Account

Posts of BabaLongIdris

newest first

#1752Photo
Views2830%vs avg
Forwards—
Reactions—
Comments—
#1750Link preview
Views1,090+285%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#1749Text

📘📕📗 *SAMBUNGAN SYARAH KITAB MUHAMMAD MS 72 -74* KHAMIS 6 OGOS 2026 🎙️BABALONG IDRIS Al quran telah membentuk Baginda SAW. Kekuatan dakwah bergantung kpd kekuatan dgn tuhan yakni amanah illahi dari Allah Dizaman ini berjuang juga mesti dapat kekuatan wahyu dengan melazimi Al quran Baginda SAW merindui dan menanti nanti bicara tuhannya. Turutan wahyu adalah turutan pembentukan step by step. Pertama Allah perkuatkan Baginda SAW dengan ikatan yang kuat dgn Allah Dakwah yg belum betul2 terkait ikatan dgn Allah akan terasa membawa agenda DIRI dan tidak membawa agenda tuhan, Baginda SAW jika tanpa irsyad Illahi Baginda SAW tak bergerak. Wahyu yang kedua adalah seruan Allah pada Baginda SAW untuk beri peringatan pada manusia ie membesarkan mengagungkan Allah SWT. Jadi dakwah pertama ialah bawa manusia merasai Allah maha agung maha hebat. Manusia sekarang jd rosak kerana ada kebesaran lain yg bertapa pada dirinya Tarbiah Allah SWT dlm surah al muddatstsir dan al muzammil -orang yang berdakwah kena bangun malam -kena bg masa dgn tuhan -bina hubungan dgn tuhan di waktu malam sbg waktu terbaik -bersihkan jiwa dn tinggalkn keburukan sbg jalan dakwah -kerangka blue print dakwah; -tidak hidup dlm selesa kena mujahadah dn menguatkn ikatan hati dgn Allah -selalu taubat dan bersihkan diri dgn tinggalkan keburukan. -ikhlas tanpa ada kepentingan diri -pergantungan hati hanya pada Allah -berdakwah bukan dgn bersemangat apb ramai org ikut kita : sokongan manusia adalah urusan tuhan -jangan cari perhatian manusia ALLAH SWT memuliakan Saydatina Khadijah sbg isteri yang membantu perjuangan suaminya sbg penghulu khalifah Allah di muka bumi -Beliau mendapat salam dari Allah SWT -cara menjawab salam yg baik Alaika wa alaihisssalam Sahabat kuat ikatan pada Baginda SAW dn Allah SWT, mereka juga sentiasa menanti nanti wahyu Yang merubah para sahabat adalah Al Quran dan sahabat tidak pernah lekang dgn Al Quran Hari ni dakwah kita tidak mengikut method Al Quran Hari ini kita tak belajar utk faham al Quran. Setidak nya adalah ujud usaha untuk memahami Al quran dgn baca terjemahan misalnya. Jadilah org yang nak tahu cerita2 quran dan al quran lah yang membentuk kita, *YANG MENGUBAH KITA ADALAH TIK TOK DLL* dan inilah sebab masyarakat tk berubah, mereka tidak terdidik utk cinta Al Quran Para sahabat adalah generasi yang Al Quran yang hidup, Al Quran berada di. -lisan sahabat -dada sahabat -akhlaq sahabat -cara hidup -pemerintahan -kehidupan seharian -sahabat sibuk amal menyampaikn Al Quran PAda peringkat awal wahyu membicarakan ttg keagungan Allah rahman dan rahim Allah dn ini tercetak di jiwa mereka sehingga mereka beramal memberi salam apb berjumpa sesama mereka. Assalamualaukum /Waalaikum salam Hikmah nya lafaz salam - Assalamualaikum -mudah mudahan Allah beri kesejahteraan kepada kamu -salam ada doa -kamu akn dpt kebaikan kesejahteraa dan keselamatan dari Allah SWT -bila org bg salam pada kita , kita rasa lega , selamat dn kita dpt kekuatan ada saudara kita sesama kita -islam itu adalah keselamatan kesejahteraan -BAWA NILAI SALAM KITA BAWA KEMANA KITA PERGI -Sentiasa juga mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan DLM DAKWAH BERCERITA LH KANDUNGAN AL QURAN DULU Terimakasih BABALONG -megawati-

Open in Telegram
Views961+240%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#1748Text
Views925+227%vs avg
Forwards—
Reactions1
Comments—
#1735Link preview
Views1,270+349%vs avg
Forwards—
Reactions4
Comments—
#1734Text

