Siapa sangka ulama hadis pun pandai berjenaka? Dalam video ini, kita bersama Prof. Dr. Rozaimi Ramle (PhD Hadis, Jordan) mengenali buku Kisah Gurauan & Jenaka Ulama Hadis, karya Dr. Mohd Amirul Hassan Ahmad Tajuddin. Buku ini menghimpunkan lebih 100 kisah lucu dan berhikmah, dari zaman sahabat hingga zaman moden. Ada kisah yang buat kita tersenyum, ada juga yang mengajak kita berfikir tentang adab bergurau, akhlak dan kesungguhan para ulama dalam menuntut ilmu. Kalau sedang cari bacaan santai yang boleh dinikmati sedikit demi sedikit, bolehlah dapatkan senaskhah untuk bacaan sendiri atau hadiah buat sahabat. Dapatkan di pautan ini https://ezy.la/855 Atau Shopee https://s.shopee.com.my/1gKGQeDqDs Atau Tiktok Shop https://vt.tiktok.com/ZS9fEw7ckDpjc-RS2ro/
Open in TelegramPosts of Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal
Forwarded from Dr Rozaimi Ramle's Channel
12 Hari Lagi sebelum berlangsungnya Daurah Sifat Solat Nabi di Perlis Solat yang sempurna bermula dengan ilmu dan kesungguhan untuk meneladani petunjuk Nabi ﷺ. Jom luangkan masa untuk mendalami ilmu yang sangat dekat dengan kehidupan kita. Insya-Allah, bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Tempat adalah terhad kepada 300 peserta sahaja. Maklumat lanjut dan cara pendaftaran boleh dilihat pada poster. Pendaftaran: https://yup.la/ar4 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp: https://daurahsifatsolatnabidrrozaimi.wasap.my
Open in TelegramBUKU INI MUNGKIN BUAT ANDA TERSENYUM SENDIRIAN. 😄 Bayangkan lebih 100 kisah lucu dan jenaka para ulama hadis dihimpunkan dalam satu buku. Bukan sekadar menghiburkan, bahkan ada pengajaran yang boleh kita ambil daripada setiap kisah. Sesuai untuk bacaan santai, sama ada selepas bekerja, sebelum tidur ataupun ketika ada masa terluang. Harga asal RM35. Harga pra-tempahan RM29 sahaja untuk 200 pembeli pertama! Alhamdulillah, 23 buah sudah ditempah. Masih ada 177 tempat lagi untuk menikmati harga istimewa ini. 📚 Nak dapatkan buku Kisah Gurauan & Jenaka Ulama Hadis dengan harga promosi RM29? Boleh terus buat pra-tempahan melalui pautan di bawah: https://ezy.la/855
Open in TelegramPRA TEMPAH DIBUKA! KISAH GURAUAN & JENAKA ULAMA HADIS Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam undian memilih reka bentuk muka hadapan buku ini tempoh hari. Setelah melalui proses pemilihan, inilah wajah rasmi buku Kisah Gurauan & Jenaka Ulama Hadis karya Dr Mohd Amirul Hassan Ahmad Tajuddin. Siapa sangka para ulama hadis yang terkenal dengan kesungguhan menjaga dan memelihara hadis Nabi ﷺ juga mempunyai kisah-kisah gurauan yang mencuit hati? Buku ini menghimpunkan lebih 100 kisah lucu dan berhikmah, daripada zaman sahabat hingga zaman moden, yang diambil daripada kitab-kitab muktabar. Bukan sekadar untuk ketawa, tetapi ada pengajaran, kebijaksanaan dan akhlak yang boleh kita contohi. 📖 MAKLUMAT BUKU • Penulis: Dr Mohd Amirul Hassan Ahmad Tajuddin • Jumlah halaman: 160 halaman • Jenis kertas: Bulky (kertas ringan) • Harga asal: RM35 • Harga khas 200 pembeli pertama: RM29 sahaja! 📦 PROSEDUR PRA TEMPAH 1. Klik pautan tempahan yang disediakan di bawah. 2. Pilih kuantiti buku yang ingin ditempah. 3. Lengkapkan maklumat penerima dan alamat penghantaran. 4. Semak jumlah bayaran termasuk kos penghantaran. 5. Buat pembayaran terus melalui laman web untuk mengesahkan tempahan. 📅 Jangkaan pengeposan bermula 15 November 2026. Bagi yang ingin mendapatkan buku ini, pra tempahan kini sudah dibuka. Harga istimewa RM29 diberikan khusus kepada 200 pembeli pertama sahaja. Selepas itu, harga kembali kepada RM35. 🔗 PAUTAN PRA TEMPAH: https://ezy.la/855 Semoga buku ini menjadi bacaan santai yang menghiburkan, di samping mendekatkan kita dengan kisah kehidupan para ulama hadis. Baca, ketawa, kemudian contohi.
