Saya perasan, wanita yang semakin dekat dengan Al-Quran perlahan-lahan semakin kurang melakukan benda ini. Mereka kurang mencari pengiktirafan manusia. Mereka memilih untuk menjadi begini bukan kerana mereka tidak suka dihargai. Tetapi mereka belajar bahawa tidak semua kebaikan perlu dilihat dan dipuji oleh manusia. Saya rasa ramai antara kita pernah berada di fasa ini. Melakukan sesuatu, tetapi berharap orang menyedarinya. Sudah berusaha sungguh-sungguh, tetapi terasa hati apabila usaha kita tidak dihargai. Membantu orang lain, tetapi diam-diam mengharapkan ucapan terima kasih. Sehinggakan kita mula tertanya-tanya, "Kenapa orang tak nampak apa yang aku dah buat eh?" "Kenapa pengorbanan aku seolah-olah tak dihargai?" Tanpa sedar, hati kita menjadi penat kerana terlalu mengharapkan manusia memahami dan menghargai setiap apa yang kita lakukan. Semasa saya tadabbur ayat ini, إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,"(Surah Al-Insan: 9) Saya berhenti seketika. Rupa-rupanya, orang yang ikhlas melakukan kebaikan tidak menjadikan penghargaan manusia sebagai tujuan utama mereka. Mereka melakukan sesuatu kerana Allah. Di situlah saya mula belajar, untuk melihat semula niat di sebalik tindakan-tindakan yang saya ambil. Saya sedar, tidak semua orang akan nampak pengorbanan kita. Tidak semua orang akan memahami usaha kita. Dan tidak semua kebaikan akan dibalas dengan penghargaan. Tetapi itu tidak bermakna kebaikan yang kita lakukan menjadi sia-sia. Saat kita mula meletakkan reda Allah sebagai tujuan, kita tidak lagi terikat dengan pujian manusia untuk merasakan diri kita berharga. Bukan bermakna juga kita tidak boleh berasa sedih apabila tidak dihargai. Kita tetap manusia yang ada perasaan. Tetapi perlahan-lahan, kita belajar untuk tidak membiarkan penghargaan manusia menentukan nilai diri dan kebaikan yang kita lakukan. Mudah-mudahan Allah membantu kita memperbaiki niat dalam setiap kerja buat kita. Boleh jadi, ada kebaikan kecil yang kita buat tetapi nilainya besar di sisi Allah. -Ustazah Nuraini Shahbuddin @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramПосты канала Da'wah from➳♥to heArt
Переслано из Da'wah from➳♥to heArt
Kadang kita tak mampu ubah dunia dengan harta yang banyak… Tapi dengan RM25 untuk Iqra’ atau RM39 untuk Al-Quran, mungkin lahir seorang insan yang membaca, memahami dan mengamalkan kalam Allah kerana asbab kita. Rezeki yang dikongsi tak pernah mengurangkan… Malah jadi saham akhirat yang terus mengalir walau kita sudah tiada. Marilah berkongsi rezeki dgn berinfaq iqra/alquran🤗 Www.wasap.my/601163361992/NakInfaqIqra
Открыть в Telegram"Andai tahun ini terlalu banyak menguji, semoga tahun yang mendatang menjadi tahun Allah menjawab segala doa, menggantikan segala air mata dengan senyuman dan menghadiahkan ketenangan yang selama ini kita cari." @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в Telegram2026 berbaki 1 bulan lagi. 💔Ada yang diuji dengan kehilangan. 💔Ada yang diuji dengan perpisahan. 💔Ada yang diuji dengan pengkhianatan. 💔Ada yang diuji dengan kejatuhan. 💔Ada yang diuji dengan kesempitan rezeki. 💔Ada yang diuji dengan kesakitan. 💔Ada yang diuji dengan fitnah. 💔Ada yang diuji dengan air mata yang disembunyikan. Jangan rasa lemah dan putus asa dengan ujian, ada orang lebih berat diuji, malah bertubi-tubi ujian yang datang padanya, tapi dia masih kuat dan sabar meneruskan hidup. Setiap kali diuji dengan masalah atau ujian kehilangan orang yang kita sayang, lepaskan segala beban dihati dan serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita diuji dengan rasa sabar agar kita lebih mencintai Dia dari segala cinta didunia. Allah hadirkan kekuatan melalui ujian. Allah tangguhkan sesuatu untuk mendidik sabar. Allah ambil sesuatu untuk mengajar redha. Syukur dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kerana Dia sentiasa aturkan apa yang terbaik untuk kita. @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramDOA MEMOHON KESIHATAN YANG BAIK Dalam mengamalkan doa dan zikir memohon kesihatan dari Allah, Rasulullah SAW senantiasa mengamalkan doa ini. "Allahumma ‘afini fi badani. Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari. La ilaha illa anta." “Allahumma inni a’udzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabil qabri. La ilaha illa anta." Ertinya, "Ya Allah selamatkan lah tubuhku (dari penyakit dan dari apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkanlah pendengaranku (dari penyakit dan maksiat atau dari apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkanlah penglihatan ku. Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau." Alhamdulillah ♥️ @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramTak apa kalau hari ini belum ada jawapan. Kita tak perlu paksa hikmah datang sekarang. Bukan semua yang di luar kawalan kita adalah masalah yang perlu diselesaikan. Sampai masa hikmahnya akan menjelma. Kadang-kadang ia cuma ruang untuk kita belajar percaya bahawa kita sedang baik2 dibawah jagaan Allah Taala. وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِيٓ Dan Janganlah kamu berdua lemah dalam mengingatiku." (Surah Taha ayat 42) حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ “Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia.”(At-Taubah 9:129) Lepaskan semua yang memberat, cukup Allah jadi sandaran. 🤍 @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramJangan rasa lemah dan putus asa dengan ujian, ada orang lebih berat diuji, malah bertubi-tubi ujian yang datang padanya, tapi dia masih kuat dan sabar meneruskan hidup. Semakin dewasa, semakin kecewa? Itulah realitinya. Hidup tak seindah yang disangka. Namun, jangan pernah bersangka buruk dengan takdir Allah. Hidup kita jika terlalu banyak ujian, selagi ada sabar dan iman, kita akan rasai kemanisannya di akhirat sana. Bersangka baik dengan Allah bahawa ianya ujian yang mana kalau kita lalui dengan sabar dan solat, kembali kepada Dia, Dia ampuni dosa kita, angkat darjat kita, beri kita ganjaran pahala dan balasan di akhirat kelak. Jangan sekadar mengharapkan doa makbul sewaktu hidup nanti kecewa. @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramSatu-satu dugaan datang. Tak tahu nak hadap macam mana lagi. Terkadang rasa berat sangat nak tanggung semua ni. Nak menangis pun dah tak mampu. Tak ada air mata. Nak bernafas pun rasa sesak. Allah.. Waktu-waktu macam ni tak ada siapa dapat bantu. Ingat satu saja. Allah. Dugaan dan ujian yang kita sedang hadap ni pun Dia yang beri. Makanya, dengan Dia saja kita minta pertolongan. Minta diringankan. Terkadang kita kecewa dan kecil hati kerana dugaan yang datang tanpa henti itu kita rasa hanya kita sahaja. Padahal, Dia beri dugaan sebab Dia tahu kita mampu. Dia beri sebab Dia nak kita sentiasa ingat Dia. Dekat dengan Dia. Ujian tanda Allah sayang. Ujian datang kepada kita bukan saja-saja, Allah sedang menilai dan nak beri apa yang kita minta. Allah nak tinggikan darjat kita dengan menundukkan kita di sejadah. Berbisiklah, “Ya Allah, beri aku kekuatan. Beri aku gantian atas dugaan ini dengan sesuatu yang lebih baik lagi.” Di suatu hari nanti, pasti ujian yang telah kita hadap ini akan kita ingat dan bantu kita untuk jadi lebih baik lagi. Kuat tidak datang dengan sendiri. Tenang pasti akan menyusul nanti. “Lahaulawalaquwataillah billah...” @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramSeorang penyair berkata: Hiasan seorang pemuda, dikalangan manusia adalah kesihatan akalnya, meskipun penghasilannya terlarang. Aib seorang pemuda, dikalangan manusia adalah sedikit akalnya, meskipun keturunan dan nasabnya mulia. Kehidupan pemuda dikalangan manusia ada dalam akalnya. Sesungguhnya ilmu dan pengalamnya mengalir berdasarkan akalnya. Kurnia Allah yang paling utama kepada seseorang adalah akalnya, tiada satu pun bisa menandinginya. Jika Tuhan Maha Pengasih menyempurnakan akal seseorang, maka perilaku dan tujuannya benar benar telah sempurna. Adabud Dunya Wad Din Imam al-Mawardi @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramBangunlah tengah malam, hai orang orang yang merasa berdosa. Bukalah jendela dari rumahmu di waktu alam hening dan diam, sementara makhluk tenggelam dalam tidur. Engkau akan dapat berkata kata dan bersahut sahutan mulut dengan Tuhanmu Jiwamu akan mendengar seruan-Nya meskipun telingamu akan tetap pekak. Hatimu akan lihat tangannya melambai, meskipun matamu tidak memandang. Serulah Dia dengan merendahkan diri. Buya Hamka @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramPanjang Umur Di Dalam Ketaatan Jika setiap panjang umur itu dihabiskan dalam taat dan bakti kepada Allah, maka kebajikan-kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meningkat tinggi Sebaliknya, jika panjang umur itu dihabiskan kepada maksiat dan menderhakai Allah, maka yang demikian itu adalah bala' dan celaka kerana ia akan menambah kejahatan dan memperbanyak dosa. Justeru, modal untuk membolehkan anda membeli kebahagiaan yang abadi dari Allah adalah umur anda. Waspadalah, jangan sampai anda membelanjakan masa anda, hari anda, saat anda dan nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermanfaat, kelak anda akan menyesal dan berdukacita sesudah mati. Ketika itu barulah anda sedar, bahawa anda telah menyia nyiakan umur anda di masa hidup di dunia dahulu. Nota Kuliah Nasihat Agama Wasiat Iman @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в Telegram“Hasbunallah wanikmal wakil”100% berserah pada Allah. Usaha, doa dan tawakkal. Tak minta kaya, minta untuk rasa cukup dan ada duit diwaktu memerlukan. 