
1 Hari 1 Hadis
Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Nov 16, 2026 | 11,480 |
| Nov 17, 2026 | 11,650 |
| Nov 18, 2026 | 11,400 |
| Nov 19, 2026 | 10,480 |
| Nov 20, 2026 | 9,665 |
| Nov 21, 2026 | 8,975 |
| Nov 22, 2026 | 8,535 |
| Nov 23, 2026 | 8,160 |
| Nov 24, 2026 | 7,060 |
| Nov 25, 2026 | 5,630 |
Most viewed this month
- 01Views13.2KForwards—Reactions—Comments—
- 02Views12.9KForwards—Reactions—Comments—
- 03Views12.6KForwards—Reactions—Comments—
- 04Views11.7KForwards—Reactions—Comments—
Latest posts
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Memohon Pertolongan dan Bersyukur عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ: يَا مُعَاذُ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ. فَقَالَ: أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ، لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya lalu bersabda: "Wahai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu. Demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu." Kemudian Baginda bersabda: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu'az, janganlah engkau meninggalkan bacaan ini pada penghujung setiap solat: Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu." (HR Abu Dawud no: 1522) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1. Kasih sayang merupakan asas tarbiah. Rasulullah SAW menunjukkan bahawa nasihat yang baik boleh dimulakan dengan ungkapan kasih sayang dan hubungan yang rapat, mesra dan penuh perhatian. 2. Nasihat merupakan tanda kasih sayang. Orang yang benar-benar mencintai saudaranya akan membimbingnya ke arah kebaikan. 3. Manusia sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Kemampuan untuk melakukan ketaatan merupakan nikmat dan taufik daripada Allah SWT. 4. Rasulullah SAW mengajar bacaan doa di penghujung solat agar sentiasa mengingati juga mensyukuri nikmat Allah: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu 5. Seseorang mungkin mampu melaksanakan ibadah pada hari ini, tetapi belum tentu mampu mengekalkannya pada masa hadapan tanpa taufik dan pertolongan Allah SWT. 6. Kualiti ibadah perlu sentiasa diperbaiki. Ibadah bukan sekadar memenuhi tuntutan zahir, tetapi perlu disertai keikhlasan dan penghayatan. 7. Kita tidak boleh berbangga dengan ibadah yang dilaksanakan. Sebaliknya, kita perlu menyedari bahawa segala kemampuan beribadah merupakan kurniaan Allah. 8. Doa merupakan sebahagian daripada usaha memperbaiki diri. Selain berusaha meningkatkan ibadah, kita perlu memohon pertolongan Allah agar usaha kita diberkati. 9. Doa ini menghimpunkan tiga asas pendidikan rohani, iaitu zikir, syukur dan ihsan dalam ibadah. #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 16hb Jamadil Akhir 1448H 26hb November 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Open in TelegramPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Selepas Solat Dan Hindari Amalan Buruk عَنْ وَرَّادٍ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، قَالَ: كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى الْمُغِيرَةِ: اكْتُبْ إِلَيَّ مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ. وَكَتَبَ إِلَيْهِ: إِنَّهُ كَانَ يَنْهَى عَنْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةِ الْمَالِ، وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقُوقِ الْأُمَّهَاتِ، وَوَأْدِ الْبَنَاتِ، وَمَنْعٍ وَهَاتِ Daripada Warrad, penulis kepada al-Mughirah bin Syu'bah RA, beliau berkata: "Muawiyah telah menulis surat kepada al-Mughirah dengan meminta: 'Tuliskan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW.' Lalu al-Mughirah menulis kepadanya: Sesungguhnya Nabi Allah SAW apabila selesai menunaikan setiap solat, Baginda membaca: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu. Al-Mughirah juga menulis kepada Muawiyah bahawa Rasulullah SAW melarang perbuatan suka menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah, terlalu banyak bertanya perkara yang tidak perlu, membazirkan harta, menderhakai ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, serta enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta." (HR Bukhari no: 7292) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1. Rasulullah SAW mengajar kita membaca wirid ini selepas setiap solat: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ. (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa yang dapat memberikan apa yang Engkau halang. Kekayaan dan kedudukan seseorang tidak dapat memberikan manfaat kepadanya di hadapan-Mu). 