#NotaSyarahHadisBSS | Nabi ﷺ tak berdendam untuk diri, tapi marah untuk Allah ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawa, وما انتقَمَ رسولُ الله ﷺ لِنفْسِه، إلا أن تُنتَهَك حُرْمَةُ اللهِ فينتَقِمَ لله بها “Rasulullah ﷺ tidak pernah berdendam untuk dirinya sendiri, melainkan apabila larangan Allah dicabuli, maka Baginda ﷺ akan menuntut bela kerana Allah.” [HR Abu Dawud] #BSS Faedah-faedah: 01 Kalau yang disakiti ialah diri Baginda ﷺ, Baginda memaafkan. Itu akhlak Nabi ﷺ yang sangat tinggi. 02 Kalau yang dicabul ialah hak Allah, Baginda tidak bermudah-mudah. Marah Baginda kerana Allah, bukan kerana ego. 03 Ini ukuran untuk kita. Kita mudah marah bila maruah diri dipijak. Tapi senyap bila agama Allah dihina. Nabi ﷺ tunjukkan sebaliknya. 04 Marah kerana Allah pun ada adabnya. Ia bukan lesen untuk melepaskan geram, berkata kasar atau bertindak melulu. 05 Syaikh Ahmad Hutaibah menjelaskan maksud larangan Allah dicabul: فإذا انتهكت حرمات الله، كأن يقع إنسان في الزنا، أو في الكفر، أو يفعل شيئاً نهى الله عنه… ‘Apabila batas-batas Allah dicabuli, seperti seseorang terjerumus dalam zina, kekufuran, atau melakukan sesuatu yang Allah larang…’ [Syarh Riyadh al-Salihin] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in TelegramPosts of #BroSyariefShares
#HikmahUlama | ‘Viral’, belum tentu betul. Imam Nawawi rhm (w.676H) berpesan: فَإِنَّهُ يَسْمَعُ فِي الْعَادَةِ الصِّدْقَ وَالْكَذِبَ، فَإِذَا حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ فَقَدْ كَذَبَ؛ لِإِخْبَارِهِ بِمَا لَمْ يَكُنْ. Seseorang biasanya mendengar perkara yang boleh jadi benar dan boleh jadi dusta. Apabila dia cerita semua yang didengar, dia sebenarnya berdusta kerana memberitakan sesuatu yang tidak pasti berlaku atau tidak. [Syarh Sahih Muslim] #BSS Faedah: Berita yang buat kita ‘triggered’ biasanya cepat ‘viral’. Berhenti & sabar sekejap untuk berfikir. Semak sumber, tarikh dan konteks. Jangan asalnya berniat baik beri kesedaran, tetapi jadi sebar pembohongan. <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئًا #BroSyariefShares
Open in Telegram#PendekJe ”Manusia dicipta dengan sifat tergesa-gesa.” (21:37) Kita suka terburu-buru. Nak kejar supaya cepat dapat. Nak segera selesai. Tapi aturan masa bukan ikut kita. Itu hikmah ketetapan oleh Tuhan. #BroSyariefShares
Open in Telegram#DoaZikirBSS | Doa minta ilmu, rezeki & amal Ummu Salamah rha menyebutkan bahawa Nabi saw membaca doa ini selepas memberi salam selesai solat Subuh. اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلا ALLAHUMMA INNI AS’ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN, WA RIZQAN TOYYIBAN, WA ‘AMALAN MUTAQOBBALAA Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu: Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (halal & berkat), serta amalan yang diterima! [HR Ahmad] <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in Telegram#PesanTuhan | Syaitan tidak mampu menguasai kita إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ “Hakikatnya hamba-hamba-Ku itu, engkau (wahai syaitan) tiada kuasa untuk mempengaruhi mereka; melainkan mereka yang (memutuskan untuk) mengikutmu dalam kalangan orang yang terpesong.” [al-Hijr (15):42] #BSS Ibrah kalam-Nya: Mereka tiada kuasa apapun, hanya bisik & hasut. Selagi kita tulus sebagai hamba Tuhan, teguh dengan wahyu-Nya, tetap memohon perlindungan-Nya; tak perlu takut & risaukan syaitan. Takutlah hanya Tuhan. <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in Telegram#DoaZikirBSS | Doa Minta Perlindungan Allah! Seorang lelaki disengat kala jengking, lalu Nabi saw pesan baca doa ini agar tidak ditimpa bahaya. أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ A’UDZU BIKALIMAATI-LLAAHIT-TAAMMAATI MIN SYARRI MA KHOLAQ Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan kalimah ketentuan Allah yang sempurna, dari keburukan segala apa yang Dia ciptakan! [HR Muslim] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in Telegram#PendekJe “Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain!” (2:83). Faedah: Taatlah Allah dengan memilih kata dengan hikmah. Walau dibalas buruk oleh orang. Kita berkata baik kerana Allah. #BroSyariefShares
