Warga KL! Jom kitar semula barangan terpakai anda♻️ Antara barangan yang diterima: 👕👖Pakaian 🧵 Fabrik 💻 E-Waste (Barangan elektrik & eletronik) 🛢️ Minyak masak terpakai Anda hanya perlu bawa barangan, selebihnya akan diuruskan oleh sukarelawan kami. Jumpa anda di Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang Pada 19-20 Disember dari 8.00 pagi – 5.00 petang! 🙌
Open in TelegramPosts of Muslim Volunteer Malaysia Official
Sertai pasukan Muslim Volunteer Malaysia! 😎 Kami sedang mencari individu yang berminat untuk mengisi jawatan Eksekutif Komuniti Sukarelawan serta pelajar untuk Latihan Industri (Jabatan Program). Jika anda berminat untuk menyertai kami, hantar resume dan portfolio (jika ada) ke e-mel yang tertera. Jangan lepaskan peluang ini. Mohon sekarang!
Open in TelegramMAKLUMAN PENTING: PENUNDAAN PROGRAM PANDU LALU KITAR SEMULA Kami menerima banyak panggilan hari ini berkenaan program Pandu Lalu Kitar Semula di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang. Terdapat sedikit kekeliruan mengenai tarikh program, antaranya: Ada yang masih menyangka program berlangsung pada 21 & 22 November 2026 seperti tarikh asal. Ada juga yang menyangka tarikh baharu program ialah 19 & 20 November 2026. Untuk makluman semua, program ini telah DITUNDA KE 19 & 20 DISEMBER 2026, iaitu pada bulan hadapan. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama semua agar tidak meninggalkan pakaian atau barangan kitar semula di kawasan masjid pada hujung minggu ini. Mohon jasa baik anda untuk kongsikan hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🙏🏻
Open in TelegramTahukah anda? Dianggarkan sekitar 7,500 orang Islam menetap di Mandaluyong, Filipina. Akan tetapi... Mereka hanya menunaikan solat di Masjid Al-Ikhlas, sebuah ruang kecil bersaiz 10x10 kaki di dalam medan selera. Ruangnya terhad, namun itulah tempat mereka berhimpun untuk beribadah. Lebih menyedihkan, masjid ini tidak dapat dibuka untuk solat Subuh kerana aksesnya bergantung kepada waktu operasi medan selera yang hanya bermula sekitar jam 10 pagi. Kini, Muslim Volunteer Malaysia dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society sedang mengusahakan pembinaan sebuah Pusat Islam di Bandar Mandaluyong dengan sasaran dana keseluruhan sebanyak RM6.25 Juta. Harapannya, saudara Muslim kita di sana akan memiliki ruang ibadah yang lebih luas, selesa, dan bebas diakses pada bila-bila masa. Jom jadi sebahagian daripada sejarah ini. Setiap sumbangan anda membawa mereka selangkah lebih dekat ke rumah Allah yang selesa. Salurkan sumbangan anda melalui: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) 🏦 Maybank: 5648 0164 7699 📝 Rujukan: Pusat Islam Filipina Website kami -> https://donationmvm.org/donations/pusat-islam-filipina/
Open in Telegram400 SUKARELAWAN DIPERLUKAN! 📢 Jom sertai kami sebagai sukarelawan Green O’ Go Bin edisi ke-18 di Hulu Kelang! Bantu uruskan aliran kenderaan, angkat dan asingkan barangan kitar semula. 📅 19–20 Disember 2026 📍 Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang Yuran komitmen: RM5 sahaja. Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar! Atau klik link —> https://mvm.bcl.my/event/volunteer-gog-18-masjidalridhuan-19-20-dis-2026
Open in TelegramJOM KITAR SEMULA BARANGAN TERPAKAI ANDA! ♻️ Ada pakaian lama, fabrik atau barangan elektrik yang sudah tidak digunakan di rumah? Jom hantar ke program Pandu Lalu Kitar Semula Barangan Terpakai anjuran Muslim Volunteer Malaysia dengan kerjasama @olympiaeducation_ pada Disember ini! Antara barangan kitar semula yang kami terima: ✅ Pakaian baharu, lama dan rosak ✅ Fabrik dan kain terpakai ✅ E-Waste (barangan elektrik dan elektronik) ✅ Minyak masak terpakai Semua barangan yang dikumpulkan akan diasingkan mengikut kategori dan disalurkan untuk proses kitar semula yang bersesuaian. MAKLUMAT PROGRAM 📍 Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang 🗓️ 19–20 Disember 2026 (Sabtu & Ahad) ⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang Lebih mudah, anda hanya perlu pandu lalu ke lokasi program. Sukarelawan kami akan membantu mengambil barangan kitar semula terus dari kenderaan anda. Tak perlu turun kereta! Jom sama-sama kurangkan sisa buangan dan berikan peluang kepada barangan terpakai untuk dimanfaatkan semula. 📢 Kongsikan hebahan ini kepada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan anda! Sebarang pertanyaan, hubungi: Syafiq: 010-423 7064 Imran: 017-632 1901
Open in Telegram