Adakah anda kumpulan darah A atau B? Anda layak menderma darah? Adakah anda menetap di Kelantan? Jika semua jawapan di atas YA, kami memohon anda untuk hadir menderma darah. Jom bantu pesakit-pesakit yang memerlukan darah. Penderma O dan AB juga dialu-alukan. Info lanjut derma darah di Kelantan: linktr.ee/dermadarahkelantan
Open in TelegramPosts of Derma Darah Kelantan
🩸 JADUAL KEMPEN DERMA DARAH KELANTAN Jadual aktiviti pendermaan darah bagi 27 November hingga 3 Disember 2026 kini telah tersedia! ❤️ 📌 Semak jadual dan pilih lokasi yang berdekatan dengan anda. Kami tunggu kehadiran anda! 🥰 #DermaDarahKelantan #SetitisDarahSejutaHarapan #DermaDarahPenyelamatNyawa #JomDermaDarah
Open in TelegramKami mengalu-alukan mana-mana organisasi, NGO, persatuan, institusi di Kelantan untuk menganjurkan program derma darah bersama kami. Program boleh diadakan di lokasi yang sesuai sebagai Derma Darah Bergerak atau di Pusat Derma Darah Statik. Hubungi kami di 097452897 atau 097452898, selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh program. Jom jadikan menderma darah budaya kita.
Open in TelegramPENDERMA A DAN B DIPERLUKAN DI KELANTAN! Kebelakangan ini, penggunaan darah A dan B meningkat hingga stok turun ke paras rendah. Ramai pesakit A dan B yang memerlukan darah. Jika anda kumpulan darah A atau B dan layak, jom derma darah. Pesakit-pesakit menanti bantuan anda. Untuk info lanjut derma darah di Kelantan, rujuk https://linktr.ee/dermadarahkelantan
Open in Telegram📢 Jadual Derma Darah 20 Nov - 26 Nov 2026 dah keluar! ❤️🩸 Nak derma darah minggu ni? Pilih je lokasi yang paling dekat dengan anda dan datang ramai-ramai 💪 Setiap beg darah yang didermakan mampu selamatkan nyawa. Jom jadi hero! derma darah, hadiahkan harapan. 🩸✨ #DermaDarahKelantan #JomDermaDarah #SetitisDarahSejutaHarapan
Open in Telegram📢 MAKLUMAN Program Derma Darah di Sek. Keb Parang Puting pada hari ini akan ditutup lebih awal pada jam 1.15 tengahari. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda dalam membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. Setitis darah, sejuta harapan. #DermaDarahKelantan
Open in TelegramKutipan terkini hingga jam 12.30pm dah mencapai 373 bag. Target kami 500 bag. Sesi akan berehat untuk solat Jumaat dan kaunter akan dibuka semula jam 2.30pm.
Open in Telegram🩸 ADA MASA MINGGU INI? JOM SINGGAH DERMA DARAH! ❤️ Luangkan sedikit masa untuk melakukan sesuatu yang cukup bermakna. Singgah ke lokasi kempen derma darah berhampiran anda dan bersama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Ingat, satu beg darah mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa. Setitis darah anda, sejuta harapan buat insan lain. ❤️ Jom jadi wira, jom derma darah! #DermaDarahKelantan #SetitisDarahSejutaHarapan #DermaDarahPenyelamatNyawa
Open in Telegram