Laman web rasmi Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan apabila memaparkan tulisan “Marlanwg Is Here”, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan insiden keselamatan siber yang melibatkan sistem perbankan berkenaan. Namun, setakat ini Bank Rakyat hanya mengesahkan gangguan sementara pada portal korporatnya dan belum mengesahkan secara rasmi punca kejadian atau dakwaan pencerobohan siber
Open in TelegramPosts of Dailify
🚨Najib bebas dari penjara! UMNO mengesahkan pembayaran denda RM50 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memenuhi syarat pengampunan diraja Datuk Seri Najib Razak. Najib kini dijangka dipindahkan untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, masa pemindahan beliau masih belum diumumkan secara rasmi.
Open in Telegram🇹🇭Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) menggesa orang ramai supaya menyediakan beg kecemasan (Emergency Bag) yang mengandungi bekalan makanan, air minuman, ubat-ubatan serta barangan keperluan asas bagi menghadapi tempoh kecemasan selama sekurang-kurangnya 72 jam. Ketua Pengarah DDPM, Nirat Pongsitthaworn, berkata persediaan itu penting bagi memastikan setiap keluarga mampu memenuhi keperluan asas secara kendiri dalam tempoh tiga hari pertama sekiranya berlaku bencana atau situasi kecemasan.
Open in Telegram🇲🇾🚨Malaysia mempertingkat tahap kesiapsiagaan keselamatan siber negara susulan insiden serangan siber terhadap sistem penyejukan pasar raya di beberapa negara Eropah yang mengakibatkan suhu peti sejuk dan peti pembeku meningkat sehingga menjejaskan penyimpanan bekalan makanan. Kerajaan turut memperkukuh penyelarasan antara agensi keselamatan bagi melindungi infrastruktur kritikal serta memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan negara.
Open in TelegramPenggunaan renjatan elektrik berkuasa tinggi sehingga menyebabkan ayam dipercayai mati sebelum disembelih!😨 Menurut Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) JKDNKA Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim, kilang berkenaan berupaya memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari. Pemeriksaan mendapati penggunaan voltan elektrik mencecah 60 volt di bahagian hadapan dan 130 volt di bahagian tengah premis, sedangkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan penggunaan voltan di bawah 10 volt bagi kaedah Waterbath Stunning. Dari sudut hukum syarak, ayam yang mati akibat renjatan elektrik sebelum disembelih dikategorikan sebagai bangkai dan tidak halal dimakan kerana tidak memenuhi syarat sembelihan. Ayam berkenaan dipercayai dibekalkan kepada kedai makan, kedai runcit dan premis perniagaan sekitar Damansara, Bangi, Puchong, Cheras, Putra Perdana serta Putrajaya. Sumber: Bernama & Utusan Malaysia
Open in TelegramLaporan luar negara mendedahkan bahawa Amerika Syarikat-Israel sedang bersiap sedia melancarkan operasi ketenteraan baharu berskala besar terhadap Iran sekiranya Presiden Donald Trump memberikan arahan. Menurut dua pegawai AS, tentera Amerika boleh memulakan operasi dalam tempoh 96 jam (empat hari) selepas menerima arahan.
Open in TelegramTindakan untuk menjatuhkan pemerintahan yang mentadbir secara adil adalah ditegah dan hukumnya haram di sisi Islam, kata tokoh ulama Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki. Penasihat Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan itu berkata tindakan sedemikian mengingatkan beliau kepada sejarah golongan Khawarij yang menentang pemerintahan Saidina Uthman RA dan berperang dengan Saidina Ali RA. Beliau berkata perbuatan sedemikian tidak wajar berlaku khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Open in TelegramKB Sentral dapat RM250 juta🫨 Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kelulusan peruntukan itu kepada Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu, Sabtu 31 Oktober.
Open in Telegram🚨Amerika Syarikat mengarahkan kakitangan kerajaan dan ahli keluarga mereka meninggalkan Arab Saudi susulan peningkatan ancaman keselamatan. Washington turut memberi amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan serangan susulan, penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan di rantau berkenaan.
