Account

Posts of Muassis

newest first

#6104Video
Views292−72%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#6103Photo
Views2,420+133%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#6102Video
Views402−61%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#6101Link preview
Views786−24%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#6098Text

Forwarded from Fikrah Al Banna

Menuju ke Kemuliaan Pernah satu ketika Abu Muslim Al-Khaulani masuk ke dalam sebuah masjid. Beliau melihat satu halaqah, lalu menyangka mereka sedang berzikir kepada Allah. Maka beliau duduk bersama mereka. Namun rupa-rupanya mereka sedang berbicara tentang dunia. Lalu beliau berkata: “Subhanallah! Tahukah kalian perumpamaan aku dengan kalian? Ia seperti seorang lelaki yang ditimpa hujan lebat yang mencurah-curah. Lalu dia ternampak sebuah rumah besar dengan dua pintu, maka dia berkata: ‘Kalaulah aku masuk ke dalam rumah ini sehingga hilang daripadaku gangguan hujan ini.’ Maka dia pun masuk. Namun rupa-rupanya rumah itu tidak mempunyai bumbung. Aku duduk bersama kalian dengan harapan kalian berada dalam kebaikan dalam zikir kepada Allah tetapi rupa-rupanya kalian adalah pencinta dunia.” Perumpamaan ini sangat memberi kesan kepadaku. Aku melihat di dalamnya gambaran keadaan sebahagian kelompok da‘i apabila mereka lalai daripada tarbiyah. Apabila perbualan mereka dipenuhi tentang harta, harga barang, wanita dan kereta… Maka tunduklah tengkuk-tengkuk mereka kepada dunia… Sedangkan jalan menuju kemuliaan menolak semua itu. Dan ayat-ayat Allah pula datang memberi peringatan agar manusia bersifat qana‘ah. Allah Ta‘ala berfirman: “Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia untuk Kami menguji mereka dengannya. Dan rezeki Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.” Surah Taha: 131 Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

Open in Telegram
Views1,710+65%vs avg
Forwards—
Reactions10
Comments—
#6097Text

Forwarded from Fikrah Al Banna

Ketika seorang pemuda yang cerdas, mulia, bersederhana dan menjaga kehormatan dirinya sedang berjalan, tiba-tiba dia dihalang oleh seorang lelaki tua yang mulia. Lelaki itu bertanya kepadanya: “Siapakah engkau, wahai anak muda?” Pemuda itu pun menjawab. Lalu lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah datukmu dan apakah asal-usul keturunanmu?” Pemuda itu menjadi bingung, tidak mampu memberikan jawapan. Maka lelaki tua itu menggoncang bahunya lalu berkata: “Datukmu adalah si fulan, wahai anakku. Engkau dibesarkan sebagai anak yatim dan mereka telah menahan daripadamu hak warisanmu. Padahal engkau memiliki kekayaan yang telah mereka rampas ketika engkau masih kecil. Maka bangkitlah, sedarlah, dan ubatilah kefakiranmu.” Kemudian dia mengajarnya asas-asas perniagaan, sehingga pemuda itu menjadi kaya dan mencapai kedudukan yang tinggi. Demikianlah engkau, wahai pendakwah yang asing, yang membesar di tengah orang-orang yang tamak dan tetap berpegang dengan fitrah di tengah golongan yang menyimpang. Sesungguhnya para pendahulumu telah meninggalkan untukmu warisan berupa hikmah, nasihat, pengalaman, dan prinsip-prinsip muamalah. Namun engkau telah dihalang daripadanya oleh media yang memutarbelit dan sistem pendidikan yang melemahkan. Padahal engkaulah yang paling berhak menikmati pemandangan terbitnya fajar cita-cita itu agar engkau menyelusuri medan amal dengan manhaj yang jelas dan terang.” Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid Artikel-Apabila cita-cita menguasai

Open in Telegram
Views1,590+53%vs avg
Forwards—
Reactions8
Comments—
#6095Photo
Views1,420+37%vs avg
Forwards—
Reactions14
Comments—
#6094Text
Views1,580+52%vs avg
Forwards—
Reactions8
Comments—
#6093Photo
Views1,470+42%vs avg
Forwards—
Reactions9
Comments—
#6092Text

Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata dalam kitab Al-Haqq al-Murr: “Aku pada awalnya hairan, mengapa kebenaran itu disifatkan sebagai pahit dan begitu banyak kerongkong yang tersedak kerananya? Sehinggalah aku berjalan dalam kafilah dakwah kepada Allah, lalu aku melihat bahawa berkata benar itu adalah satu jihad yang berat bebannya, sukar tuntutannya.. Suatu jihad yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan nyawanya apabila berhadapan dengan ‘Firaun’ yang zalim lagi angkuh! Dan mungkin pengorbanan yang paling mudah ialah seseorang itu berundur ke belakang dalam masyarakat yang dipimpin oleh para pelawak dan pendusta. Orang-orang yang membimbing manusia dengan kebenaran dalam keadaan seperti ini mesti memiliki keyakinan yang menjadikan mereka tidak terpesona dengan kedudukan yang diraih oleh golongan batil, serta menjadikan kehidupan dunia ini kecil pada pandangan mereka, jika mereka tidak mampu berkata benar dan memberi petunjuk dengannya. Alangkah agungnya kebenaran, dan alangkah mulianya para pejuangnya! Demi diriku, merekalah para wira yang memijak bisikan kelemahan, membesar mengatasi segala bentuk godaan, bersinar di tengah timbunan manusia awam, berpaling daripada realiti yang mereka benci dan mengorbankan diri demi masa depan yang mereka bayangkan. Mereka terus melangkah ke hadapan menuju tujuan mereka sama ada berjaya atau gagal! Sesungguhnya kejayaan dan kegagalan tidak menentukan nilai niat dan tidak mengurangkan pahala! Hamza ibn Abd al-Muttalib yang gugur di Perang Uhud tidaklah lebih rendah daripada Khalid ibn al-Walid yang menang dalam puluhan peperangan bahkan mungkin lebih baik. Sesungguhnya kita mahukan lelaki-lelaki yang mencintai kebenaran, hidup dengannya dan untuknya, bersikap terus terang walaupun kerana ketegasan mereka itu seribu raja dan menteri menjadi marah! Mereka tetap lurus di atas tauhid, walaupun orang-orang jahil bersepakat memuja berhala dan membakar kemenyan di hadapannya. Mereka mulia dengan diri mereka, tidak peduli jika arahan ‘atas’ menyingkirkan mereka daripada majlis rasmi dan jawatan besar. Mereka marah kerana Allah dengan keteguhan dan keazaman, serta membenci kebatilan dengan jiwa yang tinggi dan penuh penghinaan terhadapnya. Kita mahukan lelaki-lelaki kebenaran dalam dunia yang semakin kurang penolong bagi kebenaran dan dalam negeri yang menjadikan agama sebagai bahan permainan, sebagaimana dunia dijadikan alat untuk menjaga para pemerintah zalim dan memuja golongan fasik kerana kekuasaan berada di tangan mereka. Kita mahukan lelaki-lelaki yang tidak menginjak-injak prinsip luhur atas nama ‘fleksibiliti politik’, dan tidak terlebih dahulu menjamin keselamatan diri, harta dan penyokong mereka, kemudian barulah mengumumkan jihad untuk menolong Islam seolah-olah menolong Islam itu sesuatu yang mudah! Sesungguhnya membiarkan kebatilan berlalu tanpa ditegur adalah perkara yang sangat berbahaya. Bukanlah yang penting engkau mampu mematahkannya dengan kekuatanmu kerana mungkin engkau lemah .. Tetapi yang penting,apabila engkau melihat golongan batil terus melakukan kejahatan mereka secara terbuka, maka katakanlah ketika engkau tidak mampu menentang mereka seperti ucapan hamba yang soleh,Nabi Lut kepada kaumnya: “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu lakukan. Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada apa yang mereka kerjakan.” Adapun mendatangi pelaku kemungkaran dan menunjukkan penghormatan kepadanya ,tidak sama sekali! Atau turut serta bersama orang ramai bersorak untuk penjenayah ,tidak sama sekali! Dan betapa ramai manusia yang melampaui batas dengan bersorak untuk para penjenayah. Sesungguhnya umat yang suara kebenaran menjadi bisu dalam kalangan besar dan kecilnya, dan mewarisi kebisuan yang memalukan ini, sedang berjalan pantas menuju kehancuran. Dan kehidupan yang bersih berhak untuk bebas daripada mereka.”

