COB REIMBURSEMENT CLAIM Q: Untuk COB yang menggunakan Pay & Claim, bila boleh dapat reimbursement? A: Setiap bulan 23hb adalah cut-off date untuk claim yang telah lengkap dan approved. 💰 Bayaran reimbursement akan dibuat pada atau sebelum 14hb bulan berikutnya, terus ke akaun bank ahli yang berdaftar. ⚠️ Jika claim belum approved sebelum cut-off 23hb, bayaran akan masuk ke cycle bulan berikutnya.
Open in TelegramPosts of Wekongsi Q&A (BM)
Q : Jika ahli warded dan eMAS keluarkan Initial GL RM2,500, adakah ini bermaksud bil hospital hanya boleh sampai RM2,500? Bagaimana kalau doktor nak buat operation atau further treatment? A: Initial GL RM2,500 ialah jaminan awal untuk kemasukan hospital, bukan had maksimum keseluruhan bil rawatan. Jika doktor perlu melakukan operation atau further treatment, pihak hospital perlu menghantar treatment plan, medical report dan anggaran kos kepada eMAS untuk semakan serta kelulusan lanjut. Selepas rawatan selesai, hospital akan menghantar final bill kepada eMAS untuk semakan. Setelah diluluskan, Final Guarantee Letter (FGL) akan dikeluarkan bagi mengesahkan jumlah akhir yang diluluskan sebelum proses discharge diselesaikan. Ahli perlu membayar Co-Share maksimum RM500 bagi setiap admission, serta caj lain yang tidak layak dikongsi, jika ada. Semua kelulusan tertakluk kepada penilaian eMAS dan WeKongsi Program Guidelines. ⚠️Initial GL bukan Final GL. Jangan salah faham apabila nampak jumlah RM2,500!
Open in TelegramQ: Kalau akaun saya sudah Terminate, kemudian saya Reinstate / Reactivate semula, apa status akaun saya? A: Selepas akaun berjaya diaktifkan semula, status akan menjadi “Reactivating”. Tempoh pengaktifan semula adalah: 🏥 Inpatient Benefit ➡️ Selepas 30 hari, manfaat Inpatient akan kembali aktif. 🩺 Outpatient Benefit (COB) ➡️ Selepas 90 hari, manfaat Outpatient akan kembali aktif. Senang faham: Terminate → Reinstate / Reactivate → Reactivating → 30 hari Inpatient aktif → 90 hari Outpatient aktif
Open in TelegramQ: Jika withdraw / terminate daripada WeKongsi, baki Sharing Account saya boleh refund tak? A: Ya. Jika anda withdraw atau keahlian anda ditamatkan, baki Sharing Account yang masih belum digunakan boleh dimohon untuk refund. ✅ Permohonan refund perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh termination. ✅ Klik butang “Refund” dalam Member Portal untuk membuat permohonan. ✅ Refund akan dipindahkan ke akaun bank eMandate ahli. ✅ Proses refund mungkin mengambil masa sehingga 30 hari. ⚠️ Jika anda tidak membuat permohonan refund dalam tempoh 60 hari, baki Sharing Fee tersebut akan digunakan untuk kos perubatan komuniti yang akan datang.
Open in TelegramQ: Kalau saya perlukan ubat, adakah saya mesti buat Teleconsult dulu? A: Tak semestinya. 😊 Jika ubat tersebut tidak memerlukan preskripsi, anda boleh terus walk-in ke Alpro farmasi peserta untuk mendapatkannya. *BERITAHU UNDER HEYDOC HEATLH* Jika ubat yang diperlukan memerlukan preskripsi seperti antibiotik atau ubat terkawal tertentu, barulah anda perlu melalui Teleconsult terlebih dahulu untuk mendapatkan e-preskripsi. 📱 Semak senarai farmasi peserta dalam aplikasi MiCare sebelum pergi. Senang faham: 🔸Tak perlu preskripsi ➜ Terus Walk-in ✅ 🔸Perlu preskripsi ➜ Teleconsult → E-Preskripsi → Ambil Ubat ✅
Open in TelegramQ: Kenapa WeKongsi terkini macam naik harga banyak? A: Sebenarnya WeKongsi bukan naik harga , Yuran Keahlian masih kekal sama. Yang berubah hanyalah Sharing Deposit, bukan Yuran Keahlian. Sharing Deposit ini digunakan untuk perkongsian kos perubatan sesama ahli — bukan bayaran yang terus habis sekaligus. 💡 Kalau anda jenis kurang disiplin nak jaga baki Sharing Deposit atau tak mahu pening fikir bila perlu Top Up: Anda boleh pilih Monthly Billing. ✅ Tetap RM75 sebulan untuk Sharing Deposit ✅ Tak perlu risau bila nak Top Up ✅ Lebih mudah untuk urus bajet bulanan Senang faham: Yuran Keahlian → Tak Naik ✅ Sharing Deposit → Ada perubahan ✅ Nak lebih mudah → Pilih Monthly Billing RM75/bulan ✅ Jadi ahli boleh pilih cara pembayaran Sharing Deposit yang lebih sesuai dengan cara mereka urus kewangan.