2. Kandungan zikir ini menegaskan keesaan Allah, kekuasaan-Nya dan pergantungan manusia kepada-Nya. Seorang Muslim hendaklah menjadikan tauhid sebagai asas kehidupan. Tidak boleh meletakkan pergantungan mutlak kepada manusia. 3. Rasulullah SAW melarang amalan buruk yang mendatangkan dosa: a. Menyebarkan percakapan yang tidak berfaedah juga berita yang belum dipastikan kesahihannya. b. Banyak bertanya dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan pahala c. Boros serta membazir dalam membelanjakan harta d. Menderhakai ibu e. Menanam anak perempuan hidup-hidup f. Enggan menunaikan hak orang lain tetapi suka meminta-minta 4. Zikir selepas solat mengingatkan manusia bahawa segala kekuasaan, nikmat dan ketentuan dibawah kekuasaan Allah SWT. 5. Seseorang yang benar-benar menghayati tauhid sepatutnya memperlihatkan kesannya dalam kehidupan. Dia bukan sahaja menjaga solat dan zikir, tetapi juga menjaga lidah, mengurus harta dengan amanah, menghormati ibu bapa, melindungi golongan lemah dan menunaikan hak orang lain. #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 15hb Jamadil Akhir 1448H 25hb November 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Open in TelegramPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Istighfar dan Zikir Selepas Solat Waktu عَنْ ثَوْبَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ Daripada Tsauban RA, bahawa Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, baginda akan beristighfar sebanyak tiga kali, kemudian membaca: "ALLAHUMMA ANTAS SALAAM WA MINKAS SALAAM TABAARAKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAM (Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya segala kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan)." (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Selepas solat waktu, digalakkan beristighfar, berzikir dan berdoa. 2. Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya beristighfar memohon keampunan Allah sebanyak tiga kali selepas selesai menunaikan solat. 3. Istighfar selepas solat mendidik manusia supaya tidak berbangga dengan ibadah atau menganggap dirinya telah mencapai kesempurnaan. 4. Semakin banyak seseorang beribadah, semakin besar keperluannya untuk memiliki sifat tawaduk dengan beristighfar, bukan semakin berasa dirinya lebih baik daripada orang lain. 5. Seorang Muslim hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam mencari ketenangan jiwa, keselamatan hidup dan kesejahteraan dunia serta akhirat. 6. Rasulullah mengajar zikir yang meyakini bahawa Allah ialah sumber keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan yang turut dibaca selepas solat: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ 7. Zikir selepas solat bukan sekadar bacaan yang diulang, tetapi merupakan pendidikan akidah yang mengukuhkan pengenalan manusia terhadap sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT. 8. Seorang Muslim hendaklah berusaha mengamalkan istighfar dan zikir yang diajarkan oleh Baginda secara berterusan. #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 14hb Jamadil Akhir 1448H 24hb November 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Open in TelegramPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Menyambung Silaturahim عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ Daripada Abu Hurairah RA bahwasanya seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku sentiasa berusaha untuk menyambung silaturahim dengan mereka, tetapi mereka memutuskannya. Aku selalu berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka membalas dengan keburukan. Aku selalu berusaha untuk lemah lembut terhadap mereka, tetapi mereka bertindak kasar dan acuh tak acuh kepada aku." Lalu Rasulullah SAW bersabda: 'Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi makan mereka debu yang panas, dan selama kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.'(HR Muslim No: 4640) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Antara tanggungjawab Muslim ialah berbuat baik dengan kerabat dengan sentiasa menghubungkan silaturahim. 2. Allah sentiasa mengurniakan kebaikan kepada orang yang berbuat baik kepada orang lain. 3. Silaturahim yang sebenar bukan sekadar membalas kebaikan orang lain, tetapi tetap berusaha mengekalkan hubungan kekeluargaan walaupun menghadapi layanan yang tidak menyenangkan. 4. Orang yang berusaha menyambung silaturahim dengan kerabatnya walaupun tidak disambut oleh mereka, akan sentiasa mendapat pertolongan Allah disisinya. 