Perkara Pertama yang Akan Ditanyakan kepada Kita Seandainya kamu mengetahui soalan pertama yang akan ditanyakan kepadamu ketika peperiksaan, pasti kamu akan bersungguh-sungguh menghafal jawapannya. Namun, mengapa kamu tidak menjaga solatmu, sedangkan kamu tahu bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat?
Open in TelegramPosts of Untuk Kita Pendosa
Ask your soul one question tonight: until when? Until when will you stay like this? Until death surprises you, and you meet Allah with the same sins, the same negligence, the same distraction from the Hereafter? Most people never ask it. The world keeps them busy until the grave. Ask it while your heart can still wake up. إلى متى يا نفس؟
Open in TelegramJika dipermudahkan, maka itu adalah nikmat. Jika disulitkan, maka itu adalah hikmah. Jika ditunda, maka itu adalah kebaikan. Jika tidak diberikan, maka itu adalah rahmat. Bagaimanapun jalan berubah, kelembutan Allah tidak akan pernah berubah. Maka tenanglah. Selagi segala urusan berada dalam genggaman Allah, maka segala yang datang kepadamu adalah kebaikan. Segala puji bagi Allah, selalu dan untuk selama-lamanya. 🤍
Open in TelegramAl-‘Allāmah Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله berkata: “Sewajarnya seseorang itu menunaikan solat witir dan menganjurkan ahli keluarganya agar turut menunaikan solat witir, kerana solat witir merupakan sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dituntut).” > (Syarḥ Bulūgh al-Marām, hlm. 236)
Open in Telegram“Dan hendaklah seorang hamba menyedari bahawa Allah-lah yang menciptakan segala sebab dan memudahkan segala urusan. Maka, janganlah sesekali engkau berasa kagum terhadap dirimu sendiri, kepandaianmu dan kecerdasanmu. Sesungguhnya, sikap seperti itulah yang akan membinasakanmu!” — Imam As-Sa‘di رحمه الله, Ar-Riyadh An-Nadhirah, hlm. 184.
Open in Telegram“Seorang hamba akan terus melatih dirinya untuk bersabar sehingga kesabaran itu menjadi sebahagian daripada tabiatnya. Begitu juga, dia terus melatih dirinya agar bersikap penyantun, tenang, berwibawa, tenteram dan teguh pendirian, sehingga semua sifat tersebut menjadi akhlak yang sebati dalam dirinya, sebagaimana tabiat yang telah berakar umbi.” — Ibnul Qayyim rahimahullah, ‘Uddah as-Sabirin, hlm. 33.
Open in TelegramIbnul Qayyim رحمه الله berkata: “Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sangat bersungguh-sungguh dalam membantu memenuhi keperluan orang lain kerana beliau mengetahui bahawa setiap kali beliau membantu orang lain, Allah akan membantunya.” 📖 Raudhah al-Muhibbin (1/168)
Open in TelegramHakikat Kehidupan yang Baik Syaikh As-Si‘di rahimahullah berkata: “Janganlah engkau menyangka bahawa kehidupan yang baik itu hanya berkisar pada keinginan yang sentiasa tercapai, harta yang melimpah, atau rumah yang megah. Sesungguhnya, kehidupan yang baik ialah ketenteraman dan ketenangan hati serta jiwa, berasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, berbahagia dengan mengingati Allah, dan memiliki akhlak yang mulia.” (📚 Al-Fawākih asy-Syahiyyah)
Open in TelegramHidup ini… Kamu perlu menjadi kuat dalam menjalaninya. Jangan takut, jangan menyerah, dan jangan menjalani hidup dalam keadaan kosong. Apabila Allah menempatkan langkahmu di jalan yang Dia cintai, genggamlah ia dengan kuat. Jangan mudah goyah di tengah perjalanan. Setiap kali tanganmu mula terasa lelah, ingatlah kembali makna yang menjadi alasanmu untuk terus bertahan. Bersabarlah. Nantikanlah buah daripada perjuanganmu dan yakinlah. Tidak mudah untuk terus berdisiplin. Tidak mudah untuk memaksa diri melakukan sesuatu setiap hari, setiap saat, dengan segala usaha dan kelelahan yang ada. Tidak mudah untuk menunggu orang-orang di sekelilingmu, lalu akhirnya tidak menemukan seorang pun yang berjalan bersamamu. Tidak mudah untuk menyembuhkan luka dengan terus berusaha, sedangkan rasa sakit itu masih menyimpan harapan. Maka ingatkanlah dirimu pada setiap denyutan hati: Syurga lebih berharga daripada sekadar berhenti. 🌱