Sebagai penuntut ilmu kita perlu sibuk dengan aib kita sendiri bukan sibuk memandang aib orang lain . Imam Ghazali ada mengatakan didala kitab Ihya’nya : مَنْ لَمْ يَعْرِفْ عَيْبَ نَفْسِهِ فَهُوَ أَجْهَلُ النَّاسِ بِنَفْسِهِ، وَأَعْظَمُ عُيُوبِهِ جَهْلُهُ بِعَيْبِهِ. “Sesiapa yang tidak mengenal aib dirinya, maka dialah manusia yang paling jahil terhadap dirinya; dan sebesar-besar aibnya ialah kejahilannya terhadap aibnya sendiri.” Maksudnya : Tanda Ilmu itu bermanfat terlahir padanya semakin bermakrifat kepada ALLAH yang dibuktikan dengan rajinnya dia beribadah . Ibadah adalah bukti pengamalan Ilmu . Sebagaimana disebutkan juga oleh Imam Ghazali : الْعِلْمُ بِلا عَمَلٍ جُنُونٌ، وَالْعَمَلُ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَكُونُ Ilmu tanpa amal adalah gila,dan amal tanpa ilmu akan jadi sia-sia. Buah dari ilmu yang bermanfaat lagi: Membuat seseorang itu semakin zuhud , bukan gila dunia . Apabila ilmu itu telah membawa kamu dihadrah Ilahi pasti Tuhan akan menjadi keutamaannya , segala yang lain dariNya semua tiada lagi diminati melainkan TuhanNya jua. Hati adalah tempat bertakhtanya CINTA TUHANNYA , ia mengaramkan Cinta yang lain menghinggapi qalbunya . Ilmu yang bermanfaat akan membawa seseorang itu peka terhadap tipudaya dan godaan Iblis . Dia akan menjaga agar ilmu yang diperolehi itu tidak menjadi rosak Kesimpulannya : Sepuluh Tanda Ilmu yang Bermanfaat (العلم النافع) 1. Melahirkan rasa takut kepada Allah (khashyah) Selari dengan ayat: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ. 2. Mendorong kepada amal soleh Ilmu yang benar akan diterjemahkan dalam perbuatan. 3. Menambahkan tawaduk (rendah hati) Semakin berilmu, semakin terasa jahil dan kecil diri. 4. Mendekatkan diri kepada akhirat Fokus kepada redha Allah, bukan pujian manusia. 5. Membetulkan niat dan tujuan hidup Ikhlas kerana Allah, bukan kerana kemasyhuran. 6. Menjauhkan diri daripada maksiat Ilmu menjadi benteng daripada dosa. 7. Mendorong muhasabah diri Sentiasa melihat aib diri, bukan aib orang lain. 8. Membawa ketenangan hati Ilmu yang benar menenangkan, bukan menggelisahkan. 9. Menyuburkan akhlak mulia Sabar, pemaaf, penyayang, amanah. 10. Menjadikan doa dan ibadah semakin hidup Ibadah dilakukan dengan faham dan rasa hadir hati. Sepuluh Tanda Ilmu yang Tidak Bermanfaat (العلم الذي لا ينفع) 1. Ilmu tidak diamalkan Tahu tetapi tidak buat. 2. Menimbulkan kesombongan Merasa diri lebih baik daripada orang lain. 3. Digunakan untuk berdebat dan mencari kemenangan Bukan untuk mencari kebenaran. 4. Membawa kepada cinta dunia Ilmu dijadikan alat mencari kemegahan. 5. Tidak menambah takut kepada Allah 6. Menjadikan hati keras 7. Mengabaikan ibadah wajib 8. Mencari pujian dan populariti 9. Merasa diri sudah selamat dan suci daripada aib 10.Menjadi hujah ke atas diri di akhirat (Seperti hadis: ilmu di lisan menjadi hujah Allah ke atas anak Adam) SEMOGA DIFAHAMI

