Telegram mula menghantar amaran keselamatan kepada pengguna iPhone yang masih menggunakan versi iOS lama. Pengguna disarankan segera memasang kemas kini iOS terkini bagi mengurangkan risiko penggodaman dan kecurian data peribadi. https://wiser.my/pengguna-iphone-dengan-ios-lama-berisiko-digodam-telegram-mula-hantar-amaran
Open in TelegramPosts of Wiser MY
Tak perlu dekoder, tak perlu pemasangan dan kini tak perlu terikat dengan kontrak. Astro X3 boleh dilanggan pada harga promosi bermula RM39.99 sebulan untuk tiga bulan pertama. https://wiser.my/astro-x3-kini-ditawarkan-tanpa-kontrak-harga-promosi-bermula-rm39-99-bulan
Open in TelegramRakyat Malaysia kini boleh memperbaharui pasport melalui aplikasi MyGOV Malaysia, termasuk mengemukakan permohonan, membuat pembayaran secara dalam talian serta memilih pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tujuan pengambilan dokumen perjalanan itu. https://wiser.my/pasport-kini-boleh-diperbaharui-melalui-aplikasi-mygov-malaysia
Open in TelegramHONOR Magic9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan harga RM5,999. https://wiser.my/honor-magic9-pro-max-dilancar-di-malaysia-pada-harga-rm5999
Open in TelegramPresiden AS, Donald Trump menyifatkan keputusan NVIDIA melantik semula Jensen Huang sebagai CEO sebagai langkah yang tepat dan wajar. Menurut Trump, kerajaan AS tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kepulangan Huang menimbulkan risiko kepada keselamatan negara. https://wiser.my/trump-kata-keputusan-nvidia-bawa-kembali-jensen-huang-tepat-dan-wajar
Open in TelegramJensen Huang dilantik semula sebagai CEO NVIDIA artikel penuh - https://wiser.my/jensen-huang-dilantik-semula-sebagai-ceo-nvidia-serta-merta
Open in TelegramSelalu juga orang tanya Xiaomi 18 Pro Max atau Xiaomi 17 Ultra? Ni perbezaan antara dua telefon flagship Xiaomi. Perbandingan penuh boleh tengok di https://wiser.my/banding/xiaomi-18-pro-max-lwn-xiaomi-17-ultra
Open in TelegramSelepas 33 tahun menerajui NVIDIA sejak penubuhannya pada 1993, Jensen Huang secara rasmi meletakkan jawatan sebagai CEO dan Presiden, berkuat kuasa serta-merta. Colette Kress kini dilantik sebagai CEO interim sementara syarikat mencari pengganti tetap. https://wiser.my/jensen-huang-letak-jawatan-nvidia-lantik-ceo-interim
Open in TelegramSoftBank Group dilaporkan merancang pelaburan bernilai AS$50 bilion dalam sektor teknologi di Malaysia. Kuching, Sarawak serta beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti untuk pembangunan projek teknologi tersebut. https://wiser.my/softbank-rancang-pelaburan-as50-bilion-dalam-teknologi-di-malaysia-pm-anwar
Open in TelegramAkhirnya, Apple memberikan peningkatan besar kepada iPad mini dengan skrin OLED, cip A20 Pro dan reka bentuk lebih nipis. Harga bermula RM2,999. https://wiser.my/ipad-mini-baharu-rasmi-dengan-skrin-oled-cip-a20-pro-harga-rm2999
Open in TelegramMyKad rosak, cip tak berfungsi atau hilang buat kali pertama? Kini korang boleh mohon gantian terus melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Tak perlu lagi hadir ke kaunter JPN untuk memulakan permohonan. Semua urusan permohonan dan pembayaran boleh dibuat secara dalam talian. Bagaimanapun, MyKad baharu masih perlu diambil sendiri di cawangan JPN yang dipilih. https://wiser.my/cara-ganti-mykad-melalui-aplikasi-mygov
Open in TelegramDah cuba aplikasi TuJu tetapi fungsi navigasinya bermasalah? Pihak pengurusan TuJu mengakui gangguan yang dialami pengguna sejak beberapa hari lalu dan memohon maaf atas kesulitan tersebut. Pasukan teknikal kini sedang menjalankan kerja pemulihan bagi memastikan fungsi navigasi dapat beroperasi dengan lebih stabil dan lancar. https://wiser.my/fungsi-navigasi-tuju-alami-gangguan-kerja-pemulihan-dijangka-selesai-selewatnya-6-november
