LAMAN RASMI MANARAH Alhamdulillah, laman rasmi Manarah kini tampil dengan wajah baharu! Terokai pelbagai kemudahan dalam satu laman: Pengajian Tarekat dan Tasawuf Jadual kuliah dan rakaman ceramah Tuan Guru Maklumat Bai’ah, Tawajuh dan Suluk Cawangan dan temujanji RSI Manarah Aktiviti dakwah dan kebajikan BUDI Buku dan produk Manarah Semoga laman ini menjadi wasilah penyebaran ilmu dan manfaat kepada seluruh masyarakat. 🌐 https://www.manarah.com.my Mohon bantu sebarkan, semoga sampai kepada mereka yang sedang mencari.
Open in TelegramPosts of Tasbeeh Circle (Dr Jahid Sidek Al-Khalidi)
Jadual Majlis Taalim & Majlis Tawajjuh (Zikrullah) Bulan November 2026 / Jumadal Ula-Jumadal Akhirah 1448H Tuan Guru Syeikh Dr Haji Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi, Anggota Jilsah Turuq Sufiyyah Negeri Sembilan & Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah https://facebook.com/mybinabudi
Open in TelegramPROMOSI Losyen Serbaguna Manarah kini dengan hanya RM15 sahaja untuk peserta Ulul Albab 10.0 Stock terhad! jika nak reserve 2 unit keatas boleh pm tepi. Hanya boleh diambil di ILIT MANARAH pada 7 dan 8 November
Open in TelegramProgram Perkampungan Keluarga Ulul Albab Kali Ke-10 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan-tuan dan puan-puan yang tiada kenderaan/pengangkutan dijemput untuk menyertai rombongan ke Institut Latihan Ilmu Tarekat Tasawuf (ILIT) MANARAH, Kuala Pilah. 📅 Tarikh: 7–8 November 2026 (Sabtu dan Ahad) 🌙 Tempoh: 2 hari 1 malam 💰 Bayaran: RM75 seorang — Promosi Khas sempena program kali ke-10 (Hanya 44 peserta yang terawal harga siap makanan) 👥 Sasaran: Minimum 44 orang, maksimum 176 orang Bayaran merangkumi: ✅ Pengangkutan pergi dan balik menggunakan bas sewa khas dengan pemandu, 44 tempat duduk bagi setiap bas. ✅ Makan tengah hari bersama YMTG di Kodai Makan Ain, Perkampungan Budaya, Terachi, Negeri Sembilan. 📍 PERJALANAN PERGI Sabtu, 7 November 2026, pukul 9.30 pagi. Bertolak dari Pusat Rawatan Islam MANARAH RSI, Lorong Beringin, Kuang. 📍 PERJALANAN PULANG Ahad, 8 November 2026, selepas solat Zuhur, tertakluk pada jadual kuliah YMTG. Dijangka tiba semula di Kuang sebelum Maghrib, bergantung pada keadaan trafik. Rombongan ini terbuka kepada warga emas, wanita, keluarga dan individu yang ingin hadir bersama-sama, termasuk mereka yang tiada pengangkutan atau ingin mengurangkan keletihan memandu jauh. Marilah kita bersama-sama mengutamakan majlis YMTG dan merebut peluang nikmat bersuhbah dengan Tuan Guru Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi. Semoga Allah memudahkan perjalanan dan mengurniakan manfaat ilmu kepada kita semua. 📝 SENARAI NAMA YANG BERMINAT Sila tambah nama dan jumlah peserta, termasuk diri sendiri. Contoh: Ahmad (Shah Alam) — 3 orang ⏰ Tarikh tutup adalah Khamis, 5 November 2026. Rombongan akan diteruskan sekiranya penyertaan minimum 44 orang dicapai. Jika kurang, pihak kami akan memaklumkan pembatalan, jadi mari sama sama penuhkan 44 tempat duduk. Pengesahan rombongan dan jadual pick up point akan dimaklumkan kemudian dan adalah termaktub kepada lokasi yg sesuai dan jadual laluan perjalanan bas. Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga Allah memilih kita untuk terus menghadiri majlis ilmu agar tidak kufur nikmat dan fatal. Boleh booking slot terus kepada Admin - +60 12 910 9241
Open in TelegramPERKAMPUNGAN KELUARGA ULUL ALBAB 10.0 Ayuh bersama-sama dalam perhimpunan ilmu, zikir dan ukhuwah bersama Tuan Guru Shaikh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi dan penceramah jemputan Syeikh Dr. Shuhadak Mahmud Al-Ja'fari. Tajuk Utama - Peranan Murid Kepada Mursyid Tarikh: 7 & 8 November 2026 Tempat: ILIT Manarah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Yuran infaq hanya RM20 sahaja. Makan dan tempat tinggal disediakan. Pendaftaran dibuka secara dalam talian. Daftar sekarang! Pautan pendaftaran: https://linktr.ee/drjahidsidek Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Mohon sebarkan kepada keluarga dan sahabat. Semoga menjadi asbab kita semakin hampir kepada Allah SWT.
