Satu kempen penyelewengan maklumat digital berskala besar yang dikaitkan Israel didakwa menyasarkan umat Islam di 30 buah negara, dengan perbelanjaan pengiklanan mencecah AS$8.2 juta (RM34.5 juta). Laporan penyelidikan bertajuk The Great Replacement Manufacturing yang disediakan oleh dua penyelidik, Mark Owen Jones dan Sohan D'Souza mendedahkan kempen itu berlangsung selama tiga tahun, bermula Oktober 2023 hingga Oktober 2026 dan menjana kira-kira 800 juta paparan iklan menerusi pelbagai platform digital di Eropah, Amerika, Asia serta Asia Barat. Menurut laporan itu, kempen berkenaan menggunakan iklan berbayar di media sosial, video yang dijana kecerdasan buatan (AI), lagu, parodi permainan video serta rakaman yang diolah semula untuk menyebarkan naratif berunsur perkauman dan kebencian terhadap umat Islam, pendatang asing, Qatar serta Iran. Antara kandungan yang dikenal pasti termasuk video yang menggambarkan warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) membeli bangunan di Eropah untuk dijadikan masjid, selain iklan dengan slogan provokatif seperti “Ini satu pencerobohan” dan “Qatar sedang mengislamkan Eropah”. Kempen itu turut mempromosikan teori konspirasi perkauman yang dikenali sebagai Great Replacement atau ‘Teori Penggantian Penduduk’, yang mendakwa wujud rancangan untuk menggantikan penduduk kulit putih Eropah dengan kumpulan masyarakat bukan Eropah melalui penghijrahan dan perubahan demografi. Penyelidik menemui petunjuk yang mengaitkan kempen itu dengan pihak yang beroperasi dari Israel, namun menegaskan tiada bukti kukuh bahawa kerajaan haram Israel mengarah atau bertanggungjawab secara langsung terhadap operasi berkenaan. D'Souza berkata, bukti menunjukkan pihak yang terlibat mempunyai pangkalan di Israel dan mempunyai hubungan dengan operasi pengaruh yang pernah dilaksanakan kerajaan negara itu tetapi hubungan tersebut belum membuktikan penglibatan langsung kerajaan Israel. Siasatan turut mengesan rangkaian kempen itu pada peringkat awal melalui beberapa syarikat perantara di Vietnam. Selepas Meta mengambil tindakan terhadap rangkaian berkenaan pada Mei 2024, kempen itu muncul semula pada November tahun sama sebelum menggunakan entiti perniagaan di Brazil. Penyelidik mengenal pasti sebanyak 1,473 iklan di Facebook, 189 video di YouTube, 359 iklan di TikTok serta 105 video yang dimuat naik oleh akaun di platform berkenaan. Analisis terhadap 406 komen pada iklan Facebook yang menyasarkan pengguna di Britain pada 2024 pula mendapati 61 peratus daripadanya menyokong pandangan anti-Islam. Meta sebelum ini mengakui kempen peringkat awal membelanjakan kira-kira £900,000 untuk pengiklanan di platformnya. Syarikat itu berkata pihaknya terus berusaha mengesan dan menyekat aktiviti terselaras yang tidak sahih, termasuk penyebaran kebencian dan maklumat mengelirukan. Penyelidik menggesa kerajaan memperketat pemantauan terhadap iklan politik dan kempen pengaruh digital, selain memperkenalkan proses pengesahan identiti pengiklan yang lebih ketat bagi menghalang rangkaian seumpama itu muncul semula menggunakan akaun atau syarikat perantara. Sumber: Al Jazeera, Anadolu Agency Follow, Like & Share • Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin. • Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia
Open in Telegram
Terkini dan Sensasi Palestin
TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!
