Sebelum mula menabung untuk PBAKL 2027, apa kata kita singgah dan raikan Selangor International Book Fair dulu. Berlangsung pada 27 November hingga 6 Disember 2026 di Setia City Convention Centre. Plan dia macam ni; setiap pembelian bernilai RM30 di SIBF2026 akan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah wang tunai RM500! Sebanyak 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap hari. Haaa.. rezeki pencinta buku ni tak ke mana.. kalau menang duit RM500 tu, kita simpan untuk tabung PBAKL 2027. Hehee #SIBF2026
Open in TelegramPosts of klibf.my [PBAKL]
Orang Kedah, kami mai dah! 💜📚 Kali ni, Kelab Perempuan Membaca nak ajak semua berkumpul di lokasi istimewa, Menara Alor Setar! ✨ Dengan tema “Perempuan dan Kerjaya”, jom kita luangkan sedikit masa untuk membaca, berkongsi cerita buku dan berkenalan dengan perempuan-perempuan hebat yang punya kisah serta perjalanan hidup masing-masing. Tak kisah yang masih belajar, baru mula bekerja, sedang membina kerjaya atau sedang mencari arah baharu dalam hidup. Semua dialu-alukan! 💜 Jom imbas kod QR dan daftar sekarang! 📅 14 November 2026 (Sabtu) 🕙 10.00 pagi 📍 Skyview Revolving Glass Hall, Menara Alor Setar, Kedah 🎨 Tema warna: Ungu Cair & Biru Gelap (Lilac dan Navy Blue) Bawa buku pilihan, kita baca dan kongsi bersama. Tak perlu habiskan satu buku pun, mai dengan semangat nak membaca pun dah cukup! 🥰 Orang Kedah, jangan dok tengok saja naa. Mai ramai-ramai, ajak sekali kawan, kakak, adik dan mak! 💜 Sehingga bertemu nanti di Alor Setar! #KelabPerempuanMembaca #PerempuanDanKerjaya #Kedah #AlorSetar #MalaysiaMembaca #KelahBuku
Open in TelegramForwarded from Nurul Atikah Roslan
DAH TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026? SELESAIKAN PEMBELIAN ANDA HARI INI! Langkah pertama telah selesai, kini tiba masanya untuk melengkapkan koleksi bahan bacaan anda. Pelbagai pilihan buku akademik, rujukan, novel, dan bahan bacaan umum berkualiti menanti anda. Sekiranya anda telah berjaya membuat penebusan di d3.delima.edu.my, sila teruskan ke mall.bookcapital.com.my untuk membuat pilihan dan menyelesaikan transaksi pembelian anda. Manfaatkan nilai baucar anda sepenuhnya sebelum tempoh tawaran berakhir. Jangan tunggu saat-saat akhir. Selesaikan pembelian anda hari ini! Beli sekarang di: mall.bookcapital.com.my #KotaBuku #PerbadananKotaBuku #BookCapital #BaucarBukuMADANI #KementerianPendidikan
Open in TelegramSalam semua, jemput tonton video khas Baucar Buku MADANI 2026: Pelajar Sebagai Pembaca Baharu yang sarat dengan emosi ini. Sebuah kisah ringkas tentang perjuangan impian anak-anak seperti Balqis yang benar-benar memberi inspirasi. Mohon dikongsikan juga kepada keluarga serta rakan-rakan! FB : https://www.facebook.com/share/v/1JCYnYndqp/ IG : https://www.instagram.com/reel/DdQMbZ4JD9d/ TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSqxhpmAt/ YouTube : https://youtu.be/YMlRjeRp378
Open in TelegramKelab Perempuan Membaca edisi kedua. Penyertaan percuma. Imbas kod QR pada poster atau layari https://forms.gle/ztw6ofzb8WfcZ6w26 untuk sahkan kehadiran anda. Tema kali ini, Perempuan dalam Sejarah. Jumpa anda di sana! Anjuran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perbadanan Kota Buku. Diuruskan oleh Persatuan Booktube Malaysia dan Kelah Buku. #KelabPerempuanMembaca #KelahBuku
Open in TelegramPertemuan Kelab Perempuan Membaca Tema: Perempuan dan Negara Bagaimana wanita membentuk negara, dan bagaimana negara pula membentuk kehidupan wanita? Mari kita membaca, berdiskusi dan bertukar pandangan dalam suasana yang santai, terbuka dan bermakna. Kelab Perempuan Membaca ialah sebuah inisiatif yang menghimpunkan wanita daripada pelbagai latar belakang melalui budaya membaca, perbincangan buku dan perkongsian ilmu. la bukan sekadar kelab buku, tetapi ruang untuk membina pemikiran kritis, memperluas perspektif dan mengukuhkan jaringan komuniti pembaca. Ayuh hadir bersama-sama dan raikan kuasa membaca untuk memahami diri, masyarakat dan negara. -8 Ogos 2026 (Sabtu) -10.00 pagi -Semua House, KL atau sertai secara dalam talian Daftar sekarang: https://bit.ly/45FKlNs Jangan lupa janji temu kita. Jumpa di sana! #kelabperempuanmembaca #kelahbuku #malaysiamembaca #kotabuku #booktubemy
Open in Telegramhttps://titikbaca.my/2026/07/28/97-2-peratus-mahu-pbakl-terus-dianjurkan-setiap-tahun/
Open in Telegramhttps://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2026/07/1594535/pembaca-pilih-novel-karya-sastera-di-pbakl-2026
Open in Telegramhttps://malaysiagazette.com/2026/07/28/pbakl-beri-keuntungan-kepada-industri-buku-negara-kajian/
Open in Telegramhttps://dewansastera.jendeladbp.my/2026/07/29/22247/ Novel dan Karya Sastera Pilihan Utama Pengunjung PBAKL 2026
Open in Telegram