Account

Posts of Pelajar Tajaan JPA Dalam Negara

newest first

#163Text

INISIATIF ZAKAT PRIHATIN MAINS 2026 | ZAKAT ANDA, MANFAAT UNTUK SEMUA _FB:_ https://www.facebook.com/share/p/1DWq8k7Xai/ Daripada pendidikan anak-anak hingga kebajikan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, zakat yang anda tunaikan terus diterjemahkan kepada pelbagai bentuk bantuan demi kesejahteraan masyarakat. MAINS menerusi Inisiatif Zakat Prihatin 2026 membuka peluang permohonan bagi lima kategori bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang memerlukan. 📌 LIMA INISIATIF BANTUAN YANG DITAWARKAN 🎒 1. Bantuan Awal Persekolahan Tahun Satu (Sesi 2027) 💰 RM100 📚 2. Bantuan Awal Persekolahan Tingkatan Satu (Sesi 2027) 💰 RM100 🎓 3. Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam Negara 💰 RM500 🎓 4. Bantuan Am Pelajaran IPT Luar Negara 💰 RM500 🏥 5. Bantuan Perubatan Pesakit Kronik & Kritikal 💰 RM500 📅 TEMPOH PERMOHONAN 1 hingga 23 November 2026 🌐 PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN https://eprihatinzakat.mains.gov.my ⚠️ PERHATIAN: Laman permohonan hanya akan dibuka bermula 1 November 2026. Pemohon disarankan untuk meneliti syarat kelayakan serta menyediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam poster bagi setiap kategori bantuan. Setiap ringgit zakat yang ditunaikan membawa harapan. Ada yang dapat meneruskan pengajian, ada yang terbantu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, dan ada yang memperoleh sedikit kelegaan dalam menghadapi ujian kesihatan. Terima kasih kepada seluruh pembayar zakat yang terus memberikan kepercayaan kepada MAINS. 'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN, KAMI AGIHKAN' #MAINS #MAINSbantu #ZakatPrihatin #InisiatifZakatPrihatin2026 #ZakatNegeriSembilan #ZakatYangAndaTunaikanKamiAgihkan

Open in Telegram
Views12,700+19%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#161Text
Views25,400+137%vs avg
Forwards—
Reactions7
Comments—
#149Text

Forwarded from GRADUAN TAJAAN JPA

Jemputan ke National Graduate Career Fair 2026 (KLCC) – Peluang Temu Duga Bersama Majikan! Berita baik untuk semua Graduan! Rakan strategik JPA, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui MYFutureJobs menjemput anda ke National Graduate Career Fair 2026 untuk merebut peluang TEMU DUGA BERSAMA MAJIKAN secara terus! 📅 Tarikh: 3 & 4 Oktober 2026 📍 Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Lebih 200 majikan sedang menawarkan pelbagai peluang kerjaya dan bersedia untuk menjalankan sesi temu duga (interview) secara langsung dengan anda bagi jawatan graduan baharu, latihan industri (internship), Program Management Trainee, dan program Protege & MYSTEP. Antara majikan berprofil tinggi yang menanti untuk menemu duga anda termasuklah: 🏢 Bank Negara Malaysia | Bursa Malaysia | KWSP | LHDN | Maybank | CIMB | RHB | Public Bank | Intel | Gamuda | Nestlé | IBM | Top Glove | LTAT | Deloitte Selain peluang temu duga eksklusif ini, pelbagai aktiviti sokongan disediakan khusus untuk memastikan kelancaran sesi interview dan persiapan kerjaya anda: Zon Pengambilan Segera (Immediate Hiring Zone): Temui majikan di ruang khas untuk sesi temu duga peringkat akhir secara terus dan pantas. Semakan Resume (Resume Review): Dapatkan maklum balas pakar daripada pengamal HR dan pakar industri untuk mengukuhkan resume anda sebelum ke bilik temu duga. Nasihat Kerjaya (Career Grooming Room): Bersedia dan tampil profesional untuk melangkah ke sesi temu duga dengan penuh keyakinan. Dialog Belia Bajet 2027 (Youth Budget 2027 Dialogue): Sampaikan suara dan aspirasi anda untuk masa depan belia Malaysia. MYFutureJobs On The Go!: Belajar, bermain, dan bersedia untuk kerjaya anda. Duta MYFutureJobs: Temui wajah baharu yang akan memberi inspirasi kepada perjalanan kerjaya anda. Cabutan Bertuah (Lucky Draw): Sertai cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik selepas selesai temu duga. Hadirkan diri anda dengan berpakaian kemas dan bawa salinan resume. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membuktikan bakat anda terus kepada bakal majikan! 🔗 Pautan Pendaftaran & Makluman Lanjut : https://myfuturejobs.gov.my/event/national-graduate-career-fair-2026/

Open in Telegram
Views18,600+74%vs avg
Forwards—
Reactions4
Comments—
#148File

Forwarded from GRADUAN TAJAAN JPA

No text

Open in Telegram
Views14,100+32%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#147File

Forwarded from GRADUAN TAJAAN JPA

No text

Open in Telegram
Views14,300+33%vs avg
Forwards—
Reactions1
Comments—