Open in TelegramHubungan Singapura dan Indonesia menjadi perhatian susulan krisis jerebu rentas sempadan, pengurangan bekalan gas asli Indonesia ke Singapura serta perbezaan kenyataan antara pemimpin kedua-dua negara. Ketegangan turut meningkat susulan kenyataan kontroversi berkaitan kemungkinan gangguan kabel internet dasar laut yang menghubungkan rangkaian telekomunikasi serantau. Bagi meredakan keadaan, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, pada 28 Oktober 2026. Kedua-dua negara turut bersetuju memperkukuh komunikasi diplomatik serta menubuhkan pasukan petugas bersama bagi menangani isu jerebu dan meningkatkan tindakan terhadap syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan.
Open in Telegram🇯🇵🇬🇧 Jepun dan Britain gesa rakyat masing-masing bersiap siaga dengan menyediakan bekalan kecemasan! Mengapa arahan ini dikeluarkan? Adakah dunia sedang menghampiri krisis yang lebih besar? Ketika ketegangan geopolitik terus membayangi dunia, seruan ini menimbulkan persoalan besar tentang ancaman yang mungkin bakal dihadapi.
Open in TelegramJUST IN🚨: Jam 2 pagi waktu Malaysia. Beberapa peluru berpandu balistik Iran telah dilancarkan dan telah berjaya menembus ruang udara Tel Aviv, Israel. Allahuakhbar!
Open in TelegramMalaysia sudah bersedia untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan pada bila-bila masa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Ini kerana ujarnya, pasukan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai banyak pengalaman berkhidmat sebagai tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Tetapi Malaysia sebagai sebuah negara yang memang dan telah pun daripada dulu lagi mempunyai kesediaan dan bersedia untuk menyertai pasukan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya. 🗞️astroawani
Open in TelegramHari ni saya nak share satu fakta, Ini satu cara mudah untuk kita faham kenapa simpan duit di bank sikit-sikit, lama-lama masih sikit...😇😅😭 1999: RM1 juta ➡️ 25 kilo emas 2010: RM1 juta ➡️ 7 kilo emas 2015: RM1 juta ➡️ 6 kilo emas 2020: RM1 juta ➡️ 4 kilo emas 2022: RM1 juta ➡️ 3.5 kilo emas 2024: RM1 juta ➡️ 2.7 kilo emas DUIT, nilai RM yang sama, kuasa belinya makin lama makin kecil sebab dimakan inflasi. EMAS, berat yang sama, kuasa belinya makin lama masih sama bahkan boleh makin meningkat. Kesimpulan: Simpan duit banyak-banyak ❌ Simpan emas banyak-banyak ✅ Jadi jangan takut untuk alihkan duit kepada emas banyak banyak. Semoga bermanfaat 💢💢💢💢💢💢💢💢💢💢💢 Istimewa untuk Dealer Orodesign yang berada di sekitar Cyberjaya & Butterworth,kini anda sudah boleh Beli Emas Baru Dengan Harga kilang & Jual Emas Lama secara Walk In di branch yang terdekat😍 Coming soon branch di Johor Bharu 🔴🔵 𝙒𝙀𝘽𝙎𝙄𝙏𝙀 : https://www.maaorodesign.com 𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇 𝙏𝙀𝙇𝙀𝙂𝙍𝘼𝙈 : https://t.me/tip_emas
Open in Telegram🇨🇳China berjaya melakukan apa yang Liga Arab dan negara Arab gagal iaitu telah membawa kumpulan Hamas dan Fatah dimeja rundingan dan bersetuju dengan perjanjian damai. Walaupun tiada tanda konflik akan berakhir, peranan yang dimainkan China bakal memberi tekanan pada Israel dan sekutunya. Sejak konflik bermula, ini satu satunya usaha besar yang merangka plan komprehensif bagi mengiktiraf sebuah negara Palestin merdeka.
Open in Telegram