🥺🙌🏻 Allah uji tanda Allah sayang. Allah takkan berhenti berikan ujian kepada mereka yang Dia sayang. Andai kita terjatuh tersungkur dengan keadaan sekeliling sekalipun, Allah akan angkat kita dengan kasih sayangNya. Yakin dengan rezeki dari Allah, kita beri Allah akan bagi lebih pada kita, berserah padaNya, percaya pada Dia, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan takut dengan rezeki atas muka bumi tapi takut lah amalan kita dekat akhirat nanti, banyak-banyak lah berbuat baik dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita ini. Bersangka baik kepada Allah.🤍 @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramKita selalu diuji. Macam tak pernah habis. Iya kita sedar kita banyak dosa. Tuhan nak balas dendam ke? Tidak sama sekali. Tuhan cuma nak selamatkan kita. Kerana dengan ujian sahaja kita akan kembali dekat dengan Dia. Mengadu dan berharap. Bersabarlah. Allah sayangkan kita. Setiap ujian yang Allah titipkan bukan untuk melemahkan, tapi untuk menguatkan. Allah tahu itu berat, tapi Allah juga tahu kamu mampu menghadapinya. Hari ini sedih, esok lusa boleh jadi ada khabar bahagia. Sangat mudah bagi Allah mengubah situasi sulit jadi indah. Jangan berhenti berprasangka baik pada Allah. Jangan khawatir, kerana Allah yang punya takdir. Kerana setiap luka dan ujian adalah tanda cintaNya. Di sebalik setiap ujian, Allah menghadiahkan al-Quran sebagai penawar hati, penenang jiwa dan cahaya yang membimbing setiap langkah kehidupan. @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramHIKMAHNYA SAKIT. ALLAH memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNYA, dan banyak hikmahnya, bukti: 1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama ALLAH berbanding di waktu sihatnya. 2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun. 3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali. 4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan. 5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit. 6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar. 7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi. 8 ) Sakit itu gugur dosa. Anggota sakit akan mendapat penyucian. 9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya. 11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit. 12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama. 13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu. 14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya. Moga2 perkongsian ini ada manfaatnya .. Jom sama2 Zikir, Fikir, Syukur, Sabar & Redha.. Aamiin... 🤲 @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramAllah tidak akan memberikan apa yang selalu kita harapkan tetapi dia akan memberikan sesuatu yang kita perlukan. Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup kita, janganlah resah teruskan melangkah walau berkali-kali kau rebah. Kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancanganNya Maha hebat dan sempurna. Walaupun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan, kita terpaksa merasa perit seketika, kita terjatuh berulang kali, kecewa berkali-kali, sedih tak terhingga. Tapi itu semua diturunkan untuk kita menjadi lebih kuat dan semakin hebat. Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita. Sesungguhnya tiada yang namanya ‘kebetulan’. Kerana.. Setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan sesuatu yang salah, supaya kita kenal erti 'betul’. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan seuatu yang betul, supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain. Yang hitam itu tidak semestinya kotor. Yang putih itu tidak semestinya bersih. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Takdir Allah itu terlalu indah. Sehebat apapun kita merencanakan sesuatu. Tetap takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita. Ingatlah.. Allah selalu memberikan kelebihan di balik kekurangan. Allah selalu memberikan kekuatan di balik kelemahan. Allah selalu memberikan senyum di balik kesedihan. Yakinlah.. Kebahagiaan itu akan hadir juga pada waktunya. Sesuai kehendakNya. Sesuai takdirNya. @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramПереслано из Da'wah from➳♥to heArt