Subscribers, 30 days
Oct 8 – Nov 3−1,394 (−1.2%)
Show as table
| Date | Subscribers |
|---|---|
| Oct 8, 2026 | 117,196 |
| Oct 9, 2026 | 117,130 |
| Oct 10, 2026 | 117,094 |
| Oct 11, 2026 | 117,047 |
| Oct 12, 2026 | 116,959 |
| Oct 13, 2026 | 116,892 |
| Oct 14, 2026 | 116,823 |
| Oct 15, 2026 | 116,743 |
| Oct 16, 2026 | 116,712 |
| Oct 17, 2026 | 116,664 |
| Oct 18, 2026 | 116,630 |
| Oct 19, 2026 | 116,575 |
| Oct 20, 2026 | 116,527 |
| Oct 21, 2026 | 116,468 |
| Oct 22, 2026 | 116,400 |
| Oct 23, 2026 | 116,341 |
| Oct 24, 2026 | 116,273 |
| Oct 25, 2026 | 116,197 |
| Oct 26, 2026 | 116,171 |
| Oct 27, 2026 | 116,122 |
| Oct 28, 2026 | 116,071 |
| Oct 29, 2026 | 116,013 |
| Oct 30, 2026 | 115,971 |
| Oct 31, 2026 | 115,899 |
| Nov 1, 2026 | 115,875 |
| Nov 2, 2026 | 115,826 |
| Nov 3, 2026 | 115,802 |
Average views per post by day
By publication day
Show as table
| Date | Avg views per post |
|---|---|
| Oct 7, 2026 | 1,649 |
| Oct 8, 2026 | 2,106 |
| Oct 9, 2026 | 2,417 |
| Oct 10, 2026 | 1,819 |
| Oct 11, 2026 | 2,384 |
| Oct 12, 2026 | 1,948 |
| Oct 13, 2026 | 1,661 |
| Oct 14, 2026 | 1,722 |
| Oct 15, 2026 | 2,080 |
| Oct 16, 2026 | 1,958 |
| Oct 17, 2026 | 2,833 |
| Oct 19, 2026 | 2,210 |
| Oct 20, 2026 | 1,830 |
| Oct 21, 2026 | 1,845 |
| Oct 22, 2026 | 1,647 |
| Oct 23, 2026 | 2,558 |
| Oct 27, 2026 | 2,274 |
| Oct 28, 2026 | 1,967 |
| Oct 29, 2026 | 2,601 |
| Oct 30, 2026 | 3,030 |
| Oct 31, 2026 | 2,982 |
| Nov 1, 2026 | 2,945 |
| Nov 2, 2026 | 1,540 |
| Nov 3, 2026 | 1,358 |
| Nov 4, 2026 | 976 |
Most viewed this month
- 01Views3.19KForwards1Reactions—Comments—
- 02Views3.16KForwards1Reactions—Comments—
- 03Views3.14KForwards2Reactions—Comments—
- 04Views3.08KForwards2Reactions—Comments—
- 05Views3.08KForwards3Reactions13Comments0
Latest posts
Marwa al-Daghal kehilangan seluruh keluarganya selepas rumah mereka dibom. Dalam sekelip mata, insan-insan tersayang yang menjadi tempat pulang kini hanya tinggal kenangan. Di sebalik setiap angka korban, ada sebuah keluarga dan kehidupan yang terputus. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia
Open in TelegramKetegangan di Asia Barat terus menjadi perhatian antarabangsa susulan perkembangan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang masih belum menunjukkan tanda penyelesaian, meskipun usaha diplomatik antara kedua-dua pihak dilaporkan mencatat kemajuan. Perkembangan itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan serantau, keselamatan laluan perdagangan antarabangsa dan risiko ketidaktentuan geopolitik yang lebih meluas serta ancaman keselamatan siber yang berpotensi menjejaskan negara lain, termasuk Malaysia. Menurut laporan al-Jazeera pada 3 November, Naib Presiden AS, JD Vance menyatakan Washington melihat perkembangan positif dalam rundingan damai dengan Tehran. Bagaimanapun, Iran menegaskan bahawa sebarang persetujuan hanya boleh dicapai sekiranya AS bersedia memenuhi tuntutan Tehran, termasuk menarik balik sekatan laut yang dikenakan terhadap negara itu. Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf turut menyatakan bahawa tanggungjawab untuk mengelakkan perang kini terletak di tangan Washington. Dalam perkembangan ketenteraan, tentera AS dilaporkan melancarkan serangan yang disifatkan sebagai tindakan pertahanan terhad terhadap sasaran Iran di kawasan Selat Hormuz susulan ancaman peluru berpandu terhadap aset ketenteraan Amerika. Beberapa letupan turut dilaporkan berlaku di Pulau Qeshm, lokasi strategik Iran yang mempunyai kemudahan radar dan sistem peluru berpandu. Presiden AS, Donald Trump pula memberi amaran bahawa Washington mungkin mempertimbangkan serangan terhadap kemudahan nuklear bawah tanah Iran sekiranya rundingan gagal mencapai persetujuan. Berita penuh di: https://news.cgm.com.my/2026/11/04/ketegangan-asia-barat-berterusan-malaysia-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-ancaman-siber-global/
Open in TelegramDunia hari ini bukan sekadar tentang apa yang berlaku di hadapan mata, tetapi turut dipengaruhi oleh percaturan kuasa, kepentingan dan strategi aktor-aktor global. Melalui siri ke-6, Lingkar Wacana: Latar Geopolitik Dunia terbitan IRIS Institute, kita akan menelusuri kerangka yang lebih mendalam untuk memahami pertembungan kuasa global, termasuk agenda New World Order (NWO), SDGs, peranan Deep State, dominasi ekonomi melalui institusi bank pusat serta pengaruh elit global terhadap sistem pendidikan. Bukan sekadar mengetahui perkembangan semasa, tetapi memahami bagaimana struktur dan kepentingan yang membentuk landskap geopolitik dunia hari ini. Jom sertai wacana siri-6! Luangkan masa untuk berdiskusi, memahami dan membincangkan persoalan-persoalan besar yang membentuk dunia hari ini. Hari: Sabtu | 14 November 2026 Masa: 10:00 pagi - 11:30 tengahari Tempat: Perpustakaan CGM, Paragon Point, Bangi Sentral Daftar sini https://forms.gle/h6UL1R3cywBx7rxJ8 atau imbas kod QR. #LingkarWacana2026 #CintaGazaMalaysia
Open in TelegramPilihan raya Israel pada 27 Oktober 2026 lepas telah menatijahkan landskap politik yang berbeza daripada kebuntuan biasa antara dua blok politik. Kedua-dua blok utama, iaitu blok Benjamin Netanyahu dan blok pembangkang gagal memperoleh majoriti 61 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan. Sementara itu, senarai parti-parti Arab pula berjaya memperoleh kira-kira 19 kerusi. Persoalannya, siapakah yang mampu membentuk kerajaan haram Israel yang seterusnya? Situasi ini menunjukkan bahawa kebuntuan yang berlaku bukan sekadar berpunca daripada jumlah kerusi yang dimiliki oleh setiap blok tetapi turut berkait rapat dengan struktur politik itu sendiri. Blok Netanyahu tidak boleh membentuk pakatan dengan parti-parti Arab kerana tindakan sedemikian berisiko menyebabkan mereka hilang sokongan parti-parti Yahudi. Pada masa yang sama, blok Eisenkot juga tidak akan mampu membentuk kerajaan tanpa sokongan parti-parti Arab, sedangkan Eisenkot sebelum ini secara terbuka pernah bersumpah untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan mereka. Baca artikel penuh di: https://news.cgm.com.my/2026/11/04/suara-komuniti-arab-dalam-pilihan-raya-knesset/ Follow, Like & Share • Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin. • Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia
Open in TelegramMohammed Zayed, seorang penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di barat Bandar Gaza, bimbang menghadapi musim sejuk yang semakin hampir apabila khemah usangnya yang sudah berusia tiga tahun semakin reput dan tidak mampu menahan hujan lebat serta angin kencang. Dia terpaksa menampal khemah menggunakan bahan yang ada kerana tidak mempunyai wang untuk membeli kanvas baharu, sedangkan ribut musim sejuk boleh memusnahkan tempat perlindungan mereka pada bila-bila masa. Sumber: Drop Site News Sumber media: CNN Terj: Cinta Gaza Malaysia