Open in TelegramQ: Adakah COB Episode akan luput? A: Tidak. ✅ COB Episode boleh dibawa ke hadapan (Carry Forward) tanpa had masa. Episod yang tidak digunakan tidak akan hangus. Ahli boleh mengumpulkan sehingga maksimum 8 Episode. Episode hanya akan digunakan apabila ahli menggunakan manfaat COB (Conditional Outpatient Benefit).
Open in TelegramQ: Apa fungsi Sharing Deposit? A: Sharing Deposit RM150 / RM300 adalah tabung yang digunakan untuk menolak perkongsian bulanan (Monthly Sharing). Apabila anda menjadi ahli: 📌 Standard Plan → Sharing Deposit RM150 📌 Deluxe Plan → Sharing Deposit RM300 ⸻ Contoh (Standard Plan) 🫙 Sharing Deposit RM150 ⬇️ Hari ke-91 dan seterusnya Perkongsian bulan ini RM35 ⬇️ RM150 - RM35 = RM115 ✅ Tidak perlu top up ⬇️ Bulan berikutnya Perkongsian RM30 RM115 - RM30 = RM85 ✅ Tidak perlu top up ⬇️ Bulan seterusnya Perkongsian RM45 RM85 - RM45 = RM40 ⚠️ Baki telah kurang daripada RM75 Sistem akan menghantar notifikasi untuk top up RM110 Supaya baki kembali kepada RM150 Ringkasnya ✅ Apabila baki kurang daripada RM75, ahli hanya perlu top up semula kepada RM150 (Standard) atau RM300 (Deluxe) 💡 Bayangkan Sharing Deposit seperti sebuah tabung. Setiap bulan, perkongsian akan ditolak daripada tabung tersebut. Apabila baki rendah, anda hanya perlu tambah semula supaya tabung mencukupi untuk perkongsian yang seterusnya.
Open in TelegramQ: Bila akan dikira sebagai Episode baharu untuk COB? A: Episode baharu akan dikira jika: • Diagnosis berbeza • Lawatan melebihi 7 hari daripada lawatan sebelumnya • Bukan rawatan susulan bagi diagnosis yang sama di klinik yang sama 📌 Contoh 1 8/6 : Virus Fever 13/6 : Virus Fever Klinik yang sama ✅ Hanya 1 Episode dikira (Sebab diagnosis sama dan dalam tempoh 7 hari) 📌 Contoh 2 8/6 : Virus Fever 16/6 : Virus Fever 2 Episode dikira ⚠️(Sebab melebihi 7 hari)⚠️ 📌 Contoh 3 8/6 : Virus Fever 13/6 : URTI ❌ 2 Episode dikira (Sebab diagnosis berbeza) 📌 Ringkasnya: ✅ Diagnosis sama + Klinik sama + Dalam 7 hari = 1 Episode sahaja ❌ Diagnosis berbeza atau melebihi 7 hari = Episode baharu akan dikira
Open in TelegramQ: Hari ini saya daftar dan bayar RM360. Bila perlu bayar lagi? A: Jika anda memilih Yearly Membership, yuran keahlian RM360 akan dikenakan setiap 12 bulan (setahun sekali). 📌 Contoh: • 6/6/2026 → Bayar RM360 • 6/6/2027 → Bayar RM360 • 6/6/2028 → Bayar RM360 • 6/6/2029 → Bayar RM360 Dan seterusnya setiap 12 bulan. ====================== Q: Hari ke-60 perlu bayar RM150 Sharing Deposit. Apa fungsi Sharing Deposit? A: Sharing Deposit adalah tabung yang digunakan untuk menolak perkongsian bulanan (monthly sharing). Contohnya: 🫙 Hari ke-60 Sharing Deposit = RM150 ⬇️ 📌 Bulan Mac Perkongsian = RM35 RM150 - RM35 = RM115 ✅ Tidak perlu top up ⬇️ 📌 Bulan April Perkongsian = RM30 RM115 - RM30 = RM85 ✅ Tidak perlu top up (Kebab baki masih melebihi RM75) ⬇️ 📌 Bulan Mei Perkongsian = RM45 RM85 - RM45 = RM40 ⚠️ Baki telah jatuh di bawah RM75 Ahli perlu top up: RM110 + RM1 caj perkhidmatan RM40 + RM110 = RM150 ✅ Tabung kembali kepada RM150