Open in Telegram#DoaZikirBSS | Ya Allah, bantulah aku! Nabi saw ajarkan kepada Muaz supaya menyebut zikir ini selepas tahiyyah & sebelum beri salam. اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ALLAHUMMA A’INNIY ‘ALA ZIKRIKA, WA SYUKRIKA, WA HUSNI ‘IBADATIK Maksudnya: Ya Allah! Bantulah aku supaya mengingati-Mu, mensyukuri-Mu & sentiasa memperbaik ibadah kepada-Mu. [HR Abu Dawud] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in TelegramDia mengaku dia ikhlas, tapi Tuhan cakap dia tipu. Takutnya baca hadis ni.. Boleh dengar perkongsian BroSyarief ni tentang Riya. https://youtu.be/c_x3HuLN7_s?si=TKn3a6vpiAFAUZzK Maaf la ada gelak2 tak kena tempat.. 😅 #BroSyariefShares
Open in Telegram#DoaZikirBSS | Doa Nabi Bila Keluar Rumah. Ummu Salamah ra. menyebutkan: Apabila Nabi saw keluar dari rumah, Baginda akan membaca بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ BISMILLAAHI TAWAKKALTU ‘ALA-ALLAH Maksudnya: Dengan nama Allah (aku keluar)! Aku bertawakkal hanya kepada Allah. [HR at-Tirmizi. Hasan Sahih] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in Telegram#PesanNabi | Mukmin itu bergaul & bersabar الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ، وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ، وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ “Mukmin yang bergaul dengan orang ramai & bersabar dengan kerenah mereka, mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding yang tidak bergaul & tidak bersabar dengan mereka!“ [HR Ibn Majah. al-Arnauth: Sahih] #BSS Hikmah pesannya: Hakikat kita ‘datang bersambut, pergi berhantar’; bukan untuk hidup bersendiri. Agama ajar bergaul dengan sabar & hikmah, agar prihatin, menegur & melengkapi. Ganjarannya besar! <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in Telegram#FaedahSesiBSS | Mintalah kepada-Nya Pesan Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) rhm., “Apa sahaja yang diperlukan oleh seseorang hamba, lalu hamba itu memintanya kepada Allah; dia sebenarnya menzahirkan hajatnya kepada Allah, menunjukkan betapa dia memerlukan Allah, dan itulah yang Allah yang suka (hambanya lakukan).” [Jami' al-'Ulum wal-Hikam] #BSS Faedah: Mintalah segalanya kepada-Nya, kerana Allah suka kita memohon kepada-Nya. <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in Telegram#PesanNabi | Angkuh itu meruntuh لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ “Orang yang di dalam hatinya terdapat keangkuhan walau sebesar zarah.. dia tidak akan dapat memasuki syurga!” [HR Muslim] #BSS Ibrah pesannya: Tuhan layak untuk angkuh dengan segala kelebihan & kesempurnaan-Nya! Apabila ada insan merasa lebih hebat, memandang remeh orang lain, betapa besar penyesalannya di akhirat nanti. <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in Telegram#NotaTadabburBSS | Rezeki itu Aturan Tuhan وَٱللهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۜطُ “Allah-lah yang menahan dan melapangkan rezeki“ [al-Baqarah(2):245] #BSS asy-Syaukani (w.1250H) menyebutkan, وفِيهِ وعِيدٌ بِأنَّ مَن بَخِلَ مِنَ البَسْطِ يُوشِكُ أنْ يُبَدَّلَ بِالقَبْضِ 'Ayat ini mengandungi suatu ancaman bagi orang yang kikir dari memberi, dibimbangi keadaan diganti dengan ditahan rezekinya.' #BSS [Fathul Qadir] <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in Telegram#PesanTuhan | Damba hidup bahagia مَن عَمِلَ صالِحًا مِن ذَكَرٍ أَو أُنثى وَهُوَ مُؤمِنٌ فَلَنُحيِيَنَّهُ حَياةً طَيِّبَةً وَلَنَجزِيَنَّهُم أَجرَهُم بِأَحسَنِ ما كانوا يَعمَلونَ “Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau wanita, sambil kukuh imannya; nescaya Kami akan kurniakan kehidupan yang baik, malah Kami ganjari mereka di akhirat dengan balasan terhebat kerana usaha terbaik yang dahulunya mereka lakukan.” [an-Nahl(16):97] #BSS Ibrah kalam-Nya: Insan beriman itu mahu kebahagiaan hakiki di dunia & di akhirat. Formula untuk meraihnya pada teguhnya iman & kualiti amal yang konsisten dipelihara, malah ditambah baik kualitinya. Jadilah hamba-Nya yang terbaik! <<www.linktr.ee/brosyarief>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا #BroSyariefShares