Open in Telegram
Views1,130+9%vs avg
Forwards—
Reactions7
Comments—
#6090Text

Jadikan Al-Quran sebagai Az-Zikr, bukannya sekadar Zikroyat Hari ini merupakan tarikh bersejarah turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW. Dengan turunnya Al-Quran, bermulalah satu kelahiran yang agung. Kelahiran sebuah tamadun Islam menjadi rahmat bagi seluruh alam. Allah SWT telah menetapkan bahawa Al-Quran ini diturunkan kepada bangsa Arab di Makkah Sebuah tempat yang kering kontang dan terpencil, jauh daripada perebutan kuasa besar dunia ketika itu. Namun dengan berpandukan Al-Quran, Rasulullah SAW berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi terbaik,yang akhirnya memimpin pertempuran dan menewaskan dua kuasa besar dunia ketika itu. Rom dan Parsi. Sehingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Tetapi malangnya pada hari ini, peranan Al-Quran dalam memimpin perjuangan umat Islam di atas muka bumi telah dihilangkan. Al-Quran hanya tinggal sebagai sebuah “zikroyat”. Kenangan manis dari masa lalu. Ia hanya membangkitkan rasa kagum, sedih atau gembira dalam jiwa individu. Sedangkan hakikatnya Al-Quran bukan sekadar zikroyat. Ia adalah Az-Zikr ,peringatan. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai peringatan yang membimbing mereka untuk terus berjuang menegakkan Islam. Di Makkah, Al-Quran menjadi panduan dakwah. Di Madinah, Al-Quran menjadi peringatan untuk membina daulah dan berjihad menghadapi kekufuran. Kadangkala peringatan itu lembut. Namun adakalanya keras dan tegas. Ketika Perang Badar, para sahabat bertanya tentang harta rampasan perang. Namun Al-Quran membimbing mereka bahawa ketaqwaan dan keimanan jauh lebih besar nilainya daripada harta rampasan perang. Tetapi apa yang berlaku dalam Perang Uhud? Sebahagian sahabat meninggalkan posisi mereka di atas bukit ketika peperangan masih berlangsung kerana terpukau dengan harta rampasan perang. Lalu datanglah peringatan yang keras. Dalam bentuk kekalahan. Dalam bentuk kematian, Dan dalam bentuk pengkhianatan golongan munafik. Di sinilah Al-Quran berfungsi sebagai Az-Zikr . Peringatan yang meluruskan kembali langkah para sahabat agar mereka jelas tujuan hidup mereka di atas muka bumi ini. Kerana itulah Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hijr: إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.” Pemeliharaan ini bukan sekadar menjaga tulisan dalam mushaf, tetapi Allah menjaga peranan Al-Quran sebagai Az-Zikr yang membimbing umat. Kerana itu, Al-Quran perlu dikembalikan sebagai Az-Zikr. Peringatan yang memandu umat dalam misi menegakkan kalimah Allah dan menumbangkan kalimah kekufuran di atas muka bumi. Bukan sekadar menjadi zikroyat. Kenangan yang hanya melahirkan emosi, tetapi gagal melahirkan tindakan. Semoga sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini melahirkan umat yang bergerak, membina kekuatan dan memimpin perubahan, bukan sekadar merintih dan menonton kekuatan umat diratah satu persatu. Muassis Platform Tarbiyah Pilihan Anda

Open in Telegram
Views1,210+17%vs avg
Forwards—
Reactions5
Comments—
#6088Photo
Views1,080+4%vs avg
Forwards—
Reactions4
Comments—
#6085Link preview
Views1,420+37%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—