5. Al-Qurtubi menyatakan bahawa sesiapa yang bersabar atas kezaliman keluarga dan tetap menjaga hubungan, Allah akan menjadi penolong dan pelindungnya dalam bentuk: ketenangan jiwa, keberkatan hidup, dijaga daripada kezaliman, serta dibalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat. 6. Antara ganjaran orang yang berusaha menyambung silaturrahim adalah syurga. Rasulullah SAW bersabda: أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وصلوا الأرحام وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ “Wahai orang ramai, Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” (HR Ibnu Majah No: 3251) 7. Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan. Hadis ini mengajar bahawa kesabaran dan kebaikan adalah lebih kuat daripada kemarahan. Perbuatan baik yang ikhlas boleh melembutkan hati pihak yang memutuskan hubungan dan mendorong mereka kembali kepada kebenaran. Ayuh berbuat baik dan kukuhkan silaturahim walaupun mereka ingin memutuskannya. Doakan kebaikan untuk mereka. Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara. Bulan Keluarga Kebangsaan 2026. #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 13hb Jamadil Akhir 1448H 23hb November 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Open in TelegramPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sayangi Anak عَنِ أَبَا هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا. فَقَالَ الأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا. فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَالَ " مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ ". Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah mencium al-Hasan bin 'Ali di hadapan al-Aqra' bin Habis at-Tamimiy yang ketika itu sedang duduk bersama baginda. Lalu al-Aqra' berkata, "Sesungguhnya aku mempunyai 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium seorangpun daripada mereka". Maka Rasulullah SAW pun memandang kepada al-'Aqra' lalu baginda bersabda: "Barangsiapa yang tidak menyayangi (orang lain) maka ia juga tidak akan disayangi" (HR Al-Bukhari no: 5997) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Kasih sayang adalah fitrah dan akhlak Islam. Sifat kasih sayang adalah ciri utama seorang Mukmin. 2. Sebagai ibu bapa, perlu mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian. 3. Mengikut Imam al-Nawawi: sesiapa yang tidak menzahirkan kasih sayang kepada manusia, dia tidak layak menerima rahmat Allah di dunia dan akhirat. 4. Kasih sayang yang dizahirkan membantu membina hubungan emosi yang rapat antara ibu bapa dengan anak-anak. Menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak khususnya semasa mereka masih kecil dengan perbuatan seperti mencium, memeluk dan bergurau, akan membentuk jiwa yang seimbang dan penyayang. 5. Tanpa ciuman juga pelukan terhadap anak-anak boleh menyebabkan hilangnya sifat kasih sayang di hati ibu bapa terhadap anak-anaknya. Terhakisnya sifat kasih sayang inilah yang menyebabkan tidak berlaku proses pendidikan yang baik kepada anak-anak bahkan menyebabkan berlakunya sikap penderaan terhadap mereka. 6. Pendidikan anak memerlukan kelembutan dan kasih sayang. Didikan dengan kekasaran akan menjauhkan hati anak-anak dan menanam kebencian, sedangkan kelembutan membina keakraban dan kepercayaan. 7. Kasih sayang merupakan unsur penting dalam membentuk akhlak dan keperibadian anak-anak. Jika kita menyayangi dan mengasihi anak-anak, nescaya kita juga akan disayangi dan dikasihi oleh anak-anak apatah lagi ketika kita berada dihari tua. 8. Setiap Muslim hendaklah menzahirkan kasih sayang terhadap anak, pasangan, keluarga, bahkan terhadap semua makhluk kerana sifat rahmah inilah yang menjadi asas keimanan dan kunci kepada rahmat Allah di dunia dan akhirat. Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara. Bulan Keluarga Kebangsaan 2026. #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 12hb Jamadil Akhir 1448H 22hb November 2026 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Open in TelegramConnections
Similar channels
Tazkirah Ringkas@dakwahtanpahentiReligion62.3K
Neelofa@neelofatelegramReligion198K
Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri@drzulalbakriReligion34.4K
Najmi Umar Bakkar@najmiumarReligion31.4K
Tarbiah Sentap@tarbiahsentapReligion28.9K
JAKIM@myjakimReligion20.3K
Abbasy Official™@abbasy_malaysiaReligion19.1K
﷽ KᎪᎢᎪ ᎷᏌᎢᏆᎪᎡᎪ ᏴᏆᎠᎪᎠᎪᎡᏆ@kata_mutiara_bidadariReligion10.3K