Open in TelegramBUKU BARU SAMPAI Tiga buah buku baharu kini ada di Kedai Kitab Sunnah. Semuanya membawa perkongsian yang menarik tentang kehidupan, ketenangan hati dan pesanan daripada Rasulullah ﷺ. Kadang-kadang dalam kesibukan hidup, kita perlukan sedikit masa untuk membaca, merenung dan mengambil pengajaran. Mudah-mudahan ada sesuatu yang bermanfaat untuk kita melalui buku-buku ini. Bagi yang suka membaca buku santai tetapi penuh pengisian, bolehlah tengok tiga judul terbaru ini. 😊 📍 Kedai Kitab Sunnah – Hadi Akmal Berhenti Seketika, Tuhan Sedang Berbicara OIeh Ustaz Syaari Ab Rahman https://s.shopee.com.my/40hTFM4Be9 Dear Solehah, Dengarlah Pesan Nabi Oleh Suriati Munal https://s.shopee.com.my/4fxA2bx3md Monolog Hati Yang Terluka Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman https://s.shopee.com.my/W7b4z09Xl
Open in Telegram10 BUKU PILIHAN PEMBACA DI KEDAI KITAB SUNNAH Alhamdulillah, ini antara buku yang paling banyak menjadi pilihan pembaca di Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal sepanjang 1 hingga 20 Oktober 2026. Ada yang berkaitan ibadah, sirah para nabi, akidah, zikir dan kekeluargaan. Menarik juga melihat kepelbagaian bidang ilmu yang mendapat perhatian para pembaca. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong. Semoga kita terus diberi kesempatan untuk membaca, belajar dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat. Sedikit demi sedikit, insyaAllah. Jom Beli Buku disini Shopee Malaysia https://shopee.com.my/hadiakmal?smtt=0.0.9 Shopee Singapore https://shopee.sg/hadiakmal14.sg Tiktok Malaysia https://vt.tiktok.com/ZSVSHGAXr/?page=TikTokShop Jemput Like FB Kami https://www.facebook.com/kedaikitabsunnah Atau Follow Channel Telegram kami https://t.me/kedaikitab Kedai Buku Sunnah Hadi Akmal
Open in TelegramBaki hanya 8 tempat sahaja! Pakej Umrah Musim Sejuk bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle kini semakin hampir kepada kapasiti penuh. Kepada yang masih merancang untuk menyertai rombongan ini, bolehlah membuat tempahan secepat mungkin. Untuk makluman, terdapat perubahan tarikh perjalanan daripada 9–20 Disember 2026 kepada tarikh baharu, iaitu 10–21 Disember 2026. Segala persiapan dan jadual perjalanan akan diselaraskan mengikut tarikh baharu ini. Pakej ini menawarkan penerbangan terus bersama Malaysia Airlines, penginapan di Makkah, Madinah dan Taif, serta pelbagai kemudahan lain seperti yang dinyatakan dalam poster. Turut bersama sebagai tetamu jemputan ialah Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Sekiranya berminat, jangan tunggu terlalu lama kerana hanya berbaki 8 tempat sahaja. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh terus klik pautan ini https://umrahdrrora2026.wasap.my https://umrahdrrora2026.wasap.my https://umrahdrrora2026.wasap.my Admin
