Account
Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Layar Temir Bookstore menyediakan bahan-bahan bacaan bergenre Tauhid Tasawuf, Kitab Turath, Kitab Sufistik, Kitab Ahlu Sunnah Waljamaah, Buku Perubatan Islam, Buku Sejarah dan bahan ilmiah. Selain mengadakan wacana Ilmu, bedah kitab, dan program ilmiah.

Username
@layartemirbookstore
Category
Books
Country
MalaysiaMalaysia
Subscribers3,298
Avg views per post, 7d—last 7 days
ERR9.78%30-day average

Average views per post by day

By publication day

Show as table
DateAvg views per post
Oct 28, 2026377
Oct 30, 2026399
Nov 2, 2026343
Nov 6, 2026439
Nov 7, 2026280
Nov 10, 2026478
Nov 11, 2026270
Nov 19, 2026150

Most viewed this month

  1. 01
    Views603
    Forwards—
    Reactions2
    Comments—
  2. 02
    Views478
    Forwards—
    Reactions2
    Comments—
  3. 03
    Views476
    Forwards—
    Reactions3
    Comments—
  4. 04
    Views399
    Forwards—
    Reactions2
    Comments—

Latest posts

#12010Text

Antara penzahiran tersebut ramai yang meninggal dunia mengakhiri hayat dengan kalimah لا إله إلا الله, menyebut nama Allah, dahi berpeluh dan melakukan amal soleh sebelum meninggal dunia seperti ketika keluar di jalan Allah , sedang berdakwah, beribadah, bersujud dan berkhidmat kepada agama. 🌹 ANTARA ALAMAT HUSNUL KHATIMAH YANG DISEBUT DALAM HADIS DAN KITAB² PARA ULAMA Mengakhiri hayat dengan kalimah لا إله إلا الله — Riwayat Abu Dawud, 3116. Meninggal dunia dengan peluh pada dahi — Riwayat al-Tirmizi, 982. Diberikan taufik melakukan amal soleh menjelang kematian — Riwayat al-Tirmizi, 2142. Mengakhiri kehidupan dalam ketaatan dan istiqamah kepada Allah — berdasarkan keumuman hadis tentang amal soleh sebelum kematian. Mendapat kesaksian baik daripada orang-orang beriman — Riwayat al-Bukhari, 1367–1368; Muslim, 949. Jenazah disolatkan oleh orang-orang Islam yang ikhlas mendoakannya — Riwayat Muslim, 947–948. Sabda Rasulullah ﷺ mengenai kelebihan 40 orang yang mensolatkan jenazah: ما من رجل مسلم يموت فيقوم على جنازته أربعون رجلا لا يشركون بالله شيئا إلا شفعهم الله فيه “Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia, lalu 40 orang lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun berdiri mensolatkan jenazahnya, melainkan Allah menerima syafaat mereka bagi si mati.” (HR Muslim) Dalam hadis yang lain, Rasulullah ﷺ menyebut kelebihan 100 orang Muslim yang mensolatkan jenazah dan memohonkan syafaat bagi si mati; Allah menerima syafaat mereka. (HR Muslim) Maksud syafaat di sini ialah doa memohon keampunan dan rahmat Allah buat si mati. Betapa besarnya kemuliaan apabila Allah menggerakkan hati umat Islam untuk berhimpun, mensolatkan serta mendoakan seseorang hamba-Nya. 🌹Inilah kemuliaan al-ikhlas, al-istiqamah, sidq al-ubudiyyah dan husn al-khatimah yang sentiasa menjadi cita-cita para salihin. Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memilih para kekasih-Mu untuk berkhidmat kepada agama-Mu, dan kami menyaksikan pada pengakhiran hayat mereka sebaik-baik husnul khatimah, maka pilihlah juga kami dalam kalangan khuddam agama-Mu yang siddiq dalam pengabdian, ikhlas dalam amalan, istiqamah dalam ketaatan, serta dikurniakan husnul khatimah dalam keredhaan-Mu. آمين يا رب العالمين. 🤲🌹

Open in Telegram
Views176−45%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#12009Text

