Account

Posts of AstroMet Malaysia

newest first

#8702Text
Views1,610+23%vs avg
Forwards—
Reactions6
Comments—
#8697Photo
Views1,3100%vs avg
Forwards—
Reactions14
Comments—
#8692Photo
Views1,210−7%vs avg
Forwards—
Reactions11
Comments—
#8689Text

Voyager 1 Bakal Mencapai Jarak Satu Hari Cahaya dari Bumi Kurang 24 jam dari sekarang, satu lagi detik bersejarah akan tercipta apabila kapal angkasa Voyager 1 menjadi objek buatan manusia pertama yang mencapai jarak satu hari cahaya (light-day) dari Bumi sejak dilancarkan hampir 50 tahun lalu iaitu pada 5 September 1977. Detik bersejarah tersebut dijangka berlaku pada 18 November 2026, jam 6:16 petang (waktu Malaysia). Untuk pengetahuan semua, satu hari cahaya ialah jarak yang dilalui cahaya dalam ruang vakum sepanjang tempoh 24 jam. Jarak ini bersamaan kira-kira 25.9 bilion kilometer (25,902,068,371.2 km), iaitu kira-kira 173 kali ganda jarak purata antara Bumi dengan Matahari. Dengan jarak sejauh ini, isyarat radio yang dihantar dari Bumi memerlukan kira-kira 24 jam untuk sampai ke Voyager 1. Begitu juga, isyarat balasan daripada kapal angkasa tersebut mengambil masa 24 jam untuk kembali ke Bumi. Ini bermakna komunikasi dua hala antara Bumi dengan Voyager 1 memerlukan kira-kira 48 jam atau dua hari. .. Adakah Voyager 1 masih berfungsi?. Walaupun telah berada di angkasa lepas selama hampir 50 tahun, Voyager 1 masih beroperasi dan menghantar data saintifik ke Bumi. Ketika ini, dua instrumennya masih aktif, iaitu magnetometer dan instrumen gelombang plasma. Kedua-duanya menghantar data pada kadar kira-kira 160 bit sesaat. Bagi menjimatkan bekalan kuasa, instrumen sinar kosmik telah dimatikan pada 25 Februari 2025, manakala instrumen zarah tenaga rendah pula dimatikan pada 17 April 2026. Voyager 1 menggunakan bekalan kuasa elektrik berasaskan plutonium yang kehilangan kira-kira 4 watt kuasa setiap tahun. NASA menjangkakan sekurang-kurangnya satu daripada instrumennya masih mampu beroperasi sehingga tahun 2030-an. .. Perjalanan Voyager 1 pada masa hadapan. Walaupun suatu hari nanti Voyager 1 tidak lagi mampu berkomunikasi dengan Bumi, perjalanannya merentasi ruang antara bintang akan tetap diteruskan. Berikut merupakan beberapa pencapaian yang dijangka dilaluinya pada masa hadapan. Februari 2027 : Voyager 1 dijangka mencapai jarak satu hari cahaya dari Matahari. Sekitar tahun 2075 : Voyager 1 dijangka mencapai jarak dua hari cahaya dari Bumi. Dalam tempoh kira-kira 300 tahun : Voyager 1 dijangka sampai ke pinggir dalam Awan Oort (Oort Cloud), iaitu kawasan sangat luas yang mengandungi objek-objek berais dan mengelilingi Matahari pada jarak yang sangat jauh. Untuk merentasi keseluruhan kawasan Awan Oort, Voyager 1 mungkin memerlukan kira-kira 30,000 tahun. Dalam tempoh kira-kira 18,000 tahun : Voyager 1 dijangka berada pada jarak satu tahun cahaya dari Bumi. Dalam tempoh kira-kira 40,000 tahun : Voyager 1 dijangka melintasi berhampiran bintang Gliese 445 pada jarak kira-kira 1.7 tahun cahaya. .. Memahami jarak berdasarkan kelajuan cahaya. Dalam astronomi, jarak objek di angkasa kadangkala dinyatakan menggunakan unit berdasarkan tempoh masa yang diperlukan oleh cahaya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Berikut ialah beberapa unit yang biasa digunakan: I. Saat cahaya (Light-second) - Jarak: Kira-kira 299,792 kilometer. - Bulan berada pada jarak kira-kira 1.3 saat cahaya dari Bumi. Ini bermakna cahaya mengambil masa sekitar 1.3 saat untuk bergerak dari Bulan ke Bumi. II. Minit cahaya (Light-minute) - Jarak: Kira-kira 18 juta kilometer. - Cahaya Matahari mengambil masa kira-kira 8 minit 20 saat untuk sampai ke Bumi. III. Jam cahaya (Light-hour) - Jarak: Kira-kira 1.08 bilion kilometer. - Neptun berada pada jarak kira-kira 4 jam cahaya dari Matahari. IV. Hari cahaya (Light-day) - Jarak: Kira-kira 25.9 bilion kilometer. - Voyager 1 bakal mencapai jarak satu hari cahaya dari Bumi pada 18 November 2026. V. Tahun cahaya (Light-year) - Jarak: Kira-kira 9.46 trilion kilometer. - Proxima Centauri, bintang yang paling hampir dengan Matahari, berada pada jarak kira-kira 4.24 tahun cahaya dari Bumi.

Open in Telegram
Views1,210−7%vs avg
Forwards—
Reactions9
Comments—
#8683Photo
Views1,650+26%vs avg
Forwards—
Reactions18
Comments—