Open in TelegramMeditasi: Akar Ritual Ibadat Kaum Batiniah Menurut Ustaz Ahmad Iqram, penulis buku Healing Yang Menyesatkan, sepanjang kajian beliau terhadap permasalahan ajaran New Age dan fahaman batiniah, beliau mendapati bahawa terdapat satu amalan yang tidak boleh dipisahkan daripada ajaran tersebut, iaitu meditasi. Amalan ini menjadi instrumen yang sangat penting dalam pelbagai gerakan kebatinan. Hasil penelitian beliau mendapati bahawa meditasi merupakan salah satu bentuk ibadat bagi golongan yang mencari “Tuhan” dalam diri sendiri. Golongan ini tidak mencari Tuhan yang berada di luar alam, sebaliknya mempercayai bahawa Tuhan berada dalam diri dan bersifat mendiami batin makhluk. Kepercayaan ini dikaitkan dengan pelbagai istilah seperti roh, energi, vibrasi atau tenaga mistik. Menurut beliau lagi, meditasi boleh menjadi satu bentuk peribadatan yang membawa seseorang kepada perbuatan “menyembah” diri sendiri. Akhirnya, golongan ini akan menemui suatu “rasa” yang dianggap sebagai pembimbing kepada segala naluri dan perasaan mereka. Bagaimanakah sejarah fahaman dan amalan ini terbentuk? Bagaimanakah ia berkembang ke seluruh dunia? Dan bagaimana pula gerakan New Age menjadikan meditasi sebagai salah satu senjata ampuh dalam menyebarkan fahaman mereka? Kesemua persoalan ini dibahaskan secara terperinci oleh Ustaz Ahmad Iqram dalam buku beliau yang bertajuk Healing Yang Menyesatkan. Dapatkan penjelasan lebih mendalam melalui buku Healing Yang Menyesatkan, sebuah bacaan yang mengajak kita lebih berhati-hati terhadap fahaman yang dibawa atas nama ketenangan dan penyembuhan diri. Buku boleh didapati di Shopee: https://s.shopee.com.my/1gJN9MYBuK
Open in TelegramAlhamdulillah Setakat ni Karya PiS baru terjemah beberapa bab Iaitu Bab 1 Jin & Syaitan Rm 25 Bab 2 Malaikat Rm 23 Bab 3 Nabi Adam & Idris Rm 42 Bab 4 Nabi Nuh Rm 32 Bab 5 Nabi Hud & Salih Rm 33 Bab 6 Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishaq, Shuaib & Yaqub Rm 68 Bab 7 Nabi Yusuf, Ayyub & Dhu al-Kifl Rm 42 Hubungi kami untuk dapatkan Full Set ini Ada tawaran istimewa InsyaAllah https://bidayahnihayahmelayu.wasap.my https://bidayahnihayahmelayu.wasap.my https://bidayahnihayahmelayu.wasap.my
Open in TelegramForwarded from Dr Rozaimi Ramle's Channel
Lima waktu sehari kita mendirikan solat, marilah terus memperbaiki cara kita menunaikannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, 20:14). Luangkan masa untuk mendalami ilmu solat agar ibadah harian dilaksanakan dengan lebih faham dan penuh penghayatan. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Riwayat al-Bukhari, no. 631). Pesanan ini mengajak kita mempelajari tatacara solat Baginda ﷺ dan menjadikan sunnah sebagai panduan dalam beribadah. Ayuh sertai Daurah Sifat Solat Nabi ﷺ bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ). Jadikan pertemuan ilmu ini peluang untuk mendalami sifat solat Nabi ﷺ serta menyemak dan memperbaiki amalan solat kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Daurah akan berlangsung pada Sabtu, 21 November 2026, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Auditorium KUIPS Holding Sdn. Bhd. Penyertaan terbuka kepada orang awam dan pelajar, dengan yuran RM150 seorang. Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Jom luangkan sehari untuk ilmu yang kita amalkan setiap hari. Ajak ahli keluarga dan sahabat untuk hadir bersama dengan niat menuntut ilmu serta memperbaiki ibadah. Semoga usaha ini membantu kita mendirikan solat dengan lebih baik, mencontohi Rasulullah ﷺ dan mengharapkan keredaan Allah SWT. -Admin DSSN2026 DAURAH SIFAT SOLAT NABI Bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle Pendaftaran: https://yup.la/ar4 Jangan lepaskan peluang untuk mendalami sifat solat Nabi ﷺ secara lebih tersusun dan berpandukan ilmu yang sahih. Daftarkan penyertaan anda sekarang dan sertai daurah ini bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp: https://daurahsifatsolatnabidrrozaimi.wasap.my -Admin DSSN2026