Open in TelegramQ: Hari ini saya daftar dan bayar RM100 yuran keahlian. Bila saya perlu bayar lagi? A: Jika anda memilih Quarterly Membership, yuran keahlian akan dikenakan setiap 3 bulan. Contohnya: 📌 Hari ini daftar → Bayar RM100 📌 Selepas 3 bulan → Bayar RM100 📌 Selepas 6 bulan → Bayar RM100 📌 Selepas 9 bulan → Bayar RM100 ====================== Q: Hari ke-60 perlu bayar RM150 Sharing Deposit. Apa fungsi Sharing Deposit? A: Sharing Deposit adalah tabung yang digunakan untuk menolak perkongsian bulanan (monthly sharing). Contohnya: 🫙 Hari ke-60 Sharing Deposit = RM150 ⬇️ 📌 Bulan Mac Perkongsian = RM35 RM150 - RM35 = RM115 ✅ Tidak perlu top up ⬇️ 📌 Bulan April Perkongsian = RM30 RM115 - RM30 = RM85 ✅ Tidak perlu top up (Kebab baki masih melebihi RM75) ⬇️ 📌 Bulan Mei Perkongsian = RM45 RM85 - RM45 = RM40 ⚠️ Baki telah jatuh di bawah RM75 Ahli perlu top up: RM110 + RM1 caj perkhidmatan RM40 + RM110 = RM150 ✅ Tabung kembali kepada RM150
Open in TelegramQ: Hari ini saya daftar dan bayar RM40. Bila perlu bayar lagi? A: Jika anda memilih Monthly Membership, yuran keahlian RM40 akan dikenakan setiap 30 hari dan Sharing Deposit adalah tabung yang digunakan untuk menolak perkongsian bulanan 📌 Contoh: • 6/6/2026 → Bayar RM40 • 6/7/2026 → Bayar RM40 • 5/8/26 atau 6/8/26→ Bayar RM40 • 4/9/26 atau 5/9/26→ Bayar RM40 Dan seterusnya setiap 30 hari. ====================== Hari ke-60 perlu bayar RM150 Sharing Deposit. Sharing Deposit adalah tabung yang digunakan untuk menolak perkongsian bulanan Contohnya: 🫙 Hari ke-60 Sharing Deposit = RM150 ⬇️ 📌 Bulan Mac Perkongsian = RM35 RM150 - RM35 = RM115 ✅ Tidak perlu top up ⬇️ 📌 Bulan April Perkongsian = RM30 RM115 - RM30 = RM85 ✅ Tidak perlu top up (Kebab baki masih melebihi RM75) ⬇️ 📌 Bulan Mei Perkongsian = RM45 RM85 - RM45 = RM40 ⚠️ Baki telah jatuh di bawah RM75 Ahli perlu top up: RM110 + RM1 caj perkhidmatan RM40 + RM110 = RM150 ✅ Tabung kembali kepada RM150
Open in TelegramQ: Jika saya selama 3 tahun tidak pernah warded, kemudian saya warded, adakah Co-Share RM500 boleh dapat semula? A: Boleh. Sebagai penghargaan kepada ahli yang menjaga kesihatan dan tidak me buat sebarang tuntutan kemasukan hospital, ahli yang tidak pernah warded selama 3 tahun berturut-turut layak memohon Reimbursement Co-Share RM500 apabila berlaku kemasukan ke hospital yang diluluskan. 📌 Syarat: • Tidak pernah membuat tuntutan warded selama 3 tahun berturut-turut • Kemasukan hospital diluluskan mengikut terma dan syarat program • Tertakluk kepada Program Guidelines yang berkuat kuasa ( Versi Jun 2026 ) Ini adalah salah satu manfaat tambahan untuk menghargai ahli yang terus menyokong program dan mengekalkan gaya hidup sihat.
Open in TelegramQ: Macam mana nak login MyMed App? Apa User ID dan Password saya? A: Ahli boleh login ke MyMed App menggunakan maklumat berikut: 📌 User ID: "WKS" + Nombor IC (tanpa simbol "-") 📌 Password: Tarikh Lahir (Format: ddmmyyyy) Contoh: IC: 800000-11-2222 User ID: WKS800000112222 Password: 00001980 Sekiranya terlupa User ID atau Password, sila hubungi MiCare Hotline di 1800-88-7940 atau email ke [email protected] untuk bantuan lanjut.