Open in Telegram
Views1,170+313%vs avg
Forwards—
Reactions8
Comments—
#1733Text

CATATAN PENDIDIKAN (02) ILMU YANG BERMANFAAT MERUPAKAN TERAS UTAMA PENDIDIKAN Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesebuah bangsa. Tinta Minda Alhamdulillah kita melihat di Malaysia kita sudah ada beberapa perubahan didalam falsafah pendidikan kebangsan dan reformasi Nilai . Boleh baca disini : https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2520911 Keutamaan didalam Pendidikan adalah keberhasilan ILMU YANG NAFI’ (ILMU YANG BERMANFAAT) Nabi SallahuAlaihiWasallam sering berdoa : عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ يَقُولُ بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا 🌿 Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.” — Riwayat Sunan Ibn Majah (No. 925) Juga diriwayatkan oleh Musnad Ahmad Status: Hadis sahih. Dalam riwayat lain, Nabi ﷺ juga berdoa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak pernah puas, dan daripada doa yang tidak didengari.” — Riwayat Sahih Muslim (No. 2722) dalam hadis yang lain : عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ: سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا، وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 🌿 Maksudnya Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Mintalah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah kepada Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” Dari hadis-hadis diatas kita memahami bahawa ILMU ITU DINILAI PADA MANFATTNYA BUKAN PADA BANYAKNYA . Ilmu yang bermanfaat akan membawa seseorang itu mencapai kebahagian dan kejayaan yang sebenar , ilmu yang tidak bermanfaat akan membawa sesorang itu jatuh kedalam jurang kebinasaan , sebagaimana sabdaan Nabi : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: الْعِلْمُ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي الْقَلْبِ فَذَاكَ الْعِلْمُ النَّافِعُ، وَعِلْمٌ عَلَى اللِّسَانِ فَذَاكَ حُجَّةُ اللَّهِ عَلَى ابْنِ آدَمَ 🌿 Maksudnya Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda: “Ilmu itu ada dua: (1) Ilmu yang berada di dalam hati — itulah ilmu yang bermanfaat. (2) Ilmu yang hanya pada lisan — maka itulah hujah Allah ke atas anak Adam.” Sunan Ibn Majah (no. 252) Juga diriwayatkan oleh Sunan ad-Darimi Imam Ghazali RahimahuLlahu Taala ketika berbicara betapa pentingnya ILMU NAFI’ didalam kitab Bidayah al-Hidayah : Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuatmu takut kepada Allah, membuat mata hatimu semakin tajam memandang aib-aib mu , menambah makrifatmu dengan menyembahnya , mengurangi keinginan terhadap dunia,menambah keinginanmu terhadap akhirat , membuka mata hati mu tentang rosaknya segala amal sehingga engkau menjaga diri mu dari kerosakan itu , dan membuatmu sangat teliti dan berjaga-jaga terhadap perangkap dan tipu daya syaitan . Konsep Untuk membentuk manusia adalah diawali dengan BERADAB DENGAN ALLAH . Imam Ghazali menyatakan lagi bahawa buah yang terhasil dari ilmu yang bermanfaat adalah : 1. Rasa Takut kepada ALLAH 2. Tunduk dan Rendah diri kepada ALLAH Kedua-dua sifat ini akan membuahkan ketaatan kepada perintah ALLAH dan membawa menghindari laranga ALLAH . Konsep ini selari dengan firman ALLAH : إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 🌿 Maksudnya “Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya ialah para ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” — Quran, Surah Fāṭir (35:28)

Open in Telegram
Views833+194%vs avg
Forwards—
Reactions3
Comments—
#1732Photo
Views640+126%vs avg
Forwards—
Reactions2
Comments—
#1731Text

Suatu Hari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu berjalan bersama dengan pelajarnya , kemudian beliau terserempat dengan orang yang kemabukan (orang gila ditepi jalan ) Lalu orang itu berkata : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan Kamu itu QADIR ( Yang MAHA BERKUASA ) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Kata lelaki itu lagi : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Kata lelaki itu lagi : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Selepas itu terus berubah wajahnya dan menangis dengan teresak-esak yang bersangatan . Murid2 nya merasai pelik dengan hal yang berlaku Ditanya dengan soalan yang sama tapi kenapa syeikh begitu terkesan dan menangis dengan teresak esak .. Lalu Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu menerangkan Ketika lelaki itu berkata : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Ketika itu dia bermaksud : Wahai Abdul Qadir Tuhan kamu yang Maha Berkuasa akan menerima Taubat kamu sekiranya kamu bertaubat kepadanya. Lalu Aku menjawab : Ye Tuhan Aku Memang DIA MAHA BERKUASA ( akan menerima taubat ku) Ketika dia berkata pada soalan kedua : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Dia bermaksud : Wahai Abdul Qadir Allah itu berkuasa untuk meletakkan aku pada tempat engkau .( aku boleh diubahkan oleh Allah dari keadaan ku yang sekarang menjadi ulama,aulia seperti mu) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA (yang boleh melatakkan engkau ditempat aku ) Soalan dia yang ketika : Wahai Abdul Qadir sesungguhnya Tuhan kamu itu Qadir ( Yang MAHA BERKUASA ) Bermaksud : Wahai Abdul Qadir Tuhan mu yang QADIR mampu meletakkan engkau ditempat ku ini ( sebagai orang gila jalanan) Jawab Syeikh : Ye Bahkan Memang DIA MAHA BERKUASA Dan berubah muka syeikh dan menangis teresak-esak HIKMAHNYA : • Ambillah ilmu dan hikmah daripada sesiapa sahaja : - Samada orang yang diatasmu - Orang setara dengan mu - Atau orang yang lebih rendah dari mu • Jangan memandang manusia pada zahirnya , kadang mereka adalah utusan Allah yang dihantar untuk menguji dan mendidikmu. • Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu ternyata dia benar-banar kekasih Allah dan WALI KABIR kerana mampu memahami bahasa tersurat dan tersirat pada kata-kata lelaki itu .

Open in Telegram
Views648+129%vs avg
Forwards—
Reactions9
Comments—