@sekadarmonolog Salah satu kemenanganku adalah, Memiliki seseorang yang begitu sabar menghadapi diriku, Kerana terkadang aku sendiri juga tidak mampu, Menghadapi diriku sendiri.
Open in TelegramPosts of Sekadar Monolog
@sekadarmonolog “Tuhan menciptakan penyesalan, Agar kita sedar bahawa, Tidak semua hal boleh diulang kembali.”
Open in Telegram@sekadarmonolog Akhirnya, Beban yang lama aku pikul, Telah gugur satu persatu, Beban yang dulu paling takut untuk aku hadap, Kini tidak lagi menunggu di hadapan. Hari ini, Aku memilih lega, Tidak lagi penat dengan marah, Tidak lagi hidup dengan benci, Tidak lagi lelah dengan diri sendiri. Dan untuk pertama kalinya, Hati ini terasa benar-benar ringan.
Open in Telegram@sekadarmonolog Terima kasih kerana hadir, Bukan untuk menyelamatkan aku daripada diriku, Tetapi untuk membuat aku sedar bahawa, Aku juga layak dicintai tanpa perlu sentiasa takut.
Open in Telegram@sekadarmonolog Dan pada akhirnya, Menemukanmu telah mengubah aku, Menjadi seorang wanita yang tidak lagi gila, Dengan perasaannya sendiri. Dan jika dahulu aku terlalu sibuk, Mencari kepastian daripada orang yang aku cinta, Kini aku hanya mahu menikmati cinta, Tanpa perlu berperang dengan fikiranku sendiri.
Open in Telegram@sekadarmonolog Aku tidak meminta kehidupan tanpa ujian, Aku cuma meminta dalam ujian itu, Jangan biarkan aku kehilangan diri sendiri, Bahkan kehilangan orang lain.
Open in Telegram@sekadarmonolog Dan pada akhirnya, Ada cerita yang tidak perlu dicerita, Ada bising kepala yang harus dibiarkan sahaja, Ada cerita yang perlu ditelan dan dihadam sahaja, Ada luka yang harus dibiar sembuh bersama berlalunya masa.
Open in Telegram@sekadarmonolog Pada akhirnya, Hubungan terpanjang yang akan kamu jalani adalah, Hubunganmu dengan dirimu sendiri. Maka, Rawatlah ia dengan baik, Agar kamu terus tenang dan bahagia.
Open in Telegram@sekadarmonolog Yang paling menyedihkan bukanlah ketika semuanya telah hancur, Tetapi ketika kita masih cuba untuk terlihat baik-baik sahaja.
Open in Telegram@sekadarmonolog Terima kasih untuk diri sendiri, Kerana setelah menempuh laut yang berperang, Akhirnya hari ini berjaya, Menyimpan semula ributnya sendiri. Terima kasih untuk diri sendiri, Kerana telah belajar bahawa, Tidak semua ombak harus dilawan, Namun hanya cukup dibiarkan, Ia menyentuh kaki kemudian berlalu pergi.
Open in Telegram@sekadarmonolog Terima kasih kerana, Sentiasa sudi mendengar, Sentiasa memahami dan bersabar, Sebelum menegur, Sebelum membentuk. Terima kasih untuk kelembutanmu, Dalam menghadapi diriku yang selalu keras.
Open in Telegram@sekadarmonolog Hari ini hari jadi Mama, Dan setiap kali sampai pada satu-satu momen penting dalam hidup, Aku selalu terfikir alangkah indahnya, Kalau Mama masih ada untuk aku lalui semuanya bersama. Terlalu banyak yang aku ingin ceritakan dan kongsikan dengan Mama, Tapi yang mampu aku lakukan cuma terus melangkah, Sambil berharap suatu hari nanti Mama tahu, Betapa aku rindukan Mama dalam setiap bahagia yang aku lalui. Al-Fatihah buat Mama 🤍
Open in Telegram@sekadarmonolog Kadang, Risiko berdoa meminta yang terbaik adalah, Kamu akan kehilangan sesuatu, Yang menurut kamu baik.
Open in Telegram@sekadarmonolog Barangkali, Khabar-khabar baik itu sedang dalam perjalanan. Bersangka baiklah dengan Tuhan.
Open in Telegram@sekadarmonolog Dan pada akhirnya, Kamu yang sering aku ceritakan, Di setiap helaian naskah hidupku, Akhirnya kini berada di halaman naskah, Yang mana kita disatukan dalam ijab dan qabul. Dan sehingga hari ini, Aku sangat bersyukur dan bahagia, Kerana Tuhan telah kabulkan salah satu doa dan permintaanku.
Open in Telegram@sekadarmonolog Terima kasih Tuhan, Untuk doa-doaku yang telah Kau kabulkan, Dan doa-doaku yang masih Kau pegang. Terima kasih Tuhan, Untuk takdirku yang telah Kau tetapkan, Dan takdirku yang masih Kau simpan. Dan aku percaya, Cepat atau lambat, Semuanya akan terjadi dengan izin-Mu Tuhan.
Open in Telegram@sekadarmonolog Dan pada akhirnya, Aku hanya membutuhkan, Seseorang yang mencintai diriku seadanya, Dan mampu menerima segala karakter diriku, Tanpa berniat untuk mengubah aku menjadi seperti yang dia mahukan, Tanpa berniat untuk mengubah aku menjadi seperti yang dia impikan.
Open in Telegram