Antara doa sunnah ketika memasuki masjid: أَعُوذُ باللهِ العَظِيم، وَبِوَجْهِهِ الكَرِيمِ، وسُلْطانِه القَدِيم، مِنَ الشيطانِ الرَّجيم "Saya berlindungan Allah yang Agung, dengan Wajah-Nya yang mulia, dengan kerajaan-Nya yang lama; daripada syaitan yang direjam." Jika dibaca, syaitan akan mengomel: "Orang yang membacanya telah dilindungi daripadaku sepanjang hari ini." Riwayat Abu Dawud (466) daripada Abdullah bin 'Amr RA, disahihkan oleh al-Albani RH.
Open in TelegramPosts of Nota Musaddad
Setiap hela nafas, adalah ruang untuk kita bertaubat. Setiap hari yang bertambah, adalah peluang untuk kita menjadi lebih baik dari semalam.
Open in Telegram"Usia emas untuk menghafaz al-Quran adalah bermula usia 5 tahun, sehingga 23 tahun, lebih kurang." —Sh. M. Hisyam Tahiri (hfz). Nota: Ada lisan hodoh menuduh hafazan awal usia sebagai abuse (penderaan). Kerana keliru antara dera dan didik. Besar akibat tidak dididik dengan Quran sejak kecil. Antaranya bila sudah besar, suka mencarut di media sosial. Tanpa segan dengan masyarakat, tanpa takut kepada Allah.
Open in TelegramForwarded from Pondok Ahad li I'dad al-Duat
𝐉𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 Sertai kami dalam mempelajari secara serius kitab-kitab yang telah disusun bagi tahun 1 bersama barisan guru yang berkelayakan. Daftar segera melalui pautan berikut: https://bit.ly/pondokahad_1_2026 Sebarang persoalan boleh diajukan pada pihak admin: http://wasap.my/+60192219931 𝙎𝙚𝙠𝙧𝙚𝙩𝙖𝙧𝙞𝙖𝙩 𝙋𝙤𝙣𝙙𝙤𝙠 𝘼𝙝𝙖𝙙
Open in TelegramForwarded from Pondok Ahad li I'dad al-Duat
𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐀𝐡𝐚𝐝 𝐥𝐢 𝐈'𝐝𝐚𝐝 𝐚𝐥-𝐃𝐮𝐚𝐭: 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 Sebuah projek akademik bagi melahirkan para pendakwah baharu yang berkelayakan, selari dengan perkembangan dakwah Salafiyyah terutamanya sekitar Lembah Klang. Diberi nama Pondok Ahad kerana sistem pengajian ala pondok pada setiap hari Ahad; bertalaqqi kitab bersama guru sehingga khatam. Menawarkan pengajian dalam pelbagai fann berbentuk khusus kepada para pelajar yang sudah mempunyai asas Bahasa Arab selama 3 tahun bagi setiap angkatan. Program ini akan memberikan penekanan kepada Ilmu Maqasid dan Ilmu Alat yang diperlukan. Terbuka kepada semua secara percuma. Tempat khas Muslimat disediakan.
Open in Telegram