Maulana Nadzrur Rahman Wafat Mautul 'alim, mautul 'alam." Matinya seorang ulama, adalah matinya alam (dunia) Dunia Islam kembali berduka. Telah berpulang ke rahmatullah, Syaikhul Hadis Maulana Nadzrur Rahman, penanggung jawab usaha dakwah di Markas Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Senin 16 November 2026, dalam usia 97 tahun. Seumur hidup beliau dihabiskan untuk dakwah, mengajak umat kembali kepada Allah, dan menjaga warisan para nabi. Kini beliau telah tiada, ilmu pun ikut terangkat bersama kepergiannya. Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, muliakanlah tempat kembalinya, dan gantikanlah untuk umat ini pengganti yang lebih baik. 🌹 RATUSAN RIBU LAUTAN UMAT ISLAM SEJAUH MATA MEMANDANG MENSOLATKAN JENAZAH SEORANG PEMBESAR WALI ALLAH, AMIR DAKWAH TABLIGH PAKISTAN: Mursyid Tarekat Naqshabandi al Mujaddidi, Syeikhul Hadis Hazrat Maulana Nazarur Rahman Kata Imam Ahmad bin Hanbal: قولوا لأهل البدع: بيننا وبينكم يوم الجنائز “Katakanlah kepada ahli bidaah: Antara kami dan kamu, hari jenazahlah yang menjadi saksi.” (Siyar A‘lam al-Nubala) Sabda Rasulullah ﷺ: من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة، ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار، أنتم شهداء الله في الأرض “Sesiapa yang kamu berikan kesaksian baik terhadapnya, maka syurga ditetapkan baginya. Sesiapa yang kamu berikan kesaksian buruk terhadapnya, maka neraka ditetapkan baginya. Kamulah saksi-saksi Allah di bumi.” (HR Muslim, 949) Al-Imam al-Nawawi mensyarahkan: وأن كل مسلم مات فألهم الله تعالى الناس أو معظمهم الثناء عليه كان ذلك دليلا على أنه من أهل الجنة “Sesungguhnya setiap Muslim yang meninggal dunia, lalu Allah Taala mengilhamkan manusia atau kebanyakan mereka untuk memuji kebaikannya, maka hal itu merupakan dalil yang menunjukkan bahawa dia termasuk dalam kalangan ahli syurga.” (Syarh Sahih Muslim) 😭 Masya-Allah! Ratusan ribu Lautan manusia sejauh mata memandang mengiringi pemergian seorang wali Allah yang soleh, alim rabbani, Da'i ilallah (Insan yg mengajak manusia kepada Allah, Al-Murabbi al-Ruhani (Pembimbing rohani yang mendidik dan menyucikan jiwa), Syeikhul Hadis (Mahaguru dalam ilmu hadis Rasulullah ﷺ), Ustazul Ulama (Guru kepada para ulama), Imam al-Tasawwuf (Tokoh utama dizamannya dalam ilmu tasawuf dan penyucian hati), Syeikh al-Da‘wah wa al-Tazkiyah (Pemimpin dakwah dan pembimbing penyucian jiwa) yang telah menghabiskan hidupnya dalam khidmat ilmu, dakwah, taklim, tazkiyah dan menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ. 🌹 ANTARA ALAMAT TAUFIQ DAN QABULIYYAH USAHA DAKWAH TABLIGH Allah سبحانه وتعالى berfirman: ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam.” (Surah Fussilat: 33) Al-Imam al-Hasan al-Basri berkata ketika mentafsirkan ayat ini: هذا حبيب الله، هذا ولي الله، هذا صفوة الله، هذا خيرة الله “Inilah kekasih Allah, inilah wali Allah, inilah insan pilihan Allah, inilah sebaik-baik pilihan Allah.” (Tafsir Ibn Kathir, Surah Fussilat: 33) Terdapat sedikit perbezaan lafaz antara riwayat, dalam Tafsir al-Tabari: هذا أحب الخلق إلى الله “Orang ini adalah antara makhluk yang paling dicintai Allah.” Manakala dalam Tafsir Tafsir 'Abd al-Razzaq: هذا أحب أهل الأرض إلى الله “Orang ini adalah antara penghuni bumi yang paling dicintai Allah.” Subhanallah! Inilah kemuliaan para hamba Allah yang benar-benar menyeru manusia kepada-Nya, beramal soleh dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan. Antara alamat al-tawfiq, al-istiqamah dan qabuliyyah (penerimaan disisi Allah) daripada keberkatan usaha Dakwah dan Tabligh ialah Allah menghidupkan agama melalui pengorbanan mereka, menggerakkan manusia kembali kepada masjid, solat, ilmu, zikir, sunnah dan kehidupan beragama. Lebih menginsafkan, Allah menzahirkan pelbagai alamat sebaik-baik husnul khatimah pada hamba-hamba-Nya yang telah menghabiskan usia, mengorbankan diri, masa dan harta serta istiqamah dalam khidmat dakwah dan agama.

Open in Telegram
Views147−54%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#12000Photo
Views478+48%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#11999Link preview

Ulamak Keturunan Waliyullah Al Allamah Al Muhaddith Tuan Guru Haji Pak Njang Izzudin ● Datuk Moyangnya : Wali Allah Lebai Faqih Wan Musa - Penyebar Islam & Tokoh Ulamak | Pengasas Pondok Pokok Sena , Patani tahun 1560 | Pengarang Kitab Bangsa Melayu pertama didunia iaitu pada tahun 1598 ● Ayah Moyangnya : Wali Allah Syeikh Wan Muhammad al Fathani - Penyebar Islam di Patani | Pembesar Kerajaan ● Moyangnya : Wali Allah Tok Bendang Daya Pertama | Tok Lailatul Qadar | Tok Wan Pa | Syeikh Wan Mustaffa al Fathani - Pengasas Pondok Bendang Daya Patani | Hulubalang Sultan Patani Darus Salam | Berperang Dengan Siam bersama Syeikh Abdus Samad al Falembani , Syeikh Arsyad al Banjari & Syeikh Daud al Fathani ● Datuknya : Wali Allah Tok Bendang Daya Kedua | Syeikh Wan Abdul Qadir al Fathani - Penyambung warisan Pondok Bendang Daya & Mahaguru Bagi Sekalian Wali Allah ● Datuk Saudaranya : Wali Allah Pak Cik Daud al Fathani | Syeikh Wan Daud al Fathani - Mahaguru Bagi Sekalian Mahaguru ● Datuk Saudaranya : Wali Allah Syeikh Wan Zainal Abidin al Fathani - Ayah kepada Syeikh Ahmad al Fathani ● Datuk Saudaranya : Wali Allah Syeikh Wan Abdul Latif - Penyebar Islam di Bangkok ● Ayahnya : Wali Allah Pak Chu Him Gajah Mati - Penyambung Warisan Pondok Gajah Mati ● Ayah Saudaranya : Wali Allah al Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah - Guru bagi sekalian Tok Guru kurun ke 20 ● Ayah Sepupunya : Wali Allah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathani - Pengarang Kitab Faridatul Faraid | Alim 47 cabang ilmu | Guru bagi sekalian wali Allah hujung kurun ke 19 https://telegram.me/layarTemirBookstore Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Open in Telegram
Views333+3%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#11997Link preview
Views603+87%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—

All posts

Connections