Kadang kita tak mampu ubah dunia dengan harta yang banyak… Tapi dengan RM25 untuk Iqra’ atau RM39 untuk Al-Quran, mungkin lahir seorang insan yang membaca, memahami dan mengamalkan kalam Allah kerana asbab kita. Rezeki yang dikongsi tak pernah mengurangkan… Malah jadi saham akhirat yang terus mengalir walau kita sudah tiada. Marilah berkongsi rezeki dgn berinfaq iqra/alquran🤗 Www.wasap.my/601163361992/NakInfaqIqra
Открыть в TelegramMUHASABAH DIRI Kehidupan di dunia ini bukan kehidupan yang sebenar dan hakiki melainkan ia hanyalah tempat persinggahan untuk mencari bekal. Bekal untuk menuju ke mana? Tak lain tak bukan menuju ke negeri abadi dan hakiki yakni hari akhirat. Hari yang tiada penghujung. Hari di mana kematian itu sendiri dimatikan. Jadi, rugilah manusia yang masih menganggap dunia ni tempat untuk bersedap-sedap dan berseronok-seronok. - Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в Telegram“Doa Memohon Perlindungan Allah Ketika Menghadapi Kesusahan dan Permusuhan.” Soalan : Apakah doa yang harus kita baca jika berhadapan dengan orang yang buruk akhlaknya suka membuat fitnah dan melakukan permusuhan sesama muslim? Jawapan : Membaca Doa Agar Terhindar Dari Kesulitan اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِن الهَمّ وَ الحَزَنْ, وَ العَجْزِ وَ الكَسلْ, وَ البُخْلْ وَ الجُبْنِ,وَ ضَلَعِ الدَينِ, وَ غَلَبَتِ الرِ جَا لْ "Allahumma inni a-‘udzuubika minal hammi walhazan, wal-‘ajzi wal kasal, wal bukhli wal jubni, wa dhola’iddayin, wa gholabatilrrijal" Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa gelisah dan sedih, lemah dan malas, pengecut dan kikir, dibebani hutang (dhala’id dain) dan dikuasai manusia (ghalabatir rijal).” (HR. Bukhari No. 364, 2736, 6002, Muslim No. 1365, Ahmad No. 12616, Al Baihaqi dalam As Sunan Al Kubra No. 12535, Abu Ya’la No. 3703, Ath Thabarani dalam Ad Du’a No. 1349, dan lain-lain.) Doa apabila takut terhadap sesuatu golongan : “Hasbunallahu wani’ mal wakil” maksudnya: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepaad-Nya segala urusan kami). (Hadis Riwayat Imam Bukhari no. 4563) @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramBersabarlah wahai insan Menjalani kehidupan. Jangan berasa putus asa dgn ujian Yang Allah turunkan. Allah menguji keimananmu dia melihat sejauh mana kekuatanmu ketabahanmu dan kesabaranmu Allah tahu setiap ujian Allah berikan padamu dia tahu kamu mampu menghadapinya dan menjalaninya. Allah menguji keimanan mu. Allah ingin mendengar rintihan doa seberapa cintamu terhadapNya. "Ketika kehidupan tidak sesuai dengan harapan, jangan merasa sedih, kerana saat itu Allah sedang menguji keimananmu. Dan syukuri apapun pemberianNya, kerana itu lebih baik daripada sebuah harapan". Yakinlah bahawa janjiNya itu pasti. Maka nikmati saja setiap suka duka dalam setiap perjalanan yang kamu tempuhi. Kerana pada akhirnya kebahagiaan kelak yang akan kau raih. Tenanglah dalam lara, sabarlah dan redha. Ujian itu tak akan lama. Percayalah bahawa janjiNya adalah nyata. Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya, Sebab Dia-lah yang lebih tahu mana yang terbaik untukmu saat ini dan nanti. Maka tetap istiqomahlah dalam doa dan taqwa, Kerana cintaNya padamu sedang menguji keimanan mu. Dan yakinlah bahwa segala ujian dan cubaan yang menimpamu tak akan pernah sia-sia jika engkau redha. Kerana ada buah manis dari pahala yg telah Allah siapkan untukmu. Sentiasa berbaik sangkalah padaNya, bahwa dibalik letih dan sakitmu semua pasti ada hikmah dan rahmatnya. @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в TelegramHukuman yang paling berat ialah dikurniakan hati yang tidak bersyukur. Bila di atas masih kecewa kerana ada yang lebih atas. Bila di bawah, rasa terhina dan berputus asa. Bila kaya masih diburu rasa tidak cukup. Bila miskin terseksa oleh hasad dengki kepada sikaya yang tidak pernah reda... Sedarlah, ketika kita menangis akan kehilangan sesuatu masih tergenggam di tangan kita nikmat yang beribu. Ketika kita berduka dengan berlakunya satu takdir, masih ada insan lain yang lebih berat ujiannya tetapi imannya tidak pernah mungkir. Ustaz Pahrol Mohd Juoi @DakwahMujahidah_SNH
Открыть в Telegram