Open in Telegram#DoaZikirBSS Doa keluar rumah بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALA-ALLAHI, WA LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya & kekuatan kecuali dengan (bantuan & dukungan) Allah. [HR at-Tirmizi] #BSS Nabi saw pesan untuk baca doa ni setiap kali keluar rumah. Kita akan diberi petunjuk, kecukupan dan perlindungan. Malah, syaitan akan menjauh dari mengganggu kita. <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in Telegram#PesanTuhan Nak dihapus dosa & hidup jadi lebih baik? وَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَآمَنوا بِما نُزِّلَ عَلى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الحَقُّ مِن رَبِّهِم كَفَّرَ عَنهُم سَيِّئَاتِهِم وَأَصلَحَ بالَهُم “Orang-orang yang beriman & beramal soleh, serta beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad, yang merupakan kebenaran dari Tuhan mereka; nescaya Allah akan hapuskan kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka!” [Muhammad(47):2] #BSS Ibrah kalam-Nya: Iman & amal soleh. Demikian formula terbuka untuk direbut semua. Dipelihara kualitinya dengan usaha mengamati wahyu-Nya & bersungguh meneladani sunnah utusan-Nya. Nescaya, dosa kita diampuni & kehidupan kita diperbaiki. <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in Telegram*MUKMIN BUKAN PENCACI, PENCELA* #NotaTerjemahanBSS Pesan Baginda Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam, ليس المُؤمنُ بالطعَّان، ولا باللّعان، ولا الفاحشِ، ولا البذيءِ Bukanlah orang yang beriman itu yang suka mencela, bukan juga yang suka melaknat, bukan pula orang yang keji dan bukan orang yang kotor perkataannya. [HR at-Tirmizi. 3/1977] Sa'id ibn al-Musayyib (w.94H) mengingatkan, لا تقل لصاحبك يا حمـار! يا كلــب! يا خنزيـر! Jangan engkau menyebut kepada sahabatmu: Wahai keldai! Wahai anjing! Wahai babi! فيقول لك يوم القيامة: أتراني خُلقت كلباً أو حماراً أو خنزيراً! Kelak dia akan berkata kepadamu di hari akhirat: Adakah engkau melihat aku ni diciptakan sebagai anjing, keldai atau babi? [Mushonnaf Ibn Abi Syaibah. 5/26100] Pesan Imam Nawawi (w.676H), من الألفاظ المذمومة المستعملة في العادة؛ Antara perkataan-perkataan buruk yang biasa digunakan.. قوله لمن يخاصمه: يا حمار، يا تيس، يا كلب!، ونحو ذلك. Apabila dia berkata kepada orang yang mencari pertengkaran dengannya: Wahai keldai! Wahai kambing! Wahai Anjing! Atau yang seumpamanya. فهذا قبيح لوجهين: أحدهما أنه كــذب! والآخر؛ أنه إيــذاء Ini semua perbuatan buruk, kerana dua sebab: (1) Ianya bohong (kerana orang itu manusia, bukan binatang), (2) Ianya merosakkan (hubungan sesama insan) [al-Azkar. 1/1104] Kebiasaan mencarut, mencela, mengutuk, dll, semakin mengakar hampir di setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia. Malah, sebahagian mereka mula menganggap ia adalah perkara biasa kerana persekitarannya biasa menggunakan bahasa kesat itu dan tiada yang menegur serta membetulkan. Hakikatnya perkataan-perkataan ini hanya membawa kepada rosaknya akhlak dan terbejatnya komunikasi yang harmoni sesama manusia. Jauhilah ia. Hayati bahasa yang Allah sampaikan dalam al-Quran dan atur kata Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam di dalam hadits-hadits. Betapa kata-kata yang baik itu menenangkan dan menjadikan persekitaran kita lebih positif dan diberkati olehNya. <<t.me/brosyariefshares>> #صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً #BroSyariefShares
Open in Telegram