Open in TelegramQ: Jika saya tidak mahu COB, boleh ke saya tidak mengambilnya? A: Boleh. COB (Conditional Outpatient Benefit) adalah manfaat pilihan (optional benefit). Ahli boleh memilih sama ada ingin melanggan COB atau tidak. Jika ahli tidak mengambil COB: • Tidak akan dikenakan caj COB bulanan • Tidak boleh menggunakan manfaat COB seperti klinik panel, teleconsultation dan manfaat pesakit luar yang berkaitan • Had perkongsian bulanan maksimum adalah RM60 berbanding RM75 bagi ahli yang mengambil COB ⚠️ Namun, jika ahli memilih untuk tidak mengambil COB sekarang dan ingin mengaktifkannya semula pada masa hadapan, tempoh menunggu (waiting period) 90 hari akan dikenakan semula sebelum manfaat COB boleh digunakan. Pilihan bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing. Jika Anda nak Opt Out COB maafaat , Sila rujukan pdf : https://t.me/Wkfilegroup/295
Open in TelegramQ: Saya tidak mahu menggunakan Auto Debit atau Auto Top Up. Adakah ada pilihan lain? A: Ya. Ahli boleh memilih kaedah Monthly Billing. Di bawah kaedah ini, sistem akan mengenakan caj tetap RM75 sebulan untuk Deposit Perkongsian tanpa perlu mengekalkan baki Deposit Perkongsian RM150 dalam akaun. Kaedah ini sesuai bagi ahli yang lebih gemar membuat bayaran bulanan secara tetap berbanding menyimpan Deposit Perkongsian dan membuat top up apabila baki berkurangan. 📌 Ahli boleh memilih sama ada: • Menyimpan Deposit Perkongsian dan membuat top up apabila diperlukan; atau • Menggunakan kaedah Monthly Billing dengan caj tetap RM75 sebulan. *Tertakluk kepada Program Guidelines yang berkuat kuasa. sila rujukan : https://t.me/Wkfilegroup/297
Open in TelegramQ: Jika kawan saya bukan ahli WeKongsi, adakah saya boleh bantu dia bertanya tentang masalah kesihatan melalui Teleconsultation? A: Ya. Perkhidmatan Teleconsultation boleh digunakan untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor bertauliah MMC. Sekiranya anda ingin bertanya bagi pihak keluarga atau rakan mengenai sesuatu isu kesihatan atau ubat-ubatan (medicine), anda boleh berbuat demikian semasa sesi konsultasi.
Open in TelegramQ: WeKongsi ada Teleconsult atau Telemedicine? A: Ya. Ahli yang melanggan COB (Conditional Outpatient Benefit) boleh menikmati perkhidmatan Konsultasi Perubatan Dalam Talian (Teleconsultation) tanpa had melalui aplikasi MyMed dengan doktor bertauliah MMC. 📌 Jika ubat diperlukan: • Ahli boleh mengambil ubat di Farmasi Alpro yang terlibat; atau • Memilih perkhidmatan penghantaran ke rumah (tertakluk kepada caj penghantaran yang dikenakan). 📌 Manfaat COB: • Hanya untuk 17 jenis penyakit yang layak • Had perlindungan sehingga RM120 setiap konsultasi • Sehingga 8 kali setahun • Tertakluk kepada tempoh menunggu 90 hari dan terma serta syarat program Ahli dinasihatkan untuk menyemak kelayakan sebelum mendapatkan rawatan bagi memastikan manfaat COB boleh digunakan.
Open in TelegramQ: Setiap bulan perkongsian (Sharing) bagaimana berfungsi? A: Setiap bulan, jika terdapat ahli yang dimasukkan ke hospital dan kes mereka diluluskan mengikut terma program, kos rawatan tersebut akan dikongsi bersama oleh semua ahli yang layak. Jika jumlah kes yang perlu dikongsi adalah rendah, jumlah perkongsian juga akan menjadi lebih rendah. Jika tiada kes baharu yang perlu dikongsi pada bulan tersebut, tiada perkongsian baharu akan dikenakan. 📌 Contoh 1: RM100,000 ÷ 8,000 ahli = RM12.50 seorang 📌 Contoh 2: RM800,000 ÷ 8,000 ahli = RM100 seorang Namun, perkongsian bulanan adalah tertakluk kepada had maksimum: • Maksimum RM75 sebulan • Maksimum RM60 sebulan jika ahli tidak mengambil COB pada bulan tersebut 📌 Contoh 3: Tiada ahli yang warded pada bulan ini (RM0), tetapi terdapat baki carry forward RM40 daripada bulan sebelumnya.
Open in Telegram