Open in TelegramHasan al-Basri rahimahullah berkata: “Jika engkau ingin melihat bagaimana dunia akan terus berjalan setelah pemergianmu, maka lihatlah bagaimana dunia tetap berjalan setelah pemergian orang lain.” 📚 Qishr al-Amal, hlm. 8. 🍃 Suatu hari nanti, nama kita mungkin hanya menjadi cerita singkat di celah-celah perbualan. Tempat yang kita tinggalkan akan diduduki oleh orang lain, dan dunia akan kembali sibuk seperti biasa. Melihat pemergian mereka yang telah mendahului kita merupakan cermin paling jujur untuk menggambarkan masa depan kita sendiri. 🥀 Matahari tetap terbit, gelak tawa manusia masih kedengaran, dan segala urusan kehidupan terus berjalan tanpa kita. Akhirnya, yang tinggal daripada diri kita hanyalah jejak amal yang pernah kita tinggalkan. UkhtunnaSylvia.—
Open in Telegram“Setiap kali merasa tertinggal dengan teman seusia, tiba-tiba tersedar kembali bahawa beberapa teman seusia juga sudah ada yang ‘pulang.’ Hampir terlupa bahawa ini hanyalah dunia.— Ibnu Mas‘ud radhiyallahu ‘anhu berkata: ‘Semua manusia di dunia ini hanyalah tetamu, sedangkan seluruh harta adalah pinjaman. Setiap tetamu pasti akan pergi, dan setiap pinjaman pasti akan dikembalikan kepada pemiliknya.’ —
Open in TelegramAbu Qatadah dan Abu Ad-Dahma’ radhiyallahu ‘anhuma pernah melakukan perjalanan bersama menuju Baitullah. Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan seorang lelaki dari pedalaman. Lelaki itu bercerita: > “Rasulullah ﷺ pernah memegang tanganku dan mengajarkanku sesuatu daripada apa yang Allah ajarkan kepada baginda. Yang masih aku ingat, baginda bersabda: إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا اتِّقَاءَ اللَّهِ إِلَّا أَعْطَاكَ اللَّهُ خَيْرًا مِنْهُ ‘Sesungguhnya, tidaklah kamu meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripadanya.’” (HR. Ahmad)
Open in TelegramSyaikh Al-Imam Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله berkata: ”Aku memohon kepada Allah semoga Dia menolongku dan kalian semua untuk mengamalkan apa yang telah kita ketahui. Kerana sesungguhnya kita tahu banyak hal, namun kita sangat sedikit mengamalkannya.“ 📚 Kitabul ‘Ilm (hlm. 86)
Open in Telegram“Ada hari-hari yang datang dengan pertanyaan, dan ada hari-hari yang hadir membawa jawapan.” Ungkapan ini menggambarkan bahawa dalam kehidupan, ada waktunya kita berdepan dengan persoalan, ujian dan kesulitan yang tidak kita fahami. Namun, akan tiba masanya Allah memperlihatkan jawapan, hikmah dan sebab di sebalik setiap perkara yang telah kita lalui. Bersabar, berdoa, bertawakal disaat menerima ujian yang kita tidak tahu mengapa begini dan mengapa begitu. Ada perkara yang hanya akan kita fahami setelah kita melaluinya. Ada luka yang akhirnya menjadi jalan kepada kekuatan, ada air mata yang menjadi saksi bahawa kita pernah bertahan sedaya upaya. _
Open in TelegramIbn Bāz رحمه الله berkata tentang berselawat kepada Nabi salallahu alaihi wasallam: “Sesungguhnya berselawat kepada Nabi salallahu alaihi wasallam merupakan sebab mendapat hidayah dan kehidupan bagi hati seorang hamba.” —
Open in Telegram