Account
My #HadithTime

My #HadithTime

Sertai Konvensyen MyHadithTime “Prophetic Wellness” pada 6 Disember ini di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/

Username
@myhadithtime
Category
Religion
Country
MalaysiaMalaysia
Subscribers9,968
Avg views per post, 7d500−57.3% vs prev 7d
ERR5.02%last 7 days

Average views per post by day

By publication day

Show as table
DateAvg views per post
Nov 13, 20261,300
Nov 16, 20261,367
Nov 17, 20261,235
Nov 18, 20261,210
Nov 20, 2026991
Nov 21, 2026870
Nov 24, 2026715
Nov 25, 2026534
Nov 26, 2026513
Nov 27, 2026386

Most viewed this month

  1. 01

    DOA APABILA BADAN SAKIT Rasulullah SAW pernah mengajar sahabat cara meruqyah diri sendiri. Uthman bin Abi al-'As RA meriwayatkan bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesakitan yang beliau rasa pada tubuh badan sejak beliau memeluk agama Islam. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ "Letak tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit. Kemudian, bacalah Bismillah (Dengan nama Allah) sebanyak 3 kali dan bacalah 7 kali A'uzubillah wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaazir (Aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya daripada keburukan yang aku rasa dan yang aku bimbang)." (Sahih Muslim, no. 2202) 1. Letakkan tangan pada bahagian badan yang sakit. 2. Baca بِسْمِ اللَّهِ sebanyak 3 kali. 3. Kemudian baca sebanyak 7 kali: أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ "Aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya daripada keburukan yang aku rasa dan yang aku bimbang." Apabila sakit, seorang Muslim boleh meruqyah dirinya sendiri dengan doa ini, sambil berikhtiar mendapatkan rawatan. Doa dan rawatan kedua-duanya ialah usaha memohon kesembuhan daripada Allah. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua. ===== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026/

    Text
    Views1.73K
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—
  2. 02
    Views1.35K
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—
  3. 03

    No text

    Photo
    Views1.31K
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—
  4. 04
    Views1.3K
    Forwards—
    Reactions—
    Comments—

Latest posts

#6754Link preview
Views407−54%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#6751Photo
Views562−36%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
49 h530
68 h562
  1. Total to date562
#6750Text

MOHON AMPUN WALAU DOSA MENCECAH LANGIT Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي "Wahai anak Adam, selagi mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan semua dosamu dan Aku tidak kisah pun. يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، وَلاَ أُبَالِي Wahai anak Adam, kalaulah dosamu banyak sehingga mencecah langit sekalipun, lalu kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan dosamu dan Aku tidak kisah pun. يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً Wahai anak Adam, jika kamu datang kepada-Ku membawa dosa sepenuh bumi ini, lalu kamu datang berjumpa-Ku dalam keadaan tidak mensyirikkan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan seisi penuh bumi ini. (Jami' al-Tirmizi, no. 3540) 1. Allah sentiasa menyeru hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya. Kesediaan dan kesedaran hamba Allah amat penting untuk dia kembali memohon keampunan kepada Allah. 2. Sekalipun dosa hamba itu besar dan banyak, keampunan Allah itu lebih besar dan banyak. Akan tetapi bukanlah ini menjadi sebab menangguh-nangguhkan taubat dan melakukan dosa. 3. Dosa syirik tidak akan mendapat keampunan Allah sehinggalah dia kembali mengucap kalimah syahadah dan bertaubat. 4. Jangan putus asa daripada rahmat Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya selagi masanya ada. Semoga Allah kasihan kepada kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita. ===== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen

Open in Telegram
Views527−40%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
Views growthHide views growth

Views growth

Hours after publication

Show as table
Hours after publicationViews
0 h0
49 h496
68 h527
  1. Total to date527
#6749Text
Views541−38%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#6745Text

Bacalah Kisah Dari al-Quran ======== 1. Sekiranya jiwa sedang mengalami kemurungan atau semangat kian luntur, maka bacalah kisah-kisah dari al-Quran. Allah mempersembahkan lembaran kisah ini kepada Rasulullah bagi mengukuhkan jiwanya dalam menghadapi ujian kaumnya. Firman Allah: وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ “Dan tiap-tiap kisah dan berita para Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk mengukuhkan hatimu dengannya.” 2. Apa yang dimaksudkan bagi mengukuhkan jiwa Rasulullah ini? Menurut Ibn Asyur, kisah-kisah daripada al-Quran ini memberikan ketenangan jiwa buat Rasulullah yang sedang menghadapi tekanan yang amat dahsyat dari kaumnya. Kata Ibn Asyur: حقيقته التسكين في المكان بحيث ينتفي الاضطراب والتزلزل “(maksud pengukuhan jiwa ini) hakikatnya ialah memberikan ketenangan (dalam jiwa) yang sedang bergelojak, tidak tenteram (atau merasa sempit). 3. Begitulah mukjizat dan kekuatan al-Quran. Saat jiwa sedang tidak tenteram maka bacalah al-Quran. Perhatikan kisah-kisah di dalamnya. Ia adalah kaedah yang dianjurkan oleh al-Quran sendiri dalam memberikan ketenangan jiwa buat orang yang beriman. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi ====== Daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime yang akan berlangsung pada 6 Disember di Setia City Convention Centre: ➡️ https://myhadithtime.com/konvensyen2026

Open in Telegram
Views715−18%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#6744Text

KESIHATAN KEKAYAAN SEBENAR, PPAS SOKONG MY#HADITHTIME Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan menerusi penganjuran Konvensyen My#HadithTime yang bertemakan kesejahteraan. Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, kesihatan merupakan aset penting yang membolehkan seseorang melaksanakan tanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat. Menurutnya, PPAS berbesar hati menjadi penganjur bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi meneruskan usaha Allahyarham Marhaini Yusoff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif WUIF. “Alhamdulillah, PPAS sebagai penganjur bersama WUIF berbesar hati dapat menyambung usaha Allahyarham Marhaini yang amat komited dalam menganjurkan Konvensyen My#HadithTime ini sehingga akhir hayatnya. “Kekayaan sebenar adalah kesihatan. Oleh sebab itu, amat sesuai Konvensyen My#HadithTime ini mengetengahkan tema kesejahteraan atau wellness,” katanya kepada Sinar Harian. Konvensyen My#HadithTime bertajuk *The Prophetic Wellness: Who Heals You?* bakal berlangsung pada 6 Disember 2026, dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Ballroom 1, Setia City Convention Centre (SCCC). Program itu mengetengahkan panduan penjagaan kesihatan berteraskan al-Quran dan hadis, selain menekankan keyakinan kepada ALLAH SWT sebagai penyembuh serta kepentingan ilmu dan kepakaran perubatan. Pengisiannya termasuk panduan Prophetic Wellness, kupasan hadis berkaitan kesihatan dan perkongsian ilmu bersama ilmuwan agama serta pakar perubatan. Konvensyen berbahasa Melayu ini turut menjadi acara penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026. “Kita perlu sama-sama belajar tentang cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Apabila kita sihat, kita mempunyai tenaga dan kemampuan untuk terus bekerja, berbakti serta berjuang,” katanya. ===== Ayuh daftar sekarang ke Konvensyen MyHadithTime melalui pautan: https://myhadithtime.com/konvensyen2026

Open in Telegram
Views988+13%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—

All posts

Connections