Open in TelegramDua hari lepas, pihak syarikat memaklumkan bahawa kedua-dua buku ini telah siap dicetak. Alhamdulillah, buku kini sudah sampai dan tersedia dalam stok. Tempahan boleh dibuat terus mulai hari ini. Hubungi kami untuk mendapatkan naskhah anda. Tekan pautan ini untuk pembelian Kisah Nabi Yusuf Ayyub & Dhu al-Kifl Oleh Kathīr al-Dimashqī https://s.shopee.com.my/5Asyx80uvr Dialah Allah Oleh Shaykh ʿAbd al-Laṭīf bin Hājis al-Ghāmidī https://s.shopee.com.my/5VVpLlvkMo
Open in TelegramBeberapa judul baru sampai stok dan kini tersedia di Kedai Kitab Sunnah. Pilihan bacaan merangkumi hadis, solat, sunnah, al-Quran, fiqh serta syamail Nabi ﷺ. Antara yang kembali tersedia ialah Q&A Solat Mudah Lagi Sunnah, karangan Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Kali ini merupakan cetakan terkini 2026, sesuai untuk rujukan mudah berkaitan persoalan solat berdasarkan sunnah. Turut tersedia beberapa judul lain seperti 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah, Tadabbur Hikmah 40 Hadis Imam al-Nawawi, 44 Fakta Penting Tentang al-Quran, Hukum Bermazhab, Syarah Syamail Muhammadiyyah dan Wa Absyiru: Dan Berikanlah Khabar Gembira. Jom Beli Buku disini Shopee Malaysia https://shopee.com.my/hadiakmal?smtt=0.0.9 Shopee Singapore https://shopee.sg/hadiakmal14.sg Tiktok Malaysia https://vt.tiktok.com/ZSVSHGAXr/?page=TikTokShop Jemput Like FB Kami https://www.facebook.com/kedaikitabsunnah Atau Follow Channel Telegram kami https://t.me/kedaikitab Kedai Buku Sunnah Hadi Akmal
Open in TelegramMeruntuhkan 3 Rukun New Age & Kultus Healing Terdapat banyak rukun ajaran New Age, cuma dalam buku ini saya tekankan 3 tiang utama ajaran New Age iaitu : 1) Monisme: Kepercayaan segala-gala tercipta dari zat yang satu (yang dianggap Tuhan versi batiniah). Termasuk roh dalam diri berasal dari percikan zat Tuhan dan membawa konsep ketuhanan dalam diri. 2) Tenaga Dalaman: Melalui zat dari yang satu, ia dipercayai membangkitkan tenaga batin melalui tulang belakang. Sama ada dikenali kundalini, chakra, aura, prana, qi, tenaga ilahi dan pelbagai nama lagi. Darinya tercetus pelbagai terapi, ajaran ilmu tenaga batin, dan pelbagai konsep berteraskan energy dan hubungan dengan alam. 3) Meditasi: Tujuan untuk merenung diri (merujuk menggali roh dalam diri) kononnya bagi menguatkan penerokaan kerohanian dengan membuka pintu-pintu tenaga dalaman (chakra dan kundalini). Selain itu, turut merasai pengalaman "trance" bersatu dengan alam bagi memahami monisme (kembali kepada point no 1). Hasilnya, ilmu rasa (zauq) menjadi dalil kepada kebenaran mereka, bukan lagi Nas al-Quran dan Hadis. Carilah dalam mana-mana gerakan New Age dan kultus healing pasti tidak akan terpisah dengan salah satu rukun di atas. Sebab itu, dalam buku Healing Yang Menyesatkan tampil membawa hujah bagi meruntuhkan ketiga-tiga rukun penting ini dengan membuktikan ia merupakan ajaran yang jelas bercanggah dengan prinsip agama Islam. Dari situ kita akan memahami bagaimana ilmu rasa (zauq) sangat bertentangan dengan tauhid. Semuanya dibahaskan dalam buku ini. - Ustaz Ahmad Iqram ( Penulis ) Jom dapatkan di shopee kami https://shopee.com.my/product/7098455/44334469389/
