Views522+44%vs avg
Forwards—
Reactions8
Comments—
#24809Text
Views535+48%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#24808Text

HIKMAHNYA SAKIT. ALLAH memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNYA, dan banyak hikmahnya, bukti: 1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama ALLAH berbanding di waktu sihatnya. 2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun. 3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali. 4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan. 5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit. 6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar. 7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi. 8 ) Sakit itu gugur dosa. Anggota sakit akan mendapat penyucian. 9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya. 11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit. 12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama. 13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu. 14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya. Moga2 perkongsian ini ada manfaatnya .. Jom sama2 Zikir, Fikir, Syukur, Sabar & Redha.. Aamiin... 🤲 @DakwahMujahidah_SNH

Open in Telegram
Views422+16%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#24807Text

Allah tidak akan memberikan apa yang selalu kita harapkan tetapi dia akan memberikan sesuatu yang kita perlukan. Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup kita, janganlah resah teruskan melangkah walau berkali-kali kau rebah. Kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancanganNya Maha hebat dan sempurna. Walaupun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan, kita terpaksa merasa perit seketika, kita terjatuh berulang kali, kecewa berkali-kali, sedih tak terhingga. Tapi itu semua diturunkan untuk kita menjadi lebih kuat dan semakin hebat. Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita. Sesungguhnya tiada yang namanya ‘kebetulan’. Kerana.. Setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan sesuatu yang salah, supaya kita kenal erti 'betul’. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan seuatu yang betul, supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain. Yang hitam itu tidak semestinya kotor. Yang putih itu tidak semestinya bersih. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Takdir Allah itu terlalu indah. Sehebat apapun kita merencanakan sesuatu. Tetap takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita. Ingatlah.. Allah selalu memberikan kelebihan di balik kekurangan. Allah selalu memberikan kekuatan di balik kelemahan. Allah selalu memberikan senyum di balik kesedihan. Yakinlah.. Kebahagiaan itu akan hadir juga pada waktunya. Sesuai kehendakNya. Sesuai takdirNya. @DakwahMujahidah_SNH

Open in Telegram
Views427+18%vs avg
Forwards—
Reactions4
Comments—
#24806Photo
Views441+22%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#24805Text
Views569+57%vs avg
Forwards—
Reactions5
Comments—
#24804Text
Views814+124%vs avg
Forwards—
Reactions6
Comments—
#24803Text
Views700+93%vs avg
Forwards—
Reactions6
Comments—
#24802Text
Views706+95%vs avg
Forwards—
Reactions7
Comments—