Open in TelegramMaxis Broadband bakal mengambil alih aset perniagaan Astro Fibre menerusi urus niaga bernilai sehingga RM83 juta. Perjanjian tersebut melibatkan keseluruhan pangkalan pelanggan Astro Fibre, selain aset, peralatan dan sistem berkaitan perkhidmatan jalur lebar itu. Bagaimanapun, urus niaga tersebut masih tertakluk kepada kelulusan dan dijangka selesai menjelang suku kedua 2027. https://wiser.my/maxis-broadband-bakal-ambil-alih-aset-perniagaan-astro-fibre-nilai-sehingga-rm83-juta
Open in TelegramWaze menafikan dakwaan bahawa aplikasi navigasinya mengumpul maklumat sensitif kerajaan atau membolehkan pihak tertentu mengeksploitasi data peribadi pengguna. https://wiser.my/waze-nafi-dakwaan-kumpul-maklumat-sensitif-kerajaan
Open in TelegramPenipu kini menyamar sebagai TNG Digital dengan menawarkan “Bantuan TnG”, tetapi sasaran sebenar ialah akaun Telegram korang. Menurut MyCERT, laman palsu tersebut meminta pengguna memasukkan nama penuh, nombor telefon, kod log masuk Telegram lima digit dan kata laluan pengesahan dua langkah (2FA). https://wiser.my/mycert-scam-bantuan-tng-menyamar-sebagai-tng-digital-sasar-ambil-alih-akaun-telegram
Open in TelegramKerajaan kini memperjelas bahawa larangan penggunaan Waze hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi, bukannya untuk kegunaan peribadi atau orang awam secara keseluruhan. Bagaimanapun, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) turut menggalakkan penjawat awam menyahpasang aplikasi tersebut sebagai langkah keselamatan tambahan. https://wiser.my/kerajaan-perjelas-larangan-waze-untuk-penjawat-awam-ini-yang-perlu-tahu
Open in TelegramPengguna Android di Malaysia kini menjadi sasaran malware baharu dikenali sebagai LongKong yang mampu mencuri maklumat perbankan dan mengawal telefon dari jarak jauh. Menurut MyCERT, malware ini disebarkan melalui aplikasi palsu yang dipromosikan menerusi iklan media sosial dan pautan WhatsApp. https://wiser.my/awas-malware-longkong-aktif-sasar-pengguna-android-malaysia-mampu-curi-maklumat-perbankan
Open in TelegramShopeePay kini meningkatkan had pegangan Money+ daripada RM20,000 kepada RM30,000 tanpa sebarang caj tambahan. Dalam masa sama, pengguna berpeluang menikmati pulangan promosi sehingga 5% setahun bagi RM10,000 pertama yang dilaburkan, tertakluk kepada syarat kempen. https://wiser.my/had-money-kini-naik-ke-rm30000-tawar-pulangan-sehingga-5-setahun
Open in TelegramDua pelajar dari Sarawak berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan robotik World Robot Olympiad (WRO) 2026 Open Championship Europe di Zagreb, Croatia. Matthew Cheong dan Timothy Cheong mewakili Malaysia menerusi pasukan Malaysia Boleh dalam kategori RoboMission Junior. https://wiser.my/dua-pelajar-sarawak-raih-tempat-kedua-dalam-pertandingan-robotik-wro-2026-di-croatia
Open in TelegramTandas pintar BMW-i pertama di Malaysia kini diperkenalkan di Dataran Putra, Putrajaya, bersebelahan Masjid Putra. Dilengkapi pelbagai sistem automatik dan teknologi sensor, kemudahan ini bakal diperluas ke ibu negeri lain bagi meningkatkan standard kebersihan tandas awam. https://wiser.my/tandas-pintar-bmw-i-pertama-malaysia-diperkenalkan-di-putrajaya-dilengkapi-sistem-automatik-bakal-diperluas-ke-ibu-negeri-lain
Open in TelegramFacebook kini memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Your Algorithm yang membolehkan pengguna menyesuaikan kandungan dalam Feed dan Reels mengikut minat sendiri. https://wiser.my/facebook-perkenal-your-algorithm-pengguna-kini-boleh-sesuaikan-cadangan-kandungan-feed-reels
Open in Telegram