Program YLC salah satu program yang dirangka berfokuskan tarbiyah kepada para pemuda. Kita bersama menganalisa manhaj haraki ( pergerakan) dakwah Rasulullah S.A.W dan menanamkan semangat perjuangan dalam setiap jiwa pemuda berdasarkan realiti kehidupan di zaman ini.. Yang lebih penting.. impak selepas program untuk sama-sama mentarbiyah diri.. Itulah fokus team muassis untuk menjadikan tarbiyah sebagai fokus utama.. bekalan buat para pemuda menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian…
Открыть в TelegramMuassis
Tarbiah | Dakwah | Komuniti Platform Tarbiah Pilihan Anda Menghidangkan anda tazkirah dan taujihat yang santai tapi menggugah jiwa!
Средние просмотры поста по дням
По дню публикации
Показать таблицей
| Дата | Просмотров на пост |
|---|---|
| 17 нояб. 2026 г. | 402 |
| 18 нояб. 2026 г. | 2 420 |
| 19 нояб. 2026 г. | 292 |
Самые просматриваемые за месяц
- 01Просмотры2,42 тыс.Пересылки—Реакции2Комментарии—
- 02Просмотры402Пересылки—Реакции3Комментарии—
- 03Просмотры292Пересылки—Реакции3Комментарии—
Новые посты
👨🏻🎓 DEEN vs DEAN LIST STUDENT🌟 Bila masuk universiti, tentu sekali pencapaian CGPA menjadi concern utama & matlamat anda 📈💯 Masing-masing pun mengejar title Anugerah Dekan atau Dean's List kan? 👨🏻🎓📜 Tetapi, sebagai mahasiswa, betul ke hanya sekadar itu sahaja yang kita patut kejar? 🤔 Dalam mencari langkah, anda tentu ada persoalan dalam mengenal identiti diri anda yang sebenar ❓ Jom sertai kami dalam satu perkongsian yang bakal memberikan anjakan paradigma anda sebagai seorang mahasiswa! Kami akan adakan sharing daripada seorang pelajar PhD, Saudara Azyulail Azra Samsuddin👨🏻🎓 yang bertajuk Deen vs Dean List Student ! Butiran sesi adalah seperti berikut: 🗓️ Jumaat, 20 November 2026 ⏰ 8.00-10.00 malam 📌 Surau FEP, UKM 🌭 Jamuan ringan disediakan Daftar dengan klik pautan berikut: https://forms.gle/7bxUMEg3Q8SLsPNy5 #muassisUKM #muassis
Открыть в Telegram🎬 Recap Youth Leadership Camp: The Untold Blueprint Alhamdulillah dengan izin Allah, 13–15 November yang lalu, seramai 40 mahasiswa dari UPTM, UNITEN, GMI, UiTM Puncak Alam dan universiti lain berkampung 3 hari di Hulu Langat untuk menimba suatu pengalaman luar biasa dan skill kepimpinan berbeza daripada yang lain. 📌 Apa yang unik tentang Youth Leadership Camp: “The Untold Blueprint”? Satu rahsia tentang perubahan. Iaitu perubahan cara pandang: “antara rutin dan ibadah” dan “daripada dipimpin menjadi pemimpin bagi ummah” Antara yang peserta lalui: • Slot sharing bersama Dr. Hairul Anuar & Ts. Dr. Adam Tan • Qiyamullail, Al-Ma’thurat & tazkirah setiap pagi • Team building, jungle trekking & aktiviti sungai • Masak dan makan bersama, ukhuwah merentas universiti 🎥 Tonton montage sampai habis, dan rasai sendiri suasananya. 👉 Nak sertai batch seterusnya? DM kami untuk sign up program akan datang!
Открыть в TelegramПереслано из IMAN Malaysia
Episod ke-60 audio siar IMAN Sekejap kali ini mengimbau kembali peristiwa bersejarah dan berdarah Taufan al-Aqsa selepas 3 tahun ia berlaku. Bersama-sama dengan hos Inche gabbana dan Bro Fa dengan tetamu jemputan, Dr Hairul Anuar, mereka merungkai adakah perjuangan membebaskan Palestin masih hidup dan membara atau sudah lesu dan tidak bermaya. Mereka juga mengupas apakah rahsia dan formula bagi memastikan perjuangan naratif isu Palestin ni akan sentiasa malar dan segar. Akhir sekali, Dr Hairul berkongsikan apakah ibrah dan hikmah peristiwa 7 Oktober kepada umat Islam seluruh dunia. Tonton episod ke-60 IMAN Sekejap di sini: https://youtu.be/lIoadwQmQhk?si=0I4WEM-kivuRjek7 Subscribe channel IMAN Malaysia sebagai tanda sokongan anda dan sila sebar-sebarkan kepada keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga. Moga bermanfaat! IMAN Malaysia Menegakkan Akidah, Mendaulatkan Syariah
Открыть в TelegramПереслано из Fikrah Al Banna
Menuju ke Kemuliaan Pernah satu ketika Abu Muslim Al-Khaulani masuk ke dalam sebuah masjid. Beliau melihat satu halaqah, lalu menyangka mereka sedang berzikir kepada Allah. Maka beliau duduk bersama mereka. Namun rupa-rupanya mereka sedang berbicara tentang dunia. Lalu beliau berkata: “Subhanallah! Tahukah kalian perumpamaan aku dengan kalian? Ia seperti seorang lelaki yang ditimpa hujan lebat yang mencurah-curah. Lalu dia ternampak sebuah rumah besar dengan dua pintu, maka dia berkata: ‘Kalaulah aku masuk ke dalam rumah ini sehingga hilang daripadaku gangguan hujan ini.’ Maka dia pun masuk. Namun rupa-rupanya rumah itu tidak mempunyai bumbung. Aku duduk bersama kalian dengan harapan kalian berada dalam kebaikan dalam zikir kepada Allah tetapi rupa-rupanya kalian adalah pencinta dunia.” Perumpamaan ini sangat memberi kesan kepadaku. Aku melihat di dalamnya gambaran keadaan sebahagian kelompok da‘i apabila mereka lalai daripada tarbiyah. Apabila perbualan mereka dipenuhi tentang harta, harga barang, wanita dan kereta… Maka tunduklah tengkuk-tengkuk mereka kepada dunia… Sedangkan jalan menuju kemuliaan menolak semua itu. Dan ayat-ayat Allah pula datang memberi peringatan agar manusia bersifat qana‘ah. Allah Ta‘ala berfirman: “Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia untuk Kami menguji mereka dengannya. Dan rezeki Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.” Surah Taha: 131 Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
Открыть в TelegramПереслано из Fikrah Al Banna
Ketika seorang pemuda yang cerdas, mulia, bersederhana dan menjaga kehormatan dirinya sedang berjalan, tiba-tiba dia dihalang oleh seorang lelaki tua yang mulia. Lelaki itu bertanya kepadanya: “Siapakah engkau, wahai anak muda?” Pemuda itu pun menjawab. Lalu lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah datukmu dan apakah asal-usul keturunanmu?” Pemuda itu menjadi bingung, tidak mampu memberikan jawapan. Maka lelaki tua itu menggoncang bahunya lalu berkata: “Datukmu adalah si fulan, wahai anakku. Engkau dibesarkan sebagai anak yatim dan mereka telah menahan daripadamu hak warisanmu. Padahal engkau memiliki kekayaan yang telah mereka rampas ketika engkau masih kecil. Maka bangkitlah, sedarlah, dan ubatilah kefakiranmu.” Kemudian dia mengajarnya asas-asas perniagaan, sehingga pemuda itu menjadi kaya dan mencapai kedudukan yang tinggi. Demikianlah engkau, wahai pendakwah yang asing, yang membesar di tengah orang-orang yang tamak dan tetap berpegang dengan fitrah di tengah golongan yang menyimpang. Sesungguhnya para pendahulumu telah meninggalkan untukmu warisan berupa hikmah, nasihat, pengalaman, dan prinsip-prinsip muamalah. Namun engkau telah dihalang daripadanya oleh media yang memutarbelit dan sistem pendidikan yang melemahkan. Padahal engkaulah yang paling berhak menikmati pemandangan terbitnya fajar cita-cita itu agar engkau menyelusuri medan amal dengan manhaj yang jelas dan terang.” Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid Artikel-Apabila cita-cita menguasai
Открыть в TelegramПереслано из Fikrah Al Banna
Pembinaan Hati sebelum Akal Adakah kita hidup di zaman “Keyatiman Tarbawi”
Открыть в TelegramПереслано из Fikrah Al Banna
Mungkin dalam umat ini terdapat orang-orang berilmu, orang-orang kaya, dan mereka yang memiliki kekuatan. Namun, mereka tidak memberi manfaat apa-apa kepada umat mereka yang memerlukan tidak dengan ilmu mereka, tidak dengan harta mereka dan tidak dengan kekuatan mereka. Sebabnya ialah mereka tidak dididik dengan tarbiah yang membuka mata mereka tentang cara memanfaatkan dengan sebaiknya segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka. Akhirnya, harta, bakat dan kekuatan mereka pun tumpah begitu sahaja ke tanah tanpa memberi sebarang hasil.
Открыть в TelegramAnda dah mula berpuasa sunat enam Syawal? Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim) Jom jom! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran berpuasa selama setahun! 😊
Открыть в TelegramПереслано из Dunia Palestin 🇵🇸
Hari ini rakyat Palestin memperingati ulang tahun ke-22 pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin terdahulu gerakan Hamas. Pada tarikh ini pada tahun 2004, Israel melaksanakan satu operasi pembunuhan berprofil tinggi ketika ulama berusia 67 tahun yang lumpuh sepenuhnya itu sedang ditolak keluar dari sebuah masjid di Bandar Gaza selepas menunaikan solat Subuh. Operasi tersebut dilaksanakan menggunakan helikopter Apache Israel yang menembakkan tiga peluru berpandu Hellfire secara langsung ke arah syeikh, mengakibatkan beliau terbunuh serta-merta bersama beberapa pengawal peribadi dan orang awam yang berada di lokasi. Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Открыть в TelegramСвязи
Похожие каналы
✖️ Tazkirah Agama ✖️@tazkirahagamaРелигия5,93 тыс.
Bumi Mikraj - Berita Palestin@bumimikrajРелигия4,2 тыс.
Komuniti Dakwah Tarbiah@komunitidakwahtarbiahРелигия3,81 тыс.
Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia@yayasanikhlasmalaysiaРелигия8,38 тыс.
🕊PenaDakwah✒ツ@penadakwahРелигия3,28 тыс.
Dakwah Psychology@dakwahpsychologyРелигия3,19 тыс.
Dr Rozaimi Ramle's Channel@drrozaimiРелигия9,43 тыс.- Tolak WAHABI@tolakwahabiРелигия3,13 тыс.