Jangan tunggu Ramadan dah dekat baru teringat hutang puasa. Kadang-kadang kita bukan sengaja nak tangguh. Tapi bila sibuk dengan kerja, keluarga dan urusan harian, tahu-tahu Ramadan seterusnya dah semakin hampir. Kalau masih ada puasa yang belum diganti, sekarang masa yang baik untuk semak semula. Macam mana cara qada puasa yang betul? Perlu buat berturut-turut ke? Dan apa jadi kalau masih belum selesai sebelum Ramadan seterusnya? 👉🏻 Baca panduan penuh di sini: https://yayasanikhlas.org.my/cara-qada-puasa/ #YayasanIkhlas
Open in TelegramPosts of Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia
EKUINAS RAI ANAK-ANAK RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini menjadi lebih bermakna buat anak-anak di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras menerusi Program CSR “Sehari Menjadi Juara” bersama Ekuinas dan Yayasan Ikhlas pada 22 November 2026. Pelbagai aktiviti interaktif dijalankan bagi menceriakan suasana serta membantu anak-anak membina keyakinan, kreativiti dan semangat bekerjasama. Antara momen yang paling manis ialah apabila anak-anak dapat berkumpul bersama menikmati kek coklat istimewa daripada Gula Cakery. Ekuinas turut menyumbangkan barangan keperluan serta bantuan baik pulih asrama, demi menyediakan persekitaran yang lebih selesa buat mereka. Terima kasih Ekuinas atas keprihatinan dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini bersama Yayasan Ikhlas. #YayasanIkhlas
Open in TelegramRM10,000 DIPERLUKAN UNTUK BAWA MISI INI KE SEMPORNA Sekumpulan mahasiswa UIAM sedang berusaha menjayakan HALO Semporna 2026, sebuah projek komuniti yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas pada 3–7 Disember ini. Bukan sekadar datang dan pulang. Misi ini dirancang untuk membawa pendidikan halal dan tayyiban, bimbingan kepada peniaga kecil, sokongan pendidikan, bantuan buat anak yatim dan asnaf serta aktiviti komuniti kepada sekitar 200 penerima di Semporna. Tetapi untuk semua ini bergerak, mereka perlukan bantuan kita. 🎯 SASARAN DANA: RM10,000 Tak perlu tunggu mampu beri banyak. RM10, RM20 atau RM50 pun cukup bermakna bila kita buat sama-sama. 💳 SUMBANGAN TERUS RHB BANK Yayasan Ikhlas No. Akaun: 21245760028679 Rujukan: HALO Semporna Atau sumbang secara online: 👉🏻 https://sedekahsini.com/halo-semporna/ Selepas menyumbang, bantu kami SHARE posting ini. Mungkin satu perkongsian kita menjadi sebab dana ini cukup dan mahasiswa ini dapat membawa ilmu, bantuan serta harapan kepada komuniti di Semporna. #YayasanIkhlas #HALOSemporna
Open in Telegram72 KANAK-KANAK DISANTUNI MENERUSI MODUL KIT EMOSI DI PPS KUALA SELANGOR 21 NOVEMBER 2026 | SABTU Misi santunan kanak-kanak di PPS diteruskan lagi! Hari ini, CDA Yayasan Ikhlas sekali lagi menyantuni kanak-kanak di dua buah PPS di Kuala Selangor, iaitu PPS SRA Bt. 8 Ijok dan PPS SK Jaya Setia, atas permintaan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor. Alhamdulillah, seramai 72 orang kanak-kanak telah disantuni menerusi aktiviti Modul Kit Emosi (Psychological First Aid – PFA) bagi membantu mereka mengekspresikan emosi serta mencipta ruang untuk bergembira sepanjang berada di PPS. Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong Misi Bantuan Bencana Monsun Timur Laut Yayasan Ikhlas. Setiap sumbangan anda membawa sinar kegembiraan buat mereka yang memerlukan. 🌐 Salurkan sumbangan di misibantuan.com #YayasanIkhlas
Open in TelegramRamadan lepas ada puasa yang tertinggal ketika hamil? Kadang-kadang selepas Ramadan berlalu, kita terlupa nak semak semula berapa hari puasa yang tertinggal dan apa yang perlu diselesaikan. Tak perlu rasa terbeban. Mulakan dengan semak satu persatu. Kalau masih ada kewajipan yang belum selesai, mungkin sekarang masa yang baik untuk mula semak dan tunaikan. Tunaikan fidyah bersama Yayasan Ikhlas. https://yikhlas.fund/bayar-fidyah #YayasanIkhlas
Open in Telegram