Pelakon Farid Kamil mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa keping gambar bersama seorang wanita ketika menghadiri Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35). Menerusi hantaran di media sosial, Farid menitipkan kata-kata penuh makna mengenai pertemuan dan takdir cinta, selain berharap hubungan yang ditakdirkan buatnya berkekalan hingga ke syurga. Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mendoakan kebahagiaannya.
Open in TelegramPosts of Oh! Media
Seorang bekas anggota polis yang mendakwa pernah dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tindakan saman. Peguamnya, menjelaskan bahawa saman sivil tidak dapat diteruskan kerana terhalang Seksyen 6 Akta Had Masa 1953, memandangkan kejadian itu sudah melepasi tempoh enam tahun. Namun, anak guamnya masih berharap laporan polis pada 2015 dapat disemak semula oleh polis dan Peguam Negara bagi mendapatkan keadilan.
Open in TelegramPengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu diberi mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Menurut beliau, GST merupakan sistem percukaian yang lebih adil dan berfokus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini. “GST dilaksanakan di lebih 170 negara, hanya Malaysia yang tertinggal dan melaksanakan SST umpama menoleh semula ke belakang."
Open in TelegramUsia bukan penghalang! 💪🏻 Pada usia 60 tahun, Ariffin Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Pakcik Ariffin berjaya menamatkan cabaran Ironman 70.3 Langkawi dengan catatan masa 7 jam 19 minit 57 saat. Walaupun tampil sederhana tanpa pakaian sukan mahal berbanding peserta lain, Pakcik Ariffin tetap bersemangat menamatkan cabaran tersebut. Tahniah Pakcik Ariffin! Semoga terus sihat dan menjadi inspirasi kepada semua generasi ❤️
Open in TelegramAhli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada warga Muar selepas gagal mencapai sasaran menamatkan cabaran Ironman Langkawi dalam tempoh kurang 12 jam. Beliau sebelum ini menyasarkan sumbangan RM200,000 bagi menyediakan bantuan pendidikan dan kelas tuisyen percuma kepada pelajar kurang berkemampuan sekiranya berjaya mencapai sasaran tersebut. Bagaimanapun, Syed Saddiq menamatkan perlumbaan dengan catatan 12 jam 48 minit 38 saat, sekali gus menduduki tempat ke-133 dalam kategori keseluruhan lelaki.
Open in TelegramTahniah! 👏🏻 Pelakon Shaheizy Sam berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) menerusi lakonan hebat dalam filem Badak. Sebagai tanda penghargaan, Sam berbesar hati mahu belanja piza secara percuma kepada 100 pelanggan terawal di restoran piza miliknya esok.
Open in TelegramSultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan golongan muda supaya tidak menjadi seperti ‘kaduk naik junjung’ sehingga melupakan asal usul, warisan serta asas kenegaraan selepas menikmati keamanan dan kemakmuran negara. Baginda mengingatkan bahawa kebebasan tidak bermakna seseorang boleh bertindak sesuka hati tanpa menjaga adab. Sebarang pandangan atau kritikan juga perlu disuarakan secara matang dan berpandukan fakta.
Open in TelegramAlhamdulillah. Tahniah! 👍🏻 Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan atas sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang sukan, terutama kejayaannya membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Open in TelegramAhli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya mengenai penutupan sementara premis perniagaan ketika solat Jumaat di Kuala Terengganu. Beliau mengakui penggunaan kata-kata dan nada yang kurang sesuai telah menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan masyarakat, khususnya umat Islam. "Sekali lagi, saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dengan hantaran saya.
Open in Telegram10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan di Turkiye menerusi program latihan kemahiran berstruktur. Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, inisiatif itu akan melibatkan latihan TVET selama tiga hingga enam bulan sebelum peluang pekerjaan diteroka mengikut peraturan di Turkiye.
Open in TelegramSeorang Koperal dan Pegawai Waran 2 TUDM direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah yang dipercayai melibatkan penggunaan aset ketenteraan. Kes itu dikaitkan dengan siasatan lebih besar membabitkan rampasan 96.64 kilogram syabu bernilai kira-kira RM4.83 juta.
Open in TelegramPeminat tegar My Chemical Romance, Pan Ruichen, terbang sendirian dari Beijing ke Kuala Lumpur untuk menonton konsert band itu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malangnya, sebaik tiba kira-kira jam 6.30 petang, dia dimaklumkan tiketnya tidak lagi sah. Kod QR tiket yang dibelinya melalui satu web hampir setahun lalu rupanya telah diimbas individu lain pada jam 3.22 petang. Kesian dia 🥺
Open in TelegramPendakwah Ustazah Asma' Harun mengingatkan para suami bahawa tanggungjawab terhadap isteri bukan sekadar menyediakan makan, pakaian dan tempat tinggal, malah turut merangkumi menjaga agama serta maruahnya. Dalam perkongsian di Facebook, beliau menyenaraikan beberapa tanda seorang suami tidak lagi peduli tentang kehormatan keluarganya. Namun, suami yang sudah menasihati isteri tetapi tidak diendahkan, menurutnya, tidak wajar dicop dayus. Setuju? 👇
Open in TelegramAlhamdulillah, Amir Raja Lawak memaklumkan dirinya kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan sudah boleh menggunakan telefon sendiri. Namun, dia masih dipantau dan perlu menggunakan bantuan oksigen kerana keadaan belum pulih sepenuhnya. Kata Amir, dia masih sukar bernafas, cepat terbatuk jika bercakap panjang dan pergerakannya juga masih terbatas.
Open in TelegramSembilan tahun bercinta sejak zaman sekolah, 10 bulan bertunang dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Namun, kebahagiaan itu hanya sempat dirasai sebulan apabila isteri, Sharifah Nuraqilah Nadhiratul Husna, pergi buat selamanya selepas berjuang melawan kanser otak. Menerusi luahannya, si suami mengakui hidupnya terasa lengkap dengan kehadiran arwah dan berterima kasih kerana tetap memilih dirinya sebagai pasangan hidup.
Open in TelegramNampaknya Sarimah Ibrahim pun tak dapat tahan gelak bila baca IG Story Puteri Balqis. Dalam hantaran itu, Puteri Balqis mengucapkan terima kasih atas nasihat Sarimah dan mengakui dia masih belajar untuk berdepan dengan rasa sakit yang ditanggung. Namun, satu bahagian yang mencuit hati Sarimah apabila Balqis menyebut video Tupperware sebagai antara kegemarannya.
Open in Telegram