Open in Telegram🚨 JANGAN SILAP PILIH PERAWAT! KENALI MUALLIJ YANG BENAR. Hari ini semakin ramai yang menawarkan khidmat rawatan Islam. Namun, adakah kita benar-benar mengenali siapakah perawat yang boleh dipercayai? Adakah setiap individu yang mengaku sebagai perawat Islam benar-benar memahami batas-batas akidah dan syariat Islam? Jangan sampai niat mencari kesembuhan menyebabkan kita terjebak dengan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ilmu sangat penting sebelum kita memilih seseorang perawat. Atas kesedaran inilah, anda dijemput menghadiri: 🌙 SEMINAR MUALLIJ NEGERI MELAKA 2026 Bersama: TUAN GURU SHAIKH DR. JAHID SIDEK AL-KHALIDI 📅 Tarikh: 4 November 2026 (Rabu) ⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang 📍 Tempat: Auditorium Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. Jadikan seminar ini sebagai ruang menambah ilmu, memperbetulkan kefahaman dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memilih kaedah rawatan yang berlandaskan akidah serta syariat Islam. 📢 SEBARKAN KEPADA KELUARGA, SAHABAT DAN MASYARAKAT.
Open in TelegramREHLAH ULAMA KE PANTAI TIMUR (Terengganu & Pahang) bersama Tuan Guru Syeikh Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek al-Khalidi, Penceramah Bertauliah, Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Bina Budi & Syeikh Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Tarikh/Hari : 31 Oktober 2026 (Sabtu) 1. Kuliah Maghrib, Majlis Baiah & Majlis Tawajjuh (Zikrullah) Tempat : Surau Tuan Guru Ust Haji Daud, Balai Besar, Dungun, Terengganu Darul Iman Tarikh/Hari : 1 November 2026 (Ahad) 1. Kuliah Subuh - Seminar Rawatan Spiritual Islam Manarah RSI Tempat : Masjid Pak Sabah, Dungun, Terengganu Darul Iman 2. Kuliah Maghrib, Majlis Baiah & Majlis Tawajjuh (Zikrullah) bersama Tuan Guru Syeikh Mohamad Sabri bin Hj. Ghazali Al-Kulah an-Naqsyabandiyah Tempat : Masjid Tengku Abu Bakar, Raub, Pahang Darul Makmur
Open in TelegramPENDAFTARAN IBADAH SULUK YANG KE 87 TELAH DIBUKA Daftar sekarang sebelum slot penuh. Link pendaftaran - https://linktr.ee/drjahidsidek
Open in TelegramNAQSYABANDI DI UTARA Majlis Naqsyabandiyyah Khalidiyyah bersama Tuan Guru Shaikh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi (Shaikh Tarekat Naqsyabandi Al-Khalidi ke-37. Ceramah Khusus Tasawuf/Tarekat & Rawatan Islam Manarah - Majlis Bai’ah - Majlis Tawajuh + Tahlil Perdana 70,000. Tentatif : Sabtu 24 Oct 2026 Masjid Timah, Perai - 7pm : Sholat Maghrib - 8pm : Ceramah Tasawuf & Tarekat - 9pm : Sholat Isya’ - 9:30pm : Majlis Bai’ah - 9:45pm : Mahlis Tawajuh + Tahlil Perdana 70,000 Ahad 25 Oct 2026 Masjid Sembilang, Seberang Jaya - 6am : Sholat Subuh - 6:30am : Ceramah Perubatan Islam, Rawatan Saka, Sihir & Santau Untuk menyertai majlis Bai’ah/Tawajuh, sila hubungi : Ust.Sufi : 013 4600 526 Ust.Shaharil : 013 4201 220 Ust.Shukri : 016 4146 008 Muslimin & Muslimat Semua Dijemput Hadir. Mohon bantu sebarkan, semoga sampai kepada mereka yang memerlukan.
Open in TelegramJom hadir beramai-ramai ke Bicara Sufi & Majlis Baiah Khusus serta Tawajuh + Tahlil 70,000 bersama Tuan Guru Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi. Rabu (Malam ini), 21 Oktober 2026 Bermula selepas Maghrib jam 7.00 malam Di Masjid Sungai Chichin. Bersama kita mengimarahkan majlis ilmu, zikir dan penyucian jiwa Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Berzikir Itu Wajib!!! Mohon Sebarkan Supaya Sampai Kepada Mereka Yang Allah S.W.T. Maksudkan
Open in Telegram