Open in TelegramMengapa golongan wanita lebih cenderung kepada ajaran New Age? Antara perbincangan yang menarik dan agak sensitif dalam buku Healing Yang Menyesatkan ialah persoalan tentang kecenderungan wanita terhadap spiritualiti New Age. Adakah benar wanita lebih ramai terlibat? Berdasarkan pelbagai kajian dalam bidang sosiologi agama, termasuk Kendal Project di Britain dan kajian oleh Pew Research Center di Amerika Syarikat, penglibatan wanita dalam spiritualiti New Age serta amalan holistic healing didapati lebih tinggi berbanding lelaki. Namun, persoalan yang lebih penting ialah: mengapa fenomena ini berlaku? Buku ini turut membawa pembaca meneliti beberapa persoalan lain yang berkaitan. Mengapa dalam banyak tradisi dan budaya dunia, watak ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita? Dalam filem, novel dan cerita rakyat misalnya, gambaran ahli sihir wanita jauh lebih dominan berbanding lelaki. Dalam sejarah pemburuan ahli sihir di Barat dan masyarakat Kristian pula, sebahagian besar individu yang dituduh sebagai ahli sihir terdiri daripada wanita. Malah, dalam naratif Bible, wanita turut dikaitkan dengan kisah godaan ular yang membawa kepada Adam memakan buah larangan. Satu lagi persoalan yang menarik ialah gambaran makhluk ghaib dalam budaya masyarakat. Mengapa watak hantu wanita lebih menonjol berbanding hantu lelaki? Mengapa imaginasi masyarakat terhadap hantu begitu mudah dikaitkan dengan rupa dan watak seorang wanita? Persoalan-persoalan ini bukan sekadar dikemukakan untuk menimbulkan tanda tanya, tetapi dihuraikan dan dianalisis dengan lebih mendalam dalam buku Healing Yang Menyesatkan. Dapatkan Segera buku terbaru ini https://healingyangmenyesatkan.wasap.my
Open in TelegramHEALING YANG MENYESATKAN membongkar sisi tersembunyi di sebalik fenomena healing, New Age, meditasi, tenaga dalaman, aura, chakra dan Law of Attraction yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Buku ini membantu pembaca memahami asal-usul serta kepercayaan yang berada di sebalik amalan-amalan tersebut dari sudut akidah Islam. Setebal 450 halaman, buku ini turut membincangkan sejarah kultus healing, meditasi dan ritual kebatinan, terapi aura-chakra, muzik dan sound healing, Divine Feminine, kes kultus healing di Malaysia, eHati, diet chakra serta fenomena budak indigo. Sesuai untuk mereka yang mahu lebih berhati-hati membezakan antara rawatan atau motivasi biasa dengan amalan yang boleh bercanggah dengan akidah. Untuk mendapatkan buku Healing Yang Menyesatkan pada harga RM49.00 berserta PERCUMA E-Book “50 Soal Jawab Ancaman Akidah Law of Attraction”, boleh terus buat tempahan melalui WhatsApp di sini: https://healingyangmenyesatkan.wasap.my
Open in Telegram