Open in TelegramViews growthHide views growth
Views growth
Hours after publication
Show as table
| Hours after publication | Views |
|---|---|
| 0 h | 0 |
| 4 h | 1,010 |
| 11 h | 1,471 |
- After 6 hours1,010
- Total to date1,471
Views growthHide views growth
Views growth
Hours after publication
Show as table
| Hours after publication | Views |
|---|---|
| 0 h | 0 |
| 4 h | 956 |
| 11 h | 1,387 |
- After 6 hours956
- Total to date1,387
Stories from Gaza | Series 2 When a tent becomes a home, every day carries a story. Join us for a conversation with Dr. Ibrahim Saqr Al-Zaeem, author of The Tent, exploring the everyday realities of life in Gaza during wartime—stories of displacement, memory, resilience, and the human experience behind the headlines. A story worth hearing. A memory worth keeping. 07 November 2026 3:00 PM Cinta Gaza Malaysia Library Scan the QR code or click https://forms.gle/3bmyWyts1f7dEFZo9 to register! #StoriesfromGaza #CintaGazaMalaysia
Open in TelegramViews growthHide views growth
Views growth
Hours after publication
Show as table
| Hours after publication | Views |
|---|---|
| 0 h | 0 |
| 4 h | 969 |
| 11 h | 1,403 |
- After 6 hours969
- Total to date1,403
“Saya cuma mahu anak-anak saya terus hidup...” Ibrahim Abu Saraya menghidap cerebral palsy dan kini mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Ibunya, Nada, tidak mampu menyediakan makanan, ubat-ubatan dan rawatan yang amat diperlukan. Seorang lagi anaknya kini dirawat di hospital dalam keadaan membimbangkan. Di sebalik rayuan seorang ibu, ada dua nyawa kecil yang sedang bertarung untuk terus hidup. Follow, Like & Share • Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin. • Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia. #Heroes4Hope #CintaGazaMalaysia
Open in TelegramViews growthHide views growth
Views growth
Hours after publication
Show as table
| Hours after publication | Views |
|---|---|
| 0 h | 0 |
| 5 h | 923 |
| 12 h | 1,199 |
- After 6 hours923
- Total to date1,199
Pendatang haram Israel membakar dua buah rumah yang masih dalam pembinaan di selatan al-Khalil selain turut meninggalkan slogan berunsurkan kebencian di dinding-dinding rumah tersebut. Sumber: Shehab News Terj: Cinta Gaza Malaysia
Open in TelegramViews growthHide views growth
Views growth
Hours after publication
Show as table
| Hours after publication | Views |
|---|---|
| 0 h | 0 |
| 5 h | 847 |
| 13 h | 1,007 |
| 24 h | 1,283 |
- After 6 hours847
- After 24 hours1,283
- Total to date1,283
Connections
Similar channels
Nadir Al-Nuri@nadiralnuriNews and media211K
INFO SIASAT TERKINI🇲🇾@istmsiaNews and media478K
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)@mknrasmiNews and media610K
INFO SEMASA OFFICIAL@infosemasaofficialNews and media921K
Злой журналист@zloy_zhurnalistNews and media116K
东南亚大事件@bgbg(曝光曝光)@dny7930News and media116K
Фронтовая птичка@frontbirdNews and media116K
Рівне⚡️Труха@rivnetruexaNews and media115K
Mentioned by
Nadir Al-Nuri@nadiralnuri2 repostsLatest post